Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 1 Mei 2017.

Bercuti di Kuala Terengganu ~ Pasar Payang dan Pantai Batu Burok

12:39

Assalamualaikum.. sambungan entry semalam, pada 29 Disember 2013, kami satu Famili bertolak ke Kuala Terengganu pada jam 10.00 pagi.. kami sampai di Pangsapuri Homestay Sri Kolam, Kuala Terengganu pada 1.30 tgh hari.. kos penginapan untuk satu malam RM 220.. betul-betul di tengah bandar dan 5 minit untuk ke Pantai Batu Burok dan Pasar Payang.. 
Selasai solat Zohor, kami terus ke Pasar Payang.. Famili mertua 1st time ke Pasar Payang dan mereka ingat pasar nie tempat jual barang-barang seperti ikan dan daging.. Sebenarnya ia adalah pasar yang macam-macam ada.. barang basar, barang kering, batik dan juga cenderahati..  Fiza ambil peluang untuk membeli kain batik pasang dan juga batik kaftan untuk mak Fiza... Mak mertua Fiza pun dapat blouse batik.. memang cantik batik terengganu.. Rambang mata dibuatnya...
En. Hubby sempat beli durian kat depan pasar payang nie.. mmg serius mahal dan Fiza tak berapa setuju.. tapi sebabkan bukan selalu, hubby pun beli.. Durian D24 memang cantik, makan seulas pun dah kenyang sebab Fiza bukan peminat durian.. >_<
Lepas makan malam kami ke Pantai Batu Burok.. teringat tahun lepas rasanya ada kuda kat sana.. boleh bawa anak buah naik.. Mujur cuaca baik dan angin mmg kuat kat pantai batu buruk.. Bila sampai je memang ada kereta kuda, apa lagi melompat la anak buah minta nak naik kereta kuda..
Dewasa dikenakan RM 5.00 dan kanak-kanak RM 3.00 untuk dua pusingan.. Fiza pun tak lepaskan peluang nak jadi cinderella.. hehe...
Kalau ke pantai timur mmg tak sah kalau tak pekena lokceng.. mmg favorite Fiza nie.. makan kat tepi pantai sambil dengan deruan ombak (ayat novel tuh..) mmg betul-betul tenang... Balik ke homestay masing-masing penat.. esok dah nak balik Kelantan tetapi  kami akan singgah ke Masjid Kristal dan pekena keropok lekor dulu sebelum pulang... 

You Might Also Like

19 kitty baik hati komen

  1. Assalamualaikum fiza. bestnya jalan kat ganu. rindu nak jalan sana :)

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaaa. Tak pernah sampai sana lagi. Nampak macam menarik jeeee satay ikan tu. :D

    ReplyDelete
  3. masa cuti yang terisi..seronok jenjalan pergi bercuti

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. banyak kain batik cantik2... durian juga nampak sedap...

    ReplyDelete
  5. sempoi gak pangsapurinya yer..berbaloi dengan harganya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. pernah pergi ganu pun kat pulau redang je. hihi

    ReplyDelete
  7. pantai batu buruk ngn pasar payang tu tempat lepak dulu-dulu.
    Oh kenangan! *jiwang* . Hahaha

    ReplyDelete
  8. bestnya bercuti..tganu pantai cantik-cantik..

    ReplyDelete
  9. best nya.. dah lama akak tak turun terengganu.. rindu nak makan makanan terengganu especially nasi kerabu..

    ReplyDelete
  10. Eee.. comelnya kereta kuda ala cenderela tu... hehehe..
    feeling2 jadi cenderela la semua tu yerr... :D

    ReplyDelete
  11. mesti best kan? saya dah sampai juga pasar payang dan pantai batu buruk tu dulu tapi masa tu penginapan di MRSM Kuala Terengganu sebab pergi tu wakil sekolah hahaha

    ReplyDelete
  12. pasar payang tb da maghi da tp kalau dop pndai nok kecek memey kne harge mahal ajelaa..nasib pndai kecek koho2 hehehe..

    ReplyDelete
  13. ika pernah pergi pasar payang tu masa ke kemaman...

    ReplyDelete
  14. Mcm best je naik kete kuda tu..lokceng tu apa ye?

    ReplyDelete
  15. bestnya fiza, mama belum ada kesempatan nak bercuti... tengok gambar dari blog fiza je lah..

    ReplyDelete
  16. wahh,, jalan kat terengganu ye,, hehe

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan

Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah