Wednesday, 24 December 2014

W.W ~ Cuti di rumah

Assalamualaikum..
Mesti ramai yang nak abiskan cuti tahun kan.. Fiza pun mcm tu.. ada baki 3 hari..
ambil cuti mulai esok sampai la selasa depan.. mula bekerja semula pada hari Rabu..
asalnya nak balik Kelantan.. tapi plan kene ubah sebab banjir teruk di pantai timur.. 
nak balik ikut jalan mana pun tak tahu..
dah terputus hubungan..
Mujur rumah mak mertua masih selamat sebab tinggi.. adik Fiza yg berada di Kelantan pun standby utk dipindahkan dalam masa terdekat..
Doakan semoga mereka semua selamat..
Plan cuti duduk rumah jer.. rehat puas2..
Wassalam..

Tuesday, 23 December 2014

Cash Out 8Share untuk kali ketiga

Assalamualaikum.. walaupun Fiza dah tak berpeluang berbloging macam selalu.. tetapi alhamdulillah.. rezeki tetap ada.. Hari nie Fiza dapat cash out Nuffnang dan 8Share.. tapi duit nye kene tunggu sebulan lagi la.. yang penting ini bonus tuk tahun 2014 untuk hasil berblogging dalam tangan.
Nuffnang
Bagi korang yang belum mendaftar 8Share.. klik sini.. semudah dengan berkongsi iklan di laman sosial sahaja korang dah boleh dapat income. Mudah dan senang.

Thursday, 18 December 2014

Cenderahati dari Myanmar

Assalamualaikum.. lamanya tak jenguk blog.. BW pun jarang.. mesti Fiza dah kehilangan kawan2 blog yang selama nie menyokong Fiza..
Fiza terima dengan redha jer.. yelah sebab diri sendiri yang malas.. nak buat mcm mana..
11 Disember lalu merupakan hari lahir Fiza.. 
kebetulan pada tarikh tu juga bos Fiza bercuti ke Myanmar..
Balik dari Myanmar dia hadiahkan cenderahati dan juga sebagai hadiah hari jadi..
terima kasih bos dan keluarga.. seronok tau dapat banyak barang..
terharu...
kain pasang dan shawl 
T-shirt 
Loceng perhiasan 
Keychain dan FM.. bertambah koleksi.. 
gelang dan cincin jed..
Dapat kain pasang boleh la tempah tuk baju raya tahun depan.. haha.. semangat betui la.. puase pun tak abis ganti lagi.. hehe.. 
Wassalam... >_<

Tuesday, 9 December 2014

Hb masih rendah

Assalamualaikum.. sebelum nie Fiza tak de cerita lagi pasal check up baby kat klinik kan.. Fiza check up dua tempat, swasta pun Fiza buat juga sebulan sekali sebab kat klinik swasta boleh scan baby.. klinik kerajaan ada tapi selalunye dia bagi dengar denyutan jantung baby jer.. so buat la dua2 tempat.
Hari nie untuk check up yang kelima di klinik kerajaan, macam biasa la tekanan darah (hb) rendah (10.6).. adui.. tak tahu la nak buat macam mana.. last month pun bacaan sama.. memang kene bebel la jugak.. nape tak naik2..
Hb rendah rendah bahaya untuk ibu dan baby.. puncanya ialah kekurang zat besi.. 
Zat besi diperlukan dalam menghasilkan hemoglobin yang merupakan sejenis protein di dalam sel darah merah yang bertanggungjawab membawa oksigen ke sel-sel badan ibu dan juga kepada bayi dalam kandungan. Semasa hamil, keperluan zat besi turut meningkat bagi menghasilkan lebih banyak hemoglobin, selain diperlukan untuk pembesaran bayi dan plasenta (uri). Kuantiti zat besi yang diperlukan semasa hamil meningkat sehingga 18mg ke 27mg sehari.
Risaunye bila tak cukup zat besi nie sebab ia boleh akibatkan baby lahir tak cukup bulan dan macam2 lagi effectnye.. Setakat nie patut la Fiza jadi lesu sangat.. kene berusaha tambahkan zat besi..
ubat warna merah tu untuk naikkan hb.. 
tak ingatla nama ubat tu.. 
Hari nie jugak nurse ajar cara mengira pergerakkan baby.. dalam masa 12 jam kene ada 10 pergerakkan.. kalau tak cukup kene cepat2 pergi hospital risau kalau baby lemas... 
Lagi, hari nie juga Fiza kene cucuk cegah kancing gigi kali kedua.. effectnye tangan dah mula lenguh2.. 
Jumaat nie pula kene minum air gula buat kali kedua.. nak tak nak kene redah je la... terasa panjang perjalanan di klinik hari nie bila urin test buat dua kali sbb kencing kotor.. kali pertama tak okay.. kali kedua baru la okay sikit.. syukur.. kalau tak bertambah la masalah Fiza.. settle kat klinik, masuk pejabat tepat pukul 10.45 pagi...
Sekian cerita untuk hari nie.. Fiza tunggu waktu lunch je nie.. memang terasa mengantuk sangat lepas kene ambil darah tadi.. nak tidur sekejap..  Wassalam..

Monday, 8 December 2014

Petua hilangkan selulit

Assalamualaikum.. apa khabar semua.. seminggu sekali nak update blog pun susah.. mood malas memang betul mengganggu Fiza.. hehe.. sebelum keluar lunch, Fiza nak kongsikan petua hilangkan selulit cara tradisional.. caranya dengan menggunakan serbuk kopi.. berkesan ke?
selulit digambarkan seperti kulit buah oren
 google image
Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung/peha. Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisen. Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.
balik nanti nak cuba la.. serbuk kopi campur sedikit air.. lumurkan pada bahagian yang berselulit tu... 
google image
wassalam..

Monday, 1 December 2014

Persediaan Bersalin ~ Senarai Barang Mama dan Baby

Assalamualaikum.. pejam celik pejam celik dah bulan Disember.. pejam celik pejam celik dah masuk 3rd trimester  pun..usia baby dalam perut dah cecah 26 minggu 6 hari... cepatnye masa berlalu.. patut la badan makin penat dan berat.. 
Hari sabtu lepas pergi ke Pureen Stock Clearance.. 1st time beli dan borong habis barang2 baby dan harga pun memang tidak dijangka dan berbaloi2.. 
Fiza sarankan kalau ada je jualan macam nie.. memang elok sangat pergi.. harga memang jauh lebih murah.. tak kisahlah barang baby ke.. barang rumah ke.. kalau namanye stok clearance memang tak menyesal kalau pergi.. 
Fiza jugak nak kongsikan senarai barang keperluan untuk rujukan bagi mereka yang masih tercari-cari barang apa yang nak dibeli untuk cahaya mata pertama.. 


Bacaan Tambahan