Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 1 Mei 2017.

K-drama Review ~ God's Gift - 14 Days

10:41

Assalamualaikum.. sekarang nie drama God's Gift 14 days sedang ditayangkan di Astro 393. Macam biasa Fiza akan menulis sedikit sinopsis dan jalan cerita mengenai drama nie.. kesudahannya korang kene la tonton sendiri kan...
God's Gift - 14 Days
Sinopsis God's Gift - 14 Days
Kim Soo-hyun merupakan ibu yang kehilangan anaknya Han Saet-byul setelah diculik dan dibunuh. Disebabkan dia tidak dapat menerima kematian anaknya, beliau bertekad untuk membunuh diri di dalam tasik yang sama anaknya mati. Walau bagaimanapun dia mendapat peluang untuk hidup kembali untuk jangka  masa dua minggu sebelum kejadian berlaku dan dari situlah bermula misi untuk menyelamatkan anaknya daripada meninggal dunia sekali lagi. Ki Dong Chan yang merupakan seorang bekas Pegawai Polis yang cemerlang, membantu Soo-hyun untuk menyelamatkan anak perempuannya. Dalam tempoh 14 hari tersebut, banyak rahsia didedahkan dan petunjuk yang diperolehi untuk menyelamatkan anaknya. Adakah akan berjaya menyelamatkan Han Saet-byul dan siapa penculik sebenar Han Saet-byul?  Dong Chan juga mempunyai sejarah hidup silam di mana kekasihnya mati dibunuh. Siapa pula yang membunuh kekasih Dong Chan? Berbagai persoalan akan terjawab jika korang tengok cerita ini. 

babak-babak dalam cerita nie..
Pelakon Utama God's Gift - 14 Days
Lee Bo-young sebagai Kim Soo-hyun
Jo Seung-woo sebagai Ki Dong-chan
Kim Tae-woo sebagai Han Ji-hoon
Jung Gyu-woon sebagai Hyun Woo-jin
Kim Yoo-bin sebagai Han Saet-byul
Baro B1A4 sebagai Ki Young-gy
Cerita nie tak sebest cerita korea yang Fiza pernah tengok sebelum nie, mungkin sebab tiada adegan romantik kot..  tetapi jalan cerita dan perihal siasatan yang tak terpikir oleh penonton yang buatkan cerita nie best dan menarik untuk ditonton..  Fiza boleh bagi 4/5 bintang untuk cerita God's Gift - 14 Days.. Korang jangan ketinggalan untuk ikuti cerita nie yer.. God's Gift - 14 Days.. >_<

You Might Also Like

12 kitty baik hati komen

  1. lya tak ada tv kat umah sewa :D

    ReplyDelete
  2. suka tgk pelokan kecik tu . nampak bijak ...

    ReplyDelete
  3. macam menarik.. lama x layan korea ni.. hehe

    ReplyDelete
  4. heheh..ecah memang layan citer ni dari ep1..

    bagi ecah citer ni best sangat even tak da romantik..boleh rasa kasih syg seorang ibu terhadap anaknya. though jalan citer agak mngarut dgn diberi 14 hari smula. i enjoyed it!

    ReplyDelete
  5. zaman skolah dulu je layan korea..sekarang langsung tak tengok..hehe

    ReplyDelete
  6. macam menarik jalan ceritanya....tapi apakan daya, tak termampu nak tengok sebab sibuk sangat huuuu

    ReplyDelete
  7. wahh bestnya..mcm menarik jer cerita

    ReplyDelete
  8. Jarang sangat layan cerita korea sekarang ni..tapi kita suka cerita dia orang tak stereotype & pelakon dia comel-comel..

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak tengok drama Korea. Btw, anak Siwon dah besar :O (budak tu)

    ReplyDelete
  10. waahh.. mcm best pulak tp kalo jalan crita mcm ni kalo ada ter skip tgk part, msti blurr kan ?

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan

Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah