Percutian ke Sabah : Pengalaman bercuti di Kota Kinabalu

12:59

Assalamualaikum. Percutian 4 hari 3 malam ke Sabah akan Fiza kongsikan buat pembaca. Bagi yang akan bercuti ke Sabah, memang Fiza ucapkan selamat bercuti. Korang akan rasa betapa seronoknya berada di Sabah sebagaimana yang Fiza alami. Bagi yang belum ke Sabah, masukkan dalam wishlist korang sebab rugi kalau tak jejakkan kaki di Negeri Bawah Bayu.

Kami pergi bertiga, Fiza bersama suami dan kawan En. Samsul. Kebetulan Air Asia Syarikat penerbangan tambang murah membuat promosi tambang murah dan kami dapat tiket berharga RM 310 pergi balik setiap seorang. Boleh dikatakan murah juga. Tempahan kereta sewa dan hotel semuanya diuruskan sebelum kami pergi. Hotel kami tempah di Booking.com manakala kereta sewa ditempah sendiri oleh En. Samsul.



Percutian kami akan meliputi kawasan Kota Kinabalu, Tuaran, Kundasang, Ranau dan Tambunan. Contoh seperti peta di atas yang Fiza telah bulatkan. Tak perlu cerita panjang lagi. Jom baca perjalanan kami. 


Sabtu 14 September 2013, jam 1105

Perjalanan menaiki kapal terbang daripada LCCT ke Kota Kinabalu memakan masa 2 jam 15 minit.Kami bertolak dari LCCT ke KK dan perjalanan memakan masa selama 2 jam 15 minit. Perjalanan berjalan lancar dan tiba tepat pada waktu untuk check in hotel


Terminal LCCT Sepang


Pemandangan Pulau Sapi dan Pulau Gaya 


Welcome to Sabah


14 September 2013, jam 1430

Setibanya kami di Terminal 2, Kota Kinabalu kereta sewa telah menunggu kami. Kami mendapat kereta Perodua Viva dan sesuai untuk kami bertiga.


Perodua Viva


Berpandukan GPS, kami mencari hotel yang terletak dalam bandar Kota Kinabalu. Hotel Traveller berada di tengah-tengah bandar KK dan sangat strategik untuk kami berjalan-jalan dalam bandar. Waktu Asar di KK adalah pada 3.20 petang. Selepas selesai urusan peribadi, kami terus keluar meronda. 


Kredit : Google Image

Hotel Budget terbaik

14 September 2013, jam 1530

Cuaca agak mendung. Kami keluar hanya dengan berjalan kaki. Melihat bandar KK yang aman damai dan tidak sesak seperti di Kuala Lumpur.

Bandar Kota Kinabalu

Ikan Todak mercu tanda di tengah bandar KK

Cuaca mulai mendung dan hujan rintik


Hujan lebat kami tidak peduli sebab kami perlu manfaatkan waktu dan masa yang ada. Tapi syukur kerana hujan tidak lama dan kami masih boleh meneruskan aktiviti jalan kaki di sekitar pasar KK.

Pasar Basah KK

Kuih Pinyaram wajib cuba. Manis dan sedap

Pasar dengan jualan barangan hasil laut kering seperti
ikan masin , ikan bilis dan udang kering

Kedai cenderahati

Mutiara Sabah.
cenderahati wajib bawa pulang apabila ke Sabah


14 September 2013, jam 1845

Lepas Maghrib, kami terus ke Pasar Philippine. Syurga makanan laut terletak di sini. Yang mentah, yang sudah dimasak semuanya ada. Bila tengok makanan yang dijual terasa nak makan semuanya. 

Seafood Bakar 

Besarnya udang galah 

Disebabkan malam itu ada perlawanan bola Pesta Bola Merdeka Final Malaysia vs Myanmar kami ambil keputusan untuk menikmati makan malam di kedai yang mempunyai skrin besar. Kami lupakan dulu niat untuk menikmati makanan laut. Habis perlawanan bola kami pun pulang untuk berehat kerana hari esok menjanjikan lebih banyak keseronokan.

Wassalam.

You Might Also Like

13 kitty baik hati komen

  1. seafood tu yang tak menahan tengok tu, terliur ni...he he he...

    ReplyDelete
  2. terbeliak bijik mata tgk harga mutira tu
    mahal jugak kan
    tapi mutiara tak ketinggalan zaman wpun pakai

    ReplyDelete
  3. wah syoknye
    tengok seafood bakar tu..nyum nyum!
    selamat berholiday di kk

    ReplyDelete
  4. pegi pulau & ladang lembu tak? tu mmg the best! rasa taknak balik. kihkih

    ReplyDelete
  5. wah bestnya bercuti.. nanti kalau ke Sabah lagi, boleh singgah Keningau pula ^_^

    ReplyDelete
  6. wowww..bestnya =) pnh juga psang hjat nk pergi sna, msti byk blnja..hehe kt sna shopping skan la ye..pasti keychain ada bwa blik jugak kn?? mhal x brang2 kt sna?? tkot tgok seafood 2..agak2 berapa la hrganya..

    ReplyDelete
  7. fuyoo beznye jalan2.. hehe..

    ReplyDelete
  8. wah!! bestnya jln2 jauh ni..zara pun tak sampi lagi kat sana..sedapnya tngok seafood nampk mcm beso2 tu..selamat kembali fiza..=D

    ReplyDelete
  9. wah tempat cik akak pernah pergi...hihi...
    memang best lah bik...hihi...adik cik akak sempat ambil gambar kat ikan tu...
    cik akak pun stay hotel bandar KK juga...hihi

    ReplyDelete
  10. akak paling suka mutiara tu.. tapi harga mahal.. hehe..

    ReplyDelete
  11. Banyak tak beli Mutiara?? Murah-murah kan?? :-)

    ReplyDelete


Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah