Friday, 31 July 2015

Baba Ice Cream

Assalamualaikum.. Baba Ice Cream, Power, Memang Sedap... serius memang sedap.. Cerita nie bulan April lepas, habis pantang terus pekena ais krim.. huhu.. jangan ikut perangai Fiza tau.. sebab kebetulan masa tu waktu tengah hari panas, tengok ais krim memang cair.. 
Ais krim nie ada campuran isi di dalam.. ikut saiz dan harga.. Kalau cari kat kawasan Selangor nie memang tak pernah jumpa lagi.. sebab ia boleh didapati di Kelantan khususnya di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang..
Ais Krim Baba nie lebih kurang macam ais krim pasu sebab dalam ade kek.. cuma spesial lagi sebab ada pulut kuning, roti, kek dan macam2 la.. lebih kurang ABC..
Jual atas motorsikal
Bahan-bahan dalam ais krim
harga pun berpatutan
yang nie harga RM 3.00
Makan ais krim nie memang kenyang.. coklat topping dia memang terbaik.. bahan-bahan dalam memang penuh.. Fiza respek betul orang yang berniaga sebab tak kedekut bahan.. dia tak rugi punye sebab ramai yang akan tercari2 lagi lepas nie...
Wassalam...

Hilangkan bintik hitam di hidung

Assalamualaikum dan salam Jumaat.. Hari nie nak post sikit pasal produk untuk hilangkan bintik hitam di hidung.. bukan nak promote produk tau.. tp nak share sbb memang menjadi.. Produk dari korea Silky and Clear Nose Strip Charcoal. Beli kat Watson jer.. hehe..
nie rupe kotaknya
letak kat hidung dengan syarat hidung kene dilembabkan dengan air 
Fiza dah try memang licin habis mende2 yang ada atas hidung.. hidung jadi kilat.. tak payah nak picit2 hidung.. pastu hidung jadi merah dan pedih.. Sekadar perkongsian.. Wassalam.
>_<

Monday, 27 July 2015

Salam Perpisahan buat Kak Nor

Assalamualaikum dan selamat pagi. Rutin update blog dah tak macam dulu.. bila banyak sangat nak ditulis, sampai tak tahu mana nak mula.. hehe.. last2 tertangguh.. pastu jd banyak.. lepas tu penuh dalam kepala.. kalau tak luah jadi berat.. korang ada rasa cam tu tak? Fiza memang selalu mcm tu.. huhu..
Back to the topic, hujung bulan Jun yang lalu Fiza kehilangan Kak Nor member pejabat cawangan yang telah berhenti kerja kerana nak menjaga ibu di kampung. Kak Nor kirenye otai kat opis nie sebab dah lama bekerja. Tapi niat murni untuk berhenti tiada siapa yang boleh halang. 
Sebagai kenangan kitorang sempat bergambar di nursery dan Pejabat Cawangan Sg. Buloh sempat menganjurkan majlis berbuka puasa dan majlis perpisahan buat Kak Nor.
Gambar di nursery (Kak Nor di tengah)
Kanak-kanak di nursery, semua berbotol susu
Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Perpisahan 
Penyampaian cenderahati kenangan
Cenderahati daripada cawangan
Moga Kak Nor berjaya walau apapun yang dilakukan pada masa akan datang. Rezeki ada di mana-mana.. In syaa Allah.. Selamat Maju Jaya.
Wassalam.

Saturday, 25 July 2015

Susu untuk bayi bawah 6 bulan

Assalamualaikum.. nie entry kedua Fiza untuk hari ini. Siapa pernah alami situasi yang mana orang-orang sekeliling terlalu risau sekiranya anak yang berumur kurang 6 bulan tidak diberi makan. Sampai terpaksa pekakkan telinga untuk tidak mendengar sebab sebagai ibu kita buat yang terbaik untuk bayi kita sendiri. 
google image

Ada sebab kenapa bayi perlu memulakan pemakanan pada usia 6 bulan ke atas. Antaranya ialah:
1.Sistem imun bayi kurang 6 bulan belum sempurna dan akan mengundang pelbagai jenis kuman. Bayi akan mudah diserang cirit-birit, sembelit, batuk-selesema dan deman kerana sistem imun bayi belum sempurna.
2. Bayi akan mengalami sembelit kerana sistem pencernaan bayi belum sempurna.
3. Risiko bayi akan terkena alergi akibat daripada pemakanan.
4. Risiko bayi akan mendapat pertambahan berat badan atau obesiti
sumber : FB Solid Food in Early Infancy increases risk of Eczema, from original source : Fergusson DM et al Early solid feeding and recurrent childhood eczema : a 10-year longitudinal study Pediatrics 1990 Oct;
google image
Kesimpulannya terpulang pada ibu bapa masing-masing untuk memberi makan pada bayi mereka. Sedangkan Fiza masih berpegang bahawa bayi berumur 6 bulan ke bawah hanya memerlukan susu. Tidak menjadi isu bayi lapar, sekiranya susu badan atau susu formula diberikan dalam tempoh 6 bulan pertama cukup kerana keperluan bayi hanyalah susu.

Friday, 24 July 2015

Maksud Netizen

Assalamualaikum dan salam Jumaat.. memandangkan ada perkara yang bermain-main kat kepala, sampaikan rasanya patut Fiza cari kat internet, maka Fiza nak kongsikan apa yang Fiza dah baca... Korang dah tahu apa maksud netizen.. kalau kita online kat blog2 lain atau kat fb.. mesti ada perkataan nie.. Bagi yang dah tahu jangan ketawakan Fiza yer.. memang slow sikit bab2 macam nie sebab malas nak ambil port.. tapi kali nie nak tahu juga supaya tahu term2 online nie. 
google image
Pengertian Netizen
Netizen merupakan istilah yang dibentuk dari kata Net (internet) dan Citizen (warga). Jika disatukan beerti kurang lebih 'warga internet' atau 'masyarakat dunia internet'. Netizens adalah pengguna internet yang mengambil bahagian secara aktif (komunikasi, mengeluarkan pendapat, berkolaborasi, dll) dalam media internet.
Apa yang dilakukan oleh Netizens di internet:
a. Berkomunikasi dengan netizens lain melalui media-media seperti Skype, e-mel, chat, wall to wall, dll.
b. Menyuarakan pendapatnya (cadangan, kecaman, pendapat, mempromosikan, mengekspresikan diri, dll) melalu pelbagai sosial media seperti twitter, tumblr, facebook, dll.
c. Berkolaborasi melalu aplikasi web yang boleh digunakan secara real time melalui aplikasi-aplikasi seperti Google Docs, Google Spreadsheet, Zoho, dll.
Nie rumusan yang Fiza buat.. Sekadar perkongsian maklumat bagi yang masih mencari-cari maksudnya. 
Wassalam.

Thursday, 23 July 2015

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum.. di kesempatan ini, Fiza ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat islam dan khas buat rakan-rakan blogger.
Mohon maaf sekiranya sepanjang Fiza berblogging, ada terkasar dalam penulisan, tersentuh perasaan dan terasa hati. 
Mohon ampun dan maaf.
Alhamdulillah, tahun nie kami dah raya bertiga.
Selamat ulang tahun kelahiran juga buat Mr. hubby aka dedi Thaqif yang jatuh pada 17 Julai.
Fiza doakan kita sekeluarga bahagia hingga ke Jannah. Amin.
Wassalam
>_<

Tuesday, 14 July 2015

Baby Thaqif di nursery

Assalamualaikum.. pada 6hb Julai 2015, Fiza dah hantar Baby Thaqif ke nursery baru. Kat sini ramai member opis hantar anak dorg.. Fiza pun ambil kesempatan untuk hantar ke sini juga area Tasik Biru.
Ecah anak Kak Nor, sayang betul kat Baby Thaqif 
Tapi, 
Baby Thaqif sempat kawan ngan Ecah 5 hari jer sebab Kak Nor (member opis) sekeluarga
 dah nak pindah ke Kedah.
sedih sebab Kak Nor memang dah lama kerja kat GSC.
Nanti Fiza updatekan Jamuan Berbuka Puasa dan Majlis Perpisahan Kak Nor.
Wassalam.

Karipap Gergasi

Assalamualaikum.. entry kedua tuk hari nie.. kejar nak update blog.. esok Fiza dah mula cuti sampai hari Isnin depan.. balik Bentong kejap dan terus beraya di Kelantan. Hari nie pula dapat MC tp still datang opis tuk siapkan mana-mana kerja yang tak abis.. 
Korang pernah dengar atau makan karipap gergasi tak? Memang besar karipap nie, lebih besar dari tapak tangan tau.. Makan satu time buka puasa memang tak payah cari makanan lain.. 
Fiza jupe karipap nie kat area Tasik Biru, Sg. Buloh. Akak nie jual kat tepi tasik.. sambil2 amik Baby Thaqif kat nursery, singgah beli karipap utk berbuka puasa.
saiz besar tapak tangan.. 
Gerai Karipap Gergasi 
lokasi tepi Tasik Biru
Kirenye menu wajib Fiza hari2.. sebab inti karipap dia memang sedap.. penuh pulak tu.. takde isi angin pun.. hehe.. Selain tu kalau berbuka puasa mesti nak cari popia basah.. 
Apa menu wajib korang masa berbuka? kalau sudi komen la yer.. selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa.
Wassalam.

Resipi : Popia Nestum Horlicks

Assalamualaikum.. Fiza nak kongsikan resipi kuih raya yang senang dan cepat.. janji nak rajin.. itu jer..
Bahan-bahan:
1 paket kulit popia (40 keping)
**1 1/2 cwn nestum original
**1/2 cwn susu tepung
**1/2 cwn horlicks
**1/2 cwn gula castor (kurang pun boleh)
1 sb tepung gandum (bancuh dgn sedikit air sbg gam)
Minyak utk menggoreng
Cara membuatnya:
1) Buka kulit popia satu persatu dan gulung. sapukan bancuhan tepung tadi di hujung kulit popia yg telah digulung.. tepung tu berfungsi sebagai gam, tak bagi kulit popia tu terbuka bila digoreng.
2) Buat sampai habis kulit popia tu.. lepas tu gunting serong.
3) Panaskan minyak utk menggoreng dalam kuali. bila minyak dah betul2 panas, baru masukkan popia tadi. api jgn besar sgt. goreng sehingga keemasan sikit.. balik2kan supaya warnanya sekata.. 
4)Angkat dan toskan.. pastikan minyak di tos kan betul2..
5) Blend semua bahan yg bertanda **.
6) Bila popia dah kering dari minyak, masukkan popia dalam campuran yang diblend tadi dan gaul rata.
7) Siap untuk masuk balang.
Senang kan.. Selamat mencuba.
Wassalam.

Monday, 13 July 2015

Demam

Assalamualaikum.. macam mana dengan puasa korang.. lagi 4 hari je lagi nak raya.. Fiza pula dah 3 hari demam.. Niat nak buat popia nestum hari minggu lepas tercapai satu balang jer.. apa nak buat.. tiba2 je demam.. huhu.. mula2 sakit tekak, lepas tu demam.. sekarang nie duk selsema pula.. risaunye berjangkit kat baby.. 
Fiza still kerja hari nie... tak nak ambil MC sebab esok je lagi sehari nak kerja.. bertahan jer.. settle semua baru la boleh bercuti dengan tenang..
sempat selfie.. huhu
Doakan Fiza cepat sembuh yer.. 
Sakit itu ujian, ujian itu penghapus dosa..
Alhamdulillah...
Wassalam 

Thursday, 9 July 2015

Sample Drypers Drynights

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.. entry pertama untuk bulan Julai.. maaf la lama tak update blog.. malas pun ada.. haha... jgn ikut perangai Fiza yer..
Bulan lepas nye cite, Fiza dapat lagi sample drypers tuk baby.. kali nie mintak Drypers Drynight pula.. 
Drypers Drynights saiz M (6-11kg)
Drypers Drynights baru merupakan lampin khas untuk waktu malam yang mempunyai Teras Penyerapan Panjang yang berkesan memberi penyerapan dan pengagihan air kencing selama 12 jam agar si manja tidur lena tanpa gangguan sepanjang malam.
Drypers Drynights juga melindungi kulit si manja agar sentiasa nyaman dan selesa dengan 100% Lapisan Berliang Udara dan mengandungi 4 Ekstrak Tumbuhan Asli daripada Daun Lidah Buaya, Bunga Kamomil, Ekstrak Buah Zaitun dan Vitamin E.
Drypers Drynights Flexi-Tape™ juga mudah diguna dan boleh dilekat semula berulang-kali tanpa kehilangan kekemasannya dan Pelindung Tahan Bocor kemas dengan selesa di bahagian paha si manja untuk mencegah kebocoran.
Drypers Drynights saiz M boleh didapati dalam pek 3, 20, 40
 
sample percuma pek 3
Bagi mommies2 yg tak daftar lagi, boleh daftar sekarang, sebab sekarang kalau mendaftar sbg ahli kelab, ada free gift.. tp masa Fiza daftar dulu takde pun.. huhu... 
FB: Drypers Moments

Bacaan Tambahan