Wednesday, 29 January 2014

W.W ~ Demam Emoji

Korang main tak game nie? Dah level berapa?

Tuesday, 28 January 2014

Tak kan kot..G.E.M.U.K

Assalamualaikum.. disebabkan semalam Fiza order 2 pinggan nasi goreng biasa telur mata untuk makan malam, hari nie kawan2 opis tegur kenapa nampak gemuk... tidakkkk... betul ke nie..? Memang  semalam Fiza makan 2 pinggan tapi 2 pinggan setengah sbb En. hubby tak habis makan.. tak nak membazir punye pasal.. Fiza makan lah... takkan hari nie dah gemuk...
Selalunya Fiza ke opis pakai baju kurung moden nampak la kurus sikit walaupun pada hakikat sebenarnye memang dah gemok... huhu.. Hari nie Fiza pakai blouse.. dah nampak bulat.. wuaaaaaaaaa..... Fiza tak suke berat Fiza naik sebab tumit Fiza akan sakit.. pastu cepat penat.. dah la opis kat tingkat 3.. 
Makan sikit pun badan naik.. makan banyak lagi la cepat naik.. orang cakap penyelesaiaan satu jer.. kena bersenam.. Sooo...... nantilah pikir...
En. hubby telefon, tak pergi makan ke?.. Fiza jawab tak nak lah sebab dah gemok.... huhu.. dia jawab memang nampak gemuk  sbb pakai blouse tu.. huhu... tapi okey jer..
Dress to please Allah, not to please His creation
Terpikir pulak kenapa nak disalahkan baju tu kan.. sian kat baju.. tak salah apa2 pun...kan?...  huhu... emosi kurang stabil kot hari nie... haha.... ape - ape lah.... memang tgh hari nie Fiza tak nak makan sebab pagi tadi dah pekena nasi lemak.. kenyang lagi sampai sekarang... Sory la ter EMO sikit.. sebab ramai sangat yang tegur Fiza hari nie... >_< yang pasti mmg nampak sangat2 muslimah hari nie... tp still kiut kot....  hehe....

Bantuan.. help.. help..

Assalamualaikum.. memandangkan contest KTM Duke Spirit akan tamat pada 31 Januari 2014.. Fiza memerlukan bantuan rakan-rakan blogger semua untuk sudi meluangkan masa dan sudi untuk 'like' motor di bawah nie.. bukan menang motor yer.. nie mmg motor en. hubby Fiza.. kami try test motor nie tuk dapat like terbanyak... setakat nie kami baru dapat 208 sebab target 300... jauh lagi nak pergi... Tak tahu boleh pergi berapa banyak like lagi...
Ramai juga rakan blogger yang membantu Fiza.. terima kasih Fiza ucapkan.. korang mmg sporting sangat.. kalau Fiza tak minta bantuan korang semua.. kat mana lagi Fiza nak cari.. satu opis dah kene kerah... hehe.. kejam kan... haha... kami join nie sekadar suka-suka.. alang2 join mestilah nak menang kalau ada rezeki... sudi2 la yer.. >_< sayang korang... hehe....

Monday, 27 January 2014

Koleksi FM dan Keychain Disember dan Januari 14

Assalamualaikum... Pejam celik dah hampir ke penghujung Januari 2014.. Tetiba teringat nak publish koleksi FM dan keychain.. tangguh punye pasal dah terlupa untuk bulan Disember tahun lepas.. 
Koleksi untuk bulan Disember 13 dan Januari 2014 digabungkan sekali jelah memandangkan tak banyak.. Kebanyak koeleksi kali nie Fiza beli masa pergi jalan-jalan... 
FM nie bos bagi masa dia ke Pangkor
Keychain motor
Keychain Colmar Tropicale
FM Kimono couple dari Japanese Tea House
FM dari Japanese Tea House
FM dari Kelantan
FM nie beli kat kedai.. tak ingat pulak nama kedainya..
FM dari Terengganu
Keychain dari Terengganu..
Fiza pun tak nak cerita panjang cume, Fiza juga nak mohon maaf sebab gangguan internet yang teruk sekarang nie.. Kat umah kuota internet abis, sebab dah ujung2 bulan nie.. kat opis internet jap ader jap tak de.. kene redha je lah.. huhu...

Friday, 24 January 2014

Ngumpat gaya baharu

Assalamualaikum dan salam Jumaat...
sumber FB
Harap dikalangan kita tidak mengamalkan tabiat begini.. mencarut-carut di wall FB semata-mata tidak puas hati dengan seseorang.. Tanpa sedar kita yang like statement tersebut juga menanggung dosa tanpa sedar..
Sekadar peringatan buat Fiza dan semua kawan-kawan..
Bagi yang sudi membantu Fiza.. nak minta tolong 'like' gambar di fb - KTM DUKE HELLO KITTY.. ini bukan link iklan yer.. just gambar sahaja.. Fiza perlukan jumlah 'like' dalam peraduan  
KTM Duke Spirit Contest.. 
Bagi kawan-kawan yang dah like.. terima kasih banyak-banyak Fiza ucapkan.. 
>_<

Thursday, 23 January 2014

KTM Duke 200 Hello Kitty

Assalamualaikum... Fiza nak minta tolong kawan-kawan blogger untuk support En. Hubby Fiza dalam peraduan KTM Duke Spirit Contest.. Tak perlu apa-apa syarat, hanya klik link ini Fb - KTM Duke Hello Kitty.. terus ke laman FB tersebut.. jangan risau bukan link iklan atau apa-apa.. kalau menang berpeluang untuk dapat Pilhan baju/hoodie/jaket yang bernilai RM500++.. Sebab dia dikira atas jumlah like.. Peluang ini juga terbuka untuk mereka yang mempunyai motorsikal KTM.. Tarikh tamat penyertaan 31 Januari 2014.. 
Photo: "This is my Duke!,Where is Yours?"

Salam warga KTM Duke Gps Tracker!

Hari ini merupakan saat pertama admin membuat contest !!

Contest ini merupakan semangat geng-geng KTM Duker yang sporting.

Untuk masuk contest ini , mudah sahaja , hanya perlu send pada admin gambar jentera Duke milik ANDA kepada admin.

X kesah model selagi ianya KTM Duke.Gambar-gambar tersebut admin akan post pada wall admin dan bilangan "LIKE" terbanyak akan memenangi KTM series apparel dari KTM Duke Gps Tracker .

Hadiah Tempat Pertama.
Pilhan baju/hoodie/jaket yang bernilai RM500++.

Hadiah Kedua.
Pilhan baju/hoodie/jaket yang bernilai RM300++.

Hadiah Tempat Ketiga
Pilhan baju/hoodie/jaket yang bernilai RM200++.

20 Hadiah saguhati!!

Tarikh tutup untuk contest ini adalah pada 31 Januari 2014.Lagi cepat anda send gambar moto pada admin , makin cerah peluang untuk menang.

*Keputusan akan di umumkan pada 1 Feb 2014.
*Gambar hendaklah gambar real dan bukan edit.
*Tertakluk kepada syarat dan terma.

READY TO >> LIKE
"This is my Duke!,Where is Yours?" - admin 
"This is my kitty duke bro...."
Fiza tak paksa tau, kalau korang rasa ia layak untuk disukai.. boleh la vote.. 
Link seperti berikut :
Fb- KTM Duke Hello Kitty
Terima kasih semua... >_<

Tak tahu nak cakap apa...

Mayat bayi di tandas masjid
KANGAR: Jemaah di Masjid Alwi di sini gempar selepas salah seorang daripada mereka menjumpai mayat bayi perempuan cukup sifat dibuang di tepi lubang tandas lelaki di masjid berkenaan kira-kira jam 7 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, Harian Metro difahamkan jemaah lelaki berkenaan baru selesai mengerjakan solat subuh berjemaah di situ dan pergi ke tandas berkenaan sebelum ternampak mayat bayi tersebut diletakkan bersebelahan lubang tandas di situ.
Dia kemudian memaklumkannya kepada pihak pengurusan masjid yang selepas itu memeriksa keadaan bayi yang sudah tidak bernyawa ketika ditemui.
Mereka kemudian memaklumkannya kepada pihak polis sebelum polis daripada bahagian forensik memeriksa lokasi kejadian termasuk bayi berkenaan.
Mayat bayi yang dijumpai di dalam tandas lelaki di masjid Alwi. FOTO Ihsan PDRM
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, bayi masih basah bertali pusat dipercayai baru sahaja diletakkan di situ dan dilahirkan beberapa jam sebelum itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23
Sakit hati bila baca berita dan artikel mengenai pembuangan bayi.. Alangkah bertuahnya wanita yang dapat mengandung dan dapat merasa kelahiran bayi. Bila Allah dah berikan rezeki, senang-senang jer dibuang macam buang sampah.. anak tu tak berdosa pun.. Kadang-kadang terpikir kenapa la tak diletakkan di tempat yang orang lain nampak, sekurang-kurangnya bayi tersebut dapat diselamatkan..
Yelah kalau dah buat salah mesti la nak sorokkan.. kalau dapat tahu memang habislah.. Fiza tak nak salahkan siapa tetapi tolong lah bersifat berperikemanusiaan. Cube fikir macam mana pasangan yang dah berkahwin bertahun-tahun, masih belum dikurniakan zuriat, mmg akan tersentuh dengan artikel sebegini.. Jangan menyesal di kemudian hari....

Wednesday, 22 January 2014

Back to back : Sushi King dan Daiso Japan

Assalamualaikum.. rujuk kepada perkara tajuk.. tu dia dah macam nak buat surat rasmi kan.. lepas pulang dari kerja, Fiza dan hubby bercadang untuk makan sushi.. kali nie niat nak makan sushi je tanpa menu lain..
Kami pun decide tu makan apa yang mampu sampai kenyang.. sbb nye mkn sushi mmg cepat kenyang.. sampai je order takoyaki dengan Matcha float volcano (green tea)..
 
 
Kalau ke Jusco, tak lengkap rasanye tak ke Daiso.. baru perasan tadi makan makanan Jepon lepas tu beli barang pun kat kedai barangan buatan jepon.. Jepon nyer Fiza.. hait... hehe.. Fiza ke sini nak beli kotak.. memandangkan barang kat sini semuanya RM 5.00, kotak besar ke.. kecik ke.. semua harga sama.. Fiza beli kotak tuk isi FM, keychain dan kerongsang Fiza yang dah berterabur dalam meja...
Begitulah cerita kejepunan Fiza.. Dulu mmg Fiza minat cerita jepun tambah pula anime.. Zaman bujang Fiza dulu dengan anime mmg tak boleh dipisahkan.. tapi bila dah berkahwin mana sempat nak layan tu semua dah..  tapi sekarang nie jiwe korea pulak yang terlebih.. hehe..  >_< 

Back to back : Oreo Ice Blanded

Assalamualaikum... baru jer lepas BW tadi.. terserempak dengan roti telur kat Blog Ika... Kebetulan mmg nak update pasal minum petang nie masa hari sabtu minggu lepas.. last2 hari nie baru update.. adoi punye la lame kan.. 
roti telur 
Hari ahad pula kami minum petang di kedai sambil makan rojak buah dan pulut durian.. 
oreo ice blended 
pulut durian.. nie mmg favorite mr. hubby 
Rojak buah nie Fiza tak puas hati sebab buah tak banyak...
tp sos dia memang sedap..
Nak update blog lagi nie tapi ada cite korea pulak.. kalau sempat nak publish mlm nie.. kalau tak sempat kene publish esok je la.. 
p/s: awal-awal tahun nie betul2 terasa kesibukan yang amat sangat.. kerja kat opis pun banyak.. masa yang ada Fiza  mmg kene bahagikan betul2.. kerja memang tak kan habis selagi kita hidup kan.. yang penting banyakkan berdoa untuk dipermudahkan segala urusan.. amin..

W.W ~ Need some time

Assalamualaikum..

sumber : google image

Monday, 20 January 2014

Header baru

Assalamualaikum... terlebih dahulu Fiza ingin memohon maaf sebab aktiviti BW Fiza memang terhenti.. sampaikan nak update blog pun tak sempat... Rasa bersalah sangat sebab tak dapat  nak terjah blog kawan-kawan yg lain.. harap korang tak kecik hati dengan Fiza..
Siapa yang perasan, last week Fiza dah buat header baru.. just tukar header jer.. yang lain tu Fiza nanti dulu sebabnya tak sampai setahun lagi.. hehe.. nak tukar baju blog pun kene tunggu masa jugak kan.. 
header lama..
Disebabkan Fiza nie peminat Hello Kitty, kali nie try letak HK pulak lah kat header.. nanti dah jemu boleh tukar lagi...
header baru..
Jam pun dah pukul 6.30 petang.. Fiza still kat opis lagi.. okay la Fiza nak gerak balik rumah.. lewat-lewat karang dah gelap lepas tu rasa sekejap je masa di rumah... Fiza gerak dulu.. bye...

Sunday, 19 January 2014

Latihan Menembak Tahunan 2014

Assalamualaikum.. semalam seharian tak boleh nak update blog sebab Fiza telah menghadirkan diri ke Latihan Menembak Tahunan 2014 GSC.. Kami staff2 Guardian security bersama staff hong leong group yang lain diberi peluang untuk menembak setiap tahun.. Dah terjawab soalan2 kawan-kawan.. Fiza menembak aper? Ramai yang tanya.. memang penat sangat semalam.. setup tempat hari Jumaat, upacara hari Sabtu.. Cume competition je Fiza tak dpt nak join tahun nie sebab penyertaan terhad sangat..  rasa macam tak adil jer... tetapi masih dapat merasa sesi panas barrel... jadilah kan.. walau bagaimanapun bab2 bergambar tu yg paling best... hehe...
Jam 7 pagi semua staf dah kena berada  di Lapang Sasar Rawang untuk sesi perasmian jam 9 pagi.. Untuk gimik perasmian, bos Fiza kene tembak 3 biji belon.. Bos Fiza mmg hebat.. maklumlah Mejar bersara.. Fiza pula ditugaskan untuk bawa dulang perasmian tersebut..
 
 
 
 
 
Dapat no. 4 daripada 15 peserta sesi panas barrel.. >_<
Majlis selesai jam 7 petang.. lepas kemas2 barang semua.. baru la boleh balik.. Seronok sebab majlis berjalan lancar tanpa sebarang kemalangan yang tidak diingini.. memang risau sebab menggunakan senjata dan peluru hidup.. yang penting pandai jaga diri dan sentiasa mendengar arahan daripada pihak polis.. In syaa Allah selamat... Majlis begini dan kami sebagai tuan rumah  memang serius penat.. 
Sampai je rumah.. Fiza tunggu waktu isyak..  lepas tu terus tido pengsan.. Nie pun rasa lenguh2 lagi badan.. Lega sebab semuanya telah selesai... Alhamdullillah... 

Bacaan Tambahan