Monday, 30 September 2013

Apo nak dikato...

Assalamualaikum.. 
dah petang baru boleh ngk blog nie..
rindu la sbb smlm tak update.. 
hari nie pun dah petang baru dpt story skit2..
br je abeh monthly meeting kt opis tadi.. 
aper boleh buat kn..
 nk kje.. pastu nk berblogging lagi..
 tp Fiza tetap akan cube juga tuk update blog.. 
cume nk g jejln kt blog kwn2 je tak sempat..
 klu sempat mmg Fiza pegi jenguk korang sume...
Fiza ader byk story yang nk update nie.. 
tp masa tak mengizinkan..
 harap kwn2 sume still singgah blog fiza yer.. 
Fiza nak g ngk movie pas balik kje nie.. 
cite aper yg best yer..
erm.. redah jela kan..
any suggestion?

Saturday, 28 September 2013

Lancome Skin Perfecting dan Dubu-dubu

Assalamualaikum.. nie entry semalam, tp baru mlm nie sempat nak update... kerana sample new Teint Visionnaire Foundation.. Fiza dapat jalan2 kat One Utama dengan akak2 opis..  Kak Ena dan Kak As.. selalunye kalau jln2 ngn En. Hubby jer.. kali nie "freedom".. wah cm lupe diri yer.. takde la.. tak kn nak bawa cik abang pulak kn.. 
Sample tu diberikan untuk pakai dan beri feedback kat page yang kita redeem tu.. Feedback yang menarik akan menerima Lancome Skin Perfecting Makeup Duo yang bernilai RM 450.00.. mahal tu.. 
fiza sharekan kat FB.. korang pun boleh terjah sini https://www.facebook.com/LancomeMY/app_490404704370113
cm nie la page view nye...
harga satu foundation nie tak silap.. RM 155.00.. lupe la...
nie sample yang kami bertiga dapat ikut wane kulit masing.. 
sempat snap2 skit... >_< comel tak kak ton....hihi
Bile dah dapat sample tak tunggu lame.. kami terus nk cari tempat makan nak isi perut yang dah lapar nie.. time tu jam dah hampir 7.30 petang.. Jalan2 sesat.. jalan2 sesat.. hehe.. tiga2 sakit kaki sbb masing2 dah mcm mak datin pegi one utama.. nasib baek kak ena tanye kaunter kat mana Dubu-dubu sbb kak Ena dah pernah datang.. Fiza pulak 1st time nak rase makanan korea nie.. mmg excited...
Restoran Dubu-dubu One Utama
Nie set yang Fiza ambil.. Honey Garlic Bulgogi Beef Set dan Citron Tea 
yang nie Ddukboki spicy rice cake.. mmg terbaek.. rasenye masam, manis dan pedas..
kek beras tu mmg kenyal...
agak2 restoran nie nak amek kami bertiga jd model tak.. hihi..
Fiza mmg akan datang lagi sbb selera makanan korea mmg kene dengan Fiza.. tak sangka makanan dorg mmg sedap.. Pas nie Fiza nak bawa Mr. Hubby pulak pergi.. sbb dia nak sgt mkn kek beras pedas tu..
Lepas dah isi perut.. ktorg jalan2 dulu sebelum balik.. pegi S&J dan HOMES.. kat sini byk barang barang comel.. FM dan keychain la jadi mangsa Fiza.. Kak Ena belanja kami Keychain perempuan Jepun.. mmg comel.. yang tu Fiza akan update dalam koleksi FM dan Keychain bagi bulan September...
cm biase la.. tpt hello kitty di HOMES... 
Fiza beli bekas air HK nak guna kat opis...
Cam biasa.. otw nak balik sesat lagi... mmg serius penat sbb nye maen redah jer... dtg ikut lain, balik tak ingat jalan.. mmg lucu.. last2 terjumpa candylicious..sbb ms datang mmg jumpe kedai nie dan nk masuk.. tp tangguh dulu.. last2 jumpe jugak... Kedai nie boleh dikatakan mcm syurga gula2 dan coklat.. tempat nie kalau budak2 ngk.. mau pokai mak bapak.. hehe...
Decoration mmg terbaek... gula2 HK pun ader tau... 
yang nie Fiza beli.. Belgian Choco.. Buy 1 free 1...
Mmg puas betul jalan, mujur la esok hari minggu.. sampai umah kul 11 malam.. Sian En. Hubby kne tunggu Fiza balik.. hehe.. okay lah.. nak g BW pulak.. selamat malam dan selamat berhujung minggu korang sume.. terima kasih sbb sudi baca.. >_<

Friday, 27 September 2013

Cara hendak hilangkan mengantuk

Assalamualaikum. sedap juga dengar k-pop sesambil layan video klip di youtube.
Hilang mengantuk di waktu petang. Antara artis yang Fiza minati adalah G-Dragon.
1. G Dragon
2. EXO
3. MBLAQ
4.MIB
5.Teen Top
EXO, MIB, Shinee, Teen Top, Mblaq dan Super Junior antara kumpulan lelaki yang mempunyai lagu yang Fiza suka sangat dengar. Tarian dorang pun memang pro. Tak berkelip mata tau.
Jangan marah yer tajuk tidak kena dengan artikel. Ini cara Fiza untuk hilangkan mengantuk. Tata.. 

I'm not alone....

Assalamualaikum.. 
google image..
Salam Jumaat semua.. >_<

Thursday, 26 September 2013

3000 SLE Supporters Giveaway

Assalamualaikum.


klik banner untuk join
Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, CikkMira
Tamat 24 Oct 2013, 12malam

Lunch, orang belanja

Assalamualaikum.. dah tgh hari nie.. korang sume makan ape lunch hari nie.. Kalau duk rumah boleh masak2 kan.. tp klu kat opis beli kat kedai.. kalau rajin bgn awal boleh bawa bekal ke opis.. tapi hari nie ader orang belanje lunch Fiza.. >.<
Terima kasih kat Kapt. Salim kitorg nye Pengurus Operasi sebab belanja kami Mekdi.. simple2 je.. sng nk uruskan.. Kapt. Salim belanja semua staf kat opis sebab hari Isnin depan merupakan hari terakhir dia di opis kami, dia berhenti sebab dah mulakan business sendri.. Selamat Maju Jaya Kapt...
21 September juga merupakan hari ulang tahun Kapt.. Fiza nak ucapkan happy belated besday kepada Kapt, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki... 
mekdi mkn kat opis... 
dapat kupon sunday free.. nie kak Ena bagi..
Hanis, Kapt. Salim dan Fiza...
Korang mkn aper lunch hari nie.. kongsi la dengan Fiza yer .. >_< 

Wednesday, 25 September 2013

W.W ~ Persoalan CPUV terjawab..

Bukan senang yer nak menjadi yang terbaik... Akhirnya persoalan terjawab.. >_<
tak salah kan cuba untuk hantar tiket.. dan hari nie Fiza dapat jawapannya...

Home made Lamb Chop...

Assalamualaikum..entry kali nie pasal masakan pulak ...banyak blog yang Fiza singgah menceritakan pasal pemanggang ajaib.. sehinggakan Fiza rasa pun patut beli dan cube.. mmg betul la.. tak perlu guna minyak pun boleh masak.. Baru-baru nie Fiza try panggang kambing dan ayam.. dan hasilnye betul2 menjadi.. Fiza juga pernah buat Ikan Stim Limau gunakan pemanggang ajaib.. mmg betul2 ajaib...
Fiza beli kambing yang dah siap marinade kat Jusco.. balik terus panggang jer.. mmg sedap dan belanja pun jimat...
panggang kambing atas pemanggang...
nie la hasilnya home made lamb chop.. 
home made ayam panggang.. 
Masakan mcm nie mmg sihat dan bebas kolestrol kerana tak perlu setitis minyak pun.. dan tak lekat pada pemanggang.. masa untuk memasak pun jimat dan cepat... Sesuai untuk suri rumah dan wanita yang berkerja.. >_< ..  

Tuesday, 24 September 2013

Followers 444

Assalamualaikum... ok entry seterusnye nie lebih kurang cm blog review.. mmg niat Fiza nak reviewkan blog yang menjadikan jumlah followers Fiza mencecah 444.. Followers Fiza tak ramai pun tapi Fiza tetap bersyukur sebab korg sume sudi singgah tuk baca walaupun sekali jer... Blogger bertuah tersebut adalah Sya sya yang telah berkecimpung dalam dunia blog nie sejak August 2012..
Adik syasya nie akan menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) pada  20 Oktober 2013.. Tahniah diucapkan dan smoge akan dapat kerja yang bagus lps graduate nnt yer... 
Blog syasya comel sgt.. suke Fiza ngk.. Bg blogger yang nk kenal Syasya, boleh la terjah kt link yang Fiza dah letakkan di atas.. Terima kasih Syasya kerana sudi ke Blog Fiza nie.. >_<

Hadiah Top Commentors dan Abylla Studio

Assalamualaikum kwn2 sume.. maaf sbb semalam tak sempat nk update blog.. hari isnin selalunya berkejar2 skit dengan kje... last2 smpai demam-demam Fiza hari nie.. so duk umah MC..huhu..
Minggu lepas Fiza ader terima 3 hadiah daripada rakan blogger..  Fiza dapat untuk Top Commentors July 13 dan August 13 daripada blog This is Our Story pemiliknya kak Zarena yang comel... Entri nye boleh la bace kat sini.. 
Dpt FM Bear...
Nie pulak keychain.. Cantik sgt...
Untuk segmen GA pada bulan Ramadhan yang lepas, Fiza dapat tempat kedua dan memenangi poskad Raya Abylla Studio dan button badge Abylla Studio.. Pemilik blog nie bernama Abylla Amjah dan blog nie cm blog business untuk buat banner, bunting dan button badge..
 
segmen GA Ramadhan 
Poskad dan button badge..
Terima kasih kepada kak Ena dan Abylla atas hadiah yang kiut-kiut dan comel nie.. 

Sunday, 22 September 2013

Percutian ke Sabah ~ Poring Hot Spring, Sabah Tea Garden dan Sg. Tagal

Assalamualaikum.. percutian 4 hari 3 malam berakhir dengan lawatan ke Poring Hot Spring, Sabah Tea Garden dan Sg. Tagal. Link untuk lawatan sebelumnya ada di bawah ini. 
Kami tinggalkan Kundasang dan ke destinasi seterusnya ialah Poring Hot Spring di Ranau. Kami makan tengah hari di gerai  tepi jalan berhadapan dengan Poring Hot Spring. Perut kenyang tiba-tiba kami ditemukan dengan Buah Tarap. First time makan buah ini, rasanya manis macam buah manggis. Rezeki kami kerana buah Tarap adalah buah bermusim. Maka terasa sangat beruntung.
Masa pun suntuk, kami pun terus  masuk ke Poring Hot Spring dan  bayaran masuk adalah RM 3.00 seorang. Di sini juga ada taman rama-rama, taman raflesia dan orkid serta canopy walk. Tapi kami ambil keputusan untuk rendam kaki sahaja, lagipun menurut penjaga di situ, bunga raflesia masih belum kembang. Rugi kalau masuk tidak dapat lihat bunga raflesia.
Buah Tarap.. pertama kali lihat dan rasa.. sedap dan manis
rupa seperti cempedak
Kami rendam kaki jer.. 
Kolam air panas kat sini ada banyak kategori, ada yang pengunjung tidak dibenarkan untuk sentuh.
Nanti terebus pulak badan.. hehe
Tengah syok rendam kaki, hujan pun turun dengan lebat. Apa lagi bertempiaran kami lari menuju ke kereta. Bila ingat rasa lucu pun ada. 
16 September 2013, jam 1430.
Korang pernah dengar atau tahu tempat urutan kaki ikan (fish massage) yang terletak di Sg. Tagal, Kampung Luanti, Ranau.  Kami tidak berpeluang untuk bertemu ikan pelian memandangkan tempat tersebut ditutup kerana hujan dan paras air sungai yang tinggi.
Sedih jugak tapi mungkin tiada rezeki dan mungkin ke sini lagi kot.. hehe..
sg. tagal tgh melimpah...
16 September 2013, jam 1530.
Jarak Sabah Garden Tea dangan Sg.Tagal lebih kurang 5 minit perjalanan.. tapi jalannya advanture sikit serta tidak bertar maka perlu lah bertahan seperti duduk di kerusi urut.  Fiza tidak pernah ke Cameron Highland lagi.. jadi tidak boleh nak bandingkan keadaan. Yang pasti pemandangan memang indah dengan kehijauan daun teh dan udara pun sangat segar.
Ladang terletak di atas bukit
Wangi bau teh sabah.
Sempat shopping teh sabah untuk dibawa pulang 
untuk mak abah kat kampung...
16 September 2013, jam 1630.
Kami perlu bertolak awal sebab kalau di semenanjung kira awal lagi, tapi kat Sabah waktu lebih cepat malam.  Kami ambil langkah berani dengan tidak melalui jalan kami datang sebaliknya kami ambil Laluan Ranau - Tambunan - KK.  Tapi kami memang  buat silap besar sebabnya jalan ini tidak ramai orang lalu waktu petang.
Pengalaman yang paling kami tak dapat lupakan adalah kerana jalan tersebut terlalu banyak tanah runtuh. Bayangkan laluan jalan bengkang-bengkok dua kali ganda daripada jalan yang kami lalui ketika datang ke sini. GPS seolah2 dah tipu kami .. huhu..
Sehinggakan kami terpaksa berada dalam ketakutan dan kerisauan kerana meter minyak kereta kami berkelip sepanjang perjalanan pulang ke Kota Kinabalu.. Bila lihat batu tanda jalan raya kat tepi jalan raya, lagi 65 KM nak sampai.. dengan jalan mendaki dan bengkang bengkok.. 
Fiza mula terbayang macam mana kalau minyak kami habis di tengah-tengah hutan.. Hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya kami dalam perjalanan pulang.
Fiza  berdoa sepanjang jalan dan kami hanya diam membisu sepanjang perjalanan.. dengan jarak penglihatan hanya sampai bonet kereta jer.. Memang seram sangat.. line telefon pun tak de.. Penuh kabus dan tiada satu kereta pun bersama kami..
Alhamdullillah, turun jer jalan berbukit, ada sebuah station minyak shell kat situ.. apa yg Fiza boleh katakan kereta Viva mmg jimat minyak... bersyukur sangat-sangat sebab kami dpt keluar dari jalan yang menyeramkan tu.. 
Fiza nak pesan kat kawan-kawan yang ke Sabah, jangan buat macam kami.. ikut jalan yang dah dilalui masa tiba melainkan waktu time tu masih awal..  
Sampai sekarang Fiza masih ingat kenangan yang menakutkan tu...
Sekian sudah cerita 4 hari 3 malam percutian Fiza di Sabah.. terima kasih pada kawan-kawan yang sudi baca cerita Fiza nie.. memang panjang dan harap boleh jadi rujukan bagi mereka yang baru pertama kali hendak menjejakkan kaki ke sana..
 Selamat malam semua.. >_<

Saturday, 21 September 2013

Percutian ke Sabah ~ Kinabalu Park dan Desa Cattle

Assalamualaikum dan selamat berhari minggu.. Entry lepas boleh baca kat sini.. Fiza dah siap link kan..
Update untuk hari ketiga di Kota Kinabalu, kami bercadang untuk ke bahagian Kundasang. Kebetulan kami berada di Kota Kinabalu  pada 16 September 2013 iaitu Hari Malaysia dan sambutannya di Tanjung Aru Sabah.. 
Hari nie lagi suasana percutian akan lebih excited dari semalam.. untuk memudahkan korang semua faham.. Fiza sediakan peta ringkas diatas.. Kami akan ke Kundasang, Ranau terus ke Tambunan dan seterusnya pulang ke Kota Kinabalu. Semalam dah tawan area Tuaran. Hari ini ke kawasan yang telah disebut tadi.
16 September 2013, jam 0600.
Kami tiba di Kinabalu Park, kaki Gunung Kinabalu pada jam 0800.. perjalanan lebih kurang 2 jam dari Kota Kinabalu ke Kinabalu Park.. waktu ini memang sangat sejuk dan hujan pula renyai-renyai. Kami hanya bertshirt, nak beku rasanya.
tempat berlepas bagi pendaki Gunung Kinabalu.
 Kalau hendak panjat gunung perlu mohon permit RM 100
Tempat terbaik untuk melihat puncak gunung, tapi disebabkan hujan,
dapat tengok kabus jer.
Puncak Gunung Kinabalu yang ditutupi kabus dan awan tebal.
Tunggu punye tunggu sebab keinginan untuk melihat puncak Gunung Kinabalu akhirnya tidak kesampaian. Tak kan kena pegi ke Sabah lagi? In Syaa Allah. Kami pun meneruskan perjalanan ke destinansi seterusnya iaitu Kundasang.
16 September 2013, jam 1000.
Kundasang terletak di kaki gunung dan perjalanan dari Kinabalu Park ke Kundasang hanya 10 minit naik kereta. Pemandangan di Kundasang sangat cantik dan penuh dengan kehijauan. Cuaca pula nyaman dan sejuk walaupun matahari sedang panas terik.
New Zealand Malaysia...
Dairy Farm.. Desa Cattle...
Kawasan lembu susu seperti berada di New Zealand. Agaknya kot. Bayaran masuk adalah RM4.00 seorang. Apa yang boleh Fiza katakan.. tempat nie sgt tenang dan best,   rasa macam nak guling-guling atas padang rumput yang hijau tu.. cuma risau  ader booby trap je..hihi...
Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd.
Dalam bangunan ini terdapat kedai cenderahati, 
penjualan susu lembu segar dan juga ais krim.
Fiza tidak berkesempatan untuk beli susu lembu atau ais krim sebabnya perlu beratur panjang  sempat beli keychain dan Fridge magnet sahaja.
Tempat anak lembu dan tempat
perahan susu lembu.
Pengalaman memberi lembu dan kambing makan rumput dan susu
Harga seikat rumput RM1.00
Harga sebotol susu lembu RM 1.50.
Comel kan kambing putih tu.. 
Pemandangan bersama lembu 
Puncak gunung Kinabalu sepatutnya di belakang Fiza.
Tapi hanya kabus 
16 September 2013, jam 1200.
Oleh kerana kesuntukan masa, kami tidak boleh nak bersiar lama-lama walaupun hati berat hendak meninggalkan Desa Cattle. Dalam perjalanan kami sempat singgah bergambar di Kundasang War Memorial.
Kundasang War Memorial.
 this was one of the first memorials to
 commemorate the brave Australian and British Prisoners of War
 who died in Sandakan 
and during the infamous death marches
 to Ranau during World War II.
Begitulah perjalanan setengah hari kami untuk hari ketiga. Sambungan akan menyusul kemudian yang mana kami akan ke Ranau. Wassalam.

Bacaan Tambahan