Pengenalan dan kebaikan Sukan Memanah

21:51

Assalamualaikum.. seperti update sebelum ini, Fiza telah mula melibatkan diri dalam sukan memanah sejak awal bulan Februari 2014.. boleh dikatakan setiap minggu Fiza akan meluangkan masa untuk sukan memanah kerana minat semakin mendalam.. Pada mulanya memang saja-saja je nak isi masa lapang dan akhirnya bertukar menjadi minat.
Perkara pertama yang pertama yang perlu dititik beratkan adalah faktor keselamatan. Tidak dinafikan sukan ini merbahaya sekiranya keselamatan di ambil ringan.  Buat masa ini Fiza dah beli beberapa keperluan untuk memanah seperti Hand Guard dan Hand Release. Insya Allah bila ada rezeki nanti, Fiza nak ada bow dan arrow sendiri...
Hand release
Hand release jenama Tru-Fire
kegunaannya adalah untuk memudahkan tali bow ditarik dan picu dilepaskan
Mekanisma seperti menembak menggunakan pistol
Contoh: Hand release dipakai di sebelah tangan kanan Fiza..
Hand Guard
Cara pemakaian di tangan kiri untuk mengelakkan libasan.
Kesan libasan yang Fiza kena sebulan lepas masih tidak hilang lagi..
sebab itu pentingnya Hand Guard
PSE Main Line Compound Bows
yang digunakan oleh Fiza dalam aktiviti ini..
Tak banyak yang Fiza boleh ceritakan memandangkan Fiza baru dalam sukan ini, tetapi ilmu yang sedikit ini Fiza nak kongsikan pada mereka yang berminat dan ingin tahu. Sumber rujukan dan info lanjut korang boleh baca kat sini.. 
Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)
Kebaikan Memanah

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

You Might Also Like

17 kitty baik hati komen

  1. Wahhhh.. nmpk komitmen dah zara tgk ni.. ^^ keep it up dear. Zara suka tgk entry pasal archrry ni..

    ReplyDelete
  2. memanah memang best walaupun Tedi tak berapa reti

    ReplyDelete
  3. tak pernah mencuba sekali pun namun jauh di sudut hati ingin mencuba sepertimana sabda Rasulullah saw yg disebutkan dlm entri ini..

    ReplyDelete
  4. Seronoknya! Teringin nak belajar memanah juga

    ReplyDelete
  5. ikut sunnah nabi ni fiza.. bagus sukan memanah.. semoga fiza terus success.. :D

    ReplyDelete
  6. Memanah tu sunnah Fiza. Tiey suka sangat archery ni!
    First time memanah kat I-city, best giler. Xpuas kot.

    ReplyDelete
  7. salam. dulu sek abe kie ialah sek projek memanah negeri kelate tp skrg x lg sbb coach tu dah pindah KL. cikgu2 x reti nak train budak2 baru..

    ReplyDelete
  8. waa..menariknyeee..xskt tgn ke? huhu

    ReplyDelete
  9. mcm best tak pernah lagi pegang benda tu :)...menabung cne ikea,visa & darlie

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum fiza, wahh bestnya ada tips semua. nanti nak cubalah main sekali. hehehe ~~~ mana tahu berjangkit minat dengan fiza kan...

    ReplyDelete
  11. wah ! hobi yg berfaedah . lepas ni blh try lak sukan berkuda , sukan sunnah tu .

    ReplyDelete
  12. Macam best jer fiza.. tp kat tempat akak tak de la tempat mcmni.. huhuhu

    ReplyDelete
  13. Cm best pla mmanah ne..tq fiza.da taw sket2 sal skn mmanah ne.dlu xtaw lgsg :)

    ReplyDelete
  14. Sy rasa sy boleh memandang sy agak sabar..hahaha

    ReplyDelete
  15. whoaaa...nie dah level tinggi...pernah main indoor je kat times square ...

    ReplyDelete
  16. Alang2 dah jumpa blog ni...boleh tau ka berapa harga satu set?
    \

    ReplyDelete
  17. nk belajar memanah visit here: http://sukanmemanah.com/

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah