PALAPES UM

00:32

Assalamualaikum.. di kesempatan ini Fiza juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Tentera Darat yang ke 81 pada 1 Mac 2014 buat semua anggota tentera darat di seluruh Malaysia...
Kalau dimbas kembali masa zaman kadet dulu tahun 2004 hingga 2007, semua kenangan semasa menyertai PALAPES UM memang tidak pernah Fiza lupakan.. pasti ada pembaca yang tidak mengetahui maksud PALAPES tu kan.. ia bermaksud Pasukan Latihan Pegawai Simpanan.. 
Masa Fiza belajar di Universiti Malaya, Fiza telah menyetai PALAPES Intake 26 sebagai mengisi kokurikulum di UM. Latihan sebagai kadet bukan mudah terutama pada orang perempuan. Latihan pula pada hari minggu.. memang tiada masa untuk outing bersama-sama kawan macam budak U lain..Time cuti Semester  pula akan diisi dengan Annual Camp.. masuk hutan, keluar hutan bahasa mudahnya.
Kami berpakaian loreng askar.
Pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Itu memang paling berharga buat Fiza. Muka hitam legam. tak yah cakap la.. memang tak comel langsung.. huhu.. tapi jodoh tetap ada sebab Mr. Hubby juga daripada PALAPES UM.. walaupun tidak sama fakulti, tetapi kami ditemukan semasa latihan PALAPES.. moral tu.. hehe.. sempat lagi kan... 
Semasa Pentauliahan Senior di Uitm 
Sebahagian kadet wanita.
Aktiviti berakit di Sg. Pahang
Bergambar di kaki Gunung Senyum  
Camouflage muka.. masa nie buat persembahan TTS (Tempur Tanpa Senjata) 
Mandi manda lepas aktiviti Compas Matching di Sg. Congkak Hulu Langat  
Ekspedisi mendaki Gunung Ledang.. berkabus.. sejuk tu..
Mess Night.. Makan Beradab di Palace Of The Golden Horses Hotel
Time nie kami bersama Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Raja Muda Perak 
Kami ditauliahkan pada Jun 2007 oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin, 
Yang di-Pertuan Agong ke-13
di Uitm, Shah Alam.
Fiza dan Mr. Hubby...
 Ditauliahkan sebagai Leftenan Muda
Bila kami bercerita zaman kadet sehingga ditauliahkan, ramai yang tanya kenapa tak teruskan dengan kerjaya sebagai pegawai Tentera. yelah.. Dapat pangkat Leftenan Muda, bukan senang.. kene belasah sampai tak tidur malam.. time dalam kuliah memang mengantuk setiap hari isnin.. macam sia-sia jer kan.. 
Jawapannya, Fiza rasa cukuplah latihan 3 tahun yang Fiza terima semasa kadet nie. Fiza rasa dah tak mampu kot. lagipun Mr. Hubby pun macam tu, yang penting pengalaman yang kami dapat. Ada jugak kawan-kawan kami yang join askar terus.. kursus dan terus berpangkat Kapten.. 
Korang dapat cari tak gambar Fiza dalam tiap-tiap gambar.. hehe.. kalau dapat cari memang hebat la.. Fiza yang dulu bukanlah Fiza yang sekarang..  >_<
Fiza dan Mr. Hubby
Daripada menjadi buddy dalam kubu, sekarang sudah menjadi buddy yang sah.
Alhamdulillah.

You Might Also Like

15 kitty baik hati komen

  1. eipp eipp hahaha.
    Qila ingat siapa tadi hihihi time muda gitu :p
    nasibaik dgn mr. hubby kak fiza hihihik :p

    ReplyDelete
  2. Macam seronok je tengok orang-orang join benda macam ni.

    Cantiknya kimono :D

    Kawan saya pun join PALAPES ni tapi dia budak UKM. Dia sangat bersemangat bila bercerita pasal latihan PALAPES ni.

    ReplyDelete
  3. Tak sangka fiza yang dulu ada pengalaman dalam askar2 ni. Hebat! ;)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ...
    Salam Ukhwah Fillah ...
    Kak Lya BW Sambil FOLLOW Sini ..

    ReplyDelete
  5. ooo.. maknanya cik fiza ni senior saya lah ye... mwehehehe...

    ReplyDelete
  6. ala sweet momory ^_^ sweet couple

    ReplyDelete
  7. rindu nak join aktiviti2 camni.. :)

    ReplyDelete
  8. kat uni anne pun ada palapes.. memang teruk jugak latihan diorang.. sabtu ahad kawad time tengah hari panas.. kalau anne memang tak tahan la.. hehe..

    ReplyDelete
  9. segak nampak bila fiza pakai uniform tu.. :D

    ReplyDelete
  10. Sygnya fiza tak teruskan kerjaya dalam tentera.. nmpk comel jer fiza dalam uniform tue.. =D

    ReplyDelete
  11. Comel sis pakai bju jepun tuu.. haha. Zara on9 pkai npon ni.. xdpt tgk cr muka sis dalam tiap2 pict.tu... kcuali 2gmbr trakhir tu laa.. hahaha

    ReplyDelete
  12. aktif sungguh fiza ni ye..pengalaman tu yang pentingkan..

    ReplyDelete
  13. SAYALAH CI AWAK DULU..HIHIHIHII... BERSAMA kAPT RAHIM

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah