Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 1 Mei 2017.

Percutian di Pulau Pangkor - Check In di Teluk Nipah

20:58

Assalamulaikum, syukur alhamdulilah dengan rezeki yang ada kali ini dapat pula kami ke Pulau Pangkor. Pada mula merancang untuk bercuti di Johor Bharu.. tapi bile fikir elok ke pulau... Pulau yang belum kami pergi iaitu Pulau Pangkor. Sebelum nk pegi tu memang buat survey harga.. buka blog.. tanye member pasal pangkor.. Akhirnya keputusan pun dibuat. Antara tempat dan aktiviti yang menarik untuk dilakukan adalah aktiviti snorkeling di Pulau Giam dan Pulau Mentagor. 
jeti pulau pangkor
Perjalanan dari Rawang ke Lumut mengambil masa 3 jam (ikut GPS) menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).  Jumaat 19 April 2013, jam 6.00 pagi kami dari Rawang.  Perjalanan alhamdulillah lancar. Pulau Pangkor terletak di daerah Lumut. Untuk pergi ke Lumut, ambil susur keluar Bidor dan terus menghala ke Teluk Intan sebagai rujukan. Bila dah kuar Bidor, kita akan lalu jalan kampung. Mula-mula ikut jalan menuju ke Teluk Intan dan akan jumpa sign board Pulau Pangkor. Tak sampai 3 jam  boleh sampai Lumut. 
Terminal Jeti Lumut - Pulau Pangkor
Jam 8.50 kami sampai Lumut dan letak kereta di parking bertingkat. Berdasarkan pengalaman mereka yang pernah pergi ke Pulau Pangkor, parking bertingkat memang khas dan selamat siap dengan CCTV menghala parking.
Kami breakfast di gerai berdekatan. Kebetulan musim lalat agaknya. Lalat banyak menghurung makanan. Kami berhati-hati memilih makanan.
Tiba di Terminal Jeti, kami beli tiket berharga RM 10.00 untuk seorang  perjalanan pergi dan balik. Rasanya harga tambang sangat berpatutan.
Feri yang akan membawa kami ke Pulau Pangkor
  
Pemandangan sekitar jeti
Tengok laut tenang rasanya
Kami lepak di bahagian luar feri
Selfie
Selamat sampai di Pulau Pangkor
Sampai di Jeti Pangkor kami ambil motosikal sewa. Senang nak pusing-pusing pulau. Korang jangan risau, memang senang nak dapatkan kenderaan sewa sebab penyewa kenderaan yang akan tawarkan kita kenderaan sewa mereka, Harga sewa motosikal RM 80.00 untuk 3 hari.. Kami ambil skuter, senang nak letak bag.
Pin-pin.. siapa nak tumpang
 Palma Beach Resort.
Dapat motosikal, kami terus ke Teluk Nipah iaitu Palma Beach Resort. Check in dengan harga RM 95 untuk satu hari. Resort ala-ala kampung tapi best la dengan prasarananya yang sederhana. 
Bilik kami
Pusing pulau
Kami merancang untuk pusing satu pulau. Sebelum itu kami makan tengah hari makan nasi goreng ikan rebus berdekatan dengan resort. Sedap sampai tak sempat nak ambil gambar.
Aktiviti pertama kami ke Kilang Satay. Baca Sambungan 
Pulau Pangkor ~ Check In di Teluk Nipah
Pulau Pangkor ~ Kilang Satay dan Taman Fu Lin Kung
Pulau Pangkor ~ Kota Belanda
Pulau Pangkor  ~ Seafood
Pulau Pangkor  ~ Pulau Giam
Pulau Pangkor  ~ Pulau Mentagor
Pulau Pangkor  ~ Pantai Pasir Bogak

You Might Also Like

4 kitty baik hati komen

  1. Salam. hee seronok pergi pulau.

    ReplyDelete
  2. Assalam..seronok baca pengalaman u..
    In sya allah ... planning hujung tahun ni pon nak kesana juga..

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan

Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah