Wednesday, 27 May 2015

W.W ~ Jawapan kenapa bayi tidur siang jaga malam

Assalamualaikum..
sumber : facebook
p/s: ada betulnya.. >_<

Perkembangan bayi usia 2 bulan

Assalamualaikum dan alhamdulillah dapat lagi kita meneruskan hidup di bumi Allah ini.. dah lama tak cerita pasal Baby Thaqif yer.. lagi 3 hari genaplah umur Baby Thaqif 3 bulan.. cepatnya anak mama membesar.. dari hari ke hari makin pandai senyum.. makin pandai bersembang.. makin kerap tak tidur malam tapi itu semua pengalaman Fiza apabila dah jadi mama... Setiap tindakan, gerak laku, perbuatan baby berkembang mengikut umurnya.. nak tahu jugak kan.. umur 2 bulan apa yang baby sepatutnya boleh buat..
  • Senyuman awalan yang sebenar - Pada bulan ini, kesemua usaha anda akan dibalas dalam bentuk senyuman yang berseri-seri, namun tiada bergigi. Senyuman pertama yang sebenar adalah satu-satu pencapaian bayi yang menyeronokkan hati ibubapa. sumber
Baby Thaqif bangun tidur mula2 sekali dia akan menangis, bagi susu dan lepas tu confirm senyum. Menjerit pun dah pandai bila dia marah.
  • Minat berkembang terhadap design yang kompleks - Menjelang usia dua bulan, bayi mula mengubah kegemarannya terhadap objek dwi-warna kepada yang lebih rumit dan halus dari segi desain, warna dan bentuk. Biarkan bayi anda melihat dan menyentuh objek yang lebih bervariasi – pilihan yang baik ialah mainan lembut dan bola gebu. sumber
Baby Thaqif suka tarik rantai emas mama bila menangis nak susu.. walaupun tangan masih pakai mitten.. cepat je dia capai.
  • Pergerakan yang kurang janggal - Dia kini sudah boleh mengawal pergerakannya dengan lebih baik. Anda akan dapat melihat pergerakan lengan dan kaki bayi yang tersangkut-sangkut semasa dia bayi baru lahir kini sudah menjadi lebih lancar, dan lebih membulat. Bayi dua bulan anda kini juga sudah boleh menyambar objek dengan sedar, walaupun melepaskan objek itu belum lagi dipelajari. Semasa hari-hari awal dahulu, bayi menyambar dengan didorongkan oleh naluri. sumber
Yang nie memang betul.. kaki tangan memang dah tak duk diam.. nak didirikan jer.. dalam kereta pun nak berdiri..
  • Tidur bagi tempoh yang lebih panjang - Jika bayi anda kini sudah mula tidur sepanjang malam, anda merupakan antara bilangan kecil yang bernasib baik. Kebanyakan bayi pada usia dua bulan masih mahukan penyusuan di tengah malam, atau mungkin dua penyusuan. Tapi apa yang merupakan berita baik ialah, dia sudah boleh tidur untuk jangka masa yang lebih panjang dan berjaga bagi masa yang panjang juga. Kebanyakan bayi berusia dua bulan tidur antara dua hingga empat kali sehari dan berjaga untuk sejumlah 10 jam sehari. sumber
Baby Thaqif suke jaga malam.. kadang2 bangun awal.. 4 pagi dah kejut mama dia untuk bersembang.. 
 
Thaqif sekarang dah usia 2 bulan
>_<
Semoga membesar dengan bijak yer sayang dan menjadi anak yang soleh..
Amin...

Tuesday, 26 May 2015

Melaram dengan bawal Aidijuma

Assalamualaikum.. Fiza macam biasa la ala2 chipsmore.. kejap ada.. kejap takde.. ok la.. sekarang nie 8.30 pagi mesti dah punch card.. takde lagi punch card merah.. hantar baby awal kat baby sitter, pastu beli makan dan breakfast kat opis.. sesambil tu search tudung bawal AJ.. kegilaan yang tak dapat dibendung lagi.. bulan nie jer 16 helai Fiza dah beli termasuk yang terbaru 6 helai Green Label..
Bawa mengucap Fiza.. adoi.. entahla.. dah macam terapi mata tengok tudung2 nie.. tak beli nanti habis stok kat dunia nie... lepas tu bila dah jadi OS (old season) mula la org jual mahal smpai cekik darah.. Pelik sungguh dengan Tudung bawal AJ nie..
Mujur Fiza dah jumpe beberapa reseller yang jual harga plus upah yang tak berapa tinggi.. nak beli online asyik sold out jer.. 
Hari2 melaram dengan AJ ke opis.. tidur tak cukup pun tak kesah janji tudung comel.. hehe.. 
Belanje satu pic.. 
GL Pastel Lego, warna tudung nie betul2 menawan hati Fiza.. 
cewahh...

Wednesday, 20 May 2015

W.W ~ Kisah benar

Assalamualaikum..
 
 
sumber : facebook

Bergaya sopan dengan Bawal Aidijuma

Assalamualaikum dan selamat pagi.. hari nie awal dah terjah blog sendiri.. sejak bergelar mama nie, rasenye selera banyak berubah.. walaupun dah ada anak kita kene kekal kemas baik di rumah dan di pejabat.. 
Ramai yg cakap kat Fiza "bila dah ada anak nak bergaya pun tak boleh".. "pakai tudung cantik2 pun kena tarik dek anak".. "manik2 kat tudung pun kene tarik kat anak jer".. "bila ada anak memang tudung pun asyik senget je".. Fiza dengar semua tu sebelum jadi ibu lagi.. 
Mungkin betul bila anak dah mula dapat kaki, lepas tu ibu yang ada anak ramai, memang akan alami perkara nie.. 
Fiza tak nafikan.. nak buat macam mana kan.. nak pula anak yg cepat je tangan bila nampak bende berambu2 nie..
Sebab tu sekarang nie Fiza dah jatuh hati dengan bawal Aidijuma.. kenapa yer.. banyak sebab tau.. Nanti ada pula yg cakap Fiza nak promote bawal AJ.. tak la..
Fiza sendiri selesa dengan tudung nie.. kemas dan senang dibentuk.. design cantik dan paling penting harga pun berpatutan dan takde manik yang berambu2 tu.. Bidang tudung pun besar dan menutup aurat.. >_<
model bawal AJ tak berbayar.. hehe
p/s: Malam tadi Baby Thaqif tidur awal dan Alhamdulillah hari nie Fiza pun segar ke opis.. Baby nie macam2 ragam.. kene sabar dan hadapi sebarang kemungkinan.. selamat bekerja semua.. kbai...

Tuesday, 19 May 2015

Teringin nak makan western food

Assalamualaikum.. minggu lepas Fiza teringin nak makan western food.. bila pikir2 mcm susah je nak bawa baby pegi makan.. kami try makan di luar buat pertama kali dengan Baby Thaqif..
Alhamdulillah.. baby tidur.. dapatlah mama dan dedi dia makan..
Beef black pepper steak
 
 
Selfie dengan baby Thaqif 
Dedi dengan baby Thaqif
Wassalam.

Mengatasi bayi aktif waktu malam

Assalamualaikum.. orang cakap bila dah ada anak tidur tak cukup.. tambah pula bila anak tak nak tidur waktu malam.. itu la yang terjadi pada Fiza sejak 2 minggu nie.. dalam seminggu ada hari yang Baby Thaqif tak nak tidur malam.. kadang2 pukul 4.30 pagi baru tidur, lagi dasyat pukul 5.30 pagi.. tak boleh nak salahkan baby sebab dia kecil lagi.. kita sebagai ibu bapa kena pandai la nak bahagikan waktu tidur masing2.. dan yang paling penting kena bersabar.. 

Fiza kongsikan beberapa perkara yang mungkin boleh lakukan untuk mengubah rutin tidurnya, copy paste dari http://www.babycenter.com.my/
  • Bangunkan dia pada waktu kita biasanya terjaga pada waktu pagi. Jangan biarkan dia bangun lambat untu menggantikan waktu yang dia tidak tidur pada waktu malam. Anda mungkin terdorong untuk membiarkan dia tidur supaya anda sendiri boleh tidur lagi, atau untuk mencuri masa beberapa minit menguruskan diri, tetapi ini akan lebih menyukarkan anda pada waktu malam nanti.
  • Mandikan bayi anda dan pakaikan pakaian siang.
  • Bermainlah dengannya sebanyak mana yang boleh sepanjang hari. Walaupun dia sedang tidur nyenyak, bangunkan dia untuk menyusu mengikut jadual.
  • Buka langsir dalam biliknya dan buatlah kerja-kerja biasa anda. Jangan senyapkan telefon dan jangan cuba mengelak daripada membuka TV. Dengan cara ini, anda dapat melatih anak anda tidur nyenyak dan tidak mudah terjaga apabila terdengar sedikit bunyi.
  • Jangan bermain dengannya pada waktu malam. Tutup lampu dan hanya pasang lampu yang malam atau sedikit sahaja cahaya untuk tujuan menyusukan dan menukar lampin. Anda sendiri haruslah senyap dan bersikap menenangkan. Bergerak dan bercakap perlahan-lahan. Dalam erti kata lain, jadilah sebosan yang boleh.
  • Anda juga boleh mencuba rutin tidur malam yang mudah seperti mandi air suam dan urut, atau tukar kepada pakaian malam.
Bila baca artikel nie baru tersedar waktu malam kami selalunya riuh sebab baru balik kerja, tonton TV.. baby pun mestilah nak join sekali kan.. lepas nie kene ubah rutin sikit supaya mama Thaqif tak tertidur depan PC.. huhu..
Wassalam..

Saturday, 16 May 2015

Cara menyimpan susu perahan

Assalamualaikum.. malam nie duk cari cara2 nak simpan susu badan tuk baby.. baru2 nie Fiza beli tambahan storage bottle utk simpan susu tuk bagi pada pengasuh Baby Thaqif kat lazada.. mula2 nak beli milk storage bag.. tapi memandangkan tak boleh nak guna berulang kali.. Fiza memilih botol plastik. Fiza nak kongsi sikit entry nie khas utk mommies yg bekerja dan ingin memberi baby full breast feeding(bf).
10 pilihan cara simpanan susu perahan.
1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.
4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.
Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.
Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.
Jenis botol yang Fiza guna Pureen dan Jingle Jungle
 
 
Peti ais pun memainkan penting untuk menentukan tempoh susu perahan disimpan.. yang tu kene buat entry lain pula.. 
p/s: Fiza ingin mengucapkan Selamat Hari Guru pada kwn2 blogger dan juga buat semua cikgu di seluruh dunia.. >_<
Wassalam..

Rompers dan Jumpsuit untuk Thaqif

Assalamualaikum.. korang buat ape hari minggu nie? mst ramai yg keluar jln2 ngn kekwn. dgn famili kan.. Fiza baru jer abis kemas umah.. basuh baju.. masak tgh hari.. bangun je subuh terus settle kan semua.. sekarang dah settle.. baby pun dah tdo.. boleh la online pula..
Cite pasal baju baby pulak.. Fiza dah jd syok pulak tgk baby pakai romper.. npk comel jer.. pantang keluar.. mst nk singgah butik baby.. kot2 jumpe rompers dan jumpsuit yang comel2..
 
 
 
 
Rompers
Mana nak beli? Setakat nie Fiza akan cari di kedai dalam bangunan Tesco Rawang, Tesco Rawang dan F.O.S The Curve. Baju Baby Thaqif semua Fiza beli lebih umurnye sebab baby cepat besar.. tak de la baru pakai berapa kali dah tak muat..
Jumpsuit
Wassalam..

Friday, 15 May 2015

Red Paris - Blossom Box Store Online

Assalamualaikum dan salam Jumaat blogger2 semua.. 
bila hari jumaat semangat nak pegi tpt kje tu lain skit sbb esok cuti.. hehe..
 ke korang pun rase apa yang Fiza rase.. kan...
Pagi nie Fiza sempat servey baju dan skirt kat Blossom Box Store.. 
sape tak gila tengok baju, crop top, skirt twist and wear BBS nie.. 
kalau boleh semua nak beli.. mmg cun kot design nye.. 
Kebetulan rezeki hari nie.. 
design Red Paris baru masuk.. 
seronok tak terkira rasenye.. terus masuk cart.. 
tak nak tunggu2 dah.. lambat mmg out of stock.. 
Fiza beli crop top dan T&W skirt red paris.. 
Dah mengidam lama sangat.. cume tudung dia je tak sempat nak beli..
 nak ke butik memang tak mampu la dengan baby Thaqif.. 
nak beratur lagi kat butik tu..
Harap minggu depan sampai la.. tak sabarnye nak pakai.. huhu..
Sekarang nie mmg banyak Fiza shopping online jer.. senang dan cepat.. jimat minyak..
tak perlu nak bersesak-sesak..
tapi perkara yg perlu kita ingat, beli dengan tempat yang sah, kenalpasti dulu peniagaan..
semua tu untuk elak penipuan..
Wassalam..

Thursday, 14 May 2015

Baby Thaqif peminat Chelsea FC

Assalamualaikum.. hari tu beli baju romper Chelsea kat Lazada.. 
Dah bagi Baby Thaqif pakai.. mmg cun kainnya.. sesuai utk baby..
tak panas dan serap peluh..
Mama: Thaqif tgk mama.. senyum.. mama nk ambil gambar nie..
Baby Thaqif: .......
Mama: Thaqif senyum.. senyum.. mama nak ambil gambar nie..
Baby Thaqif: ............
Baby Thaqif : dah la mama.. tak nak ambik gambar dah (selepas translate)
Mama : Perangai cm dedi dia je.. tak suke bergambar..
Sekian.. >_<

Mana nak cari kod unik untuk Drypers Points?

Assalamualaikum.. lama tak update.. BW apa tah lagi.. nama pun part time blogger kan.. ada masa baru la boleh update..
Hari nie dtg opis punch card merah gara-gara baby Thaqif tak nak tido malam td.. dr kul 8.30 malam sampai 5.30 pagi.. terpakse gilir2 tidur dengan dedi Thaqif.. huhu.. Alhamdulillah.. sampai juga opis walaupun lmbat 15 minit..
Oke.. sebab dah ada baby, cerita pun mesti pasal baby jer.. bagi mommies2 kat luar sana, mesti bagi baby korang pakai pampers kan.. Fiza pilih drypers dan dah join drypers club.. masa pregnant dah join awal2 sebab nye boleh dapat sampel pampers drypers new born... 
Sampel drypers new born yang Fiza dapat...
sekarang Baby Thaqif dah pakai saiz S
Tak rugi join kelab nie sebab 3 bulan sekali kita boleh dptkan sampel pampers dan jugak yang paling penting boleh redeem hadiah drp kod unik yang terdapat kat pampers yang kita beli tu..
Mana nak cari yer kod unik nie? yang nie memang Fiza pening duk cari masa mula2 nak kumpul point.. isi kod bar salah.. keluar tulisan merah bagitahu kod expired.. godek2 abis bungkusan pampers tu mana tahu jumpe kod tu.. 
rupe-rupenye dalam bungkusan pampers tu.. 
sumber google search
masukkan ko unik kat ruangan redeem codes 
antara barang2 yang boleh kita tebus..  
Fiza still kumpul point lagi.. kalau boleh nak dapat hadiah yang best2 sikit untuk baby Thaqif..
Harap panduan ringkas nie dapat membantu mommies yg tak tahu nak cari kod unik nie.. sebab Fiza rasa ramai terutamanya ibu2 muda yang 1st time join club nie konpius macam Fiza jugak... Nak join club drypers.. boleh ke link ini yer.. http://www.drypers.com.my/
Wassalam..

Saturday, 9 May 2015

Cenderahati dari Kathmandu, Nepal

Assalamualaikum.. Fiza tak ke mana hari nie.. habiskan cuti hujung minggu di rumah.. baby tido.. Mr hubby pun tido.. Fiza je yang malas nak tido petang2 nie.. nak update blog skit petang nie..
Khamis lepas dapat cenderhati dari orang opis.. kebetulan HRM dan Kay ke Nepal hal kerja.. dorg pegi bulan Mac lepas.. memandangkan Fiza cuti berpantang, baru la dapatnye.. mujur diorg igt kat Fiza.. hihi.. 
kite nengok ape yg ade dalam beg kertas nie
hand made pouch bag..
Fridge magnet.. yg nie paling Fiza suke.. hehe
HRM bagi Shawl Pashmina nie..
p/s: Kesian pada penduduk Nepal yang terlibat dengan gempa bumi baru2 nie.. oke la. selamat berhujung minggu..

Friday, 8 May 2015

Chelsea Baby Romper di Lazada

Assalamualaikum dan salam jumaat.. lebat hujan kat luar buat mata jadi kuyu kat opis..
 tambah pula tidur skrg nie makin tak cukup.. 
biasela bila ade baby kecik..
Last week saje2 cuci mata kat Lazada.. 
tgk2 barang baby.. mana berkenan terus beli..
 huhu.. 
bahaya betul sebab barang baby comel2.. 
Kebetulan tengah cari jersi untuk Baby Thaqif..
 Dedi di penyokong Chelsea..
 mama dia Manchester City.. 
tapi jersi Chelsea je yang ada kat Lazada tu.. 
ape lagi dedi dia suruh rembat terus.. 
Baby Thaqif dah geng dengan Dedi la kalau cm nie..
Barang sampai Rabu lepas.. 
memang kiut sangat.. tak sabar nak bagi Baby Thaqif pakai...
 
 
Tak pe.. Mama Thaqif tak kan berputus asa.. 
Fiza akan cari jugak jersi Man City utk baby Thaqif..
hihi..
>_<
Wassalam

SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei

Assalamualaikum dan salam jumaat.. 
Fiza dah lama tak join segmen nie.. 
dengan berbesar hati Fiza join segmen yang dianjurkan oleh blogger Ejulz..
klik banner kalau nak join
Segmen TAMAT pada 13 Mei 2015
Cik Lala nie tunang Ejulz yer.. oke lah ucapan buat Cik Lala
Selamat Hari Lahir buat Cik Lala,
Semoga panjang umur,
 dipermudahkan rezeki, 
diberikan kesihatan yang baik dan 
segala yang baik-baik menjadi milik Cik Lala.
Cpt2 kawen yer.. hihi
"Keep shining like a candle,
keep blooming like a flower"
Wassalam..

Thursday, 7 May 2015

Mencari tudung bawal Aidijuma

Assalamualaikum.. bila habis berpantang, memang dah tak boleh duk diam kat rumah.. mesti nak pegi jalan2.. 
Memandangkan dah masuk kerja, mestilah nak la cari tudung baru, baju baru.. nak ambil semangat baru utkt bekerja.. Fiza ajak Mr. Hubby ke The Curve.. mujur dia nak sebab pantang di jalan tempat2 org ramai nie.. mmg dia tak suke.. tapi kali nie dia setuju..
Alhamdullillah..
Sampai The Curve kami ke butik Aidijuma.. banyak tudung dah abis.. ingat nak beli tudung purple blue paris.. rupenye kene pegi e-curve.. memang malas la nak ke situ pulak.. beli je la apa yg ada..
Thaqif tak nak duduk dalam stroller.. sabar jela..
Lepas tu kami ke Blossom Box Store.. tapi baru tahu nak masuk kene ambil nombor giliran.. punyalah ramai orang ke sini.. kalau ambil nombor pun kami pelanggan ke berapa ratus.. memang kecewa jugak la.. takpela.. Fiza akan cube beli online jer..
Butik Blossom Box Store
Dah lama kot tak jalan2 kat shopping complex.. selalu keluar pun pegi NSK dan TESCO.. itu pun sebab nak cari barang tuk memasak kat rumah..
Best je keluar jalan cam nie.. cume penat sikit sebab dulu urus diri sendiri je.. sekarang nie nak kene uruskan baby sekali.. tapi still best..

Sunday, 3 May 2015

Buah hatiku Thaqif

Assalamualaikum..
malam nie rase mcm nak update blog pulak.. kebetulan baby pun dah tido..
Seperti yg dijanji, Fiza upload gambar baby Thaqif untuk korang semua..
Umur Baby Thaqif dan 2 bulan 3 hari pada hari ini.. 
Buah hatiku 
Muhammad Thaqif Khalaf
p/s: Fiza mintak maaf sgt buat masa skrg sbb tak sempat nak BW.. Fiza jugak nak ucapkan banyak2 terima kasih pada korang semua yg sudi singgah blog Fiza lagi.. In Syaa Allah, ada masa nnt Fiza akan buat kunjungan balas.. 

Bacaan Tambahan