Monday, 30 November 2015

Menjamu selera di Williams Corners, Kelana Jaya

Assalamualaikum, pertama sekali Fiza nak mohon maaf sebab langsung tak BW dan membalas kunjungan kawan-kawan semua. Masa Fiza betul-betul suntuk. Ngadap blog pun semata-mata untuk update blog jer.. komen-komen korang semua masih dalam awaiting moderation sebab niat nak balas kunjungan tu memang ada.
Minggu lepas kami sekeluarga ke William Corners di Kelana Jaya. Tempat makan nie famous dan lebih kurang mcm cafe dan open air macam kedai mamak. First impression macam tak percaya dengan gaya santai dan digelar humble cafe, tapi sajian makanan memang tip top.. macam 5 star hotel..
nie suasana sebenar waktu malam..  
Williams Corner 
Cafe dibuka jam 6 petang
Servis pun cepat sebab kami tiba lebih kurang jam 6 petang. 
Menu simple atas blackboard
Williams Corner terkenal dengan soda herbs.. Dengan gelas yang besar, rasa dia memang terbaik. Dalam soda herbs nie ada ais krim soda, laici, longan, serai, lemon, daun pudina dan asam boi.
Soda herbs 
Gelas lebih besar daripada Thaqif
Menu wajib cuba Anti Pesto..
Datang dalam pilihan ayam, daging lembu, lamb, Ribs BBQ Beef
itik salai, daging salai, ayam salai.. pilih je nak apa dalam pinggan besar tu 
sos untuk Anti Pesto 
Seafood Rissotto.
boleh pilih clams, Scallops, Tiger Prawns, Stuff Squid
Bamboo Clams dan pilihan ikan.. kami pilih ikan salmon
Thaqif pun Fiza suap semua.. dah boleh makan kan.. 
Nampak mewah dan harga pun sangat berpatutan. Cafe nie juga menyediakan masakan panas biasa seperti nasi goreng. Pendek kata dari makanan yang biasa-biasa sehingga luar biasa. Mintak apa sahaja, sure dorang akan buat. 
Dah janji dengan En. Hubby nak datang ke sini lagi.. memang sedap sangat.. tak rugi kalau bawa keluarga besar ke sini. 
Wassalam.

Wednesday, 25 November 2015

Ranking Pulau dan Pantai (Beach Ranking)

Assalamualaikum.. untuk info, Fiza nak kongsikan kedudukan atau ranking pulau dan pantai yang menarik dan cantik untuk dilawati. Teringat pula moment bercuti di Pulau Tioman tahun lepas. Pikir-pikir nak juga pergi bercuti di pulau lagi, sambil tengok air biru yang cantik dan mendamaikan.
BEACH RANKING
1Pasir Panjang (Long Beach), Redang
2Teluk Dalam Besar, Redang
3Teluk Pauh, Perhentian Besar
4Pasir Panjang (Long Beach), Perhentian Kecil
5Pasir Kalong Besar, Redang
6Juara, Tioman
7Pulau Mabul
8Teluk Dalam (Flora Bay), Perhentian Besar
9Pulau Sipadan
10Salang, Tioman
11Genting, Tioman
12Coral Bay, Pangkor
13Teluk Aur (Coral Bay), Perhentian Kecil
14Teluk Burau, Langkawi
15Teluk Dalam Kecil, Redang
16Emerald Bay, Pangkor Laut
17Pantai Tengah, Langkawi
18Pantai Cenang, Langkawi
19Blue Coral, Lang Tengah
20Square Point, Lang Tengah
21Main Beach, Perhentian Besar
22Panuba, Tioman
23Berjaya, Tioman
24Paya, Tioman
25Lanting, Tioman
26Nipah, Tioman
27Teluk Nipah, Pangkor
28Tanjung Ruh, Langkawi
29Golden Sands Beach, Pangkor
30Air Batang, Tioman
31Tanjung Sanctuary, Langkawi
32Teluk Bakau, Redang
33Tekek, Tioman
34Pantai Pasir Bogak, Pangkor
35Pantai Kok, Langkawi
36Teluk Dalam, Pangkor
37Pasir Hitam, Langkawi
38Mukut, Tioman
Pasir Panjang (Long Beach), Redang
Pulau Mabul, Sabah
Salang, Tioman
Teluk Nipah, Pangkor
Pasir Hitam, Langkawi
Teluk Pauh, Perhentian Besar
Bercuti nanti kene rancang betul2, dulu berdua sekarang dah bertiga.. Mungkin dalam tahun depan ke.. tak tahu lagi nak kemana.. ada rezeki memang teringin nak pergi ke pulau perhentian.. simpan duit.. berangan je tak kemana.. In syaa Allah..
Wassalam.

Tuesday, 24 November 2015

Ais Krim Goyang

Assalamualaikum.. update kali nie nak story pasal ais krim goyang.. First time jumpe dan tengok cara pembuatan nye..  Memang kreatif idea dorang nie. Modal untuk membuat ais krim nie nampak murah, dengan bermodalkan air berperisa berkarbonat.. mungkin nak sediakan tong ais tu je nampak modal tinggi sikit.
lidi tu adalah batang ais krim.. 
air gas dituang masuk dalam acuan berbentuk silinder. 
bermodalkan air gas atas air berperisa berkarbonat. 
bawah acuan diletakkan ais 
dorang tabur garam untuk tingkatkan suhu ais.. mmg kaedah sains digunapakai. 
Tutup dan goyang.. tak sampai 5 minit.. ais krim dah siap 
nielah hasilnya.. 
satu batang 50 sen.. murah jer..
Nak dapatkan ais krim goyang nie kene la pergi R&R Gua Musang.. 
huhu.. kebetulan balik kampung mertua time deepavali lepas.. 
Kagum dengan cara pembuatan yang cepat dan modal yang sedikit.. Kalau ada idea, semua boleh buat duit kan.. kipidap bro.. pelanggan memang ramai sebab murah..
Wassalam.

Monday, 16 November 2015

Suasana Bandaraya Kuala Lumpur di waktu malam

Assalamualaikum.. Keluarga mertua dari Kelantan melawat kami sekeluarga minggu lepas. Bila dah datang rawang, masing-masing nak berjalan ke Kuala Lumpur. 
Untuk elak kesesakan lalu lintas di siang hari yang akan menyebabkan mood berjalan pun spoil, kami pegi waktu malam.
Kuala Lumpur pun cantik dengan cahaya lampu, anak-anak kecil pun lebih tertarik dengan lampu.
Kalau pergi siang hari dengan panas nye lagi, mau ngamuk jer si Thaqif tu.
Kami bertolak dari Rawang jam pukul 12 tgh malam, Thaqif pun dah tido time tu, angkat je bawa masuk kereta. Sepanjang perjalanan dia tidur. 
Bila sampai depan KLCC, dia bangun. Hilang mengantuknya.  Thaqif pun seronok tengok lampu.. 
Dedi dan Thaqif di depan Menara Berkembar Petronas
 
Anak mama dan dedi 1st time jalan awal pagi cam nie.
 
Nie sepupu Thaqif, Cik Ngah, Long dan Adik
 
Pemandangan Menara Berkembar Petronas, jam hampir pukul 2 pagi.
Lepas tu kami pergi Dataran Merdeka, sunyi je.. kebetulan malam sabtu, tak ramai yang keluar sebab petang tu orang kerja kan.
Bangunan Sultan Abdul Samad
Lepas tu kami round-round depan masjid negara, tapi tak keluar dari kereta sebab macam tak selamat.
Tak sangka banyak gelandangan yang tidur di kaki lima, kesian pun ada.
Perjalanan balik semua tertidur dalam kereta kecuali driver. Sedar-sedar dan ada depan rumah.
Mana tak terlelap, jam pun dah pukul 3.30 pagi.
Wassalam.

Wednesday, 4 November 2015

Cheekaaboo Cutest Crybaby

Assalamualaikum.. minggu lepas Fiza hantar penyertaan untuk Cheekaaboo Cutest Crybaby.. Kot la ada rezeki Thaqif.. Alhamdulillah Thaqif dapat hadiah saguhati. Untuk pengetahuan semua, Cheekaaboo nie adalah a unique collection of fun & vibrant protective swimwear and floaties designed for the comfort of your precious little ones (copy and paste). Boleh lawati http://cheekaaboo.com/ untuk maklumat lanjut.
Balik semula kepada cerita, sebabkan contest nie berkaitan crybaby, Fiza pun hantar gambar kat bawah nie..
Gambar nie diambil kat Cameron Highland, Thaqif nangis sebab nak tidur.
Video nie boleh tengok kat FB Cheekaaboo
Semalam keputusan dah keluar, Thaqif dapat hadiah saguhati.
Tahniah pada baby yang berjaya jadi juara, gambar baby menangis semua comel-comel, mesti susah juri nak buat pemilihan. 
Boleh la survey2 swimming suit untuk Thaqif. Memang niat nak bawa Thaqif belajar berenang, tapi tak tahu la, anak Fiza setakat nie takut air.. hehe..  Wassalam.

Sunday, 1 November 2015

Pendapatan sampingan dengan 8Share

Assalamualaikum.. Baru-baru nie, Fiza ada join peraduan ESCAPEShots 2015 bertemakan hari kemerdekaan 2015 Sehati dan Sejiwa. Penyertaan yang mudah.. dengan ambil gambar dan #sehatisejiwa, boleh berpeluang untuk memenangi RM 10.00.. 
Bagi yang dah mempunyai akaun 8SHARE.. bolah la topup income yang ada.
Alhamdulillah, gambar Fiza antara dipilih..
emel daripada 8SHARE..
Bertema Sehati dan Sejiwa
Selain tu, saja nak kongsikan dengan 8SHARE mudah saja untuk dapatkan income sampingan..
cukup RM 50.00 dah boleh cash out.
Antara 8SHARE special dengan mudah boleh dapat RM 1.00..
Bagi yang belum membuka akaun 8SHARE.. boleh klik di sini.. 8SHARE
Sekadar perkongsian.
Wassalam.

Bacaan Tambahan