Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 1 Mei 2017.

K-drama Review ~ 3 Days / Three Days

12:43

Assalamualaikum.. untuk review K-drama kali nie.. cerita Three Days.. cerita nie memang favorite Mr. Hubby dan Fiza juga..  Baru sahaja melabuhkan tirai pada 2 hari lepas dan ending nya pun sangat best...
Sinopsis:
Sebuah drama yang mengisahkan seorang Presiden Korea Selatan. Beliau cuba untuk membetulkan kesilapan lalu dengan menebus kembali dosa-dosa yang pernah dilakukan terhadap negara Korea Selatan terutamanya kepada penduduk Yangjirin. Beliau kerap kali cuba dibunuh oleh orang-orang disekeliling yang telah di upah termasuk orang di Rumah Biru.  
Bermula apabila Presiden Korea Selatan, Lee Dong- Wi (Son Hyun- Joo) bergerak ke sebuah vila untuk menikmati percutian beliau. Selepas tiga tembakan dilepaskan, beliau hilang. Pengawal peribadinya yang setia Han Tae- Kyung ( Park Yoo-Chun ) cuba untuk mencari Presiden.
Han Tae- Kyung bekerja sebagai seorang pengawal presiden. Bapanya seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi dan berkerja untuk Presiden juga meninggal dunia dalam kemalangan kereta ketika membawa dokumen  sulit yang sangat-sangat dikehendaki oleh musuh.
Bagaimana Presiden hendak membetulkan kesilapan lalu? Bagaimana pengawal-pengawal Presiden menjalankan tugas melindungi Presiden? Apa sebenarnya yang terkandung dalam Dokumen Sulit 98? Semuanya akan terjawab bila korang menonton drama nie..
Pelakon-pelakon Utama  3 Days 
Park Yoo Chun sebagai Han Tae Kyung 
Son Hyun Joo sebagai Lee Dong Hwi 
Park Ha Sun sebagai Yoon Bo Won 
So Yi Hyun sebagai Lee Cha Young
Choi Won Young sebagai Kim Do Jin 
Jang Hyun Sung sebagai Ham Bong Soo
Pada Fiza, cerita nie memang best sebab penuh dengan babak aksi. Tugas sebagai pengawal keselamatan presiden bukan lah tugas yang mudah. Mempertaruhkan nyawa semata-mata untuk melindungi presiden. Fiza juga suka cerita nie sebab dapat tengok aset ketenteraan mereka, macam mana polis mereka melaksanakan tugas.. memang best.. Fiza bagi 5 bintang.. 5/5.. hehe...

You Might Also Like

8 kitty baik hati komen

  1. Wah wah wah ..TERBAIK la hehehe

    ReplyDelete
  2. Sekali pandang cam citer 'king 2 hearts'. Dua kali pandang baru perasan heroin dia lain. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Nice review..

    p/s: Akak, kalau akak nak buat mane2 review, akak sebaiknya upload sendiri gambar sebab kalau ambik dr sebarang page (especially wiki/ yang ade .com blakangnya) kadang2 diorang protect gambar diorang, tu keluar mcm gmbr yg spt gmbr ke-2 tu, Fifi pun penah kene, tu nak sharekan je :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas komen @miss fifi dah perbetulkan...

    ReplyDelete
  5. Zumal pun suka cerita2 aksi camni :)

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan

Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah