Tak tahu nak cakap apa...

14:21

Mayat bayi di tandas masjid
KANGAR: Jemaah di Masjid Alwi di sini gempar selepas salah seorang daripada mereka menjumpai mayat bayi perempuan cukup sifat dibuang di tepi lubang tandas lelaki di masjid berkenaan kira-kira jam 7 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, Harian Metro difahamkan jemaah lelaki berkenaan baru selesai mengerjakan solat subuh berjemaah di situ dan pergi ke tandas berkenaan sebelum ternampak mayat bayi tersebut diletakkan bersebelahan lubang tandas di situ.
Dia kemudian memaklumkannya kepada pihak pengurusan masjid yang selepas itu memeriksa keadaan bayi yang sudah tidak bernyawa ketika ditemui.
Mereka kemudian memaklumkannya kepada pihak polis sebelum polis daripada bahagian forensik memeriksa lokasi kejadian termasuk bayi berkenaan.
Mayat bayi yang dijumpai di dalam tandas lelaki di masjid Alwi. FOTO Ihsan PDRM
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, bayi masih basah bertali pusat dipercayai baru sahaja diletakkan di situ dan dilahirkan beberapa jam sebelum itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23
Sakit hati bila baca berita dan artikel mengenai pembuangan bayi.. Alangkah bertuahnya wanita yang dapat mengandung dan dapat merasa kelahiran bayi. Bila Allah dah berikan rezeki, senang-senang jer dibuang macam buang sampah.. anak tu tak berdosa pun.. Kadang-kadang terpikir kenapa la tak diletakkan di tempat yang orang lain nampak, sekurang-kurangnya bayi tersebut dapat diselamatkan..
Yelah kalau dah buat salah mesti la nak sorokkan.. kalau dapat tahu memang habislah.. Fiza tak nak salahkan siapa tetapi tolong lah bersifat berperikemanusiaan. Cube fikir macam mana pasangan yang dah berkahwin bertahun-tahun, masih belum dikurniakan zuriat, mmg akan tersentuh dengan artikel sebegini.. Jangan menyesal di kemudian hari....

You Might Also Like

18 kitty baik hati komen

  1. Sampai hati org yang buat mcm ni....

    ReplyDelete
  2. lohhh..kesiannya..knape buang..ishh..manusia spesis ape la diorg ni kan?

    ReplyDelete
  3. haah kan fiza..kesian owhh baby yg tak berdosa nie diperlakukan mcm tu.kalau pun tak maw jaga hantarla ke pusat kebajikan..sisah payah mengandung melahirkan pastu sesedap rasa je buang mcm sampah..adeh minta2 la dijauhkan

    ReplyDelete
  4. mmg pun.. kesian kan baby tu.. sedap nak.. sesuka hati jer buang.

    ReplyDelete
  5. astaghfirullahallazim.. bruntung dapat jadi ibu tp xbsyukur.. apa salah bayi tu ??

    ReplyDelete
  6. akhir zaman dah.. dunia nak say bye2 dah..

    ReplyDelete
  7. manusia sekarang tiada nilai-nilai keperimanuasiaan..

    ReplyDelete
  8. kesiannya..bayi tu dibuang macam sampah ja..

    ReplyDelete
  9. Siannya baby tu... x faham knp lah diorang sanggup buang baby tu camtu je...

    ReplyDelete
  10. Ya Allah.. apa nak jadi manusia skang ni.. binatang lagi sayangkan anak.

    ReplyDelete
  11. betul. ini kes yg diketahui, mesti bnyak jea lgi kes yg kita xtau. semoga org2 cemni cepat2 sedar dengan kesalahan dia.

    ReplyDelete
  12. ya ALLAH.. sedih sangat.. banyak sangat kes sekarang nie :'(

    ReplyDelete
  13. Kalau dia taknak bb tu.. bagi kat k idah pun insyaallah.. k idah terima...

    Apa agaknya perasaan dia masa dia tinggalkan bb tu terbogel gitu kesejukan...
    Mana hilang rasa perikemanusiaan mereka2 nie... Nauzubillah

    ReplyDelete
  14. zalim betul.. akak tak tahu nak cakap apa lagi.. semoga Allah yag dapat membalasnya.. :(

    ReplyDelete
  15. orang bersusah payah nak dapat anak, dia bila dah dapat senang2 je buang T_T

    ReplyDelete
  16. eii!!! kalau tak nak,,bak la sini bagi kite..sia baby ni tauw!

    ReplyDelete
  17. eii!!! kalau tak nak,,bak la sini bagi kite..sia baby ni tauw!

    ReplyDelete
  18. ya allah kesiannya bayi tu.. org yg takda anak lg kesian. walaupun anak tak saf taraf tp berdosa membunuh.

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah