Wednesday, 26 August 2015

Chinese cuisine di Thai Base Restoran

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.. cewah.. hehe.. minggu lepas 21 Ogos 2015 di Restoran Thai Base yang terletak di Bandar Sri Damansara syarikat Fiza telah menganjurkan majlis makan malam bersempena Aidilfitri.. walaupun raya dah habis, still nak sambut juga.. kemeriahan tetap ada bila member2 daripada cawangan KL dan Kota Kemuning bersama-sama dengan kakitangan Ibu Pejabat bertemu.. Bukan senang nak gathering bersama.. time makan macam nie la baru dapat jumpe..
Fiza kongsikan sikit gambar sekitar majlis.. banyak nye gambar makanan jer.. hehe... jangan terliur yer..
kami mak-mak dara yang cun.. anak dara ada 2 orang 
Belakang tu bos semeja dengan staf 
menu chinese cuisine 
Butter prawn.. mmg kegemaran sesangat nie.. 
Tom yam soup 
Lemon Chicken.. kalau tak de mmg tak sah la..
Mix Vege 
Siakap Chew Chow dan tiada dalam gambar Siakap Thai Steamed 
Fiza bawa Baby Thaqif.. mujur Thaqif sporting malam tu..
bijak anak mama.. >_< 
Meja bapak-bapak budak..senyum lebar Mr. Hubby
Baby Thaqif pun jadi pujaan malaya malam tu.. dia je baby yang ada.. Fiza pun terpaksa bawa sebab mana ada baby sitter nak jaga budak malam2.. 
Aunty Nadia 
Aunty Ain 
Aunty Liza
Kakak Zarra
Memang seronok Thaqif malam tu.. semua orang nak pegang cium dia.. malam dah ngigau.. tula sape suruh seronok sangat kan.. hehe
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan semuanya dapat makan dengan kenyang.. sesi bergambar ada tapi memandangkan Fiza dengan baby maka terbatas la sikit.. kalau tak pantang nampak kamera, ade je muka nie.. 
Wassalam.

Tutorial Ruangan Iklan untuk disewa

Assalamualaikum. Fiza hendak kongsikan cara untuk memasang iklan di blog sebagai pendapatan sampingan. Ini pun baru jer belajar tadi hasil membelek-belek blog blogger lain sebagai rujukan dan panduan . Alhamdulillah jadi juga.
Sebelum memasang, pertama sekali editkan banner ikut saiz normal iaitu 125px x 125px. Mudah sahaja dengan menggunakan Adobe Photoshop.
Jom sewa iklan
emel : fizaizawa@gmail.com
Siap banner maka boleh la upload dengan mengikut langkah berikut:
1. Login blogger.com > layout > Add a widget > Edit Html
2. Copy coding kat bawah ni
Link : Link ini akan diedit untuk terus kepada iklan
Link Banner : Link kepada banner yang telah disiapkan
3. Paste pada ruang edit HTML
4. Save.
Senangkan. Selamat mencuba.

Friday, 21 August 2015

Beli Baby Walker

Assalamualaikum dan salam Jumaat.. Bulan lepas balik dari raya, kami pegi Jusco Rawang cari baby walker.. bukan nak suruh dia jalan dalam tu sebab kaki pun tak sampai nak cecah lagi, sebab nak bagi dia duduk.. Baby Thaqif memang dah tak nak baring, meniarap bila bosan lepas tu terus menangis.
Rambang mata dibuatnya sebab macam-macam jenis, design yang kiut2 dan harga pula berbeza-beza.. 
Baby Walker memang mahal sebab fungsi baby walker dah pelbagai, tak macam zaman kita dulu.. tapi nak buat macam mana, kene beli jugak sebab nanti memang nak guna..
Sempat ambil gambar gelagat Baby Thaqif memilih walker..
dah macam memilih nak beli kereta budak kecik nie.. semua dia nak rasa dengan mulut dia..
sabar jela.. 
tengok.. terus letak mulut kat stering 
test drive.. agak-agak nie ok tak mama? 
test rasa pulak.. aduyai Thaqif.. 
yang nie pun oke mama...
kalau oke suruh dedi bayar.. hehe.. 
mama berkenan yang nie.. tapi tak de lapik kaki 
kami ambil jenis nie.. lagi pun warna merah.. 
test drive di rumah. Mini copper Thaqif
Senang sikit bila letak dalam walker, baru la dia tak menangis nak suruh angkat jer.. 
Wassalam..

Thursday, 20 August 2015

Facebook Ourmemoria.blogspot

Assalamualaikum.. Fiza telah melahirkan Facebook page untuk blog Fiza pada 10 Ogos 2015 yang lalu.. tujuannya nak share entry yang ada kat blog nie.. kot la boleh naik sikit rating dan pengunjung.
Sejak akhir2 nie memang jatuh mendadak jumlah pengunjung..
Tu la sape suruh malas update dan blogwalking kan..
Cume sekarang nie duk try macam mana nak buat like button kat page blog Fiza nie..
sape ade tutorial komen2 la.. boleh Fiza tiru..
setakat nie tak menjadi lagi.. huhu
jemput LIKE yer.. jika sudi.. 
makaceh..
>_<

Pemandangan Hentian Puncak Banjaran Titiwangsa

Assalamualaikum.. Throwback bulan lepas, laluan Jalan Raya Timur-Barat yang melalui jalan Gerik, Perak ke Jeli pasti akan Fiza lalu jika pulang ke Kelantan. First time kami berhenti untuk bergambar sebab sebelum nie just lalu jer.. 
Deretan puluhan gunung dengan bentuk puncaknya yang pelbagai dan menarik seakan bukit pasir di kawasan gurun memukau mata memandang. Kira-kira 80 km perjalanan dari Gerik, pengguna akan melalui Hentian Puncak Banjaran Titiwangsa (HPTB) di daerah Hulu Perak yang menyajikan pemandangan gunung-ganang kerana ia terletak di kawasan paling puncak daripada puluhan gunung-ganang lain di sekitarnya. 
Dengan ketinggian kira-kira 2,100 meter dari aras laut, kawasan hentian ini semakin popular kepada pengguna jalan yang menjadi nadi penghubung utama antara negeri di pantai timur ­dengan barat terutama utara Semenanjung.
Perjalanan pastinya tidak akan sempurna jika tidak berhenti di HPBT bukan saja bagi melepaskan penat memandu, tetapi menghirup udara segar puncak banjaran. Dahulu HPBT adalah kawasan hitam kerana ia menjadi pusat operasi pengganas komunis kerana terletak di antara Malaysia dan Selatan Thailand. 
Bagaimanapun, kini, ia bukan lagi kawasan hitam, tetapi destinasi persinggahan yang cukup memukau dengan pemandangan indah. Pelbagai flora dan fauna di sekitar­nya dapat disaksikan daripada pelbagai pokok besar seperti cengal, meranti dan keruing kerana ia kawasan hutan simpan yang belum terusik.
Turut disediakan kedai makan, beberapa pondok rehat, surau, tandas awam dan kawasan parkir yang selesa di tapak kawasan keseluruhan seluas kira-kira satu hektar. sumber
Baby Thaqif dan dedi
Baby Thaqif didukung di puncak Titiwangsa
Suasana kat puncak banjaran memang sejuk dan nyaman. Pernah kami pulang ke kampung melalui jalan nie pada waktu malam, keadaan memang berkabus dan agak berbahaya. Sejak tu memang tak lalu pada waktu malam. Kawasan nie juga ada sekumpulan gajah melintas. Tapi setakat nie tak pernah terserempak lagi.
Wassalam.

Wednesday, 19 August 2015

Top 10 Bintang Wanita Paling Cantik Korea 2015

Assalamualaikum.. hari Rabu nie patutnya Wordless Wednesday tapi saja jer nak isi entry berkaitan dengan artis korea..  Duk search pasal wanita paling cantik kat korea, sama ada guna pembedahan plastik ke tidak, tak kisah la janji cantik kan.. Rujuk kat website, berikut adalah 10 bintang wanita paling cantik di Korea.
10. Song Hye Kyo
Siapa yang tak kenal artis nie kan.. pelakon“Autumn In My Heart”, “Full House”, “The Winter The Wind Blows” dan model Laneige.
9. Park Min Young
Pelakon City Hunter berlakon dengan Lee Min Ho..  memang cantik pun dia nie..
juga merupakan model LG, Pizza Hut, Lipton Ice Tea, and Korean Air di Korea.
8. Kim Tae Hee
Teman Wanita Rain.
Dia adalah pelakon berjaya dan model fesyen. Memulakan kerjaya pada usia 16 tahun.
Fiza memang suka tengok dia nie berlakon.. cerita terbaru The Gang Doctor.
7. Kim Hyuna
Ahli kumpulan Kpop yang 4minute. 
6. Park Shin Hye
Siapa tak kenal dia nie, 
drama yang dia berlakon semua best2.. “Flower Boy Next Door”, “Goong S”, "The Heirs" dan terbaru "Pinocchio".
5. Han Ga In
Pelakon dan model yang bermuka kecil.. comel jer mole atas hidung dia.. hehe
First drama yang Fiza tengok dia nie berlakon cerita Witch Yoo Hee
4. Kim Hyo-Yeon
Ahli kumpulan Girls Generation. 
3. Son Ga In
Ahli kumpulan Brown Eyed Girls. 
2. Im Nana
Ahli kumpulan After School.
 Kalau korang layan Roomate, ada la si Nana nie.
1. Yoon Eun Hye
Yoon Eun Hye, pelakon Korea, dilahirkan pada tahun 1984. 
Beliau adalah salah satu yang paling indah bintang wanita Korea. Beliau adalah seorang pelakon dan model fesyen yang luar biasa. Pernah digosipkan dengan Kim Jong Kook.
Dorang nie kebanyakkan nye dah buat plastic surgery. Muka cantik bakat pun kena la cantik jugak.. Ok.. last sekali yang dorang lupa.. 
0. Fiza Aizzawa
Hanya insan biasa.. haha.. Jangan marah yer...
Wassalam..

Tuesday, 18 August 2015

Mr.DIY di Tesco Rawang

Assalamualaikum.. korang apa khabar? Fiza still batuk dan selsema dah hampir seminggu.. Tak tahu bila nak sembuhnye.. huhu.. 
Hari minggu lepas keluar ambil angin jalan-jalan kat Tesco Rawang sambil beli barang dapur. Sebelum nie bosan je Tesco tu, sekarang nie dah ade Mr. DIY.. cuci mata la jawabnye..
bersebelahan pasaraya Tesco
masuk sini kalau tak nak beli apa pun jadi terbeli..
 
macam2 keperluan rumah ada dijual
 
hiasan bunga.. cantik dan murah
 
Mainan budak, Dedi tengok je sebab tak de mainan untuk baby
 
barang dapur
 
excited Thaqif tengok banyak barang.. 
Tingkat 1, Tesco Rawang
Hasil cuci mata kami beli buku ABC untuk Thaqif, board pemotong sayur dan kunci pagar.. Lepas nie kalau nak cari keperluan rumah boleh ke Mr. DIY, harga pun berpatutan.
Wassalam.

Friday, 14 August 2015

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Assalamualaikum.. seperti yang dijanji, Fiza nak update cerita pasal pengalaman bersalin pula.. sebagai kenangan dan bila Baby Thaqif dah besar, dia boleh baca blog mama dia nie..
Sebenarnya tak de la cemas mana, cemas2 pun kene juga tenang kan.. apa yang penting doa dan ayat la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin memang tidak putus-putus dalam hati dan bibir.
Kisahnya bermula apabila tarikh dijangka bersalin adalah pada 2 Mac 2015 bersamaan hari Isnin, tetapi hari Jumaat 27 Februari Fiza masih lagi bekerja dan masih aktif bawa perut ke hulu kehilir. Ramai yang tanya tak nak ambil cuti ke.. Fiza pikir due dekat tapi tanda2 masih tiada, sakit pun takde.. 
Esoknya hari Sabtu 28 Februari, Fiza tekad untuk mengemas rumah diluar kebiasaan.. Fiza mop lantai satu rumah, sapu rumah, lap2 semua habuk dalam rumah, cuci tandas dan boleh dikatakan rumah Fiza paling kemas sejak mengandung.. yelah masa mengandung mana boleh mengemopkan.. Tapi sebab dah nak due, orang cakap jangan duduk diam jer.. kene lebih aktif..
Malam tu mujur tidur awal, penat mengemas punya pasal.. rutin memasak memang Fiza tak pernah skip melainkan penat sebab bekerja. Masa mengandung Fiza memang suka memasak.. syukur sangat2 sebab Allah permudahkan segalanya..
Masa nyenyak tidur, pukul 3.30 pagi, 1 Mac 2015 bersamaan hari Ahad, tiba-tiba air kutuban pecah tapi mengalir dengan perlahan, memang cemas waktu nie, sebab pengalaman pertama kan.. Fiza bangun kejut Mr. Hubby. Mr. Hubby terus siap2 ke kereta, Fiza pula siap2 untuk ke hospital. 
Pagi yang sunyi, dan jalan pun tiada kereta, kami terus ke Hospital Selayang dari Rawang. Tiba di hospital jam 4.00 pagi.
Time nie ramai di bilik menunggu, Fiza terus dibawa ke katil untuk scan pergerakan baby. Time nie baby still tidur. Nurse suruh Fiza gerakkan baby sebab air kutuban mengalir keluar sikit demi sedikit. Mulut memang tak berhenti amalkan ayat la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin. Waktu nie pun tiada rasa sakit nak bersalin. Fiza disuruh duduk di bangku hospital dahulu sebab bilik bersalin penuh. 
Jam 7.30 pagi, Fiza ditolak masuk ke bilik bersalin, air kutuban masih mengalir dan doktor pun induce untuk bagi sakit. Bila dah induce, pukul 8.00 pagi baru la rasa sakit yang menolak-nolak dalam perut.
5 jam menahan kesakitan akhirnya pada jam 1.05 tengah hari, lahirlah seorang baby boy yang kami tunggu-tunggu. Mengalir air mata bila dengar suara tangisan baby waktu tu. Bersyukur tak terhingga sebab semuanya selamat. Mr. Hubby menjadi teman setia Fiza di bilik bersalin dari awal sampai akhir. Baby terus diazankan dan terus dimandikan oleh nurse.
Mulalah detik Fiza menjadi seorang ibu. Walaupun dah hampir 6 bulan, pengalaman bersalin memang tak dapat dilupakan.
Begitulah perjalanan dan detik cemas Fiza nak melahirkan baby Thaqif. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dengan bacaan la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin. Bagi mommy2 yang bakal melahirkan anak, amalkan ayat nie, In Syaa Allah segalanya akan dipermudahkan. Wassalam.
Baby Thaqif, umur 1 hari

Thursday, 13 August 2015

Restoran Mohd Chan Rawang

Assalamualaikum.. Throwback belanja Mr. Hubby makan kat Restoran Mohd Chan Rawang. Belanja sebab besday dia yang jatuh pada hari raya pertama...
Tak sempat nak celebrate kat kampung, kita celebrate kt Rawang jer..
Fiza pilih makanan cina muslim untuk bawa Mr. Hubby makan.. tapi sebenar tuan badan sendiri yang teringin nak makan.. hehe
Mujur Mr. Hubby pun ikut je.. 
Cawangan baru dibuka sebelum bulan puasa kalau tak silap 
Nie la favorite Fiza, Butter Prawn.. 
Baby Kailan sos tiram  
tak lupe Lemon Chicken.. nyum nyum
Sizzling Taufu
paling penting nasi putih.. 
Sorry sayang Thaqif, boleh tengok jer.. 
kesian nampak macam dia ada selera nak ikut makan jugak
Next month Baby Thaqif dah masuk 6 month.. Mama dah jenguk2 resipi untuk bagi Thaqif makan..
eksited rasenye..
Harga di sini memang berpatutan dengan menu dan yang penting sedap.. Cuma Fiza tak sediakan kek je untuk Mr. Hubby.. hehe, seganla kan.. dah tua2 pun nak kek lagi..
Buat Mr. Hubby, Fiza doakan keluarga kita sejahtera dunia dan akhirat, dipermudahkan dan diperbanyakkan rezeki, sentiasa mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah dan semoga kita sekeluarga bahagia hingga ke Jannah.. Amin..
Wassalam.

Bacaan Tambahan