Wednesday, 30 July 2014

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum.. dah lama Fiza tak jenguk blog Fiza nie... rindu sangat pada korang semua.. Fiza tak kemana pun.. cume Fiza alami masalah tak boleh tenung komputer lama2.. apatah lagi nak BW.. buat kerja pun kejap2 berhenti.. pastu tidur.. hehe... penat betul badan..
Hari nie Fiza di opis, tak tahu nak buat apa.. tetiba teringat pada kawan2 kat blog.. tak terlambat lagi untuk Fiza mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.. terima kasih kerana sudi berkawan dengan Fiza di alam maya nie dan diharap persahabatan ini berkekalan... 


Saturday, 12 July 2014

Farewell party buat Wany

Assalamualaikum.. pertama sekali Fiza nak ucapkan ribuan terima kasih buat kawan-kawan blogger yang mendoakan kesihatan Fiza dan baby kecik dalam perut nie.. In syaa Allah Fiza akan jaga sebaik mungkin dan kadang2 memang terlupa yang Fiza sedang pregnant sebab Fiza nie lasak orangnye.. 
Okey la.. dah lama Fiza simpan cerita nie.. its happen sebelum puasa sebenarnya.. pada 27 Jun 2014 lepas, Fiza dengan member2 opis buat farewell party buat adik Wany.. kebetulan hari tu juga adalah hari terakhir Wany bekerja sebab dapat better offer kat tempat lain.. 
Sedih.. memang sedih sebab Fiza memang suke usik si Wany nie.. dia jenis gelabah2 comel cam tu.. hehe.. sorry yer Wany.. Akak memang tahu Wany memang suka baca blog akak nie... jgn marah ey...
 
Kami
Fiza, Wani (tengah), Nadia 
Fiza suka gambar nie... 
Hanis, Siti, Kak Ima 
sorang teruna sesat.. hehe.. si Mat Kay..
Walaupun Wany dah tak kerja dengan kami, tapi still keep in touch dengan Fiza lagi..  lagipun area umah kami kat Rawang.. bila2 kalau nak jupe tak de hal.. 
Buat Wany, kerja elok2 kat tempat baru.. jangan nakal2.. kahwin nanti jangan lupe jemput kak Fiza.. Good luck dear.. 

Friday, 11 July 2014

Alhamdullillah ~ UPT Positif

Assalamualaikum.. segala persoalan terjawab kenapa minggu ini merupakan minggu paling letih buat Fiza... Syukur atas kurniaan dan rezeki ini Ya Allah.. 
Fiza tak boleh tengok komputer lama-lama.. sampaikan sebelum tengah hari, Fiza terpaksa tidur di surau.. Nak kata puasa, sebelum ini tiada masalah.. 
Malam tadi badan Fiza betul-betul tidak sihat dan tak mampu untuk bangun selepas berbuka puasa.. pagi ini Mr. Hubby bawa Fiza ke klinik..
Air mata menitis macam tidak percaya.. penantian 3 tahun 4 bulan akhirnya terjawab bila doktor mengesahkan Fiza pregnant.. Alhamdullillah..
Alhamdullillah...

Monday, 7 July 2014

Top Komentor Ourmemoria ~ Jun 2014

Assalamualaikum.. 
 terima kasih pada korang yang tak jemu2 singgah ke blog Fiza nie...
Berikut adalah pengomen tegar untuk bulan Jun 2014.
Pengomen Jun 2014
2.  ikhwan yusuff (25)
3.  Zara Nurhaidah (23)
4.  nor_farihan (21)
5.  Sya Mimie (20)
6.  Ismi Ana (18)
7.  Kisah Si Dairy (18)
8.  Farah (Doodle of life) (15)
9.  RDZ Z (15)
10.  Khai♥Rin : anies (14)
Sebagai penghargaan, korang semua Fiza akan bagi hadiah kecil-kecilan..
Hantar butiran, nama, alamat dan no. tel kat kotak komen di bawah nie..
Komen tersebut tidak akan dipublishkan..
>_<

Giveaway Cash RM100 by Emas Putih

As-Salam
[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]

Saturday, 5 July 2014

Kurma Shake dengan ESP

Assalamualaikum.. Fiza nak kongsikan menu minuman berbuka puasa, sedap dan menyegarkan... juga boleh dijadikan menu sahur..
Kurma Shake dengan ESP
Bahan-bahan:
Susu Segar (jenama apa pun tak kisah)
8 biji kurma (ikut kehendak sendiri)
ketulan ais
2 Sudu besar ESP Shaklee
Cara membuat:
1. Masukkan susu segar, ESP Shaklee dan kurma. Blender sehingga kurma hancur.
2. Masukkan beberapa ketulan ais.
3. Tuang dalam cawan. Sedia untuk minum. 
Untuk lebih sedap, letakkan lama dalam peti sejuk beku.. Automatik jadi ais krim.
Senang dan mudah kan? Kenapa Fiza tambahkan ESP Shaklee dalam minuman?
Apa KELEBIHAN yang saya akan dapat bila saya minum Energizing Soy Protein (ESP) ?

1) Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri, 
2) Membantu hilangkan parut jerawat di muka, 
3) Memberi tenaga berpanjangan, 
4) Menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, 
5) Menganjalkan kulit.
6) Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. 
7) ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan.
8) Mengawal paras kolesterol dan 
9) Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
10) Bagus untuk pengidap gastrik kerana protein soya yang bersifat alkali meneutralkan keasidan di dalam perut.

Harga Jualan : RM 121.00 (harga ahli)
Kos Pengeposan : RM 10.00
PM Fiza : 017-9488034
Selamat mencuba dan selamat berpuasa. >_<

Friday, 4 July 2014

Doa untuk mendapatkan Zuriat

Assalamualaikum.. salam Jumaat, salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat semua rakan-rakan blogger.. Hari ini Fiza dapat satu khabar gembira dari kawan semasa sekolah dahulu yang mana rumah tangga yang mereka bina selama 4 tahun akan dikurniakan dengan kehadiran orang baru.. Tahniah buatnya.. Mesti seronok sangat kan.. penantian akhirnya tamat jua.. 
Fiza pun tak nak berputus asa dan kalau boleh dalam bulan Ramadhan nie lah, nak banyakkan doa semoga keluarga Fiza dan Mr. Hubby juga dikurniakan anak suatu hari nanti.. cepat dan lambat itu rahsia Allah.. Fiza terima..
Fiza nak kongsikan doa untuk mendapatkan zuriat, bagi yang masih menanti orang baru dalam keluarga dan juga yang berhajat nak menambah ahli keluarga jom kita sama-sama amalkan doa ini...
Amin...

Thursday, 3 July 2014

Khasiat Kurma

Assalamualaikum.. puasa dan kurma memang tidak boleh dipisahkan.. Seperti yang korang sedia maklum, buah kurma mengandungi banyak khasiat dan ia perlu dijadikan sebagai makanan harian kerana manfaatnya. Fiza kongsikan sedikit info mengenai khasiat buah kurma sempena bulan Ramadhan ini. 
google image
Kurma di angkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi, mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
google image
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional. Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
google image
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Ini baru sebahagian jer Fiza kongsikan.. Balik nie Fiza nak try buat Jus Kurma dengan ESP Shaklee untuk menu berbuka puasa hari ini.. Korang yang nak mendapatkan produk shaklee, khidmat runding dan pertanyaan boleh hubungi / whatapps Fiza di 017-9488034. In syaa Allah Fiza akan cuba membantu. Selamat berpuasa. #sayamkndanjualshaklee

Wednesday, 2 July 2014

W.W ~ Jangan membazir di bulan puasa

Assalamualaikum..
Jangan membazir...

Tuesday, 1 July 2014

Santuari Ikan Sg. Chiling, Kuala Kubu Bharu

Assalamualaikum.. pada 22 Jun 2014 yang lepas kami ke Sg. Chiling bersama kawan-kawan seperjuangan semasa di Universiti Malaya.. Hampir setahun kami tak berjumpa.. buat gathering kecil-kecilan je kat sini.. Nak kumpul ramai2 pun masing-masing dah ada keluarga besar... tinggallah kami yang keluarga kecil nie..
Mr. Google ~ tak berkesempatan nak jungle tracking sebab bawa Mia.
Info mengenai Sg. Chiling
Sungai Chilling adalah air terjun dan tempat perlindungan ikan di kaki bukit Bukit Fraser, yang terletak selepas Empangan Selangor dari Kuala Kubu Bharu berdekatan Sungai Pertak. Ia merupakan destinasi alam semula jadi yang indah dan menarik ramai pengunjung dari Kuala Lumpur dan mereka yang dalam perjalanan ke Bukit Fraser. 
Diuruskan oleh Jabatan Perikanan Negeri, sungai itu diwartakan sebagai taman alam semula jadi dan tempat perlindungan ikan untuk mengekalkan spesies tempatan ikan kelah (hijau 'Kelah'). Akses adalah dengan melalui pintu masuk kecil dengan gerbang di sepanjang jalan  ke Bukit Fraser selepas jambatan keluli. 
Dari pintu masuk, perjalanan yang singkat membawa kepada tapak perkhemahan dan pejabat. Untuk menuju ke air terjun, kita perlu mendaftar dahulu sebelum melalui jambatan gantung menuju ke arah air terjun. Bergantung kepada kelajuan dan kecergasan, masa yang diambil untuk sampai ke air terjun adalah antara 20 dan 45 minit melalui hutan hijau dan lintasan sungai (beberapa kali). 
Taman ini dibuka hanya pada hari Jumaat  dan hujung minggu dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Kemudahan tapak perkhemahan juga turut disediakan.

Jambatan keluli ke air terjun Sg. Chiling
Kami mandi kat area nie jer.. tapi ikan kelah tetap banyak
Acik Fiza dan Mia..
Gathering dengan member masa study kat UM
Kemudahan surau, tandas dan tapak perkhemahan
Ditutup pada hari Isnin hingga Khamis
Kawan-kawan kami semua naik ke tempat air terjun, Fiza dan Mr. Hubby tunggu kat bawah. jaga makanan dan juga Mia.. kalau dah bawa budak mcm mana nak jungle tracking kan.. tak pe.. Mr. Hubby janji nak bawa Fiza lepas raya nanti.. kalau boleh nak pasang khemah sekali.. bunyi macam nak balas dendam je.. hehe...
Lepas mandi kat atas, kami turun lagi ke bawah..
Tempat mandi di Sg. Chiling bertingkat-tingkat dan kawasan untuk mandi banyak.. kene pandai pilih.. air sungai pula memang sejuk sangat macam mandi ais tapi memang menyegarkan.. 
Apa lagi.. kalau korang berkesempatan, jom ke sini.. lepas bulan puasa tau.. hehe.. >_<

Bacaan Tambahan