Percutian di Pulau Pangkor ~ Snorkeling di Pulau Giam

10:20

Assalamualaikum. Hari kedua pun bermula dan seperti yang dirancang, aktiviti hari nie ialah aktiviti di laut. Bersedia untuk sunburn. 
Kami bersarapan di gerai berhampiran dan selesai kami pergi ke gerai-gerai yang menawarkan aktiviti boat trip untuk aktiviti snorkeling. Kami ambil bot khas untuk kami berdua sahaja  sahaja berharga RM 40.00.  Murah dan berpatutan. Kami juga dibekalkan dengan 3 biji roti burger untuk umpan melihat ikan. Pulau yang akan mereka bawa adalah Pulau Giam dan Pulau Mentagor.
Pakej yang kami ambil. Boat trip beach boy.
Wajah sebelum sunburn
Pulau pertama adalah Pulau Giam.. perjalanan dari Teluk Nipah ke Pulau Giam hanya lebih kurang 10 minit..  Bot laju terasa cepat sampai. Tak sangka ramai yang bersnorkeling kat sini sebab kebanyakkannya keluarga yang datang hanya untuk bersnorkeling di hari minggu. 
Kawasan snorkeling Pulau Giam
Bersedia untuk lompat
Peace, jom ikut Fiza
Fiza dan hubby pergi ke kawasan batu sebab di situ selalunya banyak ikan. Umpankan dengan roti yang dibekalkan, memang banyak ikan yang cantik-cantik dan jinak akan dapat dilihat. 
Aktiviti beri ikan makan
 berenang-renang ke tepian
Penatnya
En. Hubby snorkeling kejap je
Punya la asyik dengan ikan, tak sedar jam dah pukul 2.30 petang. Bayangkan dari pukul 11 pagi kami tiba. Lamanya duduk kat pulau Giam. Muka pun dah terasa pedih.
Jernih air di pulau nie
Setelah penat bersnorkeling di Pulau Giam, kami dibawa menaiki boat pusing pulau Giam dan ada sesuatu yang menarik iaitu batu Aktiviti boat trip bermula.. kami dibawa pusing pulau giam dulu.. kalau nk tahu terdapat satu batu besar yang menyerupai dua bentuk haiwan dalam pandangan yang berbeza.. iaitu penyu dan buaya. Haiwan tu seolah-olah terdampar di pulau giam..
bentuk penyu gergasi 
bentuk kepala buaya

Pulau Giam - ehsan google search image
Aktiviti seterusnya kami akan dibawa ke Pulau Mentagor. Apa yang ada di sini kami masih tertanya-tanya. Baca seterusnya.
Pulau Pangkor ~ Check In di Teluk Nipah
Pulau Pangkor ~ Kilang Satay dan Taman Fu Lin Kung
Pulau Pangkor ~ Kota Belanda
Pulau Pangkor  ~ Seafood
Pulau Pangkor  ~ Pulau Giam
Pulau Pangkor  ~ Pulau Mentagor
Pulau Pangkor  ~ Pantai Pasir Bogak

You Might Also Like

0 kitty baik hati komen

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah