Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 1 Mei 2017.

Yakinlah Rezeki Itu Jaminan Allah

11:50

Assalamualaikum dan salam Jumaat..
IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya menggali kubur orang mati. Kerja menggali kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan sogokan duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
p/s: Dengan kata lain, rezeki itu di tangan Allah, kita sebagai manusia tidak berhak untuk mempersoalkan orang lain dengan perkataan bila itu.. bila nak ini.. bila nak tu.. bila nak nie... kerana itu semua ketentuan Allah.. dengan syarat kita telah berusaha dan bertawakal.. Wallahu a'lam


You Might Also Like

18 kitty baik hati komen

  1. setuju sgt.. kena kuatkan usaha untuk apa apa pon

    ReplyDelete
  2. nice sharing dear :) salam jumaat :)

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, jzkk sebab sudi kongsi...
    seronok baca...

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum... hafiza,

    terima kasih perkongsian ini.. iman semut lebih kuat daripada iman manusia yer..

    mselim3

    pls; bagus walaupun sudah banyak mselim3 baca tapi x pernah jemu..

    ReplyDelete
  5. semut pun yakin pd kekuasaan Allah kan

    ReplyDelete
  6. sangat bagus entri ini :) mempunyai maksud yang mendalam

    ReplyDelete
  7. perkongsian yg memberi manfaat ...

    ReplyDelete
  8. semut yakin dengan kuasa Allah, tapi kita manusia selalu lupa dengan kuasa dan rezeki yg diberi Allah..

    ReplyDelete
  9. menarik perkongsian kisah ini fiza.. semoga kita semua mengambil ikhtibar darinya..
    betul tu, rezeki kita rahsia Allah.. ianya telah pun tercatat di loh mahfuz sejak sebelum kita dilahirkan di dunia ini lagi.. bersyukurlahdi atas kurniaan dan nikmat dari Allah.. yang penting jangan berputus asa untuk berusaha dan berdoa agar diberikan rezeki yang halal..

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yg baik, t kasih.. salam Jumaat.. :)

    ReplyDelete
  11. Btul tu..lumrah manusia.cuma x sedar je

    ReplyDelete
  12. memang boleh insaf bila baca cerita kat atas ni. tapi liya mmg selalu percaya rezeki d tangan Allah. Allah akan tetap tlg kita walaupon dlm jumlah yg sedikit ^_^

    ReplyDelete
  13. singgah ahad.. nice entri. byk manfaat kan :)

    ReplyDelete
  14. amalkan solat duha
    dan amalkan zikir ya wahhab

    ReplyDelete
  15. perkongsian yang sangat bagus,
    beri pengajaran kepada ika :)

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan

Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah