Resipi : Puding Karamel

14:42

Assalamualaikum.. percubaan kedua membuahkan hasil bila puding karamel yang Fiza buat pagi tadi menjadi.. Alhamdullillah.. First time buat hancur.. dan hari nie buat menjadi.. seronok sangat.. Lepas nie boleh Fiza buat dalam kuantiti yang banyak pula.. lagi pun Mr. Hubby memang peminat puding karamel.
Puding Karamel
Bahan-bahan ( saiz: 10 cm )
  • 300ml susu segar/susu cair
  • 3 sudu besar gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 biji telur kuning
  • 2-3 titik esen vanila
Bahan untuk karamel
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Cara-cara Penyediaan Karamel:
  1. Masukkan satu sudu besar air dan satu sudu besar gula ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan satu sudu lagi air dan gula. Masak sehingga perang dan tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
Cara-cara Penyediaan Puding:
  1. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil kacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati dan jangan biarkan ia berbuih.
  2. Panaskan susu dan esen vanila. Jangan sampai mendidih.
  3. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit  dalam bahan no. 1. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  4. Tutupkan loyang dengan  aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
  5. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. 
  6. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.
Fiza saja nak kongsikan resipi.. memang sedap dan cair dalam mulut.. hehe... selamat mencuba.. >_< 

You Might Also Like

31 kitty baik hati komen

  1. nk kene try buat jgk ni..
    nt bulan pose blh wat utk buke pose..

    ReplyDelete
  2. Makan byk2 ni muak la sikit. Tapi puding ni memang sedap!

    ReplyDelete
  3. Bulan puasa nak try buat la untuk berbuka :)

    ReplyDelete
  4. HEEHEEHEEE...buat kali pertama hancur ..buat kali kedua menjadi..inilah yg dikatakan orng kegagalan itu akan disusuli dengan kejayaan jika kita tak pernh berhenti mencuba.....fuiyoo...nampak sedap..pos kemari :D

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap! Teringin juga nak mencuba. Thanks kongsikan resepinya. =)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. Rajinnya buat puding karamel.. ;)

    ReplyDelete
  7. emm, sedapnyer, terliur tgk puding ni. my fevret :)

    ReplyDelete
  8. ehhh ingat kena letak agar2.... adoiii pepanas ni layan puding karamel, heaven sungguh !

    ReplyDelete
  9. ah, sedap2...sekarang ni sejak habis belajar, cik anis mmg ske cri resepi nak cuba hehe

    ReplyDelete
  10. as salam. nampak sedap. thanks for the recipe. nanti abe kie cuba buat weekend ni...hehehehhe

    ReplyDelete
  11. nyum nyum..hee faveret !!

    ReplyDelete
  12. melelehhh. lama tak makan puding. letak dalam peti sejuk, kendian makan. perhhh. heaven.

    ReplyDelete
  13. tak pernah buat lagi ni...nanti nak try bulan pose..hehe

    ReplyDelete
  14. puasa ni blh la try . sejuk jer kat tekak mkn ni ...

    ReplyDelete
  15. resipi yg paling ai khatam... hehehee... dr kecil lg dah buat resipi ne sedap. sbb tue jd fav :D

    ReplyDelete
  16. Nak tunjuk dekat roommate resepi ni then nak suruh dia buat :)

    ReplyDelete
  17. rajinnya buat puding..nampak sedap tuh!! =D

    ReplyDelete
  18. Suka puding karamel... sedappp... :)

    ReplyDelete
  19. sedapnyaaa.. ternampak time puasa pulak.sobsob

    ReplyDelete
  20. mak aihhh..nmpk tempting betul...nyum2..:D

    ReplyDelete
  21. Dik An pun memang peminat puding caramel hehe

    ReplyDelete
  22. naniey pon baru buat..kali pertama buat gula hangus..puding terus rasa pahit..hahha..kali kedua buat buat baru ok..hehe..en suami pon suka

    ReplyDelete
  23. memang sedap! first try jadi keras sebab tak letak air. haha

    ReplyDelete
  24. Sedapnyerrr Bawak sini sikit Fiza..

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah