Percutian ke Pulau Langkawi ~ Langkawi Cable Car

09:22

Assalamualaikum.. Percutian kami kali nie ke Pulau Langkawi. Kami ke langkawi menggunakan pakej Matta Fair yang berlangsung pada tahun lepas 2012. Sebab tiada pengalaman, kami gunakan agen yang ada untuk membantu melancarkan percutian kami nanti.
Kami bercadang untuk pergi awal bulan Januari 2013 menaiki pesawat Air Asia. Alhamdulillah, tarikh kami akan pergi adalah pada 8 hingga 10 Januari 2013.
Tiba harinya, hubby pula demam. Nak tak nak kena la redah jugak kan sebab semuanya dah ditempah.
Kuala Lumpur - Pulau Langkawi,
 10 pagi bertolak
Demam terkejut ke Abang.. hehe
Time beratur menaiki pesawat, sempat lagi bergambar..
Cuaca yang sangat baik
Kami tiba di lapangan terbang Langkawi pada jam 11.30 pagi dan agen ambil kami untuk dibawa ke jeti pekan kuah untuk penyerahan kunci kereta dan makluman tempat menginap. 
Jeti pekan kuah
Kereta Sewa, senang nak ke mana-mana
Bermulalah episod percutian di Pulau Langkawi. Kami tak check in dulu sebab masa suntuk. Terus kami pergi ke tempat mercu tanda Pulau Langkawi iaitu Dataran Lang. Kalau tak bergambar kat sini, tak lengkap lah kan. 
Besar burung helang, kebanggaan Pulau Langkawi
Demam pun dah okay bila pekena Nasi Ayam Jeti Kuah.
Seterusnya perut pun kenyang, kami ke Galeria Perdana iaitu Muzium Tun Mahathir YANG menyimpan pelbagai hadiah dan cenderahati Tun Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu.
Galeria Perdana
Termenung ke luar jendela.
Penarik Beca
Sejam kami pusing-pusing dalam muzium. Lawatan seterusnya ke Bird Paradise. Kami tak masuk pun cuma datang bergambar je.
Bird Paradise
Lain kali ada tahun akan datang sini kot.. In syaa Allah
Sempat bagi makan  hamster yang dorang pamerkan depan kaunter
Pintu masuk ke Muzium Kota Mahsuri. 
Singgah bergambar je.
Jam 3 petang  kami terus ke Langkawi Cable Car. Tempat wajib dilawati. Sedikit Info mengenai kereta kabel.  
Kaunter tiket Langkawi Cable Car
Terletak 709 meter di atas paras laut, perjalanan menaiki kereta kabel ke puncak kedua tertinggi di Langkawi adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.
Sepanjang 20 minit perjalanan, anda akan melepasi air terjun di dalam hutan dan hutan hujan dara yang sangat tebal. Anda juga boleh melihat negara Thailand di utara dan Indonesia dari arah barat daya apabila langit cerah.Mengembara di kecuraman 42 darjah, sejauh 2.2 kilometer dari stesen dasar ke dua stesen gunung, walaupun angin sepoi-sepoi bahasa sudah cukup membuatkan anda gementar. Tetapi apabila anda sudah biasa dengan perasaan berada di udara, perjalanan ini akan menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, dan mengujakan.
Pemandangan dari dalam kereta kabel...

Di puncak, terdapat sebuah jambatan gantung di mana anda boleh melihat keindahan pulau Langkawi. Pastikan anda memakai kasut yang selesa kerana perjalanan ke jambatan gantung agak jauh.
Kereta kabel beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 malam, bergantung kepada keadaan cuaca. Perkhidmatan mungkin dihentikan ketika angin kencang. Bayaran sebanyak RM15 dikenakan untuk orang dewasa yang mempunyai MyKad dan RM5 untuk kanak-kanak (harga tertakluk kepada perubahan). Info
Bergambar dalam kabel car.. gayat jugak sebab memang tinggi
Kami juga sempat merasa pengalaman 6D Cinemotion.
tiket RM 15 / per person
wajib pakai cermin mata 6D
Skrin seperti di panggung wayang.
Penat berjalan, jam pun dah pukul 7 petang. Masa untuk check in di Cenang Rest House, Pantai Cenang ,
Malam tu kami habiskan masa kt kawasan Pantai Cenang. tamat aktiviti kami pada hari pertama. Daripada Dataran Lang, kami bergerak Galeria Perdana, singgah di Bird Paradise dan Kota Mahsuri seterusnya ke Langkawi Cable Car. Sempat merasa pengalaman 6D. Penat tapi seronok dan tak sabar untuk aktiviti Island Hopping esok. Wassalam.

Baca artikel berkaitan :
Hari ke-2 di Pulau Langkawi - Island Hopping
Hari ke-3 di Pulau Langkawi - Mangrove Tour

You Might Also Like

0 kitty baik hati komen

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah