Thursday, 30 October 2014

Surah Amalan Ibu Mengandung

Assalamualaikum..
Nikmat mengandung dan melahirkan anak adalah nikmat yang cukup berharga yang dikurniakan Allah SWT kepada wanita. Pengalaman selama tempoh mengandung dan melahirkan adalah cukup indah dan berharga. Tempoh mengandung adalah detik emas yang seharusnya dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh bakal ibu dan ayah.
Semasa mengandung, bakal ibu sangat digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah antaranya bertaubat kepada Allah SWT, membanyakan zikir dan doa serta membaca Al-Quran. Setiap surah yang ada di dalam Al-Quran mempunyai kelebihannya tersendiri.
Antara surah amalan ketika mengandung ialah surah al-Fatihah, surah Maryam, surah Yusuf dan surah Luqman.
google image
Surah al-Fatihah
Ibu mengandung digalakkan membaca surah al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk, semoga zuriat yang dilahirkan memperoleh ilmu pengetahuan disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara mazmumah.
Surah Yusuf
Surah Yusuf telah diturunkan di Makkah dan mengandungi 111 ayat. Dinamakan Yusuf kerana hampir keseluruhan dipenuhi akan kisah Nabi Yusuf a.s yang bermula dari ayat 4 hinngga 101. Ibu yang sedang mengandung disarankan agar memperbanyakkan membaca surah Yusuf agar dikurniakan zuriat yang soleh, cerdik, tampan dan tabah menghadapi ujian.
Surah Luqman
Dalam pengkisahan Luqman dengan anaknya, Allah SWT menegaskan tentang wajibnya manusia bersyukur akan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka dan wajib menjauhi perkara syirik. Ibu yang mengandung dianjurkan supaya membanyakkan membaca surah Luqman agar bayi yang dalam kandungan akan dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran dan hikmah yang tersirat apabila lahir ke dunia, InshaAllah.
Surah Maryam.
Ibu yang sedang hamil disarankan untuk membanyakkan membaca surah Maryam agar bayi yang dilahirkan nanti mempunyai akal yang cerdas dan hati yang sabar dan cekal dalam menempuhi ujian. Amalan surah Maryam juga memudahkan ibu semasa melahirkan anak.

Thursday, 23 October 2014

Pergerakan bayi dalam kandungan mengikut minggu

Assalamualaikum.. korang semua sihat? Aktiviti BW Fiza pun tak rajin macam dulu.. tak tahu la kalau ada lagi tak yang sudi nak membaca nye.. tapi tak kisahlah.. ini catatan hidup kita kan.. 
Hari nie genap usia kandungan Fiza masuk 5 bulan.. sebelum nie memang tak rasa pergerakan baby.. dan tak tahu pun cam mana rasa baby gerak.. malam tadi alhamdullillah, baby dah buktikan kewujudannya.. hehe.. Fiza dah dapat rasa.. mula2 tu was2 juga.. betui ke macam nie rasenye.. last2 bila dah kerap sangat.. sampai nak tidur pun duk rasa ada mende duk cucuk2 perut lembut je.. mmg sah la.. 
Sampaikan pagi nie pun tak berhenti lagi.. aktifnye baby mama.. dah nak senak perut pulak rasenye.. nikmat yang Allah bagi pada Fiza.. Masya Allah..
saiz baby minggu ke-20
Fiza juga nak kongsikan sedikit info mengenai pergerakan bayi dalam perut ibu sebagai perkongsian bersama: 
  • Pada minggu ketujuh hingga minggu kelapan, bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.
  • Pada kira-kira minggu kesembilan, bayi anda mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.
  • Pada minggu ke-10, dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat.
  • Pada minggu ke-11, dia boleh menguap.
  • Pada minggu ke-14, dia boleh menggerakkan matanya.
  • Dari minggu ke-20 hingga ke-24. Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault)
  • Dari minggu ke-24 hingga ke-28. Bayi anda mengalami sedu. Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.
  • Pada minggu ke-29. Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda. 
  • Pada minggu ke-32.Anda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Selepas ini, jumlah pergerakan yang anda rasa akan berkurangan. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.
  • Mulai kira-kira minggu ke-36. Bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda. 
sumber
Bila dan cecah 5 bulan, pewut pun dah makin membesar.. tak boleh nak sorok2 dah.. huhu.. berat pun makin bertambah.. badan pun makin bolat.. makan pun banyak.. apo nak dikato.. >_<

Tuesday, 21 October 2014

SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum w.b.t.

KLIK BANNER UNTUK JOIN!

CARA JOIN: 

1. Buat satu entri bertajuk "SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI"
2. Copy kod HTML yang disediakan di entri segmen. 
3. Follow blog wawa.  *wajib*
4. Tinggalkan komen anda di ruang komen bawah ini. 
ALERT! 
- Wawa akan update senarai peserta seminggu sekali iaitu hari Isnin. Setiap update dari wawa nanti beserta dengan link follow para peserta. So, nanti korang just klik link tu untuk follow peserta lain. 
- Wawa akan check satu persatu okay sebab nak elak daripada orang ambil kesempatan lain. 
- Sebarang pertanyaan, boleh PM wawa dekat sini Facebook . 
Mohon korang semua dapat support wawa ye. Selamat bersegmen!

Macam mana nak ke Pulau Langkawi

Assalamualaikum.. lama pula Fiza menyepi sebab keje atas meja nie banyak sangat.. hari2 meeting... nak jenguk blog jap pun tak berape nak sempat.. 
Abeh cite tu.. sekarang nie timbul isu baru mengenai program ' I want to touch a dog '.. apa la nak jadi kan.. speechless bile tengok gambar2 orang melayu kita pegang anjing.. tak nak komen ape... lagipun tak tahu nak cakap apa.. macam2 pandangan dikeluarkan.. bagi Fiza haram tetap haram... full stop..
Fiza update blog hari nie bukan nak cerita pasal isu tu.. baru2 nie Fiza dapat WhatsApps dari pembaca blog yang inginkan info percutian ke Pulau Langkawi setelah membacanya di blog Fiza nie.. 
Dengan berbesar hati Fiza cuba tolong berikan info kepada pembaca tersebut... seronok rasanya dapat membantu walaupun sedikit... harap adik nie boleh pergi ke Pulau Langkawi dengan jayanya..
screenshot WhatsApps
Rasanya teringin pulak nak ke Langkawi lagi.. tapi Mr Hubby bagitahu tunggu anak besar dulu.. huhu.. kalau macam tu lambat la lagi.. sabar jelah...
Wassalam...

Thursday, 16 October 2014

Hampir ditipu stesen minyak

Assalamualaikum.. sekarang nie kerap terdengar penipuan tentang belian minyak di stesen2 minyak. Setakat mana kesahihannya Fiza pun tak pasti sebab kalau isi minyak pun Fiza kurang ambil berat, sebab malas nak pikir dah.. biar la kalau dorg nak tipu pun tipu lah.. jawab la kat akhirat nanti.. 
Tetapi semalam, pertama kali terkena bila Fiza beli roti kat stesen minyak.. sebelum nie memang tak perasan.. Semalam tergerak hati nak tengok harga roti yang Fiza selalu beli tu.. RM 0.90.. ok.. 
Bila sampai kat kaunter, dia scan RM 1.00. 
sahih harga di RM 0.90
Fiza pun ringan mulut bertanya kenapa harga scan berbeza dengan harga yang ada pada plastik roti.. Budak kaunter tu pun tergagap-gagap bagitahu mungkin salah scan.. tapi Fiza dapat harga RM 0.90 tu.. nie bukan masalah seposen atau seringgit.. masalahnya berapa orang yang dah terkena.. 
kalau hari2 orang beli roti tu.. kan untung besar dia dapat.. lepas nie Fiza akan lebih berhati-hati.. Paling ketara kalau nak beli belah kat pasaraya G****.. memang kerap tipu harga dan kita pula yang kene alert.. dah terdesak baru la Fiza akan beli barang kat pasaraya tu.. kalau tidak jangan harap lah.. 
harap korang juga berhati-hati.. periksa senarai harga sebelum bayar.. 
Kos sara hidup makin tinggi, jangan kita tertipu dengan penjual2 yang ada di luar sana. Senang-senang nak untung dengan menipu..
Wassalam..
p/s : seposen pun duit jugak kan... 

Wednesday, 15 October 2014

Mengatasi Ketidakselesaan Ketika Hamil

Assalamualaikum.. Alhamdullillah, usia kandungan Fiza telah mencecah 18 minggu.. macam2 yang Fiza dah lalui, sedang lalui dan akan lalui selepas nie. Biasanya ibu yang pregnant akan mengalami ketidakselesaan badan.. tetapi itu yang Fiza kene hadapi dan hanya berdoa pada Allah untuk dipermudahkan segala urusan baik di rumah atau di pejabat.
google image
Berikut merupakan antara ketidakselesaan yang mungkin korang akan alami ketika pregnant dan cara mengatasinya:
1.Perubahan Payudara.
Kebanyakan wanita hamil akan merasakan perubahan kepada payudara mereka. Saiz payudara akan meningkat disebabkan saiz kelenjar susu dan tisu lemak yang membesar dan akan menyebabkan payudara lebih pejal dan lembut. Mungkin pada trimester ketiga cecair kolostrum akan mengalir keluar sedikit.
Apa yang boleh membantu ialah memakai bra yang mempunyai sokongan yang baik dan meletakkan pad pada bra bagi menyerap kolostrum yang mengalir keluar.

2. Keletihan.
Keletihan merupakan perkara normal ketika hamil kerana bayi yang membesar di dalam rahim memerlukan tenaga lebih. Kadang-kadang ia merupakan petanda bagi anemia (kadar iron rendah dalam darah) yang mana normal semasa hamil.
Apa yang boleh membantu ialah pastikan rehat yang mencukupi, jika boleh buat jadual tidur agar tidur yang lebih teratur, kurangkan kerja berat dan melakukan senanam sederhana bagi meningkatkan tahap tenaga.

3. Sakit Belakang.
Wanita hamil sering mengalami sakit belakang kerana tekanan fizikal membawa bayi dalam kandungan, perubahan tahap hormon dan juga perubahan postur badan. 
Terdapat beberapa cara yang boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan.
  • Jangan memakai kasut bertumit tinggi seeloknya tapak rata.
  • Elakkan mengangkat barangan yang berat.
  • Elakkan berdiri dalam tempoh yang lama.
  • Duduk dikerusi dengan sokongan belakang yang baik.
  • Tidur disebelah kiri atau kanan dengan bantal antara kaki untuk sokongan.
4. Morning Sickness.
Ramai wanita hamil mengalami rasa loya dan muntah-muntah, keadaaan ini dipanggil morning sickness. Walaupun dipanggil morning sickness kerana loya adalah lebih biasa pada waktu pagi dan pada peringkat awal kehamilan, ia boleh berlaku pada bila-bila masa, atau mana-mana peringkat kehamilan.
Cadangan yang boleh diamalkan bagi mengurangkan morning sickness.
  • Makan beberapa hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar untuk mengelakkan dari dari perut kosong.
  • Jangan berbaring selepas makan.
  • Makan makanan yang kering seperti bijirin, roti bakar atau keropok sebelum turun pagi.
  • Elakkan minum air dalam kadar yang banyak pada satu masa.
  • Elakkan dari bau yang menggangu anda.
5. Sembelit.
Ramai wanita hamil mengadu masalah sembelit. Tanda-tanda seseorang mengalami masalah sembelit ialah najis keras dan kering, kurang dari tiga buang air besar seminggu, dan buang air besar yang menyakitkan.
Tahap hormon yang lebih tinggi ketika hamil melambatkan proses penghadaman. Selain itu, tekanan rahim yang berkembang terhadap usus boleh menyumbang kepada masalah sembelit.
Apa yang boleh dilakukan ialah minum air yang banyak, makan makanan yang kaya dengan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, dan melakukan senaman fizikal yang sederhana.

6. Pedih Ulu Hati & Ketidakhadaman.
Hormon dan tekanan rahim menyebabkan ketidakhadaman atau senak dan pedih ulu hati. Percernaan wanita agak perlahan ketika hamil dan menyebabkan berasa kembung perut.Tekanan rahim juga menyebabkan asid naik ke perut dan menyebabkan pedih ulu hati.
Antara pencegahan yang boleh dilakukan ialah:
  • Makan beberapa hidangan kecil berbanding 3 hidangan utama.
  • Makan perlahan-lahan.
  • Minum air antara waktu makan- tidak dengan makanan.
  • Elakkan buah-buahan limau atau jus dan makanan pedas.
  • Jangan makan atau minum dalam masa beberapa jam sebelum tidur.
  • Jangan berbaring sejurus selepas makan.
7. Mengidam Makanan.
Sesetengah wanita mengidam sesuatu makanan ketika hamil. Tiada alasan yang saintifik mengenai hal ini. Ada yang mengatakan bahawa mengidam makanan ketika hamil disebabkan badan kekurangan zat makanan yang diidamkan seperti susu(sumber kalsium), tomato dan oren (sumber vitamin c) dan ikan (sumber protein). Ada juga mengatakan bahawa mengidam makanan disebabkan inginkan perhatian yang lebih oleh suami ketika hamil. Walaubagaimanapun, perkara ini merupakan satu perkara dan pengalaman yang menarik dan unik yang dialami oleh wanita hamil.
Bila masuk trimester kedua nie, Fiza alami pedih ulu hati yang agak perit juga,, makan sikit pun pedih dan kerap rasa macam makanan tak hadam dalam perut.. 
Disebabkan ia adalah perkara biasa, tak de la risau sangat.. cuma kene amalkan cara pemakanan yang betul dan seimbang...
Orang tua2 pesan kalau pedih ulu hati, ambil seketul ais dan mamah dalam mulut.. sebab tu sekarang nie Fiza kerap makan ais krim.. sebab nak kurangkan pedih ulu hati.. 
Wassalam..

Monday, 13 October 2014

Steamboat di Cameron Highland

Assalamualaikum.. lambat sikit update hari nie.. dah settle keje2 opis baru la boleh ngadap blog pulak..
Story kali nie, Fiza nak ceritakan pengalaman menikmati steamboat  di Brinchang, Cameron Highland... 
jauhnye Fiza pergi makan kan.. 
nie sebab mengidam strawberry waffle.. tu yang ke sana...
pada 20 Sept. 2014, kami pun pergi ke sana hanya untuk satu malam..
 cuaca tak berapa mengizikan dan hujan renyai2 masa kami sampai waktu tgh hari.. 
tak tahu nak makan apa untuk dinner malam tu.. 
dan cuaca pula 2 kali lebih sejuk daripada biasa..
kami memilih untuk makan stamboat..
Harga pun sangat berpatutan.. RM 48.00 untuk 2 orang..
kenyang tak terkata.. boleh kata kalau 4 orang makan pun boleh...
dapur untuk memasak.. 
seafood ada udang, ayam dan ketam
sampingan lain, fishball, fishcake, telur, mee dan bihun
sedia untuk mencelur bahan 
2 jenis kuah.. sup dan tom yam..  
sedia untuk makan...
Masak pun tak la lama sangat.. buka api besar2.. didih je terus masukkan bahan..  
memang sedap dan puas hati..
Restauran nie terletak betul2 di area brinchang, 
layanan pun memuaskan..
kalau korang berkesempatan ke sana, boleh la singgah makan...
Wassalam

Friday, 10 October 2014

Rezeki cpuv tetap ada

Assalamualaikum dan salam Jumaat..
bersyukur dan terima kasih pada rakan-rakan blogger yg masih sudi menyinggah ke blog yang dah lama menyepi nie.. 
kalau keadaan mengizinkan..
hajat nak lebih bersemangat lepas nie.. In syaa Allah..
saje jenguk mr. nuff pagi nie.. 
tak sangka banyak cpuv yang sedang on going.. 
alhamdullillah...
rezeki tetap ada..
Nak kongsi sikit 10 amalan dipermudahkan rezeki
semoga bermanfaat..
Wassalam

Thursday, 9 October 2014

Hampir 3 bulan menyepi

Assalamualaikum.. 
kekok pulak rasenye nak menulis semula di blog..
 hampir 3 bulan Fiza tak menjenguk ke sini.. dan hari ini dengan ringan tangan, 
Fiza nak conteng-conteng semula kat sini... 
Sape cakap tak rindu kat blog.. 
Fiza rindu nak BW.. 
rindu nak tanya khabar kawan2..
 rindu nak bg komen.. 
 kalau ada yang ingat lagi kat Fiza, syukur alhamdullillah..
Banyak cerita kot yang Fiza simpan, 
nak tulis nanti bila ada kelapangan... 
Mood malas pun dah kurang rasanya.. 
Baby dalam pewut pun dah mula memahami yang mama dia nak menulis semula kat blog.. 
hehe..
Sudi-sudi la singgah blog Fiza semula yer..
Wassalam....


Bacaan Tambahan