Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 1 Mei 2017.

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

15:20

Assalamualaikum.. seperti yang dijanji, Fiza nak update cerita pasal pengalaman bersalin pula.. sebagai kenangan dan bila Baby Thaqif dah besar, dia boleh baca blog mama dia nie..
Sebenarnya tak de la cemas mana, cemas2 pun kene juga tenang kan.. apa yang penting doa dan ayat la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin memang tidak putus-putus dalam hati dan bibir.
Kisahnya bermula apabila tarikh dijangka bersalin adalah pada 2 Mac 2015 bersamaan hari Isnin, tetapi hari Jumaat 27 Februari Fiza masih lagi bekerja dan masih aktif bawa perut ke hulu kehilir. Ramai yang tanya tak nak ambil cuti ke.. Fiza pikir due dekat tapi tanda2 masih tiada, sakit pun takde.. 
Esoknya hari Sabtu 28 Februari, Fiza tekad untuk mengemas rumah diluar kebiasaan.. Fiza mop lantai satu rumah, sapu rumah, lap2 semua habuk dalam rumah, cuci tandas dan boleh dikatakan rumah Fiza paling kemas sejak mengandung.. yelah masa mengandung mana boleh mengemopkan.. Tapi sebab dah nak due, orang cakap jangan duduk diam jer.. kene lebih aktif..
Malam tu mujur tidur awal, penat mengemas punya pasal.. rutin memasak memang Fiza tak pernah skip melainkan penat sebab bekerja. Masa mengandung Fiza memang suka memasak.. syukur sangat2 sebab Allah permudahkan segalanya..
Masa nyenyak tidur, pukul 3.30 pagi, 1 Mac 2015 bersamaan hari Ahad, tiba-tiba air kutuban pecah tapi mengalir dengan perlahan, memang cemas waktu nie, sebab pengalaman pertama kan.. Fiza bangun kejut Mr. Hubby. Mr. Hubby terus siap2 ke kereta, Fiza pula siap2 untuk ke hospital. 
Pagi yang sunyi, dan jalan pun tiada kereta, kami terus ke Hospital Selayang dari Rawang. Tiba di hospital jam 4.00 pagi.
Time nie ramai di bilik menunggu, Fiza terus dibawa ke katil untuk scan pergerakan baby. Time nie baby still tidur. Nurse suruh Fiza gerakkan baby sebab air kutuban mengalir keluar sikit demi sedikit. Mulut memang tak berhenti amalkan ayat la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin. Waktu nie pun tiada rasa sakit nak bersalin. Fiza disuruh duduk di bangku hospital dahulu sebab bilik bersalin penuh. 
Jam 7.30 pagi, Fiza ditolak masuk ke bilik bersalin, air kutuban masih mengalir dan doktor pun induce untuk bagi sakit. Bila dah induce, pukul 8.00 pagi baru la rasa sakit yang menolak-nolak dalam perut.
5 jam menahan kesakitan akhirnya pada jam 1.05 tengah hari, lahirlah seorang baby boy yang kami tunggu-tunggu. Mengalir air mata bila dengar suara tangisan baby waktu tu. Bersyukur tak terhingga sebab semuanya selamat. Mr. Hubby menjadi teman setia Fiza di bilik bersalin dari awal sampai akhir. Baby terus diazankan dan terus dimandikan oleh nurse.
Mulalah detik Fiza menjadi seorang ibu. Walaupun dah hampir 6 bulan, pengalaman bersalin memang tak dapat dilupakan.
Begitulah perjalanan dan detik cemas Fiza nak melahirkan baby Thaqif. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dengan bacaan la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin. Bagi mommy2 yang bakal melahirkan anak, amalkan ayat nie, In Syaa Allah segalanya akan dipermudahkan. Wassalam.
Baby Thaqif, umur 1 hari

You Might Also Like

10 kitty baik hati komen

  1. Alolo comelnya baby fiza,satu pglmn yg x smua org dpt mrasainya..brtuah fiza

    ReplyDelete
  2. salam singgah sini fiza...Alhamdulillah semuanya selamat fiza dan baby thaqif...satu pengalaman yang indah dan tak mungkin di lupakan....tahniah fiza..

    ReplyDelete
  3. Comel sangat baby Thaqif. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya untuk kak Fiza :)

    ReplyDelete
  4. betul tu..banyak kan baca ayat ni memang mudah je segalanya..bukan takat nak bersalin je aalkan hari2 pun bagus..

    ReplyDelete
  5. Semoga Thaqif jadi anak yg soleh.. :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah . mudah je fiza bersalin . ada sesetengah org ambil berhari juga sakit bersalin tu ...

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan

Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah