Find us on Facebook

Pemandangan Hentian Puncak Banjaran Titiwangsa

Assalamualaikum.. Throwback bulan lepas, laluan Jalan Raya Timur-Barat yang melalui jalan Gerik, Perak ke Jeli pasti akan Fiza lalu jika pulang ke Kelantan. First time kami berhenti untuk bergambar sebab sebelum nie just lalu jer.. 

Deretan puluhan gunung dengan bentuk puncaknya yang pelbagai dan menarik seakan bukit pasir di kawasan gurun memukau mata memandang. Kira-kira 80 km perjalanan dari Gerik, pengguna akan melalui Hentian Puncak Banjaran Titiwangsa (HPTB) di daerah Hulu Perak yang menyajikan pemandangan gunung-ganang kerana ia terletak di kawasan paling puncak daripada puluhan gunung-ganang lain di sekitarnya. 



Dengan ketinggian kira-kira 2,100 meter dari aras laut, kawasan hentian ini semakin popular kepada pengguna jalan yang menjadi nadi penghubung utama antara negeri di pantai timur ­dengan barat terutama utara Semenanjung.

Perjalanan pastinya tidak akan sempurna jika tidak berhenti di HPBT bukan saja bagi melepaskan penat memandu, tetapi menghirup udara segar puncak banjaran. Dahulu HPBT adalah kawasan hitam kerana ia menjadi pusat operasi pengganas komunis kerana terletak di antara Malaysia dan Selatan Thailand. 

Bagaimanapun, kini, ia bukan lagi kawasan hitam, tetapi destinasi persinggahan yang cukup memukau dengan pemandangan indah. Pelbagai flora dan fauna di sekitar­nya dapat disaksikan daripada pelbagai pokok besar seperti cengal, meranti dan keruing kerana ia kawasan hutan simpan yang belum terusik.

Turut disediakan kedai makan, beberapa pondok rehat, surau, tandas awam dan kawasan parkir yang selesa di tapak kawasan keseluruhan seluas kira-kira satu hektar. sumber

Baby Thaqif dan dedi

Baby Thaqif didukung di puncak Titiwangsa

Suasana kat puncak banjaran memang sejuk dan nyaman. Pernah kami pulang ke kampung melalui jalan nie pada waktu malam, keadaan memang berkabus dan agak berbahaya. Sejak tu memang tak lalu pada waktu malam. Kawasan nie juga ada sekumpulan gajah melintas. Tapi setakat nie tak pernah terserempak lagi.
Wassalam.

Post a Comment

5 Comments

  1. biasa lalu je, x penah berenti lagi kt sini, sbb time lalu tu dh malam..

    ReplyDelete
  2. subhanallah cntik view kat sini... thaqif pun bkn main happy dpt bergmbar kt bnjran ttwngsa..hihihi :)

    ReplyDelete
  3. ada gajah??erm..kalau terserempak macam bahaya je..kan???

    ReplyDelete