Tuesday, 30 April 2013

Lirik Just Give Me A Reason

First time dgr lagu nie tetibe rs cm best.. rupenye Pink yg nyanyi.. video clip dye x bpe best la.. ade adegan "popo" dlm bhase korea la.. bhse melayu carik sendri.. hehe..
"Just Give Me A Reason"
(feat. Nate Ruess)

Right from the start
You were a thief
You stole my heart
And I your willing victim
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them
Now you've been talking in your sleep, oh, oh
Things you never say to me, oh, oh
Tell me that you've had enough
Of our love, our love
Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again
I'm sorry I don't understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(Oh, we had everything)
Your head is running wild again
My dear we still have everythin'
And it's all in your mind
(Yeah but this is happenin')
You've been havin' real bad dreams, oh, oh
You used to lie so close to me, oh, oh
There's nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Oh, our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
I never stopped
You're still written in the scars on my heart
You're not broken just bent
And we can learn to love again
Oh, tear ducts and rust
I'll fix it for us
We're collecting dust
But our love's enough
You're holding it in
You're pouring a drink
No nothing is as bad as it seems
We'll come clean
Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again
Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh, oh, that we're not broken just bent
And we can learn to love again

p/s : ly wat nyanyi kt karaoke nie.. 

Kepentingan Serat @ Fiber

Serat dikenali mampu melancarkan pencernaan dan mencegah dari pelbagai penyakit. Namun serat juga memberi khasiat lain yang tidak kalah penting bagi tubuh.

Memanjangkan usia
Sebuah kajian membuktikan kalau seseorang rutin memenuhi keperluan harian serat (14 gram setiap 1,000 pengambilan kalori) mempunyai peluang hidup 9 tahun lebih panjang daripada yang tidak.

Menjaga kesihatan usus
Memang tidak ada hubungan diet serat dengan risiko kanser usus besar. Meskipun demikian makan serat sesuai keperluan secara tidak langsung mampu menjaga kesihatan usus secara keseluruhan.

Menurunkan kolesterol
Serat larut memainkan peranan penting dalam menurunkan kadar kolesterol jahat di dalam tubuh yang biasanya mencetuskan penyakit kardiovaskular.

Mencegah diabetes
Diet berserat tinggi juga melambatkan penyerapan gula dalam kadar darah. Sehingga seseorang yang rajin memenuhi keperluan serat hariannya akan berisiko kecil diserang diabetes.

Melancarkan pencernaan

Susah buang air besar? Tandanya anda kurang makan serat setiap hari. Jika anda mengalaminya, sebaiknya tingkatkan pengambilan serat sehingga pencernaan menjadi lebih lancar.

Menurunkan berat badan
Serat punya kecenderungan membuat perut menjadi kenyang dalam jangka waktu yang cukup lama. Sehingga jika anda ingin menurunkan berat badan, jangan malas makan makanan yang berserat.

Mencegah serangan jantung
Di dalam sebuah kajian jangka panjang, makan makanan berserat juga dikaitkan dengan mampu mencegah penyakit jantung. Kajian tersebut juga membuktikan kalau serat berkhasiat mencegah inflamasi dan menurunkan tekanan darah.
Itulah fungsi penting serat bagi tubuh. Sudahkah anda makan makanan berserat hari ini? Dah.. bekpes td.. hehe..
ckup kot tuk satu bln bekfes..
biskut spread tuna..

Monday, 29 April 2013

Beli Ink Cartridge percuma mug

Selamat petang.. dah mlm br sempat nk update.. ms kt opis td x sempat.. lgpun kt opis td mood bos mmg x best lansung.. tp aq tetap maintain.. hehe..
Cer teka beli aper dpt mug.. hehe.. beli cartridge tuk printer dpt mug.. mcm2 la.. pic superman comey lak tu.. td g beli ink sbb nk print pic g pangkor ari tu.. nk simpan dlm album.. 
k la.. nk sambung printing.. kang lmbat2 tido pun lmbat.. k.. bye...

Sunday, 28 April 2013

K-Pop Star 2

Anyong-haseyo 안녕하세요...
Aper aktiviti korg di hari minggu nie? aq hari nie duk umh jer.. masak.. kemas umh.. layan korea.. 
Sape yg layan k-Pop star 2 mesti dah tau spe pemenang nyer kn.. musim kali nie mmg best sbb peserta dorg lebih berbakat.. bagi musim kedua nie pemenang nyer ialah Akdong Musician (Pemuzik Kanak-kanak). Dont cross your leg.. lagu yg buat dorg naek sehingga la dorg jd pemenang untuk musim kedua kali nie..

sumber : goggle image search
tak sabar nk ngk k-pop star musim ketiga pulak.. walaupun dorg nie hanya hiburan  rancangan realiti klu kt malaysia mcm akademi fantasia, tp rancangan di korea lebih hebat dan penyanyi dorg mmg best wlpun masih dlm pertandingan.. hurmm... 
x nk la cite lebih.. nnt org ckp x bersyukur pulak duk kt malaysia nie kn.. aq cume kagum jer ngn cite2 dorg.. artis2 dorg.. tu jer.. k la.. slmt bhujung minggu.. Annyeong higaseyo  안녕히 가세요. 

Saturday, 27 April 2013

Happy Birthday Bos-bos

Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday Dear GM, FM, AOM
Happy Birthday to You.
Hepi besday bos-bos sume.. 3 bos tu.. agknye spe yg lahir bln 4 lt jd bos kot.. kn.... Semoga pnjg umor, dan bahagia selalu terutamanya Tuan Pengurus Besar Mejar Mohd Zainudin Al- Helmy.. saya akan cube menjadi secretary tuan yg terbaek...  =)
3 lilin tuk 3 orang
semangat GM tiup lilin..
FM potong kek.. aq interframe skit..
GM amik gambar FM
~FM, AOM, GM~ yg kt tepi tu spe la..hehe
potong kek.. 
anak dara dan mak dara GSC
Bos aq sekarang dah ader hobi baru selain men moto FZ1 dye.. skrg nie dye meneruskan minat dr kecik lg iaitu memanah.. aq sempat amik gambar set archery bos..  selamat memanah yer tuan...
p/s: seram la klu video memanah kt you tube.. ngeri nye sm cm men pistol.. klu dah bos mmg darah askar.. dah x ly nk wat aper dah.. =)

Friday, 26 April 2013

Percutian di Pulau Pangkor ~ Sepetang di Pantai Pasir Bogak

Assalamualaikum. Aktiviti dan percutian kami di Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam makin melabuhkan tirai. Esok kami dah nak bertolak balik. Sebelum itu, kami sempat ke Pekan Pangkor, pergi ke kedai-kadai untuk membeli cenderahati. 
Pekan Pangkor
Perjalanan balik ke resort, kami singgah di Pantai Pasir Bogak untuk lawatan terakhir kami di Pulau Pangkor.
Pantai Pasir Bogak
bergambar di Pantai Pasir Bogak
Hari pun makin senja, kami pulang ke Teluk Nipah untuk menikmati waktu senja di sini sambil makan di gerai char kueh tiow. 
Waktu senja di Teluk Nipah
Maka berakhirlah percutian kami di Pulau Pangkor dan kami bertolak pulang keesokan pagi pada April 2013 jam 1000. Percutian yang sangat seronok dan yang paling best pulau nie memang damai dan sesuai sangat untuk bawa keluarga untuk bercuti kerana kos perbelanjaan yang rendah. Wassalam.

Percutian di Pulau Pangkor ~ Aktiviti di Pulau Mentagor

Assalamualaikum. Seterusnya kami ke Pulau Mentagor.  Menariknya di pulau ini, kalau di Pulau Giam dapat dilihat batu menyerupai penyu dan kepala buaya, tetapi di Pulau Mentagor terdapat baru menyerupai ikan paus di tepi pulau. Menarik kan. Dapat dilihat pokok atas batu menyerupai air yang keluar bila paus muncul atas air. Menurut beach boy kami pulau mentagor pernah dijadikan tempat snorkeling tetapi terpaksa ditutup kerana terdapat landak laut.
Batu menyerupai kepala ikan paus
Landak laut - ehsan google search image
Racun ada pada durinya
Aktiviti seterusnya ialah menaiki matrix boat. Aktiviti ini pilihan Fiza sebab minat sangat dengan aktiviti lasak yang tak dapat kat mana-mana. Harga untuk seorang RM 25. Untuk menaiki bot nie, kita kene meniarap. Bot laju yang akan menarik bot matrix nie. Memang sangat laju dan silap gaya terpelanting masuk laut. 
Rupa bot matrik
Penat tak terhingga rasanya. Maka aktiviti laut kami berakhir jam 4 petang. Masa untuk balik ke resort untuk mandi dan berehat dahulu sebab petang kami bercadang untuk ke pekan pangkor untuk shopping barang untuk dibawa pulang.

Thursday, 25 April 2013

Percutian di Pulau Pangkor ~ Snorkeling di Pulau Giam

Assalamualaikum. Hari kedua pun bermula dan seperti yang dirancang, aktiviti hari nie ialah aktiviti di laut. Bersedia untuk sunburn. 
Kami bersarapan di gerai berhampiran dan selesai kami pergi ke gerai-gerai yang menawarkan aktiviti boat trip untuk aktiviti snorkeling. Kami ambil bot khas untuk kami berdua sahaja  sahaja berharga RM 40.00.  Murah dan berpatutan. Kami juga dibekalkan dengan 3 biji roti burger untuk umpan melihat ikan. Pulau yang akan mereka bawa adalah Pulau Giam dan Pulau Mentagor.
Pakej yang kami ambil. Boat trip beach boy.
Wajah sebelum sunburn
Pulau pertama adalah Pulau Giam.. perjalanan dari Teluk Nipah ke Pulau Giam hanya lebih kurang 10 minit..  Bot laju terasa cepat sampai. Tak sangka ramai yang bersnorkeling kat sini sebab kebanyakkannya keluarga yang datang hanya untuk bersnorkeling di hari minggu. 
Kawasan snorkeling Pulau Giam
Bersedia untuk lompat
Peace, jom ikut Fiza
Fiza dan hubby pergi ke kawasan batu sebab di situ selalunya banyak ikan. Umpankan dengan roti yang dibekalkan, memang banyak ikan yang cantik-cantik dan jinak akan dapat dilihat. 
Aktiviti beri ikan makan
 berenang-renang ke tepian
Penatnya
En. Hubby snorkeling kejap je
Punya la asyik dengan ikan, tak sedar jam dah pukul 2.30 petang. Bayangkan dari pukul 11 pagi kami tiba. Lamanya duduk kat pulau Giam. Muka pun dah terasa pedih.
Jernih air di pulau nie
Setelah penat bersnorkeling di Pulau Giam, kami dibawa menaiki boat pusing pulau Giam dan ada sesuatu yang menarik iaitu batu Aktiviti boat trip bermula.. kami dibawa pusing pulau giam dulu.. kalau nk tahu terdapat satu batu besar yang menyerupai dua bentuk haiwan dalam pandangan yang berbeza.. iaitu penyu dan buaya. Haiwan tu seolah-olah terdampar di pulau giam..
bentuk penyu gergasi 
bentuk kepala buaya

Pulau Giam - ehsan google search image
Aktiviti seterusnya kami akan dibawa ke Pulau Mentagor. Apa yang ada di sini kami masih tertanya-tanya. Baca seterusnya.
Pulau Pangkor ~ Check In di Teluk Nipah
Pulau Pangkor ~ Kilang Satay dan Taman Fu Lin Kung
Pulau Pangkor ~ Kota Belanda
Pulau Pangkor  ~ Seafood
Pulau Pangkor  ~ Pulau Giam
Pulau Pangkor  ~ Pulau Mentagor
Pulau Pangkor  ~ Pantai Pasir Bogak

Wednesday, 24 April 2013

Percutian di Pulau Pangkor ~ Menjamu selera dengan masakan seafood

Assalamualaikum. Selepas maghrib kami terus keluar untuk makan malam. Berdekatan resort kami ada banyak gerai dan restoran yang menawarkan masakan seafood dengan harga yang berpatutan.
Seafood Rasa Sayang
Ikan segar beserta harga setiap 100g.
Kami pilih siakap dengan harga RM 30 seekor untuk masakan 3 rasa, kangkung goreng belacan dan menu sampingan kerang bakar dan kangkung goreng belacan. Semuanya hanya berharga RM 60. Harga yang berpatutan dan yang penting sedap.
Menu makan malam
Jemput makan
Selesai makan, kami pulang ke resort dengan perut kenyang dan puas hati dengan aktiviti hari ini. Kami tak buang masa walau seminit pun. Yelah percutian kami singkat hanya 3 hari 2 malam. Esok kami akan beraktivi di laut pulak. Tak sabar rasanya nak cerita. Wassalam.

Tuesday, 23 April 2013

Double Sensation Pizza Hut

Rest jap..duk cite psl Pangkor jer.. nk post pic  mkn pizza baru double sensation.. mmg sedap cume cheese dye jer yg aq x suke sbb nyer liat.. yg kt tgh tu liat ok la sbb  biler tarik panjang jer cheese dye.. tp yg kt tepi tu kalau dye wat cm sos cheese tu cheezy wedges kfc kn sedap.. pergh.. rs cm nk mkn chezzy wedges pulak.. oh.. tidak.. dah pokai la nk ujung2 bln nie.. pepe pun mmg sdp..
control cun..hehe
aksi lapar giler..
toping penuh.. mmg terbaek...
p/s: thanks hubby blanje mkn yer.. =)

Percutian di Pulau Pangkor ~ Kota Belanda Dutch Fort

Assalamualaikum.. Sambungan daripada catatan perjalanan sebelum ini. Perjalanan dan aktiviti seterusnya ke Tapak tinggalan sejarah di Kota Belanda Dutch Fort. 
sign board ke kota belanda
Bangunan tinggalan
Sejarah Kota Belanda, Pulau Pangkor
Kota yang dikenali sebagai Kota Belanda ini asalnya dibina oleh Belanda pada tahun 1670 sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari Negeri Perak. Kota ini terletak di sebuah teluk di Pulau Pangkor yang dikenali sebagai Kampung Teluk Gedung iaitu sebuah perkampungan nelayan pada masa itu.


Pembinaan Kota ini oleh Belanda mempunyai perkaitan rapat dengan tujuan kedatangan orang-orang Belanda ke Tanah Melayu pada permulaan abad Ke-17 Masihi. Pihak Belanda yang membuat hubungan baik dengan Perak telah berjaya dalam urusan perdagangan bijih timah. Syarikat Hindia Timur Belanda berjaya mendapat kuasa monopoli ke atas perdagangan bijih timah di Negeri Perak. Untuk itu orang-orang Belanda pernah mendirikan loji untuk menyimpan bijih timahnya pada tahun 1651 tetapi telah dimusnahkan oleh para pembesar Perak yang menentang dasar kuasa monopoli Belanda itu.
Berikutan dengan itu pada tahun 1670 satu perintah telah dikeluarkan dari Betawi, Pusat Pentadbiran Syarikat Hindia Timur Belanda supaya didirikan sebuah gedung yang diperbuat daripada kayu guna sebagai tempat simpanan bijih timah. Dengan itu terbinalah sebuah gedung di suatu tempat strategik iaitu di Kampung Teluk Gedung. Sepuluh tahun kemudian tembok gedung tersebut telah digantikan dengan batu-bata.
Tindakan Belanda memperkukuhkan gedungnya itu menimbulkan reaksi daripada orang-orang Melayu. Pada tahun 1690 orang-orang Melayu dibawah pimpinan Panglima Kulup telah membinasakan gedung tersebut. Serangan ini mengakibatkan ramai daripada orang-orang Belanda terbunuh dan gedung itu telah ditinggalkan. Bagaimana pun tidak lama selepas itu pihak Belanda datang semula lalu memperbaiki dan mendudukinya semula. 
Pada tahun 1743-1748, pihak Belanda telah menempatkan 60 orang askar termasuk 30 orang berbangsa Eropah di gedung ini bagi mengawalnya. Pada tahun 1784 pula Belanda telah membina sebuah lagi gedung berdekatan dengan Sungai Perak. Berikutan itu pemerintah Belanda di Betawi mengarahkan supaya gedung lama yang terletak di Pulau Pangkor itu ditinggalkan. Akibat tiada penjagaan, gedung ini telah mengalami kerosakan sehinggalah pada tahun 1973 apabila pihak Muzium Negara memulihkan kembali gedung ini. Kota atau gedung yang dibaiki semula ini mengikut bentuk serta ukurannya yang asal iaitu 3 x 5 meter persegi. Manakala tembok batunya setinggi 6 - 7 meter. Bagaimana pun bumbungnya tidak dapat dibina kerana bentuk asalnya tidak diketahui oleh pihak Muzium Negara.
Berhampiran dengan Kota Belanda ini terdapat satu Batu Bersurat Belanda. Batu Bersurat ini letaknya di tepi pantai kira-kira 100 meter dari Kota Belanda. Tulisan pada Batu Bersurat ini dipercayai dipahat oleh askar-askar kompeni Belanda sewaktu mereka mendiami gedung atau Kota Belanda kira-kira dalam tahun 1743. Ia juga dipercayai sebagai tanda peringatan pada anak seorang pembesar Belanda yang hilang ketika sedang bermain-main berhampiran dengan batu tersebut. Orang-orang Belanda percaya bahawa budak tersebut telah dimakan oleh binatang buas. Sebagai mengingati peristiwa itu, orang-orang Belanda telah membuat batu tersebut dengan menggambarkan seekor binatang buas (dipercayai harimau) sedang menangkap budak. Lain-lain pahatan mungkin merupakan nama-nama pemahat yang dinyata secara huruf ringkas seperti IK, R.O. dan lain-lain dan terdapat pahatan bertulis V.O.C. iaitu singkatan nama Verenidge Oon Stindische Company - Syarikat Hindia Timur Belanda. sumber
Sedikit kecewa batu bersurat telah menjadi tempat vandalisme. Sedih bila sejarah tidak dipelihara dengan elok.
Hasin pembelajaran sejarah, jam 1630 kami pun bergerak balik ke Teluk Nipah dan perut pun dah lapar.
Teluk Nipah.. pemandangan yang tenang dan damai
Makanan famous, lempeng pisang
Sempat interview pakcik yang jual lempeng tu.. Katanya 20 tahun dia berniaga sejak umur 19 tahun.. satu hari 200kg pisang dia akan gunakan untuk buat lempeng.. banyaknya.. Mesti dah berumah banglo pakcik nie tapi dia tetap berniaga menggunakan basikal. 
Lempeng pisang inti kelapa masin
Memang sedap dan mana nak cari kalau mengidam nak makan. Tak jumpa lempeng pisang sesedap nie.
Kami balik makan di resort dan berehat untuk keluar mandi di pantai. Kami ke Pantai Pasir Bongak sebab pantai Teluk Nipah terlalu sibuk dengan aktiviti pantai. 
Malam nanti aktiviti kami untuk cari makanan laut. Rugi kalau tak merasa masakan seafood di Pulau Pangkor.

Percutian di Pulau Pangkor ~ Kilang Satay dan Taman Fu Lin Kung

Bacaan Sebelum  - Check in di Teluk Nipah
Aktiviti dan lawatan pertama kami ke Kilang Satay. Di sini boleh siap-siap beli buah tangan untuk keluarga dan rakan pejabat. Kami terus beli apa yang patut untuk dibawa pulang sebab lepas ini tak singgah ke sini lagi.
Kilang satay..
sotong kering..my favorite
Makanan kering ikan, sotong semua ada.

Seterusnya kami ke Taman Fu Lin Kung. Sedikit Info mengenai Taman Fu Lin Kung.
Fu Lin Kung adalah sebuah kuil Cina di Pulau Pangkor. Ramai pelancong China akan melawat dan berdoa di kuil ini untuk mendapatkan merahmati dari tuhan. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa kuil Cina hanya tempat kegemaran untuk Cina sahaja. Kaum lain dan pelancong asing juga suka tempat ini kerana Fu Lin Kong adalah salah satu kuil yang popular di Pulau Pangkor dan persekitaran yang indah untuk mengambil gambar.
Fu Lin Kong mempunyai pelbagai patung Buddha di dalam kuil dan kolam sekitar. Ramai pelancong akan membuat hasrat mereka dalam kuil ini kerana mereka percaya hasrat akan menjadi kenyataan.
kawasan cantik tuk bergambar..
Macam berada di Negara China
Bergambar tak agak-agak.. sabar jelah..
Keychain dan Fridge Magnet banyak dijual di sini dan menjadi barang wajib untuk dibawa pulang.
Banyak pilihan dan cantik-cantik semua
Pemandangan sekitar taman
Seterusnya kami ke Kota Belanda.. tempat tinggalan sejarah yang wajib dikunjungi. Baca Sambungan - Kota Belanda.

Bacaan Tambahan