Saturday, 30 November 2013

Melukis Doodle buat pertama kali

Assalamualaikum.. Tengok orang buat doodle.. teringin juga nak ade doodle sendiri.. selamat 3 jam Fiza duduk depan lappy.. lama betul sampai sakit pinggang.. akhirnya.. tada... ini lah hasilnya.. Fiza guna photoshop tuk hasilkan doodle nie.. 
doodle Fiza.. >_<
Kalau comel puji.. kalau buruk senyap jer yer.. malu..
Ok lah.. selamat berhujung minggu semua.. 

Friday, 29 November 2013

Cerita opis di hari Jumaat

Pagi tadi sampai je kat opis tegur member makan putu mayam.. dia cakap sedap.. Fiza pun mmg tak pernah makan.. pegi la beli breakfast kat kedai belakang opis.. satu 80 sen.. Fiza beli dua keping.. 
Masuk je opis, Kak Zarena hulur cheese cake kat Fiza.. 
"Nie ade lebih.. rezeki Fiza untuk hari nie.." kak Ena bagitahu.. 
seronoknye.. mesti sedap.. kalau nak tempah kat Kak Ena.. terjah blog kat sini yer.. Thanks kak ena sebab bagi free.. hehe.. 

putu mayam 
Nie dia Chocholate Cheese cake meleleh..
Nak dijadikan cerita, bos Fiza sampai, Fiza pun buka beg laptop dia tuk setup laptop sebab tu la rutin Fiza setiap hari.. Lepas tu.. ternampak la kotak perfume yang tak berbuka lagi.. 
"Bos.. baru beli minyak wangi yer..
 nnt kalau ada masa belikan lah untuk saya.. saya bagi duit" .. hehe.. 
biase la nada saje2 jer.. 
Keluar jer bilik dia, dia pun keluar sama dan letakkan perfume tu atas meja Fiza.. Fiza pun terkejut.. 
"Saya gurau jer Tuan".. 
"Tak per.. saya ada lagi yang lain" 
Wah.. excitednye.. time kasih bos.. 
dapat la perfume free...
Macam tak caye jer.. walaupun hari2 kene maki dengan bos.. baik jugak hatinya.. hehe.. Sekian cerita tuk hari Jumaat.. dapat cheese cake yang sedap dan perfume yang wangi.. >_<

Follower ke 555

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.. 

Sedar tak sedar.. follower Fiza dah sampai ke 555.. Dan insan yang bertuah tu adalah Cik Nini.. Korang boleh la ke blog Cik Nini nie.. klik je kat link nama yang Fiza dah buat.. Yang sempat Fiza baca pasal  Cik Nini nie, dia pandai buat doodle.. comel pulak tu..


 Nini's Doodle...
 Thanks yer sudi tuk jadi follower Fiza.. Salam perkenalan daripada Fiza.. Korang pun kawan la jugak dengan dia.. >_<
p/s: Fiza nak jugak doodle boleh tak? hehe.. gurau jer.. 

Thursday, 28 November 2013

Blogger's Birthday Segment

Salam sejahtera!

Segment untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara bloggers :D
For more info + to join, click on the picture :)
*****
Saya dilahirkan pada: 11 Disember 19?? (cer teka)

Wednesday, 27 November 2013

W.W ~ Hidup umpama menaiki basikal...

Check list hari nie..

Assalamualaikum semua.. semalam seharian tak sempat nak ngk blog.. banyak tugas kat opis.. Hari nie Fiza ambil cuti tahun.. satu hari jer.. nak habiskan cuti tahun yang ader.. 
Perkara yang fiza nak buat hari nie smbil2 rehat.. 
  • Kemas Rumah
  • Memasak
  • Update Blog..
  • Blok walking.. 
  • Main game jap..
  • Lipat baju..
  • Buat minit mesyuarat.. (adui...esok meeting)
Kemas rumah sudah.. yang lain  Fiza akan buat lepas BW nnt.  Cukup la untuk hari nie.. mmg tak kuar rumah la.. Fiza nak jalan2 blog korang pulak nie.. pastu nak buat semua yang ader dlm check list... 

Monday, 25 November 2013

Buat peminat K-pop - MAMA 2013

Hari minggu lepas, Fiza duduk depan tv selama 5 jam semata-mata nak ngk award nie.. Mujur sekarang nie wujud satu lagi channel baru iaitu C396 M-Net HD.. Dapat juga Fiza layan anugerah nie.. bagi peminat k-pop.. mmg ternanti-nanti anugerah yang berprestij nie.. Bukan niat fiza nak mengagung-agung kan mereka, tetapi kualiti muzik dorg mmg terbaik... Anugerah di dinamakan MAMA2013.
Dilancarkan pada tahun 1999, ' MAMA ' adalah satu majlis tahunan yang menarik penghibur dari seluruh dunia. Ia bertujuan untuk membawa bersama-sama peminat antarabangsa dan artis muzik budaya dan bahasa yang berbeza pada satu peringkat yang besar dan juga membawa muzik Asia kepada dunia.
Artis yang paling banyak dapat anugerah ialah GD.. Memang terbaik la mamat nie.. dia dah mengalahkan semua artis-artis hebat korea yang lain...
Aktiviti sekitar Red Carpet
A Pink
EXO
SNSD′s Hyoyeon and Seoyeon
Go Joon Hee
Han Ji Hye
Jang Hyuk
Crayon Pop 
G Dragon
Paris Hilton dan Stevie Wonder juga turut hadir bagi penyampaian anugerah dan juga membuat persembahan di majlis nie.. dorg pun turut kagum dengan gaya muzik k-pop yang diterima serata dunia... Just sharing this for all k-popfans.. >_< Annyonghi kasayo...

Amalan yang melemahkan tubuh badan

Assalamualaikum.. memandangkan hari nie Isnin.. macam biasa hari permulaan hari bekerja.. memang sibuk sikit.. entry nie Fiza dah siapkan draf awal.. tunggu nak publish jer.. Fiza nak kongsikan sedikit info mengenai amalan dan kebiasaan yang boleh melemahkan tubuh badan kita. Selain daripada pemakanan, terdapat pelbagai lagi perkara yang membuatkan kita lemah dan penat tanpa kita sedari.

LARANGAN- LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN.
  • Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
  • Mandi setelah makan.
  • Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah dan berdukacita.
  • Berada dalam keadaan terlalu lapar.
  • Berjaga malam selain dari qiamullail.
  • Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.
FAKTOR FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN.

  • Memakan daging.
  • Selalu menghidu bau bauan yang sedap.
  • Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
  • Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
  • Mandi dalam keadaan perut yang sederhana.. tidak terlalu lapar atau terlalu
  • kenyang.
  • Memakan makanan yang agak manis.
FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT.

  • Bercakap banyak.
  • Tidur banyak.
  • Makan banyak.
  • Banyak berjimak.
4 FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN.

  • Banyak berjimak.
  • Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
  • Banyak memakan makanan yang serba masam.
SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT.

  • Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL.

  • Tinggalkan dari bercakap kosong.
  • Sentiasa bersugi.
  • Sentiasa bersama sama dengan orang alim.
Ini semua antara perkara-perkara yang dapat Fiza kongsikan.. mungkin banyak lagi amalan-amalan dan perkara-perkara lain yang tidak dimasukkan. Yang penting, kesihatan badan memang wajib dijaga. Betul tak?

Sunday, 24 November 2013

Cactus Valley di Cameron Highland

Assalamualaikum.. Kalau ke Cameron Highland, jangan lupa singgah di Cactus Valley yang terletak di Brinchang. Pelbagai jenis kaktus kita dapat lihat disamping tu bagi peminat kaktus, boleh la membeli.

Selain itu juga, ada penanaman sayur salad yang segar. Tengok pun dah rasa nak kunyah je daun salad tu, sebab nampak sedap.. hehe
Kat cameron nie, merata tempat ada jual fridge magnet.. cume pilih jer.. kakt Cactus Valley nie pun ade jual.
Cactus Valley also have the most comprehensive variety of plants and foliage including roses, calla lily impatiens, fuchsia, ananas, camellia, hibiscus, rhododendron, bird of paradise, glory bush, clivia miniata, peaches, hippeastrum, geranium, coleus, gerbera, oncidium and many other. Varieties of apple trees, passion fruit plants are also cultivated here. These items planted here are also available for sale. sumber
Wassalam.

Friday, 22 November 2013

Taman Tasik Shah Alam

Assalamualaikum dan salam Jumaat.. seperti yang dijanji dalam entry semalam.. nie gambar dating kami weekend lepas.. kat Taman Tasik Shah Alam.. Jalan-jalan petang sambil buat aktiviti mengeluarkan peluh menaiki bot itik kayuh..
tak tahu pulak wet world kat sini.. just ambil gambar je lah..
~fiza~
1st time datang sini.. nak jalan kaki smpai kat hujung yang berbumbung tu..
korg nampak tak? 
Sambil2 ternampak kuar-kura
sape nih?
Pusat rekreasi Antan Batura.. 
Kami ambil bot itik kayuh.. harga RM 25.00/jam.. 
selain tu ada kayak, sampan dan bot besar.. harga semua lain-lain
pemandangan Tasik Shah Alam
My man...
kepala itik bot kayuh kami...
kawasan tepi tasik mmg sesuai untuk joging..
Kami kayuh itik dalam 1 jam dan makan petang.. dalam jam 6.30 petang, cuaca dah mula redup nak hujan.. time nie semua orang berduyun-duyun berlari cari kereta.. dengan angin kencang.. mujur la kami sempat masuk kereta.. hujan pun turun lebat.. jauh kami berjalan... dari Rawang ke Shah Alam.. 

Thursday, 21 November 2013

Weekend Outing

Nie story outing weekend lepas.. dah agak berkurun sikit.. Kami ke MYDIN Subang.. sebelah mydin ader giant.. tapi tak pernah jejak ke Giant tu..
Nak beli alas iron board yang yang hampir berlubang.. Jauh betul dari Rawang ke Subang.. macam kat Rawang tak de Mydin... huhu.. yg penting nak keluar berjalan dengan Mr. Hubby..
Mydin Subang
Hubby beli buku Stephen R. Covey versi bahasa melayu..
Entah bila dah minat membaca Fiza pun tak tahu.. support jer...
Lepas tu kami layan Tea bag ala-ala cool blog.. beli honeydew yogurt blended dan chocolate oreo blended.. Dari subang ke Kota Kemuning hantar adik Fiza balik ke asrama.. 
sedap tau....
tgk tu.. katenye tengah bawa kereta...
Settle hantar adik ke asrama, kami dating kat tasik shah alam.. hehe.. gambarnye tak upload lagi.. ader dlm kamera.. esok lah Fiza update.. thanks sbb sudi baca.. 

Bacaan Tambahan