Thursday, 25 June 2015

Bantal busuk Thaqif

Assalamualaikum.. lama tak update pasal Baby Thaqif, beberapa hari lagi baby Fiza akan masuk umur 4 bulan.. cepatnya Thaqif membesar.. hantar anak kat rumah baby sitter (Ibu), pastu balik dah malam.. main kejap dengan dia, sedar2 dah waktu nak tidur.. masa dengan baby terlalu singkat sebabkan Fiza bekerja. Mujur Thaqif faham, makin hari makin pandai senyum, makin pandai ketawa.. pantang tengok kamera henpon, mesti dia buat muka comel dia.. Bijak nya anak mama sekarang.
Genggam barang pun dah pandai, tapi mesti nak masuk mulut.. Minum susu pun dah kurang sebab suka hisap jari.. Semalam Thaqif dah jumpa bantal busuk dia, mula2 memang tak nak bagi kat dia sebab bantal tu kalau kita yang dewasa nie cium, baunya boleh pengsan.. hehe.. tapi Thaqif suke.. Mama pun pakaikan bantal tu dengan sarung bantal baru tuk Thaqif bawa pegi rumah Ibu. Memang tak lepas dari tangan dia bantal tu.. comel betul..
bantal busuk peneman Thaqif sekarang..
p/s : Fiza pun dulu mase kecik2 ada bantal busuk jugak.. hehe.. korang ade tak? cer komen.. 

Wednesday, 24 June 2015

Cara-cara pembelian Tudung Aidijuma

Assalamualaikum.. Fiza cuba untuk membantu mereka yang tertanya-tanya macam mana nak buat pembelian secara online untuk Tudung Bawal Aidijuma. 
Memandangkan banyak komen Fiza baca di FB, semoga aturan tutorial yang Fiza sediakan nie dapat membantu korang semua. Nak komen kt FB mcm panjang jer.. boleh baca nie..
Contoh yang Fiza sempat print screen

_________________________________________________________________________________
1.  Pergi ke website aidijuma.. http://www.aidijuma.com/

2.  Pastikan korang sudah mendaftar sebagai ahli.. nak daftar tak susah pun.. klik jer register kat website tu.. In Syaa Allah kalau berkelapangan, Fiza akan buat tatacara mendaftar pula.

3. Pilih tudung yang menjadi pilihan hati dan klik Add to Cart. Contoh seperti gambar di bawah.
4.  Akan keluar kotak hijau nie bila dah berjaya. Klik shopping cart jika habis memilih. Contoh seperti gambar di bawah.
_________________________________________________________________________________

5.    Semak tudung yang korang nak beli dan klik butang Checkout.

_________________________________________________________________________________

6.  Ikut langkah demi langkah yang untuk mengisi alamat bayaran, alamat penghantaran dengan klik butang ContinueContoh seperti gambar di bawah.
_________________________________________________________________________________

7.     Pastikan Terms & Condition ditanda semak, seterusnya Continue untuk proses Confirm OrderContoh seperti gambar di bawah.


_________________________________________________________________________________

Proses Pembayaran Online
Selepas Confirm Order dibuat, korang akan dapat pilihan pembayaran. Contoh seperti gambar di bawah.

Emel daripada pihak Aidijuma akan menyusul selepas itu. Contoh seperti gambar di bawah.



Bila pembayaran sudah selesai, pihak AJ akan hantar emel yang tempahan sedang diproses. Contoh seperti gambar di bawah.



Maka selesai sudah pembelian, hanya tunggu je track no yang akan dikeluarkan oleh AJ team di FB Aidijuma Online Store.
Tak susah kan.. tak perlu nak beratur panjang kat CS semata-mata nak dapat satu tudung... Selamat bershopping tudung... >_<

Hadiah Segmen ~ Minyak Angin Aromaterapi

Assalamualaikum dan salam 7 Ramadhan.. tak sangka dah seminggu kita berpuasa.. Puasa bulan nie seronok dan bersemangat.. letih tu biasala kan sebab dulu rutin untuk berdua, sekarang bertiga.. 
Semalam Fiza terima parcel daripada blogger Ejulz.. hadiah pemenang tempat kedua segmen Ucapan Hari Lahir si Lala..
  
 
Fiza dah try wangian citrus, memang nyaman dan tenang.. nama pun aroma terapi.. bestnye.. tak pening pun rasa nak pakai.. Bagi yang tak suka bau minyak angin biasa, boleh try minyak angin nie.. Sebagai tanda menghargai pemberian blogger Ejulz, Fiza nak promote sikit pasal minyak angin aromaterapi nie..  Yang Fiza dapat nie brand FreshCare.. ade 10  jenis wangian kesemuanya.. 
 
Untuk maklumat lanjut : FB Ejulz Blogshop

Friday, 19 June 2015

Rezeki Tudung Aidijuma di bulan Ramadhan

Assalamualaikum.. Alhamdullillah hari ini hari kedua kita menjalani ibadah puasa dan di kesempatan ini Fiza ingin mengucapkan selamat berpuasa pada seluruh umat islam dan juga rakan2 blogger.. 
Ada masa yang sikit nie, saja nak update sikit blog pasal tudung.. macam dah tak de cerita lain dah kan.. hehe.. bukan apa, sejak akhir2 nie Fiza dah mula berubah minat nak pakai bawal je.. tambah pula sejak dah jadi peminat AJ nie, pantang ade design baru, maka berlubanglah poket.. huhu.. 
Mujur la AJ nie mampu milik, ia jadi tak mampu bila dah jadi OS.. 
Dua hari lepas Fiza duk hunting design lama, AJ Misai.. tengok dorang letak harga mak aih memang tak mampu walaupun prelove.. kebetulan ada sis nie letak harga yang tak sangka siap dapat free tudung PL lagi tu.. terus PM dia cepat2..
Alhamdulillah, hari nie sampai.. memang puas hati.. walaupun AJ Misai tu prelove, memang nampak baru.. 
Beli misai dapat free tulip
lepas nie nak hunting design yang kat atas nie pulak..
blogger2 atau sesiapa yg nak letgo bole bgth Fiza tapi harga kasih sayang yer..
teringinnye
Ok la.. nak kemas2 barang, waktu opis time bulan pose sampai kul 4.30 petang,
Selamat Berpuasa dan selamat berbuka puasa.. 
Wassalam..

Tuesday, 16 June 2015

Ujian Kenali PERSONALITI DIRI

Assalamualaikum.. jom buat personaliti test nie.. copy paste daripada Facebook.
Mudah je. Pilih dulu gambar pokok mana yang korang paling suka, lepas tu baru tengok huraian kat bawah. 
Jangan tipu yer...
UJIAN PSIKOLOGI GAMBAR POKOK
Nombor 1
Anda seorang yang pemurah dan bermoral. Anda selalu berusaha membaiki diri. Bercita-cita besar dan mempunyai standard yang tinggi. Orang lain mungkin merasakan susah berkomunikasi dengan anda, tetapi bagi anda, sebenarnya susah untuk anda menjadi diri sendiri. Anda bekerja dengan sangat kuat tetapi tidak mementingkan diri. Anda bekerja kerana anda ingin mengubah dunia. Anda berkemampuan untuk mencintai orang sehingga mereka menyakiti anda. Sekalipun demikian, anda akan masih menyintainya. Hanya sedikit orang yang dapat menghargai segala yang anda lakukan.
Nombor 2
Anda seorang yang menyeronokkan dan jujur. Anda sangat bertanggungjawab dan suka menjaga orang lain. Anda percaya bahawa kita perlu sentiasa bersikap jujur dalam setiap pekerjaan. Anda mempunyai personaliti yang baik dan orang akan cepat mempercayai anda. Anda juga bijak serta cepat berfikir. Sentiasa ada cerita menarik untuk anda kongsikan.
Nombor 3
Anda seorang yang bijak dan suka berfikir. Anda adalah pemikir yang hebat. Bagi anda, akal fikiran dan idea adalah sangat penting. Anda suka berfikir mengenai teori dan pandangan anda berseorangan. Anda juga jenis orang yang introvert. Anda hanya dapat menyesuaikan diri dengan orang yang suka berfikir dan belajar seperti anda. Anda juga banyak berfikir tentang moraliti. Sentiasa cuba melakukan yang elok pada fikiran anda, sekalipun majoriti menentang anda.
Nombor 4
Anda seorang yang perseptif dan berfalsafah. Anda unik dan berbeza dengan orang lain. Anda juga seorang yang mengikut naluri dan aneh sedikit. Selalu disalahanggap oleh orang lain, dan ianya menyakitkan hati anda. Anda perlukan ruang untuk diri anda. Kreativiti anda perlu diasah, dan ianya memerlukan anda menghormati orang lain. Anda adalah orang yang dapat melihat baik dan buruk dalam hidup dengan jelas. Anda sangat emosional.
Nombor 5
Anda jenis yang yakin dan menguasai keadaan. Anda sangat berdikari. Prinsip hidup anda 'Saua akan lakukan dengan cara saya'. Anda seorang yang bergantung pada diri sendiri dan tahu bagaimana untuk menjadi tabah pada diri sendiri dan orang yang anda cintai. Anda cukup tahu apa yang anda nak dan anda tidak takut untuk mengejar impian anda. Satu perkara yang anda perlukan dari orang lain ialah kejujuran. Anda juga cukup kuat untuk menerima kebenaran.
Nombor 6
Anda seorang yang baik dan sensitif. Orang lain cepat dapat bergaul dengan anda. Anda mempunyai ramai rakan dan suka membantu mereka. Anda mempunyai aura yang baik sehingga semua orang gembira untuk berada di sisi anda. Setiap hari, anda memikirkan cara memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Anda mahu menjadi lebih menarik, tersendiri dan unik. Lebih daripada orang lain di dunia, anda sangat memerlukan cinta. Malah termasuk mencintai orang yang tidak mencintai anda.
Nombor 7
Anda seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Anda sangat sensitif tetapi juga sangat memahami. Anda pendengar yang baik dan tahu untuk tidak bersikap menyebelahi sesiapa. Anda lebih terbuka dengan orang yang baru anda kenali dan di majlis-majlis. Anda sangat kebal daripada stress dan sangat jarang untuk merasa bimbang. Kebiasaaannya, anda sentiasa relaks. Anda sentiasa ada masa untuk berseronok dan tidak hilang tujuan.
Nombor 8
Anda seorang yang menawan dan bertenaga. Anda seorang yang menyeronokkan dan tahu untuk membuatkan orang ketawa. Anda sentiasa tenang dan selesa menjalani kehidupan anda. Anda seorang spontan dan enthusiastic. Tidak pernah mengatakan tidak kepada cabaran baru. Biasanya anda akan mengejutkan orang sekeliling anda pada akhirnya. Tetapi, itulah anda. Sentiasa menjadi diri sendiri. Mempunyai banyak minat dan jika menunjukkan minat pada sesuatu, anda akan cuba buat dengan sebaik mungkin.
Nombor 9
Anda seorang yang optimistik dan bernasib baik. Anda percaya bahawa hidup adalah satu anugerah dan sentiasa cuba untuk mencapai sebanyak mungkin dan meletakkan anugerah ini pada tempat yang sepatutnya. Anda sangat bangga dengan pencapaian anda. Anda juga sentiasa bersedia untuk setia dengan orang yang anda sayang. Anda mempunyai pendekatan hidup yang sihat. Anda gunakan sebarang peluang untuk memaafkan, terus belajar dan membesar kerana anda percaya hidup adalah terlalu pendek untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja.
Fiza pilih pokok no.6.. ada juga kebenarannya.. selamat mencuba.. boleh la korang kongsikan kat komen di bawah.. >_<

Friday, 12 June 2015

Happy Birthday Mak

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.. throwback cerita minggu lepas, Fiza sekeluarga balik Bentong untuk sambut hari kelahiran mak. Mak fiza lahir 5 Jun tapi ktorg adik beradik berkumpul hari sabtu, lewat sehari celebrate... 
Happy Besday Mak
Nie la wajah mak kesayangan Fiza.. 
sape tak sayang mak kan..
Mama dan Baby Thaqif 
Baby Thaqif pun sibuk nak duduk ngn sepupu2
sepupu Baby Thaqif.. Humaira dan Farhan
Selamat Hari Lahir Mak, 
semoga panjang umur, 
dipermudahkan rezeki, 
dikurniakan cucu yang ramai dan kami adik beradik sayang mak selamanya.. 
Amin..
~Mama sayang Baby Thaqif~

Thursday, 11 June 2015

Pengalaman Mengandung Baby Thaqif

Assalamualaikum.. sebenarnya dah lama terpikir nak cerita pasal pengalaman mengandung dan bersalin cuma masa je tak de nak menaip panjang2.. Tujuannya nak berkongsi pengalaman dan nak wat catitan sebagai kenangan.. nanti bila Baby Thaqif dah besar boleh la dia baca blog mama dia nie...
Siapa tak seronok kan bila rumah tangga yg kita bina telah mencapai 3 tahun lebih tiba2 dikurniakan zuriat yang tidak disangka-sangka.. setelah berusaha dan bertawakkal apa yang perlu diusahakan seterusnya adalah dengan berdoa memohon kepada Allah yang maha esa.. 
Imbau semula kisah setahun yang lalu apabila Fiza disahkan mengandung pada 11 Julai 2014.. kebetulan waktu tu bulan puasa.. usia kandungan dah mencecah 5 minggu.. tanpa tanda-tanda mengandung.
Cuma tanda-tanda yang buatkan Fiza nak ke klinik masa tu 
first waktu tu terasa sangat penat, 
bila pukul 1 tgh hari mesti nak tidur sekejap sebab terlalu mengantuk. 
second pulak masa nak seterika baju, 
Fiza tak boleh bau wap masa menggosok tu.. 
terasa mual pastu lembik kaki nak jatuh..
Bila bagi tahu kat Mr. Hubby, dia ajak pergi klinik, yelah risau takut demam ke.. penyakit lain ke.. tak terpikir langsung yang dah ada baby dalam perut..
Baby Thaqif ~ 5 minggu
Baby Thaqif ~ 8 minggu
Allah maha besar dan maha memberi.. dalam bulan puasa dia menganugerahi anak yang kami nak sangat2 tanpa dijangka.. Fiza wat UPT kat Klinik Keluarga Sg. Buloh.. boleh baca sini..
Bila nampak jer 2 line tu, terus menitik air mata depan doktor yang check Fiza tu.. terus bagi tahu kat Mr. Hubby dan kami tak abis2 mengucapkan syukur kepada Allah.. Terus call famili kat kampung bagitahu.. semuanya gembira.. MIL tak abis2 bagi nasihat sebab kandungan baru lagi..
Datang opis hari tu pun senyum lebar jer hari tu... Esok nye Putra Medical Centre Sg. Buloh untuk sahkan kandungan.
Dari hari ke hari perut makin besar, mengidam
memang takde cume awal2 tu terase nak makan kerepek pisang, memang 1kg kerepek tu Fiza abiskan dalam beberapa hari.. 
Morning sickness alhamdullilah memang takde.. 
setakat muntah pagi masa nak berus gigi.. tu jer..
Tabiat masa mengandung Fiza suka tidur.. 
kalau hari minggu boleh kata bangun untuk masak, makan dan solat jer.. 
Tapi Fiza memang suka memasak, 
nak makan apa je Fiza masak sendiri.. 
sampai kan sehari sebelum due pun Fiza duk memasak lagi kat dapur.. 
Fiza jugak tak minat makan asam atau pun mangga macam selalu orang mengandung nak tapi Fiza suka kunyah mentos sweet sour.. setiap 2 hari sekali singgah stesen Petronas nak beli mentos tu... 
Sebabkan selalu pedih ulu hati, Fiza suka makan ais krim, setiap hari.. simpan stok ais krim dalam peti ais, sampai sekarang pun ada lagi tak abis sebab sekarang dah tak minat nak makan...
Baby Thaqif ~ 10 minggu 
Baby Thaqif ~ 13 minggu 
Kepala, tangan dan kaki dah mula terbentuk 
Baby Thaqif ~ 16 minggu 
Semua anggota badan hampir sempurna
Baby Thaqif ~ 21 minggu  
nampak tulang belakang
Baby Thaqif ~ 25 minggu 
3D Scan nampak hidung Baby Thaqif waktu nie..
waktu nie scan untuk sahkan jantina
Fiza juga aktif masa mengandung, alhamdullilah tak terasa penat walaupun di opis.. cume bila nak dekat due tu je rasa penat dan kaki bengkak.. Due date Fiza pada 2 Mac 2015 dan alhamdulillah Baby Thaqif lahir pada 1 Mac 2015.. 39 minggu 6 hari.. hampir 10 bulan... 
Pengalaman semasa mengandung memang sukar digambarkan.. 
dapat rasakan pergerakan baby masa janin berumur 20 minggu memang tak dapat dilupakan.. 
Seronok pula baby aktif dalam perut, 
kadang-kadang bila baby sedu dalam perut, 
memang kita rasa tak selesa tapi terase comel pula baby duk sedu2..
Hari2 duk kira pergerakkan baby macam nurse suruh..
lepas tu tick kat buku pink..
Paling malas nak g check up bulan dan minggu.. bukan tak nak baby sihat, bosan menunggu giliran kat klinik.. tu jer.. tapi kene juga harungi sebab nak baby kita sihat, kita sihat dan baby selamat...
Perjalanan bersalin Fiza akan ceritakan pada entry lain pula.. Ini pun dah panjang.. ikutkan macam banyak je lagi nak cerita.. tapi bila2 Fiza akan tambah lagi.. 
Korang yang dah jadi mama, umi, ibu, mommy mesti ada pengalaman tersendiri kan.. yang penting jaga anak kita elok2 sebab ia adalah amanah Allah buat kita.. 
~Mama Sayang Baby Thaqif~
Wassalam
>_<

Tuesday, 9 June 2015

Baby Thaqif cucuk 3 bulan

Assalamualaikum.. petang nie sempat Fiza update blog ciked.. Fiza ambil cuti hari nie sebab hantar Baby Thaqif cucuk 3 bulan.. 
Petang nie baru baby tido setelah meragam balik dari klinik tadi. Masa cucuk tadi Baby Thaqif tak menangis macam sebelum nie.. tapi kali nie bila balik rumah dia meragam jer.. kesian pulak tengok.. 
Anak mama sebelum kene cucuk
Fiza check up baby kat Klinik Kesihatan Rawang.. dekat dengan rumah.. Hari nie jugak sempat pegi ambil My Kid Baby Thaqif.. sebab kan lahir kat Selangor Baby Thaqif dah jadi anak Selangor.. >_<
Wassalam.
~Mama sayang Baby Thaqif~

Wednesday, 3 June 2015

Percutian keluarga ke Cameron Highland ~ Ice Cream Strawberry Waffle

Assalamualaikum.. minggu lepas 30 dan 31 Mei 2015, Fiza bersama famili Mr. Hubby jalan2 makan angin sejuk kat Cameron Highland.. walaupun dah banyak kali pergi, tapi rasanya tak salah sebab kali nie nak bawa Baby Thaqif pulak jalan2..
Kalau jejak kaki kat cameron nie, mende wajib yang Fiza nak makan kat Big Red Strawberry Farm ialah Ice Cream Strawberry Waffle.. 
Masa pregnant Baby Thaqif dulu pun Fiza ngidam nak makan jugak, entry boleh baca sini. kalau pegi tak makan rasanya memang tak lengkap percutian Fiza.
Dalam pic nie ada adik ipar, sepupu, mak mertua, anak sedara
Dalam pic nie ada bapa mertua, adik ipar, anak sedare, mak mertua
  Ice Cream Strawberry Waffle
 Strawberry Juice dan Strawberry cream
hehe.. muke seronok sangat dpt makan. 
anak sedare Qistina
Pengalaman yang memang tak dapat dilupakan sebab rasa meriah sangat bercuti dengan keluarga... dapat tengok gelagat anak sedara sekali sekala.. dan paling best percutian kali nie bersama Baby Thaqif tersayang.. mama sayang Baby Thaqif.. >_<

W.W ~ How old do I look?

Assalamualaikum..
Mudanya Fiza.. hehe.. tapi BabyThaqif

Homestay di Cameron Highland

Assalamualaikum.. minggu lepas Fiza bersama famili mertua ke Cameron Highland sempena cuti sekolah.. walaupun baby Thaqif kecik lagi, kami bawa sepupu2 Baby Thaqif g jenguk2 kebun strawberry.. Dapat la mengubati rindu tok ma dan tok abah pada Baby Thaqif.. 
Bila dah ramai2 sure kene cari homestay dan hasil carian kat blog2, Fiza try la call Aiza Homestay yang terletak di Kg. Taman Setia, Tanah Rata Cameron.
Rumah ala kampung, harga berpatutan dan selesa.. 4 bilik yang sangat selesa.. 4 bilik, 3 bilik air dan yang penting ada dapur.. ramai2 kene la masak.. jimat sikit.. boleh la makan strawberry banyak2 nanti..
Homestay dan bilik percutian
Ruang tamu, tv beserta astro 
Master bedroom 
Bilik 2 
Bilik 3
Dapur
Bilik air
Selain tu, aiza homestay nie ada juga menyewa bilik-bilik untuk yang datang satu famili.. kalau tak nak duduk hotel, boleh la pilih bilik jer.. 
No. utk dihubungi:
Aishah/Zahudi (0197570991 / 0197560991)
Harap info nie dapat membantu bagi mereka yang nak bawa keluarga besar pergi bercuti.. Wassalam.

Bacaan Tambahan