K-drama Review ~ The Suspicious Housekeeper

12:49

Assalamualaikum.. seperti biasa Fiza akan reviewkan cerita korea yang Fiza sedang layan sekarang nie.. Kali nie K-drama yang bertajuk The Strange Housekeeper ataupun The Suspicious Housekeeper.. Cerita nie berkonsepkan kekeluargaan dan bagaimana seorang bapa menghadapi kesukaran untuk membesarkan 4 orang anak setelah kematian isteri.
Sinopsis
Lee Jae Sung-Yang memegang watak Eun Sang-Chul seorang bapa yang mempunyai empat orang anak dan menghadapi masalah selepas kematian isterinya secara tiba-tiba. Park Bok-Nyeo (Choi Ji-Woo) muncul setelah kematian isterinya dan menjadi orang gaji yang mencurigakan yang diupah untuk menjaga anak-anaknya. Kerana keganjilan orang gaji tesebut, Eun Sang-Chul dan anak-anaknya menghadapi pelbagai kes dan mula membenci antara satu sama lain serta mengalami masalah kasih sayang dan perdamaian.
Bok-Nyeo tidak ramah seperti manusia biasa tetapi sempurna dalam apa juga arahan yang diberikan. Dia juga tidak tersenyum atau menunjukkan perasaannya kerana misteri masa lalu beliau. Bok Nyeo akan membantu proses pemulihan keluarga dan membina semula ikatan keluarga mereka.
Cerita ini adalah adaptasi daripada J-Drama I'm Mita, Your Housekeeper.
Watak Utama
Choi Ji-Woo sebagai Park Bok-Nyeo
awek winter sonata...
Lee Sung-Jae sebagai Eun Sang-Chul
Kim So-Hyun sebagai Eun Han-Gyeol
Chae Sang-Woo sebagai Eun Doo-Gyeol
Nam Da-Reum sebagai Eun Se-Gyeol 
Kang Ji-Woo sebagai Eun Hye-Gyeol
Wang Ji-Hye sebagai Yoon Song-Hwa
p/s: suke ngk gelagat budak2 nie berlakon.. mmg comel terutamanya Hye-Gyeol.. dialog utama yg mmg best "adakah ini satu arahan? saya yang menurut perintah".. mmg tergelak2 kalau part tu.. korg yang agak konpius dgn aper yg Fiza perkatakan nie.. kene la ngk cite nie yer.. >_< 
Selamat berhujung minggu

You Might Also Like

21 kitty baik hati komen

  1. kat mana boleh tengok drama ni? kat dramacrazy ada tak?

    ReplyDelete
  2. aaaaaaaaaaaaa kita sama la kak! yumida ske drama ni
    aah nampak misteri housekeeper tu
    drama lain the inheritor skrg tgh hot, lee minhoo sweet sgt!
    hadoi layan drama korean ni kan mmg syok n bez!
    drama paling meruntun air mata jang ok jung. sedih kak. skrg drama tu di replay sekali lg. bagus la.

    ReplyDelete
  3. K drama ni klu dah faham jln ceritanya, mmg melekat.. nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  4. fae x lg lyn drama korea.. last korean drama fae tgk sampai habis was errr *lupa* tett :p

    ReplyDelete
  5. Macam citer Kaseifu no Mita aje.

    ReplyDelete
  6. Cantik mcm dulu jgk awek winter sonata tu :)

    ReplyDelete
  7. Huh !! cerite ni memang best .. sekarang kite dah tengok episod 16 dah dkat internet .. tak sabar punye pasal ehehe !!!

    ReplyDelete
  8. salam....layan cita korea ye.....hihii sue selagi xhabis....tgk la....sehari suntuk pown xpa...hihi

    ReplyDelete
  9. si kecik tu suka meniru apa yg maid dia cakap ... heheheee

    ReplyDelete
  10. comel dan cantik pelakon+ dia :)

    ReplyDelete
  11. Mcm best jer..comel je bdk2 tu kan..suke tgk kulit korea ni..cantik je

    ReplyDelete
  12. Cerita ni ada dekat Astro eh sekarang?

    ReplyDelete
  13. wahhh K pop sangat :) nice sharing

    ReplyDelete
  14. pernah dengar orang cakap fsl citer ni. lepas tgok review awak ni.. saya rasa, sye kena tengok ni, sebab anak2 dorang comellllll <3

    ReplyDelete
  15. mmg layan

    saya ikut arahan erkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  16. kalau dpt awek korea ni, perghhh.. hehehe..

    ReplyDelete
  17. macam best, lama dah ika tak tengok drama2 korea ni....takde masa hukhuk

    ReplyDelete
  18. aefa pon layan cite ni jugak.. episod semalam best.. mengalir2 air mate heheh

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah