Find us on Facebook

K-drama Review : You're All Surrounded

Assalamualaikum.. tak sabar Fiza nak reviewkan drama terbaru korea You're All Surrounded. Cerita ini baru ditayangkan bermula 28 Mei 2014 yang lepas dan kalau tak tengok memang rugi.


Sinopsis:


Eun Dae Gu (Lee Seung Ki), Uh Sun Soo (Go Ah Ra), Park Tae Il (Ahn Jae Hyun) dan Ji Gook (Park Jung Min) - dikenali sebagai P4 adalah rekrut baru dalam unit jenayah kekerasan di Balai Polis Gangnam. Digelar Rookies yang tidak bersemangat dan tidak meminati kerjaya baru mereka. 

Masing-masing menyertai skuad unit jenayah kerana pelbagai matlamat. Dalam unit tersebut, mereka telah diketuai oleh ketua yang memiliki perangai yang tidak menentu dan panas baran, Pan Suk Seo (Cha Seung Won). Pan Suk Seo hanya mahu cuci tangan apabila mendapat rekrut baru tetapi rekrutnya tidak cekap dan kerap melakukan kekecohan apabila bertugas. 

Drama ini merupakan penceritaan permulaan perjalanan rekrut baru  untuk menjadi seorang polis. Bagaimana mereka jatuh cinta dan bagaimana mereka mencari jalan untuk menjadi warga polis yang boleh dipercayai oleh orang ramai. Jawapannya dalam You're All Surrounded.


Pelakon Utama You're All Surrounded.
Eun Dae Gu (Lee Seung Ki)

Uh Sun Soo (Go Ah Ra)

Park Tae Il (Ahn Jae Hyun)

Ji Gook (Park Jung Min)

Pan Suk Seo (Cha Seung Won)

Walaupun baru bermula minggu lepas, jalan cerita You're All Surrounded memang menarik, serius dan diselitkan sedikit komedi yang buatkan Fiza tak sabar nak tunggu episod seterusnya.. Selamat menonton.. >_<

Post a Comment

8 Comments

  1. wahh. layan korea juga rupanya :)

    ReplyDelete
  2. Oh oh oh ! Macam best juga. Kita sekarang tengah menunggu Hotel King punya episode baru ni. Nak tunggu seminggu , seksa. T_T.

    ReplyDelete
  3. Huhu..Tak pernah suke drama korea lain selain the moon embrassing the sun. Huhu

    ReplyDelete
  4. cerita ni dalah salah satu on the list nak tgk hihihi

    ReplyDelete
  5. yang pastinya hero dan heroin pasti jambu... ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. saya dh tengok on9 smpai episode 8. lawak cite ni. tak sabar nk tunggu episode 9 x)

    ReplyDelete
  7. Tak tengok lagi tapi dah download.

    ReplyDelete
  8. Jarang layan cite korea... tapi kalau layan ni, mesti melekat... :)

    ReplyDelete