Saturday, 31 August 2013

DIY Sticker Wallpapar

Sekarang nie klu nk hias rumah ader mcm2 cara.. Korg pernah ngk tak sticker decoration untuk dinding rumah? Fiza mmg minat wat mende2 cm nie.. cantikkan ruang rumah yg kosong.. dan kebetulan semalam fiza ader beli sticker room decoration tuk ditampal di ruang dinding yang kosong.. Fiza nk kongsikan hasil sticker nya di dinding rumah Fiza bila dah ditampal..
 Sticker nie khas tuk dinding rumah, tak mahal RM 8.80  
Cari ruang dinding yg kosong 
Mula menampal stiker 
 Tiru jer sampel yg diberi 
Siap ader daun berguguran 
 Nie lah hasilnya.. Ala2 kat taman 
Fiza juga buat kat ruang tamu rumah...
Korg kne pastikan kalau nk tampal jgn sampai serabut rumah.. cari kawasan dinding yg sesuai dan sedap mata memandang.. mmg cantik dan lebih puas hati sbb dpt tampal sendiri...

Friday, 30 August 2013

Segmen Jom Bersahabat! Part1

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


okeyhh , malam ni tira nak melancarkan segmen ni . tujuan nye adalah untuk menyenangkan tira , termasuklah kawan2 blogger lain untuk blogwalking and tambah2 sabahat ! senang je . tak susah pon kannn ? hehe . 
Syarat2 :
1. Follow lah blog tira yang simple nih . 
2. Kalau nak senang , copy paste je oke link yang sedia ada dibawah .
3. Like fanpage tira dan Page ni .

4. Hantarkan link segmen kat kotak komen.
5. DONE !
langsung selam 3hari . sampai 30hb ! jam 12.00 malam . walau pun macam lebih 36 jam , takpeee . bgi chance korang join . okehh !

❤❤Purple di Pagi Jumaat❤❤

Hari nie ader 4 orang berpakaian pepel kat opis.. x rancang pun tp bila masing 2 sampai opis.. "eh.. same la kite.. pepel.. so jom bergambar" ..
Fiza, Kak Ima, Erid, Hanis
Fiza, Hanis, Kak Ena, Kak Ima  
kami ❤ pepel 
posing lagi.. 
Posing kejap jer pagi jumaat.. amek mood sebelum masuk meeting td.. hihi

Logo 56 Tahun Kemerdekaan

Assalamualaikum.. esok merupakan tarikh bersejarah iaitu 31 Ogos di mana Malaysia mencapai kemerdekaan yang ke 56. Fiza ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-56 kepada semua warganegara Malaysia.
Maksud Logo Dan Slogan Hari Kemerdekaan 2013
Tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa. Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara. Konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-56, 
Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku
p/s: Sape g Dataran Merdeka esok? Fiza ngk tv kat rumah jer.. Korg pulak mcm mn?

Thursday, 29 August 2013

Kuatkan semangat ...

Cerita nie terjadi pada isteri kepada rakan pejabat.. Fiza cuma hendak kongsikan cerita nie supaya kita sama2 mendoakan kesihatan isterinya kembali sedia kala.. 
Semalam rakan fiza hantar msg yg dia x dpt dtg ke opis disebabkan isteri nya di suspek mengandung di luar rahim.. terkejut fiza mendengarnya.. baru 2 minggu lepas isterinya disahkan gugur.. maka oleh sebab fiza hendak mengetahui puncanya.. fiza pun try la search info mengenai nie..

Apakah itu kehamilan di luar rahim?
Dalam bahasa Inggeris, istilah ini dipanggil ectopic pregnancy. Perkataan ectopic bermaksud "di tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu. 
Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Ia harus digugurkan sepenuhnya. 
Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom berikut: 

  • Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
  • Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.
  • Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.
  • Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).
http://www.babycenter.com.my/a1052719/kehamilan-di-luar-rahim#ixzz2dK9CuxEz
Dan mlm td pembedahan kecil untuk buang bayi tersebut terpaksa dibuat disebabkan kandungan di luar rahim.. mujur dpt kesan awal sbb ianya bahaya utk si ibu.. smoga rakan fiza nie kuatkan smgat dan begitu juga isteri dia.. Amin...

Tuesday, 27 August 2013

Sebab tidak hadir ke sekolah

Terjumpe post nie kat FB.. sekali baca lucu.. tp melampau pun ader.. Cube korang bace..
Mungkin lawak semata-mata sbb mcm x lojik kn.. Aper pendapat korg..?

Open house Hari Raya

Minggu lepas  fiza dan mr. hubby di jemput tuk pegi open house di Putra Perdana Puchong.. member ms belajar kt UM dulu.. Kitorg panggil Mat.. Mat nie baru je kawen ms hari raya  yang lepas.. tak ingat raya ke berapa.. Memandangkan kami tak sempat ke majlis kenduri, maka dtg la ke open house dorg nie..
Masa dtg tu dptla berkenalan dengan Kak Haslina, nama wife Mat.. orangnye manis jer.. tapi paling terkejut bile npk Ustazah Sharifah Khasif dan suami dtg ke open house nie.. rupenye best fren Kak Has ms belajar dulu .. sempat la bergambar sebelum makan.. 
Kak Has, Ustazah Sharifah, Iza, Fiza
bersama Iza yg bakal jadi ibu.. tggu hari je nie...
Juadah masakan kampung + bihun, pulut kuning pun ader
Si Mat dan Mr Hubby...
Nak dijadikan cerita.. akibat salah masuk highway, kami terbabas ke Sunway Piramid.. jauh terbabasnye kn.. mula2 mmg tersalah ngk sign board sbb bajet x nk ngk GPS sbb nak balik umah senang jer.. last2 ini la jdnye.. alang2 dah lalu highway sunway... kami singgah je kat Sunway Pyramid.. 
last datang sini ms bujang dulu... lame kn x dtg...
Baskin-Robbins
Strawberry milkshake 
Baskin-Robbins Pistachio ice cream mix raspberry
mak mertua lalu belakang pun dah x sedar nie.. 
Thanks yer sbb sudi bace.. korg still ader jemputan open house lg x? Penghujung raya nie mst ramai yang ambil kesempatan tuk buat open house kn.. Wassalam.

Hadiah segmen...

Hadiah segmen 1st Giveaway Ramadhan Photo by iWaniE pada Ramadhan yang lepas baru fiza terima tadi.. segmen nie dianjur oleh Blogger Wanie tp hadiah disponsor oleh Blogger Zara.. Hadiah nyer ialah tudung bawal..
warne pepel.. mmg cantik..time kasih Zara..
dpt white massage tuk muka sekali.. putihla muka fiza nnt.. >.<
Fiza masih menunggu 2 lagi hadiah yg fiza akan dpt masa join segmen dlm bulan Ramadhan lepas..rs berbaloi jugak yer join segmen nie.. ikutkan x sbr tp x kn nk push2 org yg nk bg hadiah kt fiza.. Fiza betul2 hargai setiap pemberian drp rakan2 blogger.. wlpun kecik ia tetap hadiah dan tetap berharga buat Fiza.. Terima kasih.. >.<


Monday, 26 August 2013

Fridge Magnet Bergambar

Ngk jam.. laaa.. dah waktu lunch rupenye.. so..slmt tgh hari sume.. sblm nk kuar mkn nie fiza nk update blog skit.. pagi2 td pas abeh meeting pagi.. ader suprise kt atas meja opis.. Kak Ena hadiahkan FM dlm sampul.. time kasih kak ena.. 
Kat FM tertulis BFF Forever.. x sangke ly dpt title tu..in sya allah kita akan berkawan smpai bila2.. Kak Ena nie boleh dikatekan dah lamer dlm dunia blogger.. Fiza terjebak secara serius dlm dunia blogger nie pun lps selalu bc kisah2 hidup kak ena dlm blog.. rs seronok bila ada blog sendri..
Dari situ la fiza mula nk buat blog peribadi sbb sblm nie fiza just men blog tuk suke2..
Walaupun kami satu opis, fiza betul2 mengenali kak ena dr blog.. cm pelik kan.. tp itulah kenyataan.. Mcm tu la jugak fiza mula kenal dgn blogger2 len..
FM ader gambar kami bertiga..
Kak As, Kak Ena, Fiza

Sunday, 25 August 2013

Jamuan Hari Raya 2013

Assalamualaikum.. slmt berhujung mggu dan aper aktiviti korg hari nie? Fiza nk update skit pasal jamuan hari raya opis pada jumaat lepas.. mcm biase la menu hari raya.. ader nasi himpit, masak lodeh, ayam masak merah, spageti pun ader.. cume bos fiza xde sbb masih kat rumah MC sedang berehat lagi.. 
jom bergmbar sblm makan... 
senyum lebar org yg kt belakang tu.. 
juadah yg ader
Siti, fiza, hanis 
fiza, kak ena, kak as

Friday, 23 August 2013

I Hear Your Voice ~ K-drama Review

Salam Jumaat semua.. ms duk pikir2 nk publish ape yer hari nie.. teringat pulak yg fiza dah lame tak buat review pasal korean drama yg fiza duk layan setiap Rabu dan Khamis pukul 9.00 malam. "I hear your voice".. mmg terbaek.. dan kalau nk th episod skrg dah di kemuncaknya.. tuk dua hari yg berturut nie citenye mmg sedih.. sampai keluar air mata.. 
Fiza review skit sinopsis cite nie yer..
  • Sebuah drama tentang peguam bela awam yang mengambil kes-kes yang paling sukar dengan kurang daripada 1% peluang untuk menang. 
  • Jang Hye Sung (Lee Bo Young) adalah seorang yang tabah, dan  pada masa yang sama terlalu ego, perasan cantik seorang peguam wanita lucu dan berani.  
  • Cha Kwan Woo (Yoon Sang Hyun pelakon Secret Garden~Oska) adalah, bekas pegawai polis bersemangat, macho, serius dan berhenti menjadi polis semata2 untuk menjadi peguam kerajaan (ada sebabnya).
  • Park Soo Ha (Lee Jong Suk pelakon Secret Garden) adalah seorang budak lelaki berusia 19 tahun yang mempunyai keupayaan atau kuasa besar untuk membaca fikiran manusia. Dorg sama-sama bekerjasama untuk menyelesaikan kes-kes yang tidak ada orang lain mahu selesaikan. 
Fiza kagum ngn jalan cerita dan cara dorg menyelesaikan kes.. mmg terbaek.. tinggal 2 episod daripada 18 episod....
watak utama...
Lee Bo Young
Lee Jong Suk
Yoon Sang Hyun
Ada satu lagi cerita yang fiza layan hari Isnin dan Selasa jam yang sama, cite Empire of Gold.. yang nie pun fiza akan wat review dia nnt.. Korg minat cite korea x? cite aper yg korg suke.. bgth la fiza.. nk th jugak.. 

Thursday, 22 August 2013

Segmen : 1st Segmen Singgah Blog Saya 2013

klik banner tuk join...
Segmen ini hanya berlangsung beberapa hari sahaja iaitu dari 21-23hb Aug 2013  sehingga jam 11.59 malam.

Tragedi Bas Terjunam Di Genting Highland

Assalamualaikum kwn2 blogger sume.. pasti sume dah tahu ln psl berita kemalangan bas yang berlaku semalam.. salam takziah dari fiza buat keluarga yang terlibat dlm kemalangan tersebut.. tak sangka ia adalah kemalangan terburuk di Malaysia.. Bagi yang terselamat diharapkan moga cepat sembuh..
_________________________________________________________________________________
Operasi menyelamat nahas bas selesai
Sebanyak 37 orang terkorban dalam nahas bas ekspres terburuk di negara ini apabila bas ekspres yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.5 Jalan Genting Highlands hari ini.
Kemalangan itu juga mengakibatkan 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) lima, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.
Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan yang menawarkan perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu menuju ke ibu kota.
Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas bas itu ditamatkan 9.30 malam ini dan ia diumumkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.
"Gerakan untuk menyelamat telah selesai dan laporan yang kita terima ialah seramai 37 terkorban, 25 lelaki dan 12 perempuan," katanya.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S. Jeyaindran berkata lima pakar dan lapan pegawai perubatan dari unit forensik HKL sedang bersiap-sedia untuk melakukan bedah siasat mayat mangsa yang dihantar ke hospital berkenaan.
Pasukan mencari dan menyelamat yang melibatkan kira-kira 450 anggota termasuk bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terpaksa menggunakan kren, pengusung, tali dan unit anjing K9 untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa.
Meskipun pihak berkuasa belum mendedahkan punca sebenar kemalangan, bagaimanapun antara mangsa yang cedera mendakwa brek bas gagal berfungsi sebelum terjunam ke dalam gaung itu seperti yang diceritakan warga Bangladesh, Ali Haider Shyed Haider, 46, yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata berdasarkan pemerhatian, dengan keadaan cerun yang agak menjunam, bas boleh tergelincir ke gaung sekiranya tidak dikawal dengan sempurna.
Kemalangan buruk lain yang pernah berlaku di kawasan Genting Highlands ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.
Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia. - Bernama
_________________________________________________________________________________

Wednesday, 21 August 2013

Lunch di ayam penyet..

Tgh hari td kawan mr.hubby si Hafiz ngok ngek ajak lunch kat restoran Ayam Penyet kat TSB Sg. Buloh.. sebenarnye nie first time g tempat ayam penyet nie sbb dlm otak fiza nie duk pikir resipi dye mesti ayam yg dah penyek atau yg dah ketuk bg penyek.. hehe... kuno kan otak fiza nie.. bile masuk rupenye mknan ala kampung jugak.. ader set.. ader ala carte..
testing2..shot pic air ala2 pro la konon nye..hihi.. 
nie hafiz ngok ngek tgh usha awek.. fiza repot bini ko yer apis... bukti da ader.. haha 
menu sorang satu.. 
Ayam ~ Mr. Hubby
Udang ~ Hafiz
Daging Dendeng ~ Fiza
fiza dan Mr. Hubby aka model blog... =P

Lega dah sampai...

Assalamualaikum  dan selamat petang.. bagi member2 blog yg ikut perkembangan fiza, fiza just nk bg th yang bos fiza dah boleh keluar wad petang nie.. Alhamdullillah..
Dan td fiza ada dapat SMS dari blogger Zara yang bgth kurier yg fiza kirimkan dah tiba setelah  fiza cube untuk hantar sebelum raya.. tetapi dipulangkan semula atas alasan alamat tidak lengkap...padahal alamat lengkap jer.. tp fiza dah siap bertekak dengan syarikat kurier tersebut disebabkan duit kurier  telah dibayar tetapi barang dipulangkan semula kepada fiza.. spe yg x marah kan.. smlm fiza kurier lagi sekali..dan hari nie dah tiba..
Fiza juga telah terpilih menjadi sponsor untuk segmen 1st Giveaway Ramadhan Photo by iWaniE pada Ramadhan yang lepas..  dan pemenangnyer ialah Ayu dan hadiah yang dimenanginyer ialah  Hello Kitty Mini Jewellery Box .. Buat  blogger Ayu tahniah fiza ucapkan dan hadiah tersebut pun fiza dah kurier semalam dan harap tiba pada hari ini... 
sponsor tuk segmen nie...
Hello Kitty Mini Jewellery Box yg fiza kurier semalam
So.. abislah sudah hutang2 yang fiza patut berikan pada kwn2 blogger.. harap korg sume berpuas hati yer.. 

Tuesday, 20 August 2013

Musim kenduri dan Open House

Slm semua.. hari nie lambat skit update blog sbb nye settlekan dulu keje2 yg ader.. hantar sume dok tuk Tuan GM yang masih berada di hospital.. Keadaan beliau npk elok tetapi menurut doktor, paras platelet menurun menjadi 117.. Doakan beliau akan sembuh seperti sedia kala ye.. tp Tuan GM tetap bersemangat bekerja walaupun sedang sakit..
Habis cite tu.. fiza nak cerite aktiviti minggu lps beraya di rumah keluarga fiza di Bentong.. Kebetulan pula ada kenduri kawen member sejak darjah 4.. Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu.. Amin..
tema biru purple.. mmg cantik 
sama cantik sama padan..Tahniah Mas
Bila kami pulang dari kenduri. mak fiza ajak ke open house di Janda Baik.. Kalau nk th fiza pernah ke janda baik ketika sekolah rendah.. mmg x igt pun tempatnye mcm mn.. dan kirenye nie 1st time nk lawat dan jln2 kat Janda Baik.. Tapi memandangkan kami tiba pun dah petang sbb bertolak lepas Asar, mmg pergi open house je.. Mak ckp tempat mmg cantik.. kalau ada masa pergilah bercuti kat sana, mcm2 kemudahan ada..
 pintu gerbang untuk ke Janda Baik
Open house di open Warung Janda Baik... 
Baju biru tu la tuan open house.. member baek mak fiza..
smile.. mmg mesra betul.. 
fiza dan mak.. 
dan mcm biasa.. model tuk blog fiza..en. hubby yg disayangi... 
menu mmg best.. ade mcm2 tp fiza dpt mkn soto, yong tau fu, kambing panggang
dan paling best kek lapis sarawak..

Bacaan Tambahan