Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 1 Mei 2017.

Percutian di Pulau Pangkor ~ Kota Belanda Dutch Fort

15:30

Assalamualaikum.. Sambungan daripada catatan perjalanan sebelum ini. Perjalanan dan aktiviti seterusnya ke Tapak tinggalan sejarah di Kota Belanda Dutch Fort. 
sign board ke kota belanda
Bangunan tinggalan
Sejarah Kota Belanda, Pulau Pangkor
Kota yang dikenali sebagai Kota Belanda ini asalnya dibina oleh Belanda pada tahun 1670 sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari Negeri Perak. Kota ini terletak di sebuah teluk di Pulau Pangkor yang dikenali sebagai Kampung Teluk Gedung iaitu sebuah perkampungan nelayan pada masa itu.


Pembinaan Kota ini oleh Belanda mempunyai perkaitan rapat dengan tujuan kedatangan orang-orang Belanda ke Tanah Melayu pada permulaan abad Ke-17 Masihi. Pihak Belanda yang membuat hubungan baik dengan Perak telah berjaya dalam urusan perdagangan bijih timah. Syarikat Hindia Timur Belanda berjaya mendapat kuasa monopoli ke atas perdagangan bijih timah di Negeri Perak. Untuk itu orang-orang Belanda pernah mendirikan loji untuk menyimpan bijih timahnya pada tahun 1651 tetapi telah dimusnahkan oleh para pembesar Perak yang menentang dasar kuasa monopoli Belanda itu.
Berikutan dengan itu pada tahun 1670 satu perintah telah dikeluarkan dari Betawi, Pusat Pentadbiran Syarikat Hindia Timur Belanda supaya didirikan sebuah gedung yang diperbuat daripada kayu guna sebagai tempat simpanan bijih timah. Dengan itu terbinalah sebuah gedung di suatu tempat strategik iaitu di Kampung Teluk Gedung. Sepuluh tahun kemudian tembok gedung tersebut telah digantikan dengan batu-bata.
Tindakan Belanda memperkukuhkan gedungnya itu menimbulkan reaksi daripada orang-orang Melayu. Pada tahun 1690 orang-orang Melayu dibawah pimpinan Panglima Kulup telah membinasakan gedung tersebut. Serangan ini mengakibatkan ramai daripada orang-orang Belanda terbunuh dan gedung itu telah ditinggalkan. Bagaimana pun tidak lama selepas itu pihak Belanda datang semula lalu memperbaiki dan mendudukinya semula. 
Pada tahun 1743-1748, pihak Belanda telah menempatkan 60 orang askar termasuk 30 orang berbangsa Eropah di gedung ini bagi mengawalnya. Pada tahun 1784 pula Belanda telah membina sebuah lagi gedung berdekatan dengan Sungai Perak. Berikutan itu pemerintah Belanda di Betawi mengarahkan supaya gedung lama yang terletak di Pulau Pangkor itu ditinggalkan. Akibat tiada penjagaan, gedung ini telah mengalami kerosakan sehinggalah pada tahun 1973 apabila pihak Muzium Negara memulihkan kembali gedung ini. Kota atau gedung yang dibaiki semula ini mengikut bentuk serta ukurannya yang asal iaitu 3 x 5 meter persegi. Manakala tembok batunya setinggi 6 - 7 meter. Bagaimana pun bumbungnya tidak dapat dibina kerana bentuk asalnya tidak diketahui oleh pihak Muzium Negara.
Berhampiran dengan Kota Belanda ini terdapat satu Batu Bersurat Belanda. Batu Bersurat ini letaknya di tepi pantai kira-kira 100 meter dari Kota Belanda. Tulisan pada Batu Bersurat ini dipercayai dipahat oleh askar-askar kompeni Belanda sewaktu mereka mendiami gedung atau Kota Belanda kira-kira dalam tahun 1743. Ia juga dipercayai sebagai tanda peringatan pada anak seorang pembesar Belanda yang hilang ketika sedang bermain-main berhampiran dengan batu tersebut. Orang-orang Belanda percaya bahawa budak tersebut telah dimakan oleh binatang buas. Sebagai mengingati peristiwa itu, orang-orang Belanda telah membuat batu tersebut dengan menggambarkan seekor binatang buas (dipercayai harimau) sedang menangkap budak. Lain-lain pahatan mungkin merupakan nama-nama pemahat yang dinyata secara huruf ringkas seperti IK, R.O. dan lain-lain dan terdapat pahatan bertulis V.O.C. iaitu singkatan nama Verenidge Oon Stindische Company - Syarikat Hindia Timur Belanda. sumber
Sedikit kecewa batu bersurat telah menjadi tempat vandalisme. Sedih bila sejarah tidak dipelihara dengan elok.
Hasin pembelajaran sejarah, jam 1630 kami pun bergerak balik ke Teluk Nipah dan perut pun dah lapar.
Teluk Nipah.. pemandangan yang tenang dan damai
Makanan famous, lempeng pisang
Sempat interview pakcik yang jual lempeng tu.. Katanya 20 tahun dia berniaga sejak umur 19 tahun.. satu hari 200kg pisang dia akan gunakan untuk buat lempeng.. banyaknya.. Mesti dah berumah banglo pakcik nie tapi dia tetap berniaga menggunakan basikal. 
Lempeng pisang inti kelapa masin
Memang sedap dan mana nak cari kalau mengidam nak makan. Tak jumpa lempeng pisang sesedap nie.
Kami balik makan di resort dan berehat untuk keluar mandi di pantai. Kami ke Pantai Pasir Bongak sebab pantai Teluk Nipah terlalu sibuk dengan aktiviti pantai. 
Malam nanti aktiviti kami untuk cari makanan laut. Rugi kalau tak merasa masakan seafood di Pulau Pangkor.

You Might Also Like

2 kitty baik hati komen

  1. k.ena dah rasa lempeng nie
    mmg sedap gila
    jual atas basikal tolak jea kan

    ReplyDelete
  2. yup..smpai skrg tu..dah 20 tahun..

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan

Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah