Tuesday, 25 November 2014

Buah Cinta hanya di Cameron Highland

Assalamualaikum.. 
siapa tahu apa nama buah di bawah nie..?
Inilah buah cinta.. 
kalau korang pergi Cameron Highland 
korang akan jumpa buah nie dijual di tepi jalan
tapi...
buah nie bermusim tau..
tak selalu ada..
Rasanya masam-masam manis... Buat cicah sambal kicap memang best.
Wassalam.

Beca Hello Kitty di Bandaraya Melaka

Assalamualaikum.. 
1st time ke Bandaraya Melaka pada waktu malam dan 
tak sangka berjumpa dengan kesayangan hati Hello Kitty.
Waktu siang beca hello kitty nie mungkin kelihatan biasa tetapi pada waktu malam memang cantik sebab lampu pink.
Comel kan.. 
pembawa beca pun spotting, minta je nak bergambar dengan beca tu, 
memang dorang beri sebab dorang pun bangga dengan hasil beca dorang.
Wassalam.

Strawberry Waffle ~ Big Red Strawberry Farm, Cameron Highland

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Alhamdulillah, hari ini Fiza dah dapat pergi kerja walaupun kaki masih sakit.. masa naik tangga hanya tuhan je yang tahu.. harap sangat sakit nie tak berpanjangan..
Bulan November nie mst ramai yang merancang nak ke Cameron Highland kan.. bawa anak2 yang cuti sekolah.. kebetulan sekarang nie musim hujan dan cuaca memang lebih sejuk.. 
jangan lupe bawa baju sejuk..
Fiza pergi nie pada bulan September lepas.. lambat sikit updatenye...
Tujuan nak cari Strawberry waffle.. jauhnye nak makan waffle..
cari punye cari, google.. rupanya ada kat Brinchang, 5 minit jalan kaki dari hotel tempat Fiza menginap..
Nama tempat Big Red Strawberry Farm..
Papan tanda
Big Red Strawberry Cafeteria
Lepas berjalan kaki hampir 10 minit, sampai la di kafeteria Big Red.. kene beratur panjang pula..kalau tengok pada menunya, rasa macam nak makan semua... tapi niat nak makan strawberry waffle perlu diutamakan...
Menu Big Red Strawberry Farm
Strawberry Waffle
Butter Cake with vanilla ice cream
Strawberry Sundae
Dekorasinye pun nampak menyelerakan.. bila rasa memang sedap tak terkata..
Strawberry Ice-cream aka ais krim Malaysia..
Rugi kalau ke Cameron Highland tak menikmati menu2 nie tau.. lepas nie korang boleh cube.. harga pun sangat berpatutan.. 

Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!

hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

Monday, 24 November 2014

Pasar Pagi Brinchang, Cameron Highland

Assalamualaikum.. kalau korang ke Cameron Highland, jangan lupa ke pasar pagi Brinchang.
Kalau malam sebelum tu ada pasar malam, keesokkan pagi ada pasar pagi.
Kat pasar nie, kalau nak cari sayuran segar memang confirm ada.
sayuran dan buah-buahan yang segar senang untuk didapati.
cenderahati murah-murah
Bantal comel-comel.. harga RM10 je.
sekitar pasar pagi
Strawberry wajib ada, baik pasar pagi atau malam.
Dalam perjalanan balik, tepi jalan korang akan jumpa gerai menjual buah-buahan.
gerai di tepi jalan.
Buah cinta.. boleh baca kat sini.
Nie epal cameron.. 
Kalau ke Cameron Highland tak lengkap kalau tak bawa balik sekurang-kurangnya madu lebah. Yang pasti ia adalah asli dan baik untuk kesihatan.
Sepanjang jalan kita akan bertemu dengan gerai orang asli menjual madu.
Madu asli dijual dengan harga RM 15-25 sebotol.
Kalau madu tualang lagi mahal. Madu tualang warna lebih gelap.
Hutan Lipur Lata Iskandar, 
sempat ambil gambar dalam perjalanan pulang.
Wassalam.

Kekejangan kaki sewaktu hamil

Assalamualaikum.. selamat pagi semua.. pagi nie Fiza tak berapa sihat dan terpaksa mengambil cuti sakit memandangkan Fiza mengalami kekejangan kaki sejak semalam.. Ingatkan bangun pagi hari nie boleh boleh elok, rupenye makin berdenyut2 di bahagian lutut sebelah kanan..
Semalam terpaksa Fiza sembahyang secara duduk sehingga subuh tadi pun.. kaki Fiza tak boleh nak lipat.. memang sakit.. lumur minyak panas jer..
Pagi nie menggoogle mengenai kekejangan kaki yang selalunya akan dialami oleh wanita hamil pada waktu malam.. memang tak dinafikan, sekarang nie Fiza dah alami kekejangan pada waktu malam, cuma kali nie berlainan sedikit.. mungkin dugaan buat Fiza.. Ini sedikit info mengenai kekejangan kaki yang Fiza ingin kongsikan..
google image
Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil: 
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.
Mujurlah kejang kaki adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku: 
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
Ada satu lagi masalah yang jarang berlaku, yang turut menyebabkan sakit kaki, tetapi bukan kekejangan otot. Ini berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Jumpalah doktor jika: 
  • kesakitan pada kaki anda tidak surut-surut, dan nyata sekali ia bukannya kekejangan yang berlaku sekali-sekala;
  • betis anda membengkak.
Harap sakit kaki Fiza nie tak berpanjangan.. memang susah nak bergerak banyak dan kene banyak bersabar.. apa-apa pun ini adalah pengalaman buat Fiza.. Doakan Fiza cepat sembuh ye.. 
Wassalam.

Friday, 21 November 2014

Jangan Iri

Assalamualaikum.. Salam Jumaat semua..
Rezeki itu jaminan Allah..
Jangan sampai yang banyak itu membuat kita lupa pada Allah,
Jangan sampai yang sedikit itu membuat kita marah pada Allah...
Kalau rezeki dari Allah lambat,
maka beristighfarlah kepada-Nya,
dan mohonlah semoga Allah 
melapangkan rezeki-Nya buat kita..
Wallahu a'lam
^__^


Thursday, 20 November 2014

Segmen Blogwalking Sampai Penat

Assalamualaikum.. Fiza merajinkan diri lagi untuk join BW nie..
klik banner naik join
Tarikh tamat 30 November 2014

Musim kelahiran baby

Assalamualaikum.. hari nie just nak story2 sikit pasal musim orang melahirkan anak.. semalam Fiza pergi melawat menantu bos yang telah menimang cahaya mata perempuan kat Hospital Sg. Buloh.. Cucu kedua bos nie.. comel sangat babynye.. 
Menantu bos nie kawan sukan memanah Fiza.. Fiza panggil Meen..  bila Meen pregnant, Fiza pun dapat rezeki pregnant jugak, kami berhenti dulu sukan memanah buat seketika...
Bila pergi hospital, tengok katil semua penuh.. wah.. musim beranak nie.. tu yang Fiza bagi tahu kat Mr. Hubby.. 
tengok kiri baby.. tengok kanan baby.. baby sana sini.. 
Itu belum cerita kawan2 yang dah terima cahaya mata dan bakal menerima cahaya mata.. Fiza wat senarai.. 
  • Bulan 7 -  Adik Fiza (Baby Girl)
  • Bulan 8 -  Erin (Baby Girl)
  • Bulan 10 - Wawa (Baby boy)
  • Bulan 11 - Wife Din (Baby boy), Meen (Baby Girl), Wife Erid (coming soon)
  • Bulan 12 - Kak Nor (coming soon), Azlina (coming soon)

Ader lagi tak.. nanti kalau ingat update jer.. Seronoknye dapat bau baby.. Tahniah buat mereka semua.. yg dekat2 boleh la Fiza pergi jenguk... yang jauh2 kirim salam sayang je... hehe..
saje letak gambar baby Cik Ta...
sebab sangat2 comel..

Wednesday, 19 November 2014

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

Assalamualaikum.. jom join segmen yg simple nie..
klik banner kalau nak join yer..

Minggu ke-23 kehamilan

Assalamualaikum.. 
alhamdullillah hari nie usia kandungan mencecah 23 minggu 6 hari.. 
esok akan masuk minggu ke 24 (6 bulan)..
Gejala dan Perubahan Badan di 23 Minggu
Apabila bayi anda menjadi lebih aktif, anda akan melihat bayi menendang, memukul, atau menumbuk anda dengan lebih kerap. Otot perut dan rahim anda meningkat kira-kira 1 ½ inci di atas butang perut anda. Peningkatan isipadu darah di bahagian anda lebih rendah daripada badan anda akan menyebabkan anda merasa seperti anda perlu menggunakan tandas dengan lebih kerap. Jumlah peningkatan aliran darah juga akan menyebabkan sesetengah wanita mengalami keputihan, walaupun dalam kebanyakan kes, ini adalah perkara biasa. Teruskan untuk bertemu doktor anda dan bertanyakan apa-apa soalan yang anda ada mengenai perubahan minggu ini di dalam badan anda.
Doakan supaya Fiza dan baby sihat selalu.. Amin..
Wassalam..

Tuesday, 18 November 2014

Segmen : Blogwalking By DayangDeno #2

Assalamualaikum.. 
mood BW datang melanda nie.. duk cari2 segmen BW.. jupe juga..
ape lagi jom join...
klik banner nak join
**Tarikh tamat segmen pada 11.59pm, 20 November 2014

SEGMEN BLOGWALKING NOVEMBER

Assalamualaikum.. 
lama tak join segmen cam nie..
 lagi pun segmen nie simple sangat.. Fiza join okey..
klik banner nak join
NAMA PENA : Fiza Aizzawa
NEGERI KELAHIRAN : Pulau Pinang
10 lagi blog untuk dimasukkan ke dalam bloglist SS sehingga 31 Disember ni.

Kerana karipap pusing

Assalamualaikum.. selamat pagi semua blogger..
Cerita pasal mengidam, alhamdullillah tak de lagi Fiza ngidam nak makan mende yang susah nak cari.. 
cume pagi nie memang teringin nak makan karipap pusing..
Sebelum masuk kerja, 3 gerai kuih kami singgah cari karipap pusing nie.. mujur jumpa juga..
sebab nak makan, tak kira...
 last2 masuk opis lambat 4 minit..
hehe..
kerana karipap pusing..
punch card ku merah hari ini..
google : gambar sekadar hiasan

Friday, 14 November 2014

Kata Hikmah : Bersyukur

Assalamualaikum..
google image
Salam Jumaat semua.. ceria2 selalu...
Wassalam..

Thursday, 13 November 2014

Lock of Love, Taman Bukit Bendera

Assalamualaikum.. alang-alang dah sampai Penang sbb menghadiri konvo kak ngah, ambil la kesempatan untuk berkunjung ke Taman Bukit Bendera, Pulau Pinang.
Dulu pernah ke sini masa zaman kanak2.. lame bebenor dah tu.. time train slow lagi.. sekarang train dia dah laju.. sekejap je dah sampai puncak..
Taman Bukit Bendera
Train sekarang.. muatan lebih lagi kot.. 
dan yg penting mmg laju..
naik makin tinggi makin gayat rasenye..
Korang yang minat cerita korea dan yang pernah pergi korea mesti tahu pasal Lock of Love, Namsan Tower kan.. jangan terkejut kalau korang dpt tengok kat Bukit Bendera nie.. 
serupa tapi tak sama..
posing la.. ape lagi.
cinta dikunci di Bukit Bendera.. cewah..  
Pengunjung ramai kebetulan cuti sekolah.. 
Saranghaeyo oppa... 
pilih nak kemana.. semua ada atas bukit nie.. hihi
acah je.. cume signboard..
Cuaca pun sejuk jer cuma satu je yang Fiza rimas kat sini, serius banyak anjing berkeliaran.. walaupun tak ganggu sesiapa tetapi rasa takut tu memang ada..
Wassalam..

Istiadat Konvokesyen USM 2014

Assalamualaikum.. 
Tahniah Kak Ngah kerana berjaya membawa segulung ijazah.. siape kate dah kawen payah nak dapat ijazah..
walaupun anak dah dua, kerja pulak tu, Kak Ngah buat PJJ sebab dorang sekeluarga menetap di Kelantan..
Kak Ngah dan suami..
Fiza, Farhan, Kak Ngah (Hazlina), Mak dan Humaira
Mr. Hubby dengan anak2 sedare... 
Mak Long dan Farhan 
Aktiviti di pesta konvo USM 
Flower bouquets dan bear
Sekali lagi, kak long ucapkan tahniah.. pasni senang la nak naik pangkat kan..
hihi..
Wassalam..

Restoran Nasi Kandar Line Clear, Pulau Pinang

Assalamualaikum.. bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk update entry pada hari ini.. kebetulan bos pun ada tugas di luar.. lewat sikit dia masuk opis.. ape lagi curi2 la mase sikit kan.. hehe...
Cerita pasal makanan lagi.. maaf yer..tak de niat nak bagi korang terliur.. cuma nak kongsikan info semata-mata..
Bagi penggemar nasi kandar.. korang kalau ke Pulau Pinang, jangan lupa singgah di Restoran Nasi Kandar Line Clear.. 
Restoran yang boleh dikatakan famous kat Penang.. kalau tak silap la.. 
Fiza akan singgah makan nasi kandar line clear nie walaupun line tak clear.. sebabnye kene beratur panjang.. hehe
Kalau search kat GPS pun confirm jupe...
Restoran terletak di tepi lorong kedai di tengah bandar 
Keadaan dalam restoran.. sesak dengan orang ramai yang datang berkunjung..
Memang tak dinafikan, restoran nie memang ramai orang sampaikan kene beratur panjang.. 
Nasi lauk kari ikan - pilihan simple Fiza 
Yang nie menu Mr. Hubby punye.. macam2 lauk dia makan...
Tak sah kalau tak pekena Teh O ais limau.. 
terbaik bak hang.. 
 Teh O ais limau
Fiza memang minat dengan masakan kari, Mr. Hubby tak berapa minat tapi bila kene kari line clear, tak minat pun jadi minat.. 
Nie sebahagian jalan2 Fiza kat sekitar Pulau Pinang pada minggu lepas.. nanti sambung lagi k.. 
Wassalam...

Bacaan Tambahan