Find us on Facebook

Khasiat Kurma

Assalamualaikum.. puasa dan kurma memang tidak boleh dipisahkan.. Seperti yang korang sedia maklum, buah kurma mengandungi banyak khasiat dan ia perlu dijadikan sebagai makanan harian kerana manfaatnya. Fiza kongsikan sedikit info mengenai khasiat buah kurma sempena bulan Ramadhan ini.

google image

Kurma di angkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi, mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

google image

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional. Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

google image

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
sumber

Ini baru sebahagian jer Fiza kongsikan.. Balik nie Fiza nak try buat Jus Kurma dengan ESP Shaklee untuk menu berbuka puasa hari ini.. Korang yang nak mendapatkan produk shaklee, khidmat runding dan pertanyaan boleh hubungi / whatapps Fiza di 017-9488034. In syaa Allah Fiza akan cuba membantu. Selamat berpuasa. #sayamkndanjualshaklee

Post a Comment

21 Comments

  1. Banyak ek khasiat dia...nnti bila kak fiza dah wat jus kurma bgtau ek sodap ke tak hehe...

    ReplyDelete
  2. dulu masa kecik2 tak suka makan kurma...dah tua2 nie baru makan :-)

    ReplyDelete
  3. great info :3

    kurma tu manis sgt laa >o<

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum fiza, memang banyak khasiatnya. kurma merah ni salah satu milkbooster tau. hehe singgah menabung invest smart sini~~~

    ReplyDelete
  5. selamat brpuasa fiza..lya masa brbuka & sahur memang mkn buah ne

    ReplyDelete
  6. So far kurma ni memang jadi kita punya appetizer...Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. banyanya kebaikkan kurma...Tq for sharing sis..:DDD

    ReplyDelete
  8. kurma memang bagus untuk kesihatan...

    ReplyDelete
  9. terima kasih berkongsi...memang bagus kurma ni kan...jus belum buat lagi...nak try la...^_^

    ReplyDelete
  10. salam. sy suka makan kurma..nice sharing sis :))

    ReplyDelete
  11. Zumal yang jual kurma nie hanya tahu sebahagian je dari khasiat yang Fiza kongsikan nie ;)

    ReplyDelete
  12. Sekarang pun takyah susah tunggu kurma import. Kat malaysia pun dah ade kan. Punye la iklim kita dah panas musim macam kat tanah arab.

    ReplyDelete
  13. Allahuakhbar.. rupa nya byk khasiat kurma yg Zara xtauuu ='(

    ReplyDelete
  14. Good sharing fiza..mmg banyak khasiat buah kurma nie.. =D

    ReplyDelete
  15. kurma sedapp.. tiga biji tak cukup. hehe.. saya selalu makan masa bersahur. kenyang

    ReplyDelete
  16. good sharing... sy prefer kurma madu sbb sedap ;-)

    ReplyDelete
  17. plbgai khasiat tkandung kan ?? Zara pon xsangka..

    ReplyDelete
  18. kurma byk khasiat.. kadang2 nk makan yusuf taiyoob punya je. suka yg lembut2

    ReplyDelete
  19. kurma byk khasiat.. kadang2 nk makan yusuf taiyoob punya je. suka yg lembut2

    ReplyDelete