Wednesday, 30 April 2014

Balik Kampung

Assalamualaikum.. mulai esok Fiza terpaksa hentikan aktiviti berblogging buat sementara waktu..
Fiza akan ikut Mr. Hubby pulang ke kampung.. cuti panjang kan.. melawat Ma dan abah..
sambil boleh main dengan anak sedare.. rindu kat dorang...
mempelam dan sambal kicap.. pedas tau..
buat makan malam tadi...
hajat nak makan magnum gold pun tercapai..
Mesti mereka yang bekerja turut ambil cuti pada hari jumaat nie kan.. boleh cuti lama..
 confirm jalan jem nie... takpe.. redah jer mcm la tak biase.. hehe..
Doakan perjalanan kami pergi balik selamat.. 
p/s: Berkejar nak siapkan semua kerja.. 

W.W ~ Masa, wang dan tenaga

Assalamualaikum..
Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara
Wassalam

Tuesday, 29 April 2014

Header Hello Kiity

Assalamualaikum.. time rehat nie tak buat apa, Fiza edit header skit.. boring jugak duk tengok header yang sama jer..
header ke-2 sejak setahun berblogging
Header baru
Siap.. 10 minit jer.. yang lain malas nak kacau.. kalau nak kacau kene ambil masa kan.. baik Fiza gunakan masa nie untuk BW.. >_< 


CPUV ke-17 hingga ke-19

Assalamualaikum.. Alhamdullillah bersyukur sangat2 atas rezeki pagi nie.. Saje survey2 Mr. Nuff tadi.. tengok2 ader CPUV baru.. memang tak disangka.. setelah setahun baru la CPUV nak singgah di blog nie.. npk memang banyak CPUV nye sampai 19, yang banyak tu hanya Xaxis.. boleh baca kat SINI CPUV ke-3 hingga ke-16.
Terima kasih pada korang yang tak jemu singgah blog Fiza.. bukan senang nak naikkan unique visitors nie.. sampai satu tahap Fiza tak tahu mcm mana nak dapatkan CPUV nie... memang kene rajin BW.. In syaa Allah adalah rezekinya.. 
Pekena nasi lemak breakfast tadi sebelum masuk opis.. >_<
mau mengantuk nie jap lagi.. hehe..
Selamat bekerja.. 

Monday, 28 April 2014

Konsep Emosi Menurut Perspektif Islam - Pengenalan dan bentuk Emosi Bah. 1

Assalamualaikum... untuk update kedua hari nie.. Fiza nak kongsikan infomasi yang Fiza petik dari sumber ini yang berkaitan dengan EMOSI.. Kita selalu dengan orang akan bercakap, "janganlah emosi" , "jangan emo sangatlah".. dan hari ini ada orang beritahu Fiza "jangan emosi bila baca nie".. Serius tak faham sebab selalunya dalam otak Fiza emosi tu selalunya dikaitkan dengan perkara negatif. Pencarian di google bermula dan Fiza teringin nak kongsikan ia bersama korang semua...
google image
PENGENALAN 

Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Iaitu kehebatan dan kesensitifan perasaan yang selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan. 

Menurut Kamus Bahasa Melayu (1994), menyatakan bahawa emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah dan lain-lain. Oxford Advanced Learners’ Dictionary (1995), menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dan pelbagai jenis kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan atau gangguan pada perasaan. The Oxford Dictionary of Current English (1986) pula menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalam terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut. Muhammad Uthman Najati (1993), emosi merupakan bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang.[1]

Dalam istilah Psikologi, emosi merupakan bahasa dalaman seseorang yang berkait rapat dengan tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti perasaan dalaman dan luaran (pergaulan sosial). Ia adalah suatu pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran. Minda adalah pasif dan sentiasa menerima semua yang terlintas untuk mempengaruhinya. Apabila minda tersebut bangkit untuk menunjukkan apa yang dirasainya, maka itulah yang dimaksudkan sebagai emosi. 

Ada kalanya emosi dianggap sebagai suatu alasan yang saling berlawanan. Sama ada beralasan untuk mengikut kehendak emosi atau tidak membiarkan emosi menguasai diri. Demikian adalah konteks yang selalu berkaitan mengenai emosi iaitu tentang penghasilan resolusi untuk mengawalnya. Oleh itu, emosi adalah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan-perasaan kuat yang berpunca daripada psikologi atau mental seseorang dan emosi dapat berlaku secara naluri bergantung pada situasi. 

BENTUK-BENTUK EMOSI 

Berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an, hadith dan pendapat para ulama’, kejadian manusia adalah terdiri daripada unsur jasmani dan rohani, maka Islam tidak pernah menafikan tentang wujudnya emosi dalam diri manusia. Malah al-Qur’an telah menggambarkan beberapa bentuk emosi yang terdapat dalam diri manusia seperti : 

Emosi Takut

google image
Iman al-Ghazali dalam menghuraikan emosi takut telah mengibaratkan ia sebagai sesuatu yang menikam dan terbakar di dalam hati disebabkan oleh datangnya sesuatu perkara yang sangat dibenci dan tidak diingini. Prof Madya Dr Ab Aziz Mohd Zin pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya telah menjelaskan bahawa emosi takut merupakan perasaan yang ada pada diri manusia. Manusia akan merasa takut apabila berhadapan dengan perkara yang merbahaya dan kemudaratan. Hal ini sebagaimana dalam Firman Allah s.w.t dalam surah al-An’am ayat 15 yang mana telah menjelaskan tentang emosi takut yang wujud pada manusia. 

Maksud-Nya : Katakanlah: "Sesungguhnya Aku takut akan azab hari yang besar (hari kiamat), jika Aku mendurhakai Tuhanku." 
Berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang menyentuh tentang emosi takut, Muhammad Uthman Najati dalam bukunya al-Qur’an wa Ilm al-Nafs telah membahagikan perasaan takut yang ada pada manusia kepada beberapa jenis iaitu takut kepada Allah s.w.t, manusia dan juga takut kepada kematian serta kemiskinan. 

Emosi Marah 
google image
Emosi marah merupakan salah satu perasaan yang timbul apabila manusia berasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Kebiasaannya ia diiringi oleh perubahan fisiologi seperti muka menjadi marah, anggota badan menggeletar, pergerakan dan pertuturan bercelaru. Kadang-kala ia diiringi oleh kelakuan luaran seperti cacian, deraan, kutukan dan dendam.

Emosi marah adalah antara naluri semulajadi manusia yang dijadikan oleh Allah s.w.t untuk keperluan hidupnya. Sebagai satu sifat yang semulajadi, pada asalnya mempunyai emosi marah bukanlah suatu kecacatan atau kekurangan manusia. Namun begitu, emosi marah ini boleh menjadi sifat yang keji, jika kemarahan itu menimbulkan perasaan dendam dan melampaui batas kemanusiaan. 

Emosi marah yang tidak dapat dikawal boleh membawa keburukan dan merosakkan diri sendiri serta orang lain. Allah s.w.t turut menyeru manusia supaya menahan marah seperti dalam firmannya dalam surah Ali Imran ayat 134. 

Maksud-Nya : (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. 

Dalam Islam memperakui bahawa adanya emosi marah, tetapi bukan emosi marah yang tidak dapat dikawal sehingga menimbulkan kerosakan kepada dirinya dan masyarakat seperti mana al-Razi menjelaskan bahawa kemarahan yang keterlaluan boleh membahayakan diri sendiri. Islam tidak melarang manusia mempunyai perasaan marah yang kena pada tempatnya dan diperlukan. Dalam konteks dakwah Islamiyah, Rasulullah s.a.w pernah marah. Kemarahannya kerana ada perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran. 

Emosi marah merupakan naluri semulajadi manusia yang sedia wujud. Emosi marah ini boleh memberi manfaat kepada manusia jika digunakan untuk kebenaran dan keadilan. Tetapi emosi marah yang tidak dapat dikawal dan menurut hawa nafsu adalah dilarang dalam Islam kerana ia boleh membawa kepada kemudaratan diri dan orang lain. 

Emosi Benci
google image
Emosi benci mempunyai kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya ialah apabila manusia benci melihat kemungkaran yang berlaku akan mendorong manusia untuk memperbetulkan keadaan tersebut manakala keburukannya pula ialah apabila emosi benci tidak dapat dikawal boleh membawa kepada permusuhan dan pergaduhan serta pertelingkahan.

Dalam al-Quran yang menceritakan tentang wujudnya emosi benci dalam diri manusia. Hal ini sebagaimana dalam Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 216. 

Maksud-Nya : Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui. 

Dalam konteks dakwah pula emosi benci ini hendaklah digunakan di tempat yang betul dan melarang daripada mempunyai perasaan benci yang boleh membawa kepada pergaduhan atau kerosakan dalam masyarakat. 

Emosi Malu 
google image
Setiap manusia mempunyai perasaan malu baik lelaki atau wanita. Perasaan ini menjadikan manusia menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Hal ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri. Berbagai-bagai perasaan bercampur aduk ketika seseorang mengalami malu. Ini termasuklah perasaan takut, berminat, tertekan dan nyaman. Seiring dengan perasaan ini, terdapat peningkatan degupan jantung dan tekanan darah. Tanda luaran perasan malu ialah tenungan mata yang menyimpang ke samping serta terjurus ke lantai dan anggota menjadi tegang serta lidah menjadi kelu. Suara seorang yang berasa malu bernada rendah, lembut, menggeletar dan teragak-agak. Mimik muka menjadi tersipu, mulut akan tersenyum dan dia akan mengundur diri.[2]

Kesan positifnya ialah perasaan malu dapat menghalang seseorang itu daripada melakukan perkara melampaui batas, memalukan, menjatuhkan maruah dan sebagainya. Manakala kesan negatifnya pula ialah apabila perasaan malu dalam diri seseorang itu terlampau malu tidak bertempat, merka mungkin menghadapi kesukaran dalam berbagai perkara seperti berhadapan dengan orang ramai, tidak yakin membuat sesuatu perkara dan sebagainya. Justeru, perasaan malu perlu dikawal dengan baik agar ia tidak mendatangkan kesan negatif di dalam diri. 

Emosi Sedih 
google image
Emosi sedih akan timbul bilamana seseorang berhadapan dengan keadaan yang mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit. Emosi sedih boleh membuatkan seseorang itu berasa tertekan dan murung. Justeru, apabila seseorang berasa sedih, dia hendaklah mengawal perasaan itu dengan sebaiknya. Membuat aktiviti seperti bersenam, berjumpa kawan-kawan dan sebagainya dapat melupakan seketika perasaan sedih itu. Jika boleh, kongsi perasaan sedih itu bersama teman rapat agar perasaan sedih dapat dikurangkan. 

Islam lebih menganjurkan umatnya supaya tidak bersedih kepada perkara-perkara yang melalaikan dan bersedih sehingga melemahkan diri serta sehingga melahirkan kata-kata mengkufurkan Allah s.w.t. Dalam al Qur’an ada menjelaskan mengenai emosi sedih. Hal ini sebagaiman firman Allah s.w.t dalam surah al Baqarah ayat 277. 

Maksud-Nya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

[1] Fariza Md. Sham (2005), Tekanan Emosi Remaja Islam. Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia) h. 6
[2] Abdul Rashid Mohamed, & Mohamad Daud Hamzah. (2005), Kajian Korelasi Emosi Malu Dengan Pencapaian Akademik Di Kalangan Mahasiswa Melayu. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil 20, h.154-155 
[3] Mohammad Ali Toha Assegaf. (2010), 365 Tips Sehat Ala Rasulullah. Indonesia : Hikmah.
Sumber

Sedikit info mengenai Emosi yang mana emosi Fiza sedikit terganggu pada minggu lepas dan berjaya diatasi dengan bantuan Mr. Hubby. Kita kena pandai mengawal emosi kerana orang dipersekitaran kita turut akan menerima tempiasnya sama ada emosi yang positif atau emosi yang negatif. Sekian..

Morning semua..

Assalamualaikum.. mulakan hari dengan senyuman..
 itu yang Fiza setkan dalam otak sekarang nie.. 
memang last week merupakan minggu yang sangat panjang dan sangat perit bagi Fiza..
 tapi alhamdullillah..
 Fiza tempuhi juga dan akan lupakan segalanya yang terjadi walaupun amat payah.. 
So.. lupekan semuanya..
Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam..
Nak tahu tak apa yang Fiza suka buat kalau sedih.. 
Fiza suka memasak..
Sayur cendawan dan brokoli masak tiram, Sotong masak kicap dan Sambal udang..
menu yang Fiza masak makan malam tadi..
Walaupun sedih perut tetap kenyang..
>_<
p/s: Kalau kita tak naikkan motivasi diri sendiri, siapa lagi yang nak tolong naikkan.. betul tak..
jangan lupa zikir hari Isnin..

Saturday, 26 April 2014

Lawatan Rasmi Obama di Malaysia

Kuala Lumpur: Presiden AS Barack Obama tiba di negara ini jam 4.50 petang tadi untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari - kali kedua oleh Presiden AS selepas Lyndon B Johnson pada Oktober 1966.
Obama dan rombongan tiba dengan pesawat khas Presiden - Air Force One tepat jam 4.50 petang tadi dengan kawalan ketat pasukan keselamatan. 
Obama yang memakai sut kelabu kelihatan bersahaja ketika menuruni tangga pesawat sambil disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Pengiring. Hadir sama Duta Besar Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussain dan Duta Besar AS ke Malyasia Joseph Y Yun.
ORANG ramai menunggu untuk melihat ketibaan pesawat Air Force 1 yang membawa Presiden Amerika Barack Obama di luar Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. FOTO Khairul Azry Bidin
PRESIDEN Amerika Syarikat Barack Obama bersalaman dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Turut kelihatan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. FOTO Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26

Koleksi Fridge Magnet Mac dan April

Assalamualaikum.. ohoiiii... hari nie Sabtu.. hehe.. seronok jer bila hari Sabtu kan.. Hari yang paling Fiza nantikan untuk berehat sehabis habisan.. Jom cuci-cuci mata jenguk FM yang Fiza kumpul untuk bulan Mac dan April.. sejak kebelakangan nie dah makin kurang Fiza dapat.. pada sesiapa yang sudi menderma FM.. pm la Fiza..  Koleksi kali nie dari Medan jer member bagi.. yang lain semua beli sendiri untuk tambah koleksi... 
Hanis (member opis)..
 dia nie mmg rajin berjalan dan mesti tak lupa nak beri FM kan kawan2 dia....
roti sandwish
chef
Tioman FM.. 
Bear berkebun..
Kitty dan butterfly
sushi... tak ly makan tau.. nanti ada yang masuk hospital.. 
Itu jer.. Fiza merancang nak ke CM.. katenye kat sana banyak FM.. nak kene set masa ke sana.. Bagi mereka yang nak jual FM pun boleh pm Fiza.. FM tu mestilah lain daripada yang lain.. sebab nak tambah koleksi lagi nie... tapi jgn la mahal sangat.. ada yang sampai beratus ringgit.. tak mampu Fiza.. takat RM 10 - 20 tu okey bagi Fiza.. 
Okey yer.. Selamat Berhujung Minggu semua...>_<

Friday, 25 April 2014

Bersabar Wahai Hati

Assalamualaikum dan salam Jumaat buat rakan-rakan semua...
 Sebenarnya hari ini Fiza rasa sedih dan hilang mood nak pergi kerja tetapi Fiza kuatkan semangat.. 
gara-gara kejadian semalam.. tak perlulah Fiza ceritakan tetapi Fiza berharap agar insan tersebut bersyukurlah atas penat lelah yang Fiza lakukan sebagai orang bawahan... itu jer..
bersabar dan berharap semoga Allah menjaga dia dengan baik
mungkin ada hikmah disebalik semuanya.. 
sedih.. memang sangat sedih.. tapi tak per... 
Fiza dah menjalankan tugas Fiza sebaik mungkin...
tak mengharapkan sebarang balasan..
Fiza meniti segalanya...dengan
senyuman.. pura-pura happy.. 
sebaliknya hanya Allah yang tahu.. 
dan paling penting.. 
 Instighfar banyak.. semoga hati Fiza tenang untuk berkerja..
Salam Jumaat semua..

Segmen First Annivessary Blog Asha Lya

Assalamualaikum.. jom meriahkan  GA Asha Lya nie.. simple sangat..
klik banner untuk join..
Fiza join yer Lya.. mesti dapat sambutan yang sangat menggalakkan..
Segmen dijalankan bermula 25.04.2014 (Jumaat) dan tamat 05.05.2014 (Isnin)
Antara hadiahnya:
Kerongsang felt, Keychain sabah,Top up RM5
Sticker keyboard, shawl,pouch

Thursday, 24 April 2014

Motivasi Kerja Meningkat

Assalamualaikum..  cuaca hari nie mendung je kan.. Kat Sg. Buloh nie hujan dari pagi sampai nak pergi  mkn tgh hari pun malas.. last2 beli roti jer kat King...
Semalam Fiza dibekalkan dengan komputer baru di workplace Fiza.. Tak boleh la nak mengaku komputer sendirikan sebab company punye.. tetapi Fiza yang akan gunakannya.. 
Bersemangat betui rasanya sebab skrin dia besar, laju sebab core i5 dan yang paling best, keyboard smooth sangat.. tak yah nak ketuk keyboard kuat-kuat sampai satu opis dengar.. 
Alhamdullillah.. rezeki.. Fiza berterima kasih sangat pada bos Fiza sebab senarai nama Fiza untuk menerima pembelian komputer baru..
Komputer sebelum nie pun okay dah.. dapat baru siapa yang tak nak kan...
Komputer sebelum nie... banyak berjasa dalam kerja Fiza.. 
Komputer baru...
Bersemangat Fiza nak bekerja dengan lebih rajin lagi.. tetapi satu jer kene ingat.. jangan salah gunakan harta syarikat.. Fiza akan jaga elok-elok sebab kalau rosak nanti Fiza juga yang susah.. Sekian dulu untuk hari nie.. nanti sambung yer sebab nak pergi meeting nie.. bye.. >_<

Wednesday, 23 April 2014

W.W ~ Kononnya segan...

Assalamualaikum..

haha.. senyum selalu...

google image

Tuesday, 22 April 2014

Gary dan Pokebom

Assalamualaikum.. Semalam Fiza godek-godek external hard drive dan terjumpe wajah-wajah kesayangan.. Tetiba rasa rindu pula pada mereka.. kucing-kucing yang pernah Fiza bela dulu.. Pokebom, Gary dan Serra, 3 ekor kucing yang Fiza sayang sangat2.. tapi jodoh dorang dengan kami tak lama..
Pokebom.. warna oren.. kami ambil masa usia dia 2 bulan
2 tahun bersama dan pergi meninggalkan kami disebabkan nak mencari makwe... 
mula-mula keluar balik juga ke rumah dan pada suatu hari Pokebom hilang secara tiba-tiba.. 
puas kami mencari tapi tak jumpe...
Kebetulan tempat kediaman kami dulu ada warga negara asing yang makan kucing.. sehinggakan ada jiran memberitahu kami mungkin kucing kami telah dikorbankan.. tak tahu la betul ke tidak.. 
Gary.. warna kelabu.. kami ambil masa usia dia 3 minggu..
tidur pun dengan kami sbb dia nie manja sangat..
Kami bela setahun dan hantar ke kampung untuk dijaga oleh mak mertua..
Tak lama lepas tu, Gary lumpuh dari pinggang ke bawah..
punca bergaduh dengan kucing kampung..
mati pada Disember 2012 
Telatah comel dan nakal dorang memang menghiburkan hati... 
berlari-lari ke pintu bila dengar kami balik dari kerja.. serius comel..
Pokebom dan Gary
Serra, kawan hubby yang hadiahkan Serra kepada kami sebagai ganti kehilangan Pokebom..
tetapi sayang nya dia sibuk nak mencari pakwe... 
jodoh kami hanya beberapa bulan je..
Dah hampir 2 tahun Fiza tak bela kucing lagi.. sedih bila teringat dorang nie.. Teringin nak bela kucing lagi tapi bila pikir2 kawasan rumah kami sekarang terlalu banyak anjing.. Tak jadi la nak bela...
Pagi tadi Fiza tanya Mr. Hubby, boleh tak kalau Fiza nak bela kucing lagi.. tapi Mr. Hubby senyap jer.. Sebab kehilangan 3 ekor kucing nie buat kami rasa sangat sedih untuk tempoh yang lama.. Paling sedih, kucing Fiza dipakaikan loceng, hampir sebulan bunyi loceng terngiang-ngiang di telinga kami sedangkan mereka semua telah tiada.. 
p/s: tak sanggup nak kehilangan kucing lagi.. Fiza memang seronok baca entry2 yang ada kisah dan gambar kucing.. itulah sebabnye juga Fiza minat sangat dengan Hello Kitty.. hehe... chumel....

Monday, 21 April 2014

Maksud Bacaan Dalam Solat

Assalamualaikum.. Hari nie Fiza nak kongsikan maksud bacaan dalam solat.. sekadar perkongsian untuk mengingati serta memperbaiki bacaan solat kita. Kita mestilah tidak mahu menunaikan solat tanpa mengetahui erti dan makna disebalik bacaan serta doa yang dilafazkan ketika kita menunaikan solatkan.
Berikut adalah bacaan dalam solat beserta maksudnya.
Doa Iftitah
Iftitah_cr
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al Fatihah
Al-fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Rukuk
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung Dan Dengan Memuji-Nya.
I’tidal
Itidal1
Semoga Allah Mendengar ( Menerima ) Pujian Orang Yang Memuji-Nya (Dan Membalasnya)
Sujud
Sujud
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi Dan Dengan Memuji-Nya.

Duduk di antara Dua Sujud
4
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Duduk Tahiyyat (Tasyahud Awal)
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Sambung bacaan ini jika berada di Tasyahud Akhir.
TasyahudAkhir
Ya Allah limpahkan rahmat kepada Nabi Muhammad dan kepada keluarga Nabi Muhammad .Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Memberi Salam
Salam
Salam sejahtera ke atas kamu.
Sekian..
SUMBER dan Google image

Sunday, 20 April 2014

Tempahan Felt Hello Kitty

Assalamualaikum.. tempat korang ujan tak pagi nie.. Rawang ujan.. patut la mendung jer tadi.... Rupenye ujan nak turun.. Alhamdullillah..
Okela.. Fiza dah jupe hobi baru nie.. hehe.. jahit kain felt.. Fiza belajar jahitan felt dengan Blogger Kak Zarena hari Selasa lepas..
Mula-mula Fiza belajar buat kepala Bear, lepas tu kak Ena bagitahu try la buat Hello Kitty.. 
Mr. Hubby pun tahu Fiza boleh buat.. dia pun minta Fiza buat Hello Kitty juga.. dan hasilnya..
Fiza saja letak kat FB semalam..
tak sangka ada yang nak beli..  Fiza pun buat tempahan pertama tu sampai jam 4 pagi..
Dua je pun... tapi lama sebab terkial2...
pastu pagi tadi Kak Ena pun nak juga.. 
Fiza pun buat lagi satu... masa untuk siapkan 1 Hello Kitty = 1 1/2 jam
tada.... dah siap..
nie lah hasilnya..
tak tahu la okay ke tidak dengan jahitan tu.. 
saya budak baru belajar...
hobi suka-suka jer...
Selamat Berhujung Minggu..
>_<

Saturday, 19 April 2014

BW sampai lebam

Assalamualaikum.. pastinya hari minggu adalah hari yang ditunggu oleh kita semua untuk berehat bersama keluarga dan keluar berjalan.. betui tak.. 
Fiza pun macam tu.. hari Isnin sampai Jumaat sibuk dengan tugas di opis, Sabtu pulak jadual Fiza memang dah ada...
6.30 : Solat Subuh dan sambung tidur...
8.30 : Bangun 
9.00 : Kemas rumah dan exercise
10.30 : Main Blog
11.30 : Memasak tengah hari
1.00 : Makan tengah hari
1.45 : Solat Zohor
2.00 : Rehat ~ buat apa patut
3.00 - 7.00 :  Lapang Sasar memanah
8.30 : Rehat
Macam tu rutin Fiza untuk hari sabtu... tetapi kadang-kadang berubah macam hari nie.. Fiza tak memasak sebab Mr. Hubby ade kerja kat luar, so dia makan kat luar.. Fiza boleh terus berblogging.. hehe...
Fiza tersenarai juga untuk blogger blogspot baru 2014 oleh Blogger Hasrul Hassan.. ape lagi.. BW sampai lebam la... Alhamdullillah selesai juga terjah semuanya hari ini
BW dan Fiza follow blog-blog dorang sampai keluar confirmation 
 yang Fiza nie bukan robot...
hehe
Oklah.. tak sedar yang Fiza tak mkn tengah hari lagi.. haha.. nak pegi masak simple2 jer.. jap lagi nak pergi latihan memanah pulak.. kene makan nanti tak de tenaga kan.. okelah.. sampai sini dulu.. kalau ada masa, mlm karang pula Fiza akan online.. bye...
>_<

Bacaan Tambahan