Monday, 14 January 2013

Percutian ke Pulau Langkawi ~ Aktiviti Mangrove Tour

Assalamualaikum.. Hari ketiga kami di Pulau Langkawi dan hari terakhir sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, kami sempat ambil pakej Mangrove Tour.
Kami dibawa bot menyusuri kawasan paya bakau. Sepanjang perjalanan tu, banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati antaranya melawat Kilim Geoforest Park, gua Kelawar dan gua buaya, singgah kawasan ternakan kolam ikan sangkar, melihat kawasan paya bakau singgah makan tengah hari di atas restoran atas air. Semua bergantung pada pakej yang ditawarkan.
Sesi taklimat oleh pemandu pelancong 
Kilim Geoforest Park
Kawasan Fish Farm.. macam-macam ternakan ikan sangkar ada di sini
Belangkas
Memberi makan ikan pari.
sesi bagi makan monyet.. jinak tau.. 
Waktu tengah hari kami dibawa ke Restoran Tanjung Rhu Terapung. Makanan akan disiapkan mengikut penumpang sesebuah boat. Tak perlu bayar sebab semua dalam pakej. Daripada tak kenal antara satu sama lain, jadi akrab bila makan satu meja beramai-ramai.
Restoran Tanjung Rhu Terapung
Tunggu makanan dihidang.
Lepas makan kita posing jap..
Destinasi terakhir adalah Andaman Sea, ikut kata pemandu pelancong, ia dah berdekatan dengan sempadan Thailand.
Pulau kecil yang sangat cantik dan terpencil.
Begitulah cerita percutian kami 3 hari 2 malam di Langkawi. Flight kami jam 3 petang. Agak rushing jugak tapi ini  je cuti dan waktu suntuk yang kami ada.
Walau bagaimanapun, ia adalah kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.
Wassalam.
Baca artikel berkaitan :
Hari ke-2 di Pulau Langkawi - Island Hopping
Hari ke-3 di Pulau Langkawi - Mangrove Tour

Sunday, 13 January 2013

Percutian ke Pulau Langkawi ~ Aktiviti Island Hopping

Assalamualaikum. Hari kedua bermula seawal 8.30 pagi. Selepas sarapan, kami dah terpacak depan rest house menunggu van datang ambil kami untuk aktiviti Island Hopping.
Jam 9.00 kami tiba di jeti bot untuk meneruskan aktiviti untuk hari ini. Memandang bukan cuti sekolah, rakyat malaysia tak ramai, tetapi penuh dengan pelancong asing. 


Menunggu giliran untuk menaiki bot
Teruja sangat
Untuk pakej Island Hopping, mereka akan bawa pengunjung ke 3 buah pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar. Pulau pertama kami dibawa adalah pulau dayang bunting. Bentuk pulau menyerupai wanita berbaring yang sedang bunting dan di mana terdapatnya Tasik Dayang Bunting.
Mitos pulau dayang bunting

Pulau menyerupai wanita bunting
Beberapa ratus tahun dahulu ada seorang jin bernama Mambang Sari duduk di Pulau Langkawi. Pada tiap-tiap hari Mambang Sari dengan dayang-dayangnya pergi bermain-main di suatu tempat yang di panggil Pasir Telok Ayer Tahun.
Pada satu hari semasa mereka bersuka-sukaan di pantai pasir di Pulau itu, seorang jin bernama Mat Teja melihat mereka, dan Mat Teja jatuh kasih kepada Mambang Sari. Tetapi Mambang Sari tidak tahu langsung bahawa Mat Teja kasih kepadanya.
Selepas bermain-main di Pasir Telok Ayer Tahun, Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi mandi di Telok Lawak.
Tiap-tiap kalinya Mat Teja mengikut dari jauh kerana tidak berani mengatakan kasihnya kepada Mambang Sari.
Pergi ke Telok Ayer Tahun, Mat Teja kena lalui di suatu tempat yang dipanggil Diang. Maka, di tempat ini tinggal seorang tua bernama "Tuk Diang".
Pada suatu hari apabila ia lalu, Tuk Diang bertanya kepada Mat Teja ke mana ia hendak pergi.
Jawab Mat Teja, ia hendak pergi mengikut Mambang Sari kerana ia telah jatuh kasih kepadanya, tetapi ia tidak berani pergi hampir.
Tuk Diang beri petua kepadanya, ambil sebatang tabung buluh, pergi berjalan di pantai laut waktu air surut, kemudian tadah air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil Telok Kahar. Apabila dapat air mata duyung itu, basuh muka dengannya apabila ia lihat Mambang Sari.
Mat Teja turut seperti yang mana dipetuakan oleh Tuk Diang dan satu pun tidak ketinggalan. Ia pun berjalan di pantai laut dan sampailah di Telok Kahar waktu air surut. Maka dilihatnya seekor duyung duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya kerana air pasang telah meninggalkannya dan dia tidak dapat balik ke laut.
Apabila Mat Teja melihat duyung itu duduk terbeting di batu, ia pun tidak lengah lagi membuka tali pinggangnya di mana tergantung tabung buluh yang tersebut dan menadah air mata duyung itu. Apabila sudah dapat ia pun dengan segera balik ke Telok Lawak. Maka di sini ia dapati Mambang Sari sedang bersuka-sukaan. Mat Teja dengan tidak membuang masa menyapukan leher dan mukanya dengan air mata duyung itu. Apabila Mambang Sari melihat wajah Mat Teja ia pun jatuh kasih kepadanya.
Pada hari-hari kemudian yang berikut mereka duduk berkasih-kasihan, tetapi tidak duduk sama setempat. Ada kalanya mereka berjumpa di darat dan ada kalanya di laut.
Tidak berapa lama daripada itu Mambang Sari pun bunting dan balik ke suatu tempat yang dipanggil Dayang Beranak untuk melahirkan anaknya. Tujuh hari lepas bersalin anaknya meninggal dunia. Mambang Sari campakkan anaknya ke dalam sebuah tasik dan tasik itu pada masa ini dipanggil dengan nama TASEK DAYANG BUNTING.

Jeti Pulau Dayang Bunting
Bersebelahannya Pulau Tuba
Setibanya di pulau, kami diberi masa 2 jam untuk melepak kat tasik nie. Sama ada nak berenang di kawasan yang di khaskan atau pun ambil bot kayuh. Kami sewa bot kayuh solar untuk pusing-pusing atas tasik dengan harga RM 20.
Tasik yang aman dan tenang. Lupa segala kerja di Pejabat
Destinasi seterusnya Pulau Singa Besar di mana ada aktiviti iaitu Eagle Feeding atau beri makan helang. Beratus helang turun menyambar makanan berdekatan bot. Bukan pengunjung yang beri makan, tetapi pembawa bot dah siap-siap daging. Dikisar menggunakan kipas bot. Banyak helang yang keluar dapatkan makanan.
Dengan bunyi burung helang, sangat menarik dan tak dapat kat mana-mana kecuali di Pulau Singa Besar.
helang berterbangan di udara.
Sesudah melihat helang makan, kami dibawa ke Pulau Beras Basar. Pulau dengan pasir pantai yang sangat putih dan air laut biru. Kat sini mereka bagi masa untuk mandi mandadi pantai
Pulau Beras Basah
Mengukir cinta di Pulau Beras Basah.. hehe
Air laut yang jernih
Jangan lama-lama nanti sunburn abang.
Aktiviti habis dalam jam 3.30 ptg.. kami balik ke rest house untuk rehat dan mandi. Masa kami suntuk sebab belum lagi jalan-jalan untuk beli barang untuk dibawa pulang sebagai cenderahati.
Shopping time

Bersiar-siar di kawasan Pantai Cenang, mencari coklat
Rambang mata bila ngk coklat yang banyak.
Kami makan malam di Pantai Cenang...
Habis sudah aktiviti hari kedua kami. Aktiviti Island Hopping pun dan cukup penat tetapi sangat seronok. Esok kami akan pulang ke Kuala Lumpur. Tetapi ada satu lagi aktiviti yang kami nak buat iaitu Mangrove Tour. Harap tak ketinggalan kapal terbang esok.. hehe..
Wassalam.
Baca artikel berkaitan :
Hari ke-2 di Pulau Langkawi - Island Hopping
Hari ke-3 di Pulau Langkawi - Mangrove Tour

Saturday, 12 January 2013

Percutian ke Pulau Langkawi ~ Langkawi Cable Car

Assalamualaikum.. Percutian kami kali nie ke Pulau Langkawi. Kami ke langkawi menggunakan pakej Matta Fair yang berlangsung pada tahun lepas 2012. Sebab tiada pengalaman, kami gunakan agen yang ada untuk membantu melancarkan percutian kami nanti.
Kami bercadang untuk pergi awal bulan Januari 2013 menaiki pesawat Air Asia. Alhamdulillah, tarikh kami akan pergi adalah pada 8 hingga 10 Januari 2013.
Tiba harinya, hubby pula demam. Nak tak nak kena la redah jugak kan sebab semuanya dah ditempah.
Kuala Lumpur - Pulau Langkawi,
 10 pagi bertolak
Demam terkejut ke Abang.. hehe
Time beratur menaiki pesawat, sempat lagi bergambar..
Cuaca yang sangat baik
Kami tiba di lapangan terbang Langkawi pada jam 11.30 pagi dan agen ambil kami untuk dibawa ke jeti pekan kuah untuk penyerahan kunci kereta dan makluman tempat menginap. 
Jeti pekan kuah
Kereta Sewa, senang nak ke mana-mana
Bermulalah episod percutian di Pulau Langkawi. Kami tak check in dulu sebab masa suntuk. Terus kami pergi ke tempat mercu tanda Pulau Langkawi iaitu Dataran Lang. Kalau tak bergambar kat sini, tak lengkap lah kan. 
Besar burung helang, kebanggaan Pulau Langkawi
Demam pun dah okay bila pekena Nasi Ayam Jeti Kuah.
Seterusnya perut pun kenyang, kami ke Galeria Perdana iaitu Muzium Tun Mahathir YANG menyimpan pelbagai hadiah dan cenderahati Tun Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu.
Galeria Perdana
Termenung ke luar jendela.
Penarik Beca
Sejam kami pusing-pusing dalam muzium. Lawatan seterusnya ke Bird Paradise. Kami tak masuk pun cuma datang bergambar je.
Bird Paradise
Lain kali ada tahun akan datang sini kot.. In syaa Allah
Sempat bagi makan  hamster yang dorang pamerkan depan kaunter
Pintu masuk ke Muzium Kota Mahsuri. 
Singgah bergambar je.
Jam 3 petang  kami terus ke Langkawi Cable Car. Tempat wajib dilawati. Sedikit Info mengenai kereta kabel.  
Kaunter tiket Langkawi Cable Car
Terletak 709 meter di atas paras laut, perjalanan menaiki kereta kabel ke puncak kedua tertinggi di Langkawi adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.
Sepanjang 20 minit perjalanan, anda akan melepasi air terjun di dalam hutan dan hutan hujan dara yang sangat tebal. Anda juga boleh melihat negara Thailand di utara dan Indonesia dari arah barat daya apabila langit cerah.Mengembara di kecuraman 42 darjah, sejauh 2.2 kilometer dari stesen dasar ke dua stesen gunung, walaupun angin sepoi-sepoi bahasa sudah cukup membuatkan anda gementar. Tetapi apabila anda sudah biasa dengan perasaan berada di udara, perjalanan ini akan menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, dan mengujakan.
Pemandangan dari dalam kereta kabel...

Di puncak, terdapat sebuah jambatan gantung di mana anda boleh melihat keindahan pulau Langkawi. Pastikan anda memakai kasut yang selesa kerana perjalanan ke jambatan gantung agak jauh.
Kereta kabel beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 malam, bergantung kepada keadaan cuaca. Perkhidmatan mungkin dihentikan ketika angin kencang. Bayaran sebanyak RM15 dikenakan untuk orang dewasa yang mempunyai MyKad dan RM5 untuk kanak-kanak (harga tertakluk kepada perubahan). Info
Bergambar dalam kabel car.. gayat jugak sebab memang tinggi
Kami juga sempat merasa pengalaman 6D Cinemotion.
tiket RM 15 / per person
wajib pakai cermin mata 6D
Skrin seperti di panggung wayang.
Penat berjalan, jam pun dah pukul 7 petang. Masa untuk check in di Cenang Rest House, Pantai Cenang ,
Malam tu kami habiskan masa kt kawasan Pantai Cenang. tamat aktiviti kami pada hari pertama. Daripada Dataran Lang, kami bergerak Galeria Perdana, singgah di Bird Paradise dan Kota Mahsuri seterusnya ke Langkawi Cable Car. Sempat merasa pengalaman 6D. Penat tapi seronok dan tak sabar untuk aktiviti Island Hopping esok. Wassalam.

Baca artikel berkaitan :
Hari ke-2 di Pulau Langkawi - Island Hopping
Hari ke-3 di Pulau Langkawi - Mangrove Tour

Bacaan Tambahan