Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 1 Mei 2017.

Maksud Bacaan Dalam Solat

16:28

Assalamualaikum.. Hari nie Fiza nak kongsikan maksud bacaan dalam solat.. sekadar perkongsian untuk mengingati serta memperbaiki bacaan solat kita. Kita mestilah tidak mahu menunaikan solat tanpa mengetahui erti dan makna disebalik bacaan serta doa yang dilafazkan ketika kita menunaikan solatkan.
Berikut adalah bacaan dalam solat beserta maksudnya.
Doa Iftitah
Iftitah_cr
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al Fatihah
Al-fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Rukuk
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung Dan Dengan Memuji-Nya.
I’tidal
Itidal1
Semoga Allah Mendengar ( Menerima ) Pujian Orang Yang Memuji-Nya (Dan Membalasnya)
Sujud
Sujud
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi Dan Dengan Memuji-Nya.

Duduk di antara Dua Sujud
4
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Duduk Tahiyyat (Tasyahud Awal)
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Sambung bacaan ini jika berada di Tasyahud Akhir.
TasyahudAkhir
Ya Allah limpahkan rahmat kepada Nabi Muhammad dan kepada keluarga Nabi Muhammad .Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Memberi Salam
Salam
Salam sejahtera ke atas kamu.
Sekian..
SUMBER dan Google image

You Might Also Like

16 kitty baik hati komen

  1. Assalamualaikum.... Terima kasih sis krn kongsikan maksud bacaan dlm solat... Moga membantu untuk lebih khusyuk di dalam solat...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah perkongsian yang sangat bermanfaat :)

    ReplyDelete
  3. sangat penting untuk kita tahu maksud bacaan dalam solat kita :)
    perkongsian yang baik ni kak fiza :))

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, great piece of sharing fiza... and thank you...

    ReplyDelete
  5. Semoga kita menjadi ummat yg taat sholat tepat waktu.

    ReplyDelete
  6. insyaAllah lepas ni lebih khusyuk solat bila dah paham maksud ^^

    ReplyDelete
  7. Memang penting untuk kita tahu setiap bacaan dalam solat, selain tu bacaan Al Quran juga sepatutnya kita perlu fahami maksudnya moga dengan itu kita lebih mendalami Islam dan lebih dekat dengan Allah...

    ReplyDelete
  8. Bila tahu maksud bacaan solat ni, insya Allah akan bertambah khuysuk kita bila kita solat.

    ReplyDelete
  9. A;hamdulillah..Thanks fiza..

    ReplyDelete
  10. Sama-sama kita perbaiki mana yang kurang kan fiza

    ReplyDelete
  11. hi kak fizaa D
    Terima kasih kak. Abah pun selalu suruh qila hafal tapi qila je selalu lupa ish.
    Thanks kak <333

    ReplyDelete
  12. Great sharing... patut kena hafal ni..

    ReplyDelete
  13. perkongsian yg baik...maksud di faham untuk lebih kusyuk dlm solat..:))

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan

Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah