Thursday, 30 May 2013

Kementerian Kesihatan Gantung Produk Import 'Bubble Tea' Taiwan

Betui ke nie.. alahai bubble..

sumber google image

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan menggantung pengimportan 11 produk keluaran beberapa syarikat makanan Taiwan mulai semalam, termasuk 'Tapioca Balls' atau 'Tapioca Pearls' yang diguna dalam penyediaan minuman 'Bubble Tea' kerana dilapor mengandungi asid maleik.
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihaan Noraini Mohd Othman berkata penggunaan bahan itu tidak dibenar mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 kerana jika diambil pada paras tinggi boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang.
"Terkini, didapati Tapioca Balls atau Tapioca Pearls yang dikeluarkan beberapa syarikat (Taiwan) telah dicemari maleic acid (asid maleik) dan ia turut dikesan di dalam beberapa produk makanan yang lain.
"Mengikut pihak Taipei Economic and Cultural Office di Malaysia, Food and Drug Administration Taiwan sedang mengambil tindakan kawalan bagi menangani isu itu," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.
Beliau berkata 11 produk berkenaan ialah Tapioca Ball keluaran Sunright Corporation; Tapioca Starch (Hong Kai Foods Co); Black Tapioca Pearl (Possmei International Co Ltd); Indica Rice Powder (Sunright Foods Corporation); Tapioca Pearls (Shang Wang) dan Tapioca Starch Ball (Grand Chainly Enterprises Co Ltd). Selain itu, Tapioca Pearls (Ting Long); Noodles (Sin Chi Zhi Miang Chang); Tapioca Pearls (An Si Li) dan Tapioca Pearls White and Black (Tapioca Foods Company Ltd) juga digantung pengimportannya.
Noraini berkata Kementerian Kesihatan juga telah mengadakan perbincangan dengan Taipei Economic and Cultural Office di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai situasi itu dan akan terus memantau makanan yang diimport dari negara berkenaan.
Sebelum ini, katanya media melaporkan terdapat asid maleik dalam Tapioca Balls dan Tapioca Pearls keluaran syarikat Taiwan Sunright Foods Corporation namun Kementerian Kesihatan mendapati tiada produk itu diimport ke Malaysia.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan akan menjalankan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap produk makanan daripada pengimport yang tidak mengemukakan sijil analisis makmal yang diiktiraf Food and Drug Administration Taiwan bagi mengesahkan produk itu bebas asid maleik.
Noraini juga meminta pengimport, pengedar dan penjual produk berkenaan supaya menarik semula produk itu dari pasaran dengan kadar segera selain menasihatkan industri yang menggunakan produk berkaitan supaya menghentikannya.
"Semua pihak pengimport, pengedar, penjual dan industri yang terlibat dikehendaki melaporkan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah mengenai produk yang didapati tercemar dengan asid maleik supaya siasatan lanjut dapat dijalankan," katanya.
Bagaimanapun, Noraini berkata pengguna yang telah mengambil produk itu sebelum ini tidak perlu bimbang kerana pengambilan asid maleik sekali sekala pada paras rendah tidak memudaratkan kesihatan. - BERNAMA

Wednesday, 29 May 2013

Bayi dalam paip diselamat - MyMetro

Kejam betul manusia nie.. bila dah baca rs nk masukkan dlm blog sendiri.. 
Jinhua: Seorang bayi baru lahir diselamatkan anggota bomba selepas dia dibuang tersumbat dalam paip kumbahan di sebuah rumah di China.

Bayi berkenaan diselamatkan dari dalam paip selebar 10 sentimeter yang terletak betul-betul di bawah sebuah tandas selepas beberapa pejalan kaki mendengar dia menangis.
Polis menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh dan melancarkan gerakan menjejaki ibu bapanya. Rangkaian televisyen China, CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua, di kawasan mewah Zhejiang.
Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran.

Doktor dengan berhati-hati memotong paip itu, kerja yang dilakukan hampir sejam, sebelum dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu.
Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena nombor inkubatornya, selamat dan stabil.
BAYI itu akhirnya diselamatkan oleh anggota bomba.
Rakaman video mengenai usaha menyelamat itu disiarkan di seluruh negara semalam dan mendapat ribuan ulasan menerusi Weibo, laman media sosial popular negara itu. Seorang pengguna menulis: “Saya tidak boleh menerima atau memaafkan perbuatan membuang bayi yang masih beruri dan bertali pusat ke dalam paip tandas. Adakah mereka yang bertanggungjawab layak dipanggil manusia. “Sifat kehaiwanan berbanding kemanusiaan di kalangan orang dewasa semakin meluas.” Laporan mengenai bayi dibuang sering disiar media negara berkenaan. Antara punca yang dikatakan menyebabkan keadaan itu berleluasa ialah undang-undang merancang keluarga yang ketat. China melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak. - Daily Mail
sumber

Lambat vs Halangan

Pernah tak korg alami perkara seperti ini.. apabila kita hendak cepat atau menyedari telah terlambat contohnye nk masuk opis.. time tu la mcm2 halangan yang akan datang contohnye byk kereta kat jln, ader lori besar kt depan smpai jem jln.. ader pulak pemandu lori bwk lori mcm makan angin sedangkan kita nie nk cpt risau punch card merah.. huh... mmg derite rasenye..
Cam nie la aq rase ari nie.. semalam bos aq bgth dtg awl skit sbb nk siapkan binding untuk mesyuarat.. aq pun ok jer la.. last2.. pagi nie cm biasa la aq bgn.. bertolak dr umh jam 0815.. ikutkan perjalanan dlm 20 minit jer.. perkara paling terkejut ari nie bila kete kami keluar jer ke jln besar, terkejut btui ble ngk jem cm x bergerak.. adui.. abeh la cm nie.. tu ok lg kt bandar rawang.. kami pun ikut jln lamer ke pekan kuang.. jln lamer cm biase la bengkang bengkok dan double line.. elok jer perjalanan ly pulak kuar satu lori TNB bw tiang.. nk potong time tu la ade moto.. ader lori.. mau dlm 10 minit ikut dye.. double line pulak tu..
lori nie la wat aq betui2 hilang sabar..
Pas dah potong.. smpai dah kt kuang, kami nk lalu kt area matang pagar... mmg dah agk kt sni mmg banyak lori kuari keluar masuk.. aper lg.. mmg tersangkutla.. trafik light nyer jauh la.. ngk jam dah jam 0905.. ms kete gerak cm kure2.. ader pulak eksiden moto sbb tersangkut lubang kot.. moto hempap kaki perempuan tu.. bangsa cina.. dua org.. kami mmg x sempat la nk tlg.. nasib dah ader org tolong..
ahhh...abeh la aq cm nie.. jam dah kul 0920.. bertape derite dan sabar tui aq rase.. dan last skali aq punch card kul 0930.. sepatutnye masuk jam 0900.. tp len jd nye.. nasib baek la bos x marah.. tp dlm hati dye x tau la kn.. huhu.. sory bos...

Angel Fish pilihan ikan akuarium

Pas blk kje smlm terus sempat la g memancing jap kt blkg opis.. hehe.. memancing kt kedai jual ikan.. kedai tu kt belakang opis.. gado nyer gado ngn hubby sbb ikan nyer psl.. masing2 nk ikan ikut mate sendiri.. last2 ktorg pilih angel fish.. ader 2 kaler.. emas dan silver.. 
Niat asal nk cari ikan puyu nk letak dlm umh tp ikan puyu abeh stok la pulak.. jd beli jer la ikan yg rs ly wat bela.. ktorg beli 4 emas 2 perak.. 
abg besar  tgh pilih ikan..
angel fish
 sekor RM2.00
sume ikan cantik2.. rambang mate nk pilih
 nie lah umah baru tuk ikan tu.. 
x decorate lg sbb batu akutium ade kt umah lamer
p/s: niat nk bela arnab kt umh.. tp hubby x bagi sbb risau xde org nk jg.. huhu...

Tuesday, 28 May 2013

Cenderahati dari Bandung

Salam semua..
Pagi nie aq dpt FM dari member opis finance yg bercuti kt Bandung.. sonokyer la dpt FM.. bertambah koleksi aq kt fridge umh tu.. Thanks yer Sabri... 
FM dr bandung
Mesti best kn g melancong ke obersee nie.. bila la turn aq nk kuar nie.. jln dlm malaysia pun x abeh lg.. ader hati nk g luar.. hehe.. klu dpt kuar aq nk g korea lah..  
p/s : cite2 kne tinggi kn... =) dah.. smbung kerja.. slmt bekerja..

Monday, 27 May 2013

Rasai pelangi.. nikmati pelangi

Bile ngk kt fb smlm ramai yg postkan pic pelangi ptg smlm.. ader yg dpt 2 pelangi.. mmg cantik.. aq pun sempat snap pic pelangi betui2 dpn balkoni umah.. mmg indah btui pemandangan petang smlm.. 
Pic pelangi yg sempat aq snap.. "Rasai pelangi.. nikmati pelangi" cm ayat dlm iklan kan..

Pangsapuri Bukit Rawang Putra

Derita betul proses pindah umh kn.. 3 hari cuti mmg full schedule.. start dari 24 Mei 2013, proses pindah barang 2 besar sampai la ke hari nie pun, blum settle lagi.. baju2 sume duk dlm kotak lagi.. cari time nk pakai jer.. tapi alhamdullillah sumenye berjalan lancar..
selamat tinggal pangsapuri Bukit Rawang Putra...
Kami pindah x jauh pun cume cm beralih taman jer.. dari duk pangsapuri ke townhouse nama tempat tetap sama.. Taman Bukit Rawang Putra.. tapi penatnye same jer sbb nama pun pindah umah.. 
pic umh baru x sempat lg nk snap.. nnt la aq update semula.. lega rasa bila dah pindah.. sekurang-kurangnye ader ruang parking kete dan motor..
Ini lah pengalaman pertama aq pindah.. mmg x dpt bygkan mcm mn la mak aq dlu duk pindah randah.. bukan sbb lari dr utang yer.. hehe sbb nye abah aq dulu keje tentera laut.. 
Klu ikutkan sejarah mula2 mak aq lahirkan aq kt Balik Pulau, Pulau Pinang.. kemudian pindah Lumut, Perak(umor 2 thn).. pastu posting ke Butterworth(umor 3 thn).. baru bpe tahun posting lak ke Lumut semula (umor 4 thn).. pastu pindah ke Beserah, Kuantan sementara nk tunggu quarters Balok ade kosong.. mase tu  umo 5 tahun.. dan masa umor 6 tahun aq duk kt quarter TLDM Balok, Kuantan.. 
perrgh.. aq rs mak aq mmg perit kot.. aq kecik mn la th cm ner rasenye.. x abeh kt situ jer.. dlm tengah thn aq darjah 3, abah aq pun berhenti sbbnye nk kne posting Sabah.. abah aq dah x nk.. tp mak aq relex jer.. tp x pe la... mungkin smpai kt stu jer kerjaya abah dlm TLDM..
Ktorg pindah ke Bentong duk umah sewa atuk kt Kuala Repas.. berpindah sekolah lah aq.. dari Darjah 3 smpai Form 1 aq duk stu.. dan kami pun pindah lg bila umah sndri dah siap.. bile dah pindah umh.. otomatik la pindah skolah gak.. aq mmg x suke pindah skolah.. tp ape ly wat.. terpakse.. dan proses pindah abeh la bile umah kekal ade di Kg. Chegar Medang, Bentong..
Cm tu la idup dengan abah yg bertugas sbgai TLDM.. panjang kn.. padahal nk cite psl aq pindah umh jer.. huhu..
Begitula citenye... dah.. sambung kje..

Monday, 20 May 2013

Sukan memanah aktiviti hujung minggu

Minggu lepas bos kami perkenalkan sukan memanah yang merupakan hobi beliau di waktu lapang, Buat masa ini, Fiza pun ambil kesempatan untuk mengenali peralatan memanah yang dipanggil compound bow.
Fokus.. lepas nie masing-masing nak try
Mr. Hubby pun ambil peluang mencuba
Hafiz.. nampak poyo padahal tukang tarik kat sebelah membantu.. haha
result hebat nie.. sapa la yang hasilkan agak-agaknya
Mej. Helmy.. fokus yang tinggi akan hasilkan result yang cemerlang.
Tak sangka sukan memanah nie best dan bukan senang nak dapatkan bull eyes. Dapat kene target pun dah bersyukur sekurang-kurangnya tak tersasar ke tempat lain.
Dan yang paling penting keselamatan diri dan sekeliling perlu diutamakan kerana ia adalah alat membunuh.
Wassalam.

Saturday, 18 May 2013

Adakah blog satu keperluan?

ehsan google search  image
Bile aq ngk facebook org..pastu g kat about.. pastu g kat website mesti ader dorg nyer address blogspot situ.. sme ader aktif atau tak, mmg ader.. Ia satu keperluan ker?
Aq rs la kan..mungkin sbb kita terlalu byk menggunakan teknologi mcm laptop dan hp.. berkawan pun dgn alam maya lebih byk dr kawan kt luar especially bile dah bekerja.. bila masa sgt kite dpt lepak2 kt luar kn.. so byk lepak ngn laptop dan hp.. 
Bile ader story, ader gosip, ader mende yg kite x puas ati, maybe akan diluahkan kat laptop jer dgn berblogging.. sbb tu la kot blogging nie jd pilihan.. korg rase ia satu keperluan ker? aq rs makin sonok pulak bile dpt berstory kt blog.. klu kita nk cite kt member2 opis pun blum tentu ader yg nk dgr kn.. so publish jer kt blog.. spe nk bc ikut suke.. x nk bc sudah.. 
So.. aper pendapat korg?

Friday, 17 May 2013

Townhouse di Taman Bukit Rawang Putra

Last week aq ngn hubby abehkan masa kemas umh baru.. cr umah sewa br.. tukar angin dr duk pangsapuri so nk cr umh yg ader laman.. sng nk park kete ngn moto.. umh kami jumpe jenis townhouse.. kami dpt bhgian umh atas.. umh bwh org len duduk.. Not bad la umh nie.. rs mmg selesa tuk kami..
pasni rs sonok skit nak sidai baju.. ader balkoni.. ader dapur basah.. x sbr nyer nk pindah.. target sebelum raya akan pindah.. ngk la bape cpt aq kemas barang kt umh lamer.. mmg x sempat nk punggah barang sabtu ahad..
ruang tangga dan ruang tamu
ruang dapur dan bilik
ruang dapur kering
p/s : hubby mmg nk pindah cpt sbb syg moto dye tu x de tpt nk parking..huhu...

Thursday, 16 May 2013

Hadiah contest dari Gempak Starz

Assalamualaikum. Baru-bari ini Fiza telah menyertai contest Gempak Starz kt Facebook yang mana peraduan dorang dibuat secara online. Soalan berdasarkan komik mereka. Rezeki siapa cepat dia yang dapat.
Status ucapan tahniah daripada admin Gempak Starz
Hadiah berupa sebuah buku nota Keith Limited Edition, beserta beberap keping poskad, Sticker pelekat Komik holder paling rare.  Cun melecun dan hadiah yang dorang berikan memang terbaik.
Buku Nota dan poskad 10 keping
Sticker pelekat
Komik holder 4 buah.
Rezeki dan syukur alhamdullillah. Barang diterima dan dipos dengan keadaan yang sangat baik.
Wassalam.

Tuesday, 14 May 2013

Santai petang pekena Cendol dan ABC

Slm, dah lamer rasenye x update story.. nie pun curik skit jer ms.. so x ly nk cite pnjg sgt.. publish pic pun dah cukup kot..hehe.. kebetulan skrg nie mmg cuaca panas sgt.. mlm pun panas.. pic kt bwh aktiviti hujung minggu di kala tgh bulan (poket kering) hehe..
duk bwh pokok mkn abc..mmg best.. lokasi bukit rawang putra
cendol pulut mmh hubby nyer favorite.. aq mkn abc ngn rojak

Monday, 13 May 2013

Senyum petang ~ Derma

Ada la seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.

Budak : Derma ape bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik
ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti jap saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????
p/s: bijak2

Thursday, 9 May 2013

Senyum Tengah Hari ~ Minta Cerai




Anak : Ayah, mak nak minta cerai!
Ayah: Ape? (terus pegi dapur) Syg kenape sanggup wat abg mcm ni? Dah la suruh anak kasi tau plak tu?! Apa salah abg?
Emak: Ape hal dengan abang ni? (muka kehairanan)
Ayah : Syg blh tanya lg ape hal kat abg? Yang sayang minta cerai tu knape? Siap pesan pade anak lg..
Emak : Abg ni emo xtentu pasal ni kenape? Syg minta SERAI bukan CERAI. Dah pergi amik kan serai,sayang nak masak ni..
Ayah : amp;^%#*^&#
p/s: senyum sokmo.. =)

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum sume...

Sempena bulan Mei ini, pasti ramai yang mengingati sambutan Hari Ibu walaupun sebenarnya hari-hari ialah hari ibu... Kebiasaannya Hari Ibu disambut pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei.  Hari ibu pada  tahun 2013 akan jatuh pada 12 Mei 2013.. So ape la agknye hadiah yg korg sume nk bg kt ibu korg yer.. 
Aq panggil ibu ngan panggilan mak.. Igt ms kecik2 dlu slalu wat kad buatan tangan sndri.. pstu kadg2 kumpul duit ngan adik2, beli kain ker.. beli tudung ker.. tp skrg nie sedar x sedar bile dah besar, masing2 dah kawen jauh ngn mak, kte dah tak buat sume tu kn?..just wish jer.. tetibe jer terase bersalah kt diri sndri..
Yang penting kita kne slalu doakan kesejahteraan ibu.. pepe pun Selamat hari ibu kepada semua ibu terutamanya emakku Zawiyah Ismail. 

Tuesday, 7 May 2013

Belum rezeki kami untuk dikurniakan anak

Salam sume.. back to office cm biase.. dan cm biase la jugak kje bertimbun sbb smlm kn rakyat selangor bercuti sempena pilihanraye.. so aq bkn nk cite psl pilihanraye la.. naek muak ngk kt fb tu.. ader jer mende yg x puas ati kn.. dah mmg lumrah manusia kot.. suke menyakitkan hati org len.. kita kne terima seadanya.. usaha tangga kejayaan.. klu x boleh skrg tunggu je la next..next.. year.. x kire la brape next pon..

tu cite psl isu skrg.. isu aq pulak skrg nie psl org yang mmg suke bertanye dan akan selamenye bertanya selagi dorg nie ader mulut.. bkn nk burukkn sesape tp pls la jaga perasaan org len.. 

baru2 nie aq blk kg hubby.. pjlnn penat x yh ckp la kn.. dgn kete bertimbun kt jln nye.. jem smpaikan perjalanan 6 jam ly jd 15 jam.. so aq kne la byk bersabar dan mmg aq bersabar.. lgpun niat sebenar nk melawat parents kn.. aq smpai umah parents dlm kul 5.00 ptg. bertolaknye kul 1.30 pagi.. mahu x penat duk dlm kete.. hubby lg la kesian.. bw kete lg la penat kn..

so ketibaan kami kt kg mcm YB.. tetibe jer ramai pulak org kt umh tu.. tp sbnrnye bukan nk sambut ktorg pun.. dorg2 nie dtg mmg nk sembang jer lebih nye.. dah smpai tu ok la kn.. tetibe plak ader sorg makcik nie ly tanye lak cm nie " Mano baby nyo.. badan dah makin gemok" .. entah sape pun aq x kenal.. boley lak tegur cm tu.. aq nie mengenangkn dia tu makcik.. klu ikut umur hidup dia pun x lamer kot.. ha.. kn dah marah.. hehe..

perlu ker tegur cm tu?gurau ker? sorila time tu mmg aq dah penat gle.. aq mmg wat x th dan wat2 x dgr.. sori la makcik.. aq mmg btui2 x puas ati.. so aq tulis je kt blog nie.. sesungguhnya aq mmg x de niat la nk kurang ajr kn.. sbb tu aq wat x th.. penat la nk menjawab soklan "Mano baby" nie.. 

aq pun x mintak la tu jd single mami and single dadi nie.. cume rezki anak x de kt ktorg lagi.. tggu je la ngn sabar.. 

Aper2 pun aq blk kg mmg hepi.. dpt jupe parent.. spe yg x sronok blk kg kn.. cume mende cm tu wat mood aq spoil skit.. skrg nie dah ok.. cume aq nk pesan jer.. mulut kite diberi oleh Allah bukan untuk kecilkan hati dan perasaan org.. berdosa tau.. sbb sume rezeki dtg dr Allah.. bkn dtg bergolek atau jatuh dr langit.. 

jgn sampai rezeki yang diberikan kepada kita ditarik balik kerana tidak bersyukur atas ape yg dikurniakn.. sama-sama lah kita mendoakan kebaikan untuk semua...

salam..

Sunday, 5 May 2013

PRU ke-13

Slm sume.. Tamatla proses mengundi pada pukul 5 ptg td.. Mesti korg sume dah menjlnkan tanggungjawab sebgai rakyat msia untuk kuar mengundi bagi yg boleh mengundi la..
Aq ikut hubby balik tanah merah kelantan.. Suasana mengundi kt sni mmg len drp yg len.. Smgt rakyat kelantan untuk mengekalkan pemerintahan sedia ada mmg x dpt dipertikaikn..
Mesti ramai yg tak sabar nk tunggu keputusan mlm nie.. Spe yg akan jd pemerintah malaysia lps nie yer..mmg berdebar2..x sm cm 5 thn lepas..
Mesti korg sume dah menjalankan tgungjwb masing2..tahniah..
X kira la spe pun yg menjadi pemerintah..dengan syarat kemakmuran malaysia yg kita kecapi selama ini terpelihara malah akan menjadi lebih baik slps ini..
Mlm nie sme2 la kite ngk keputusan yer.. 
P.s: sedey sbb kt jari x de dakwat itam..
Tgn hubby dgn dakwat kekal..

Thursday, 2 May 2013

KTM Duke 200 ~ Motosikal baru Mr. Hubby

Slamat pagi sume.. slmt hari khamis.. tp rase cm ari isnin sbb smlm kan hari Pekerja.. so slmat hari pekerja tuk  yg bercuti smlm.. hehe.. dah terlambat nk wish..
Penantian 2 bulan dah pun berakhir.. cm penantian nk dpt baby lak.. penantian nie penantian nk dpt moto.. tu sume usaha hubby aq sbb dye la yg nk motor sgt.. aq sbgai wife menumpang jer..
~kitty~
Lps nie bumble bee akan byk rehat la kt umh.. nk gune kitty lak.. hehe.. comey tak name aq bg kt kete kami.. bumble bee.. motor tu pulak aq namakan kitty.. hehe.. hubby aq mmg x suke nama tu sbb x ganas langsung.. x peduli.. nk spray pink jugak.. pastu nk letak sticker hello kitty.. amacam..
~hubby~
~nk helmet pink.. tp dpt itam.. huhu~
Pasnie ly ar g ronda2..minyak pun jimat.. tol pun x yah byr dah.. save nyer la.. yg penting kene berhati2.. seram jugak bile dah lamer x naek motor laju2 nie.. jom merempit.. hehe..

Bacaan Tambahan