Khasiat Tempe

13:17

Populasi di negara ini mengalami proses penuaan dengan jangka hayat wanita melebihi lelaki iaitu purata umur sekitar 79 tahun. Meskipun jangka hayat golongan berkenaan tinggi, kualiti hidup pula tidak memuaskan termasuk berdepan dengan masalah pengurangan jisim tulang yang agak tinggi. 
Wanita juga menghabiskan sisa hidup dengan mempunyai jisim tulang yang rendah dan boleh membawa kepada keadaan osteoporosis atau tulang rapuh. Ini menambah lagi risiko tulang patah dan mengurangkan pergerakan seseorang.
GANDINGAN mantap Dr Suzana (dua dari kiri), Dr Hasnah (dua dari kanan) bersama kajian tempe dilakukan mereka.
Melihat kepada senario dialami golongan itu, penyelidik daripada Program Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengkaji mengenai penyerapan kalsium menggunakan isotop stabil.
Kajian ini diketuai Timbalan Dekan FSK, Prof Dr Suzana Shahar daripada Program Dietetik manakala penyelidik bersama kajian ini adalah Prof Madya Dr Hasnah Haron, yang juga Pensyarah Kanan daripada Program Pemakanan menjalankan kajian ini sebagai kajian doktor falsafah (PhD). 
Tajuk kajian yang dijalankan adalah Penyerapan Kalsium Di Kalangan Wanita Melayu Menopaus Yang Mengambil Tempe Berbanding Susu Menggunakan Kaedah Isotop Stabil. 
  • Kajian mendapati tempe daripada kacang soya mempunyai jumlah penyerapan kalsium yang tinggi setanding susu. 
  • Tempe juga mengandungi isoflavon iaitu sejenis antioksidan yang mampu memerangi kerosakan sel, mengurangkan simptom menopaus serta meningkatkan jisim tulang khusus kepada golongan wanita. 
  • Isoflavon memberi banyak manfaat untuk wanita dan boleh mencegah risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan mengurangkan gejala ‘hot flushes’ (panas badan yang disebabkan perubahan hormon dalam kalangan wanita yang mengalami menopaus). 
  • Hasil kajian menunjukkan empat hidangan tempe akan memberikan kalsium yang setara dengan secawan susu. 
Untuk lebih maklumat lebih pembacaan.. Korang boleh baca kat sini Sumber...
tempe mentah (google image)
tempe goreng cicah sambal (google image)
tempe goreng sambal (google image)
kerepek tempe (google image)
Fiza peminat tempe tegar.. hari-hari menu mesti ada tempe.. memang tak jemu.. Tempe memang terkenal dalam kalangan masyarakat berketurunan Jawa.. tetapi Fiza bukan orang jawa tau... tapi suka makan tempe.. kerepek tempe.. kalau dapat kat Fiza, kejap je habis... 
p/s : Breakfast Fiza hari nie, nasi lemak bersama sambal tempe.. kenyang sampai sekarang.. Alhamdullillah...


You Might Also Like

28 kitty baik hati komen

  1. salam. my favorite heee

    menabung lectacyd :)

    ReplyDelete
  2. tempe goreng sambal,campur dengan kacang tanah dengan ikan bilis = perghh!!! sedapnya kak fiza!!

    ReplyDelete
  3. tempe is my favourite...he he he...

    ReplyDelete
  4. Tempe? Sedapnyee! Tempe murah dan byk khasiat. Mohon jgn naikkan hrga tempe. Miahahaha.. XD

    ReplyDelete
  5. hai fiza. liya pon suka tempe .. sangat2.. ^_^

    ReplyDelete
  6. sambal tempe ikan blis..best..:)

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaa tempe cicah kicap tu. :D

    ReplyDelete
  8. teringin nk makan tempe.. tp x minat.. acanerr tu

    ReplyDelete
  9. Sally makan tempe tak pandang org dah...tempe ni semuaaa Anaaa yg punya~

    ReplyDelete
  10. Tempeee.. goreng pun sodapp...! :D
    Cecah sambal kicap memang malatop..!

    ReplyDelete
  11. dik an suka gilos makan tempe ni hehe...sedapp kan !

    ReplyDelete
  12. tempe dengan sambal kicap tu.... feveret sangatttt..... makan tu je dengan nasik panas dah feeling habis dah....

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum...

    sedapnya tempeh goreng..cecah kicap pun sedap..hehhe

    mselim3

    ReplyDelete
  14. Sedap tempe, Shakira pun suka.. baby dalam ni pun suka.. alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  15. Zumal nie peminat setia tempe tau... Kalau khasiat dia camtu boleh la makan tempe banyak2 :))

    ReplyDelete
  16. naniey pon br berjinak2 makan tempe..hehe

    ReplyDelete
  17. mama suka makan tempe ni.. goreng pun sodap..

    ReplyDelete
  18. saya tempe ni kureng sikit.. heee

    ReplyDelete
  19. miza pun sama gak kak fiza^_^
    tempe memang sedap sgt laaah..hehe

    ReplyDelete
  20. Singgah pagi di sini..tempe & ikan bilis tu best Fiza..kita suka makan...

    Klik whisper untuk Fiza..

    ReplyDelete
  21. Saya tak suka tempe. Bagi saya, tak sedap. hehe.

    ReplyDelete
  22. tempe buat sambal goreng sedap....

    ReplyDelete
  23. tempe memang sedap...baru mlm tadi mkn sambal tempe & ikan bilis ^-^

    ReplyDelete
  24. akk pon minat tempe gorasng garing...

    ReplyDelete
  25. ehhh samala kita fiza..lya pun peminat tegar tempe..sedapnya di goreng

    ReplyDelete
  26. Heheehe suka sgt kat tempe tuuu ..Akak kurang sikit makan ..bukan tak suka tak selalu jumpa kat sini..Kureng org mkn kot hehee

    ReplyDelete
  27. tempe kesukaan k.ena
    orang jawa kan

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah