Monday, 30 June 2014

Hadiah untuk Top Komentor

Assalamualaikum.. Fiza nak umumkan bahawa hadiah untuk 
Top komentor April dan Mei 2014 akan diposkan hari ini atau esok ikut kesempatan waktu.. 
Tujuan Fiza umumkan ini kerana Fiza setakat ini ada juga pos hadiah-hadiah, 
barang-barang kecil kepada blogger tetapi dalam dilema sama ada hadiah tersebut sampai atau tidak ke tangan penerima.. 
mungkin korang pun segan nak tanya kan.. 
sama ada hadiah dah kirim ke belum.. 
untuk kali nie Fiza akan bagitahu.. 
Tak nak mungkir janji.. 
rasa bersalah jer kalau tak poskan barang sedangkan alamat dah kita minta..
Cuma masa lambat atau cepat...
yang tu memang tak dapat dielakkan..
Fiza minta maaf banyak-banyak..
Posto buat top komentor
Hari ini niat nak BW.. mood merudum betui sejak akhir-akhir nie.. Korang jgn jadi macam Fiza tak.. bersemangat walaupun di bulan puasa..
Selamat berpuasa...

Saturday, 28 June 2014

Floria 2014 Putrajaya ~ Kucing Miow Cat

Assalamualaikum.. kali nie kat Floria 2014 Putrajaya ada pameran kucing.. Fiza sempat ambil gambar beberapa ekor sebab banyak kucing yang tidur waktu tu.. mungkin sebab cuaca yang panas.. Kucing pun nampak tak bersemangat.. tapi still kiut dan comel..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Fiza minat kucing siam yang muke penyet.. hehe.. semua kucing comel kan.. Ok lah.. Fiza pun dah penat sangat nie.. nak tidur dah.. nanti nak bangun memasak untuk sahur pula.. Bila dah update entry rasa lega sikit.. kalau tidak rasa macam ader perkara yang terbengkalai.. 
p/s : Good Nite, sambung esok pula.. itu pun kalau internet tak meragam.. bye .. zzzzzzz

Floria 2014 Putrajaya ~ Taman dan Bunga

Assalamualaikum.. Fiza geram betul dengan internet.. Entry nie patut Fiza publish petang tadi.. last2 malam nie baru la boleh sambung download gambar..
Pagi tadi Fiza jalan2 kat Jalan TAR.. ingatkan nak masuk Sogo.. last2 jalan2 shopping kat Jalan TAR jer.. ramai sangat orang.. pusing-pusing beli barang terus balik.. tak tahan bersesak-sesak dengan cuaca panas.. yang penting barang-barang yang Fiza nak dah beli.. hehe...
Memandangkan minggu nie sibuk sangat dengan kerja kat opis.. tak sempat nak publish cerita kami ke Floria 2014 Putrajaya pada 21 Jun 2014..  hari nie Fiza nak tunjukkan gambar je.. nak cerita pun malas dah.. huhu.. setiap tahun Fiza akan pergi.. nak tengok bunga yang cantik-cantik... Kali nie tema Floria Taman dan Bunga...
Ade budak kecik dalam gambar kan.. Itulah Mia Sara.. anak member Mr. Hubby.. kami jaga minggu lepas... minggu nie mak dia cuti.. jadi kami tak jaga... ader sambungan lagi nie untuk entry kedua Floria 2014... khas untuk peminat kucing..
p/s : Fiza nak ucapkan Salam Ramadhan dan Selamat berpuasa kepada semua blogger dan juga umat Islam di seluruh dunia.. dan jangan lupa solat terawih, niat puasa.. dan yang penting mesti bangun sahur.. untuk bagi tenaga di siang hari.. >_< 

Thursday, 26 June 2014

Pizza Hut ~ Citarasa Ramadan

 Assalamualaikum..  Fiza buka entry blog pagi nie dengan makanan pula.. Semalam rezeki Fiza bila Kak As akak opis belanja makan pizza baru nie.. sedap..  
Pizza baru sempena bulan Ramadhan.
Citarasa Ramadan
Asiana Pizza
Isi ayam tandori dan pizza nie pedas
kene dengan selera Fiza
Asiana Platter.. 
yang nie paling sedap sebagai pembuka selera
Makan satu keping pun dah kenyang.. kami tapau, petang baru makan semula.. Balik rumah masak untuk Mr. Hubby jer sebab perut still penuh makan pizza.. 
Terima kasih Kak As belanja makan.. Moga murah rezeki hendaknye..
>_<

Wednesday, 25 June 2014

W.W ~ Be Strong

Assalamualaikum..
>_<

Tuesday, 24 June 2014

CPUV ke 23 dan 24

Assalamualaikum.. Alhamdullillah ada CPUV yang melekat lagi.. dulu terasa susah sangat nak dapat..
usaha tangga kejayaan yang penting bersabar...
Syukur.. harap terus meningkat..
Cume sejak dua menjak nie mmg aktiviti blogging Fiza menurun sangat.. Nak kene up balik nie.. 
memandangkan jadual pun padat..
>_<

Monday, 23 June 2014

Baby sitter hari minggu

Assalamualaikum dan selamat bekerja pada hari isnin.. Lamanya Fiza off blog nie.. 3 hari tak jenguk blog.. Jumaat lepas sibuk dengan kerja.. sabtu dan ahad pula jadi baby sitter untuk Mia Sara.. Baru tahu penatnya macam mana kan bila ada anak.. nak layan Mia sorang sampai acik Fiza dia nie tak cukup tidur.. tapi meriah rumah bila Mia ada.. hari nie umah acik Fiza sunyi semula bila dah hantar Mia balik rumah malam tadi... sedey.. huk huk... 
Nanti Fiza nak upload gambar pergi jln2 dengan Mia.. nak upload hari nie tak sempat lagi.. Korang semua selamat bertugas yer.. tak kisah la kat opis atau rumah.. jangan monday blues.. Fiza nak luangkan masa BW kejap sementara bos belum sampai.. da.. >_<
Amin..

Thursday, 19 June 2014

FIFA 2014 Spain kalah

Assalamualaikum.. berkecai la harap nak tengok Spain masuk final untuk FIFA 2014 nie.. memang 4 tahun la Fiza akan simpan jersi yang ada nie.. huhu.. Tinggal satu lagi harapan.. Jepun..
tak tahu la nasib dorang pula macam mana..
wuaaaaaa....
itu jer untuk hari nie...
bawa bekal hari nasi hari nie
lauk ikan tongkol dan sayur.. letak budu sikit.. 
>_<

Wednesday, 18 June 2014

W.W ~ I dont care, but...

Assalamualaikum..
google image
Saya tidak peduli jika kamu akan memberitahu semua orang tentang apa yang saya 
telah lakukan kepada kamu. 
Tetapi ingat, jangan lupa untuk memberitahu mereka tentang apa yang 
telah kamu lakukan kepada saya.
Allah Maha Mengetahui.

Tuesday, 17 June 2014

Pengedar Sah Shaklee Rawang

Assalamualaikum..
Hari ini secara rasminya Fiza nak bagitahu yang Fiza dah daftar sebagai ahli Shaklee..
untuk tak nak semakkan blog peribadi Fiza..
 Fiza dah sediakan satu blog khas untuk info-info mengenai SHAKLEE.. 
name card Fiza
Inginkan side income dengan hanya melakukan business secara online.
Inginkan supliment tambahan untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga?
WhatsApp / WeChat saya: 017-9488034
COD Area : Rawang
In Shaa Allah saya dapat menolong.
Jom sihat bersama Shaklee.

Niat sebenar untuk makan sendiri dan setakat nie hasilnya memuaskan. 
Fiza mencuba untuk kekal sihat dan mencuba untuk mendapatkan zuriat dengan supplement2 Shaklee..
Usaha itu yang penting..
In syaa Allah.. Doakan Fiza yer.. Amin..

p/s : nak jadi ahli calling2 la Fiza yer...

Monday, 16 June 2014

EBAB Si Salormoon

Assalamualaikum.. selamat petang semua.. macam mana dengan perjalanan hari ini.. 
harap2nye semua berjalan lancar.. 
Fiza nak cerita sikit pasal kucing member opis.. 
nama dia Ebab @ Debab.. 
Fiza pun tak sure.. mak dia lah yang bela.. 
Kalau pergi memanah mesti akan tengok telatah dia nie.. memang gelabah tak tentu hala..
Nak jadikan cerita, masa kami memanah, tiba-tiba Mr. Hubby ternampak ada benda putih melompat-lompat dalam kereta member.. 
Member cakap mana ada apa dalam kereta..
Entah macam mana, 
member nie tergerak nak pergi ke kereta dia.. 
tengok Ebab dah lembik keluar kereta..
Dengan terjelir..kepanasan dalam kereta.. mujur tak mati..
 kami gelakkan kat Ebab.. 
bunyi macam kejam kan..
 tapi memang kelakar.. 
sebab Ebab nie memang jenis kucing gelabah..
Mujur la dapat diselamatkan.. kami bagi air.. hampir 20 minit Ebab nak pulih semula..
lepas tu dia mula gelabah balik.. haha.. lucu2.. puas kami gelak..
memanah pun dah tak fokus...
Ebab ada tanda bintang kat dahi... 
terjelir kepanasan..
Fiza panggil salormon..
Kami pun pikir bila masa di masuk dalam kereta.. 
mesti masa member tengah keluarkan barang2 memanah dari kereta, si Ebab nie masuk.. 
tulah.. gelabah lagi...
Si gelabah... >_<
Ebab.. Ebab.. kelakar la ko nie... 

Sunday, 15 June 2014

Resipi : Puding Karamel

Assalamualaikum.. percubaan kedua membuahkan hasil bila puding karamel yang Fiza buat pagi tadi menjadi.. Alhamdullillah.. First time buat hancur.. dan hari nie buat menjadi.. seronok sangat.. Lepas nie boleh Fiza buat dalam kuantiti yang banyak pula.. lagi pun Mr. Hubby memang peminat puding karamel.
Puding Karamel
Bahan-bahan ( saiz: 10 cm )
  • 300ml susu segar/susu cair
  • 3 sudu besar gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 biji telur kuning
  • 2-3 titik esen vanila
Bahan untuk karamel
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Cara-cara Penyediaan Karamel:
  1. Masukkan satu sudu besar air dan satu sudu besar gula ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan satu sudu lagi air dan gula. Masak sehingga perang dan tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
Cara-cara Penyediaan Puding:
  1. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil kacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati dan jangan biarkan ia berbuih.
  2. Panaskan susu dan esen vanila. Jangan sampai mendidih.
  3. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit  dalam bahan no. 1. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  4. Tutupkan loyang dengan  aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
  5. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. 
  6. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.
Fiza saja nak kongsikan resipi.. memang sedap dan cair dalam mulut.. hehe... selamat mencuba.. >_< 

Saturday, 14 June 2014

Mee Hailam jimat garam

Assalamualaikum... semalam lepas balik kerja, bagitahu kat Mr. Hubby hari nie penat.. so ade la peluang untuk skip masak.. hehe.. tanpa niat okey sbb memang penat pun.. Kami pun ambil keputusan untuk makan kat kedai dulu sebelum balik..
Fiza order mee hailam.. rupa memang sangat sedap.. so ambil la gambar dulu kan... bila masuk mulut.. huhu.. rasa macam nak nangis... takde rase.. kedai makan nampak grand tapi seriusly hampeh... 
Mee Hailam tanpa rasa
Mr. hubby order nasi goreng USA.. pun sama juga... sebab tu kami lagi suka makan masakan kat rumah jer.. tapi sebabkan malas semalam.. nie la akibatnya...
Harga tak yah cakap la.. sedih... huk huk... dua kali kami terkena... okey lepas nie memang kedai makan tu kami blacklist jer..  sebelum sampai umah pegi drive thru MCD.. order Mc Chicken dan air ribena.. hepi rasenye.. lagi sedap dari mee hailam tu... -__-
p/s: Korang mst ada pengalaman macam nie jugak kan.. sampai bila2 pun kita tak kan singgah kedai tu lagi... betui tak?

Friday, 13 June 2014

8 Makanan Sunnah Nabi

Assalamualaikum dan salam Jumaat.. Hari ini Fiza nak kongsikan khasiat 8 makanan Sunnah Nabi dan di antara yang terbaik di dunia.
1) Khasiat KURMA (PHOENIX DACTYLIFERA)
Cepat diserap oleh badan. Memberikan tenaga segera kepada badan. Baik untuk wanita mengandung dan bersalin. Mengandungi pottasium dan zat besi. Juga sebagai penguat memori.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.”
2) Khasiat HABBATUS SAUDA’ (NIGELLA SATIVA)
Menguatkan sistem imunisasi badan. Menurunkan kadar gula dalam darah. Menstabilkan tekanan darah tinggi atau darah rendah. Mnecegah kanser.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As-Sam (maut).” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
3) Khasiat ZA’FARAN / SAFFRON (CROCUS SATIVUS)
Membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, mencerdaskan minda, melancarkan pengaliran darah, mengawal tekanan darah dan kolestrol, mengurangkan keletihan, menambahkan selera makan kana-kanak.
Dalam kitab Tibbul Imama A'li, Saidina Ali (k.w) menyatakan: "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'Asal (madu) diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."
4) Khasiat BUAH DELIMA (PUNICA GRANATUM)
Anti oksidan,melindungi jantung, menurunkan kadar kolestrol, memperlambatkan penyakit Alzheimer, bagus untuk wanita mengandung untuk memperoleh anak yang cerdas. 
"Di dalam kedua syurga itu ada buah-buahan, kurma dan delima.”(Surah Ar-Rahman:68)
5) Khasiat KISMIS (VITUS VINIFERA)
Mengandungi zat besi, potassium, magnesium, kalsium serta vitamin B1,B2, dan B6. Sangat bagus unutk pelajar. Melindungi hati dan memulihkan keletihan saraf.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian."
Nabi Muhammad SAW juga bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”
6) Khasiat BUAH TIN (FICUS CARICA)
Mengandungi kalium, kalsium, Omega 3 dan Omega 6. Mencegah amnesia dan mengurangkan risiko kanser payudara. Penawar kepada penyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan, melawaskan air kencing serta merawat batuk yang berpanjangan, selain bermanfaat untuk mengubati sembelit, bermanfaat untuk hati dan limpa.
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Makanlah kamu semua dan makan darinya (buah Tin),” Sabda Nabi SAW lagi: “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata "inilah buahnya". Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi."
7) Khasiat MADU LEBAH
Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit-birit jika dibancuh dengan air panas. Membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. Khasiat madu lebah juga berupaya mengubati sakit perut, gastrik, resdung, sakit kepala, sakit pinggang, sakit sendi, alahan, asma, darah tinggi, menghilangkan kahak, serta menguatkan badan bagi golongan yang berumur.
Allah SWT telah menyatakan di dalam Al-Quran bahawa madu adalah satu penawar bagi pelbagai jenis penyakit dan ia juga merupakan kesukaan Rasulullah SAW. 
FirmanNya:
"Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala buah-buahan serta turutlah jalan-jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang macam-macam warnanya, di dalamnya mengandungi ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah An-Nahl: 68~69)
8) Khasiat ZAITUN (OLEA EUROPAEA)
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut. Mencegah kanser dan serangan jantung. Mengandungi Vitamin E. Buahnya yang pahit juga dapat membaikpulih perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit, meneutralkan racun serta melambatkan tumbuhnya uban.
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Makanlah buah Zaitun dan gunalah minyaknya kerana itu adalah buah berkat.”
Berusahalah kita untuk mencari makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan kita. Bila badan sihat, maka senanglah kita hendak beribadat dan mencari rezeki dan meneruskan hidup di muka bumi ini. 
Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Bacaan Tambahan