Sunday, 30 June 2013

" Segmen Bloglist Julai & Ogos By Cik akak "

Jom join....
Klik Banner untuk join... >.<
Bermula esok 30.06.2013 dan tamat 02.07.2013



Friday, 28 June 2013

Simbol Kiut

Fiza nk share simbol2 yg kiut.. betui2 kreatif dan menarik...
simbol cinta dan sayang
┣┓웃┏♨❤♨┑유┏┥
makan malam, kasih sayang, cinta, pasangan
___________________________________
( ^◡^)っ✂❤
patah hati
___________________________________
(Ɔ ˘⌣˘)♥(˘⌣˘ C)
 cinta
___________________________________
(Ɔ ˘⌣˘)˘⌣˘ C)
pelukan
___________________________________
(ɔˆ ³(ˆ⌣ˆc)
ciuman
____________________________________
(ღ˘⌣˘)♥ ℒ♡ⓥℯ ㄚ♡ⓤ
saya sayang awak
_________________________________________________________________
simbol budak perempuan

〤◕‿◕〤
budak kiut
___________________________________
✿乂◕‿◕乂
flower girl
___________________________________
乂⍲‿⍲乂
wink
___________________________________
ヽ(* ̄o ̄*)ノ♩♫♪
menyanyi
___________________________________
(ʃƪ˘ڡ˘)
yummy
___________________________________
◡‿◡✿
pemalu

_________________________________________________________________
simbol budak lelaki

( -_・) ︻デ═一 ▸
menembak
___________________________________

(◣_◢)ノ-=≡≡卍
ninja
____________________________________
ヽ(⌐■_■)ノ♪♬
gangnam style
____________________________________
ƪ(`▿▿▿▿´ƪ)
jahat
____________________________________
╰(◣﹏◢)╯
monster
____________________________________
٩(●̮̮̃•̃)۶
budak nakal

kiut kan.. klu ikutkan ader byk lg..  bleh ngk kat i2symbol.com.. cm2 ader...


Thursday, 27 June 2013

Hadiri taklimat Persediaan Bonus

Slmt petang sume.. x sempat nk update blog pagi nie sbb kne attend workshop bonus wakil tuk syarikat.. rs nye mmg berite gembire la.. tp byk mn dpt tu x th la lg.. kne la ngk keuntungan syarikat thn nie.. 
Kursus tu dinamakan BIP Workshop and Salary Rationalization Training.. Fiza pergi berdua dengan sorg mamat HR Eksekutif ~erid.. Part fiza time BIP Workshop jer dr kul 9.30 pagi sampai 2 petang..  Part 2 Erid yang attend...
Wisma Hong Leong, Jalan Perak
hello kitty kt lobby..
Tpt workshop.. HLB Learning Centre
Mcm thn lepas pun fiza dah attend workshop nie.. byk muke2 baru yg hadir.. sesi bermula dengan mkn pagi.. tu wajib.. masing2 dtg muke lapar jer.. kemudian bermule la sesi perkenalkan diri dulu.. mmg sesi yg fiza paling x suke sebenarnye.. tp kne la buat..
mkn pagi.. popia besar roti
Lepas tu baru la dorg start bagi ceramah.. nk wat tu.. nak wat nie.. kne ikut dateline.. nk bonus nyer pasal kne la ikut..
sempat ambil pic dlm worshop..
Habis dlm kul 2, lepas mkn tgh hari terus terus balik opis.. masuk kje cm biase.. nk kne settlekan sume kje hari nie sbb esk fiza cuti tahun..  yahoo....
muke lapar.. penatnye otak...
 menu mkn tgh ari.. kambing bakar pun ader...
Memang penat sgt tp sebabkan mknan sedap x kesah la kn.. hilang terus penat.. hehe.. k la.. nk teruskan blog walking pulak nie.. nk berusaha tambah followers.. bagi yg belum follow fiza.. sudi2 la yer.. 

Wednesday, 26 June 2013

Apa itu Slang Terms?

Slang bermaksud ucapan tidak formal / bahasa pasar yang dicipta dan sentiasa berubah mengikut masa. Terdapat 50 Slang Terms telah dikaji dan dikenalpasti oleh InternetSlang.com yang mana ia digunapakai oleh remaja skrg sebagai kata singkat dalam SMS atau pun ketika online.
Fiza nk share kan info nie sebabnye kita kadang2 kurang faham dan selalu terikut2 sahaja perkataan yang dicipta.. bukan aper.. ader perkataan yang tidak sesuai untuk digunakan. Sebab itu kita kene memahami sebelum menggunakannya..
_________________________________________________________________________________

Top 50 Tren Terma Slang
1. YMMV  - Your Mileage May Vary 
2. GTO  - Gran Turismo Omologato 
3. JEEZ - Expression of annoyance Jesus 
4. OWTTE - Or Words To That Effect  
5. KIP -  Sleep /  Bed 
6. ABP -  Already Been Posted 
7. YOLO - You Only Live Once 
8. VIBE - Atmosphere, ambience 
9. FAI -  Forget About It 
10. LOL -  Laughing Out Loud
11. NMJ -  Not My Job
12. :D - Happy
13. DUI -  Driving Under the Influence 
14. BOL - Best Of Luck 
15. BTW-  By The Way
16. TNX - Thanks
17. SNM-  Say No More
18. DDF - Drug and Disease Free
19. WCW - World Championship Wrestling
20. NAIJA - Nigerian
21. FTM - Female To Male
22. LI-  Laughing Inside
23. TGIM - Thank God It's Monday
24. ITO-  In Terms Of
25. IDFG-  I Don't Feel Good
26. TTFN - Ta-Ta For Now
27. DIY-  Do It Yourself
28. 1437 - I Love You Forever
29. XOXOXO - Hugs and Kisses 
30. PSA-  Publice Service Announcement
31. QQ - Crying / Quit
32. BBG - Best Be Going
33. FAO - For Attention Of
34. FLOSSING - Showing off
35. IG - Ignorant
36. 730 - Crazy
37. OUGHTA - Ought to
38. PPU - Please Pick Up
39. NEE - Maiden name indicator
40. LO - Hello / Little One
41. SMT - Sucking My Teeth
42. TY - Thank You
43. EMOTICON - Sequence of characters representing an emotion eg :)
44. FLBP - Future Lower Back Problems
45. XD- LOL
46. MRA - Man bra
47. HWP - Height Weight Proportional
48. HONKY - same as HONKIE
49. ASA - And So On
50. HOWDY - How Do You Do?
_________________________________________________________________________________
Fiza copy paste kn tuk pengetahuan sume dan tak translatekan makne, harap sume faham maksud yang fiza cube sampaikan.. 

Akhirnya.. hujan...

Baru kita betul2 sedarkan betapa pentingnya hujan nie.. semalam kalau kita ngk kt fb dan kat blog jugak, ramai yang melafazkan rasa syukur atas hujan yang turun.. fiza pun rs bersyukur sgt atas hujan yang turun semalam..
Semalam bile kuar je opis, hujan dah renyai2..tapi bile masuk highway, mmg lebat sgt.. smpai x npk jalan.. tp x pela kn.. dah berape lame hujan x turun.. sampai kt umah pun, kilat dan guruh berdentum-dentum.. yg x ly lupe nye.. duk kat dapur nk masak makan mlm.. asyik terkejut jer sebab guruh.. pegang sudip terkejut.. pegang sayur terkejut.. serius mmg kuat betui guruh smlm.. tp memasak kne teruskn jugak la.. kang x mkn mlm pulak... mmg lemah smgt betul rasenye.. hehe..
keadaan kt highway.. otw balik kerja...
Hari nie pun dah nampak matahari.. udara pun dah tak bau asap.. syukur byk2.. lepas nie dorg jgn la wat pembakaran terbuka lagi.. x sanggup nk bau asap busuk bile bangun pagi.. otak pun boleh jd lemau jer..
Ok la.. jom sambung kerja dlu.. siap2 pulak petang nie nk meeting..

Tuesday, 25 June 2013

Pembenihan Awan

google image
KUALA LUMPUR - Pembenihan awan bagi mengurangkan jerebu di negara ini, terutama di Muar dan Ledang di Johor, bagi memperbaiki kualiti udara tidak dapat dilakukan pada waktu ini kerana cuaca yang kering dan tidak berawan.
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Datuk Halimah Hassan berkata berdasarkan pemantauan jabatan itu, pembenihan awan boleh dilakukan dalam masa beberapa hari lagi bergantung kepada keadaan awan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Che Gayah Ismail pula berkata sekiranya pembenihan awan dilakukan dalam keadaan yang tidak sesuai ketika ini, ia tidak akan berjaya.
Keadaan tidak berawan dan kering, berserta taufan Tropika Bebinca (Fabian) yang sedang melanda Laut China Selatan dengan tiupan angin dari Barat Daya yang lebih kuat membawa asap jerebu merentas sempadan di rantau ini, akan menyukarkan lagi proses pembenihan awan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sidang akhbar bersama itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Bagaimanapun, Che Gayah berkata taufan Fabian yang dijangka berakhir esok akan menyebabkan keadaan cuaca lebih baik dengan sedikit hujan untuk mengurangkan jerebu di negara ini.
Keadaan cuaca ketika ini adalah kering melebihi daripada biasa kerana negara kini berada dalam musim Monsun Barat Daya yang dijangka berakhir September ini, katanya. - Bernama
_________________________________________________________________________________

Bile musim jerebu nie perkataan pembenihan awan akan disebutlah dlm berita dan paper.. fiza nak  kongsi sikit aper itu Proses Pembenihan Awan...
Jenis-jenis Pembenihan Awan
1. Silver iodida adalah ditembakkan ke awan menggunakan hembusan api pesawat atau ditembak dari tanah
2. Titisan air kemudian berkumpul disekeliling silver iodida. 
3. Titisan jatuh seperti salji jika suhu persekitaran samaada permukaan di bawah atau berhampiran menghampiri takat beku, atau manakala ia menjadi hujan pada suhu persekitaran yang tinggi
4. Haba dibebaskan sejurus sahaja titisan hujan dihembus angin kuat, yang menarik hawa lembap lebih ke dalam awan.
_________________________________________________________________________________

Cam nie la proses pembenihan awan.. Cukup la tuk pengetahuan bagi sape yang masih blur2 pasal nie.. fiza nak terangkan pun x pandai.. lgpun dah lame tinggal sekolah.. hehe..  

Monday, 24 June 2013

Home made ~ Apam Strawberi...

First time sebenarnye wat apam nie.. bukan aper.. risau x jd la.. bahan x cukup la.. tapi sabtu lepas bile ngk2 sume barang  nk wat apam dah cukup.. mmg x pikir panjang.. sukatan pun men tibai jer.. lgpun nie cm eksperimen pertama la.. klu x jadi ape ly wat kan.. projek apam pun bermula la..
Sebelum tu.. korg kenal ovellete tak? Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek. 
fiza mmg serius x th ape dia.. fiza tanya pada kak ena.. kak ena yang tolong belikan sebab dia rajin buat kek ngn kueh dan bagi kt fiza.. thanks alot kak ena.. last2 jd jugak apam fiza tu..
ovellete ~ klu x de mmg x lengkap la 

Fiza dpt resipi pun kat internet.. simple jer.. ader telur.. susu cair, tepung gandum, tepung penaik.. tambah perasa, pewarna.. dan yang penting ovallete..
kacau2 sampai kembang...
pastu kukus...jgn lupe tutup...
dlm 10-15 minit cm tu dah mula kembang...
siap la tuk hidang.... pewarne x de.. sbb tu wane x menarik
 fiza tambah perise strawberi  jer..
Tapi alhamdullillah.. menjadi jugak... br la ader semangat nk buat lg pas nie kn.. ngk kt internet ader apam polka dot la.. apam dlm ader jem.. wah.. mcm sedap jer kn.. nnt bile cukup bahan nk buat lg.. >.<

Malam Nisfu Syaaban

Hari 24 Jun 2013 bersamaan 15 Syaaban 1434H..  Patut la mlm td bulan penuh jer.. walau pun jerebu tapi bulan tetap cantik mlm tadi.. Apa itu mlm nisfu syaaban yer.. jom kita share bersama..

_________________________________________________________________

google image 
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
“ Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.” ”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
_________________________________________________________________________________
Dengan kata lain malam nisfu syaaban di mana ia merupakan malam pengampunan dan juga malam di mana doa kita kepada Allah akan dimakbulkan.. Wallahu a'lam..

Sunday, 23 June 2013

Langkah dan tindakan sekiranya dilanda Jerebu

Image Source
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih sepert asap.

Indeks Pencemaran Udara 
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut: 

Nilai IPU Kualiti udara
  • 0 - 50 Baik 
  • 51 - 100 Sederhana 
  • 101 - 200 Tidak sihat 
  • 201 - 300 Sangat tidak sihat 
  • 301 - 400 Berbahaya 
  • 401 - 500 Sangat berbahaya 
  • Lebih 501 Darurat 
Masalah kesihatan
Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak 
  • Orang tua 
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain 
  • Perokok 
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk 
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat 
  • Iritasi di mata serta mata yang merah 
  • Kulit terasa gatal 
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap 
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar 
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal 
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi 
  • Selalu minum air 
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan 
  • Jerebu di Asia Tenggara 
Jerebu merupakan satu masalah biasa di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada 2002.
Pada Ogos 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang. Dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500.
Pada 2006, masalah jerebu berulang lagi. pada tahun 2013 jerebu datang kembali seluruh asia tengara tidak didatangi cahaya matahari.

Friday, 21 June 2013

Applikasi KakaoTalk


Sape x kenal dengan fantastic Big Bang kn.. dorg dah jd duta tuk KakaoTalk pulak nie.. dan pengeluar aplikasi nie pun dari Korea.. kalu ngk iklan tv. duta KakaoTalk tuk Malaysia ialah Yuna.. 
Aplikasi nie serupa jer mcm wassup, viber. we chat..free talk dengan syarat ader internet la.. tp yang bestnye.. icon2 dye cute2 la.. klu nk try korg boley la download cm biase kt app store atau play store...
Bagi yang minat artis korea, update dorg sume kita akan th dah yg paling best bleh chat sekali dengan dorg.. 
Fiza dan try gune dan dah add beberape artis dorg.. tp just nk tau update jer la.. nk chat cm segan jer..
boleh call.. mcm viber...
ader icon yang kiyut sesgt...
bleh add korean artist/group...
senarai yang fiza dah add...
cm iklan dorg... free talk kakao talk.. cume nk th.. betul ke yuna tu wat iklan sekali ngn Big Bang.. cm x caye jer.. hehe...

Penawar Sakit Hati

Salam jumaat semua, pagi2 nie fiza terbaca sedikit petua untuk mengelakkan penyakit hati..  sakit hati jenis nie tak boleh dirawat di hospital atau klinik.. ia perlu bermula dari diri kita sendiri.. 
Dengki, cemburu melihat kejayaan org len, iri hati, itu semua termasuk dalam penyakit hati.. tetapi bagi mereka yang dikurniakan harta, kekayaan, pangkat, cahaya mata juga perlu beringat bahawa semua itu pinjaman semata-mata.. tidak perlu untuk merasa terlalu bangga dengan nikmat yang diberikan sebaliknya bersyukur atas apa yang dikurniakan...
_________________________________________________________________

Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati  adalah :
1. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli. Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki. Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki menghilang

2. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.
Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).

3. Memupuk Sifat Pemaaf.
Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).

4. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah. Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.

5. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”

6. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain. Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.
Tentu, perkara ini yang tidak benar. Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik yang cenderung untuk memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.
_________________________________________________________________


Semoga ia membawa menfaat kepada kita.. dan juga kepada fiza sendiri... Wallahu a'lam..

Thursday, 20 June 2013

20 tips nak kurus..Selamat Beramal

Setiap khamis pukul 3 petang mesti ader meeting bersama Pengurus Besar.. sebelum masuk meeting nie sempat la kot fiza nk kongsi skit tips cm ne nak kekal sihat..kekal kurus..kekal langsing.. sbb fiza nie dah makin lame makin bulat.. aduyai.. nk kene mula kurangkan makan nie..
Kat bawah nie ader 20 tips tuk kurus yang fiza nk sharekn kt korg sume.. link nye ader kt sini..
1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. 

2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan 
3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu 
4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buah buahan.
5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. 
9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’ permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan. 
11. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori 
12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 
13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 
14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.
15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda 
16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti
17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.
Semoga berjaya.. >.<

Home made Nasi ayam

Ape yang menjadi nye kn? sebelum nie pun dah wat tp biase2 jer.. kali nie dgn bersungguh2 maka menjadilah.. 
cite pasal masak sebenarnye.. wat nasik ayam semalam.. resipi nie fiza wat dengan cara mak fiza dulu.. mase duk ngn  mak dulu, dia rajin wat nasi ayam.. dan fiza mmg suke sgt.. bile dpt mkn nasik ayam rase mcm bermakne betui  hari tu.. spe yg x suke masakan mak sendiri kn..  
semalam pas balik kje cm biase la pikir menu nk makan malam.. tetibe je rase nk makan nasik ayam..barang2 sumenye takde.. yang paling penting ayam la kn.. so langkah mudah g la satu pasaraya nie kt rawang.. klu ikutkan fiza mmg kurang suke pegi sini sbb banyak tipu harga dan kadang2 service kaunter mmg lambat..
dan semalam terkena lagi fiza..lepas dah pilih barang, nk g kaunter.. tetibe la x th la service down ke aper ke fiza x th.. hampir setengah jam duk queue nk byr.. mmg sabar betul.. ikutkan mmg nk kuar dari situ tp sebab nk masak nyer pasal.. tunggu jela..
ngk.. kaunter bukak 3 je.. mmg beratur panjang la...
Sampai umah kul 8.00 mlm.. wat kje secepat mungkin la sbb nye ader sesuatu yang best tgh tunggu fiza kat ONE hd.. cite korea la kan... so masak la secepat dan sebaik mungkin.. dan hasil nya..
nasi ayam resipi dari mak fiza..

Wednesday, 19 June 2013

Belanja orang pejabat ais krim

Cite nie berlaku beberapa hari lepas, lepas punch out balik kje, fiza tunggu la hubby depan opis, tggu dye pick up fiza.. x semena-mena ader moto datang dan berhenti.. pastu datang pulak beberape org lelaki nk pau fiza... cm mn nie.. abisla fiza.. x psl2 dah kne pau.....
hehe.. cm suspen kn bunyik cite nye.. sbnrnye motor yg lalu tu moto jual eskrim.. cm biase la.. fiza mmg suke mkn eskrim.. tahan motor tu dpn opis.. ly plak staf2 opis kuar time tu.. pe lagi.. hubby fiza yang baru sampai pun ader jugak.. last2 fiza kne bayar la sbb fiza yg tahan motor tu dulu..
huhu.. x pela.. dah rezki dorg kn.. dah tua2 pun sibuk nk makan eskrim.. len la fiza.. haha...
pakcik eskrim
ngk la dorg nie.. mmg x patut..
suke nye dorg nie.. siap ly sembang smbil mkn eskrim..
pela.. sambil smoking mkn eskrim.. kne sensored pic nie... merokok membahayakan kesihatan...
fiza makan eskrim dalam bekas nie jer.. simple tp sedap

Beg Tangan Comel

Time rehat waktu opis tadi fiza berkesempatan teman hubby tuk beli sim card baru sbb sim card dye dah rosak.. sambil jln2 kat The Mall Sg. Buloh, boleh pulak terserempak dengan kedai jual beg.. design beg yg fiza minat mmg ader la.. hubby x ckp aper pun.. dye ckp nk beli, belilah... ok la.. dgn rase sonok teramat sgt.. mmg beli la.. x pikir pun nk pakai kje.. klu pakai g jln.. ok la kot..
Tapi bile dah masuk kete boleh pulak dye kate beli beg budak.... wuaaaa... td x nk ckp... tp klu beg budak.. x kn la besar beg org dewase... tpt jual tu pun tpt beg org dewase.. bkn budak2 nyer.. tp dye ok jer.. dah wife dye cm tu nk wat cane.. hehe...
mesti korg tertanye2  cm mn la beg budak yang fiza dah terbeli tu kn.. nie la dia...
mmg cm beg budak...
ader design anime..ok la klu nk pakai g jejln...
size dewase kn....
so x kesah la.. fiza rs klu pakai g kje mmg x sesuai.. tp fiza akan pakai jugak.. hehe... pastu x sempat mkn.. tapau yong tau fu je la balik opis...
 sedap.. yong tau fu nie..

Tuesday, 18 June 2013

G-Dragon datang ke Malaysia

Assalamualaikum. Buat peminat K-pop, King of K-pop  akan datang ke Malaysia. G-dragon akan datang ke Malaysia pada 22 Jun 2013 untuk konsert G-DRAGON 2013 WORLD TOUR: ONE OF A KIND IN MALAYSIA. Fiza memang teringin sangat pergi. tapi tiket pula terlalu mahal. Kalau ada member oke jugak, sekurang-kurangnya ada peneman, tapi nampak gayanya tak berani nak berseorangan. 
Kwon Ji-yong, lahir 18 Ogos 1988 yang lebih dikenali dengan nama pentas beliau G-Dragon, adalah penyanyi rap Korea Selatan. Selepas 6 tahun sebagai pelatih di bawah syarikat rakaman YG Entertainment, G-Dragon secara rasmi memulakan kerjaya sebagai ahli kumpulan Korea Selatan Big Bang. G-Dragon telah terlibat dengan penulisan, mengarang dan menghasilkan pelbagai trek hit Big Bang, termasuk "Lies", "Last Farewell"dan "Day by Day."
Anggota Big Bang terdiri daripada 
Dae Sung. Tae Yang,  G-Dragon,TOP, Seung Ri
Anggota Big Bang
Memandangkan nama konsert pun ONE OF A KIND, pasti lagu hit ini yang dinanti-nantikan oleh peminat G-Dragon. Yes sir i'm one of kind. Siapa nak belanja Fiza tiket..!!!! 
Nantikan kedatangan G-Dragon ke Malaysia.

Cenderahati dari Australia

Terima kasih sahabat atas gift nie... x sangka pulak minta FM jer tp ader mende len sekali dikirimkan.. terharu rasenye..
Lamer jugak fiza tunggu parsel dr member nie.. sebulan lebih jugak la.. igtkan x sampai.. so smlm dah sampai..
nie la parcel yg ditunggu...
aper la agknye.. fiza x rase FM yg fiza nk besar nie..
mesti dye nk kenekn fiza
ngk kn...
nk kene bukak kotak pulak....
dan
nie la dia.. FM dr australia..
dan 
yg nie lagi comel
dan suprise yg x disangke..
baby kanggaroo... thanks alot my fren..

Monday, 17 June 2013

Senyum pagi...



Bacaan Tambahan