Friday, 6 February 2015

Aku tanya apa khabar

Assalamualaikum.. dan salam jumaat..
Apa khabar semua...
tak sabar nak cuti esok.. cuti hari minggu..
cuti tahunan Fiza tak guna lagi.. simpan dulu mana tahu ada emergency ke..
sekarang nie kje terasa makin penat..
sebab badan makin berat.. 
tidur awal pun.. bila bangun pagi rasa malas je..
tapi semangat kene la kuat.. semua tu bergantung pada diri kita sendiri..
Semalam Fiza dah mula ajar budak baru OJT tuk ganti Fiza masa bersalin..
Harap dia dapat jalankan tugas dengan baik.. 
lagipun tak susah keje sebagai seketeri nie..
jaga bos elok2..
In Syaa Allah semuanya akan OK..
>_<

Thursday, 5 February 2015

Sambutan Hari Jadi

 Assalamualaikum.. 
punye la lame nak keluarkan cerita nie.. disebabkan ade orang belanje besday Fiza, maka nak la juga Fiza cerita.. sebagai menghargai..
Besday Fiza bulan Disember tahun lepas.. 
Blogger Kak Ena (kawan opis) sudi untuk belanja Fiza makan di secret recipe..
dah tu.. ditapaunya sepotong kek buat Fiza..
memang terharu betui..
terima kasih kak Ena.. 
luv u alot kak... >_<
  
 
photo frame nie HR Manager yang hadiahkan.. 
katenye tuk letak pic baby nanti..
>_<

Tanda-tanda bersalin

Assalamualaikum.. hari nie nak berstory sikit pasal semalam punya cerita.. semalam kat opis baby mengeras je dalam perut.. sampai nak jalan pun susah..
Malam tadi pula kebetulan sakit perut yang teramat sangat.. sampai tak boleh nak tidur.. dalam kepala memang risau.. tak kan baby dah nak keluar.. Mr. Hubby pun dah risau.. jam hampir pukul 1 pagi.. daripada mengantuk terus tak jadi nak tido.. tahan sakit dekat 1 jam.. tak rasa nak ke hospital lagi sebab tak de tanda2 nak bersalin.. duduk sandar atas katil.. tenang dulu.. last2 Fiza tertidur.. mujur bangun pagi tadi sakit sikit je.. pagi nie boleh la ke opis macam biasa tapi lambat sikit.. Bos suruh ambil MC je sbb risau due makin dekat.. tapi Fiza rasa yakin lagi nak ke opis.. 
Sekarang mmg dah masuk minggu ke 36.. means dah 9 bulan.. memang kene standby.. harap sangat baby keluar waktu malam sebab mama dia kerja.. harap baby faham dengan mama dia...
Tanda-tanda hendak bersalin termasuk:
  1. Ringan (apabila kepala bayi mula turun ke bawah dan tetap pada posisinya dalam pelvis anda). Anda akan dapati ketika ini lebih mudah bernafas dan makan. Tetapi anda juga lebih kerap membuang air kecil.
  2. Pertambahan rembesan faraj dan lebih berlendir.
  3. Kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.
  4. Pembuangan najis lebih mudah.
  5. Air ketuban anda pecah, atau jika anda syak bahawa anda mengalami kebocoran cecair amnion;
  6. Bayi anda kurang bergerak berbanding biasa;
  7. Anda mengalami pendarahan faraj (kecuali jika ia hanyalah sedikit mukus yang bercampur darah);
  8. Anda mendapat demam, sakit kepala yang teruk, mengalami perubahan dalam penglihatan, atau sakit pada bahagian abdomen yang berterusan dan tidak surut-surut. Sumber
Mohon dipermudahkan segalanya. sakit malam tadi pun masih teringat2 lagi.. mungkin tu yang dinamakan Kontraksi Braxton Hicks... Wassalam..

Monday, 2 February 2015

Set bersalin TANAMERA Postnatal Care Set

Assalamualaikum.. lama rasenye tak update blog.. sekarang nie Fiza dah mula menghitung hari nak bersalin.. 29 days to go.. mcm tak lama dah kan..
Barang2 persiapan mama dan baby semua dah settle.. alhamdullillah..
duk pening cari set bersalin mana yang nak digunakan nanti..
akhirnya Fiza memilih set bersalin Tanamera..
setakat nie Fiza pakai VCO yang terdapat dlm set nie
VCO iaitu minyak kelapa dara.. bau pun sedap.. bau kelapa..
betui2 pure..
Alhamdullillah, kesan regangan memang dah berkurang dan memang betui2 mujarab..
tak sangka stretch mark yang ada beransur kurang.. macam magik pula..
 
 
 
 
 
 
 
 
Lepas nie boleh la guna semua produk yang ada.. tak sabar pun ada..  jangan nanti bila dah boleh guna semua produk, jadi malas pula.. huhu...
>_<

Bacaan Tambahan