Thursday, 31 December 2015

Selamat Menyambut Tahun Baru 2016

Assalamualaikum.. mesti ramai yg tengah bercuti kan.. Fiza pun kejap cuti.. kejap kerja.. semalam dan hari nie cuti tapi sebabkan ada meeting petang nie, datang juga ke pejabat. Esok pula cuti sempena tahun baru 2016. 
Di kesempatan ini Fiza ingin mengucapkan Selamat Menyambut tahun Baru 2016..  hanya beberapa jam je lagi. Harap azam korang semua tahun ini dah tercapai.. Kalau tak tercapai jom la kita bawa azam tu ke tahun depan...
google image
Pendek kata, 
Selamat Menyambut Tahun Baru 2016.
Wassalam.

Wednesday, 23 December 2015

Wordless Wednesday : Office Politics

Assalamualaikum.
Google image
Dimanakan kita digolongkan.. 
hanya orang lain yang dapat menilai diri kita.

Sambutan Hari Lahir di Pejabat

Assalamualaikum.. pejam celik rupanya kita dah berada di penghujung tahun 2015. Masa memang cepat berlalu dan harapnya kita telah mencapai segala azam untuk tahun 2015, dan kalau tak tercapai, In syaa Allah tahun 2016 masih ada. Yang penting jangan berhenti berusaha untuk memajukan diri, keluarga dan sentiasa membantu orang-orang  yang memerlukan.
Selain Fiza yang menyambut bulan kelahiran pada bulan Disember,  kakitangan Pengurus Sumber Manusia, En. Zaki juga turut kami raikan.  Lahir pada 17 Disember tapi kami sambut semalam.
Tak nak lilin sebab En. Zaki segan..
Kakitangan Sumber Manusia (Hadi, Fairuz, Nabila)
 dan Pemasaran (Hanis - tudung hitam) 
Kak Liza dan Siti.. kemain sukanya
Menu special Nasi Briyani Ayam Masak Merah
Kek Coklat kak Ima pun ada, dah ngap dulu.. tapi tak sempat nak ambil gambar 
Tuan tanah pun nak bergambar juga.
En. Zaki memang seorang yang tegas dan ada masa sangat sporting. Paling best dia nie suke belanje anak buah dia. Fiza pun tumpang sekaki.. hehe.. 
Wassalam.

Tuesday, 22 December 2015

Taklimat Lembaga Zakat Selangor

Assalamualaikum.. Hari nie syarikat kami menganjurkan taklimat zakat untuk semua kakitangan syarikat dengan kehadiran penceramah daripada Lembaga Zakat Selangor iaitu En. Wira.
Hujung-hujung tahun nie pasti ramai yang ingin membayar zakat pendapatan dan syarikat telah mengambil inisiatif untuk membantu kakitangan membuat potongan zakat secara bulanan. 
Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga kami melaksanakan potongan zakat pendapatan kerana zakat adalah wajib bagi yang berkemampuan dengan kadar yang telah ditetapkan.
Penceramah daripada Lembaga Zakat Selangor 
Taklimat macam memang Fiza rasakan sangat bagus kerana ia dapat merungkai segala masalah dan persoalan yang selama ini kita pun tidak tahu bahawa zakat pendapatan adalah wajib dibayar mengikut kadar tertentu.
Booklet untuk rujukan 
Borang kebenaran potongan gaji (Skim Berkat)
Cenderahati comel nie Fiza dapat lepas hantar borang
Segala persoalan dan kemusykilan boleh berhubung dengan kakitangan lembaga zakat di http://www.zakatselangor.com.my/.  Info mengenai zakat juga boleh diperolehi dari laman web tersebut.
Wassalam.

Monday, 21 December 2015

Resipi : Goreng Pisang Rangup

Assalamualaikum.. Fiza nak kongsikan resipi untuk menghasilkan pisang salut tepung yang rangup macam dibeli kat kedai/gerai.
Bahan-bahan:
  • Pisang
  • Serbuk kunyit,
  • Tepung Goreng Pisang Adabi,
  • Tepung Kanji Jagung
  • Minyak Masak
  • Garam
  • Air

Cara-cara:
  1. Pertama sekali masukkan tepung goreng pisang adabi dan sedikit tepung kanji berserta air. Tepung kanji jangan diletakkan terlalu banyak. Cukup untuk pekatkan tepung goreng pisang.
  2. Kacau sehingga sebati
  3. Masukkan sedikit serbuk kunyit untuk tambahkan warna kuning.
  4. Masukkan sedikit garam
  5. Masukkan pisang yang telah dibelah dua.
  6. Panaskan minyak dan sedia untuk menggoreng. Agak kekuningan boleh angkat dan hidangkan.

Bahan utama  
salutkan pisang 
Sedia untuk minum petang
Senang kan.. memang rangup. Pada mulanya tak yakin dengan tepung kanji jagung tu.. Bila dah buat memang menjadi. Selamat mencuba. Wassalam.

Lawatan syarikat ke Rumah Anak Yatim

Assalamualaikum.. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kita masih lagi bernafas hingga ke detik ini. Harap kawan-kawan yang baca blog Fiza hari ini diberikan kesihatan yang baik dan sihat sejahtera.
Minggu Sabtu lepas pada 19 Disember 2015, kami telah berkunjung ke rumah anak yatim Rumah Amal Siraman Kasih yang terletak di Country Homes, Rawang. Ini adalah sebagai sebahagian daripada aktiviti kebajikan yang dianjurkan oleh syarikat.
Kunjungan kami pada hari itu secara kebetulan tidak dapat bertemu dengan anak-anak yatim kerana mereka dijemput untuk menghadiri kenduri.
Rumah teres dua tingkat (perempuan)
Barang-barang yang diperlukan
Thaqif pun ikut mama ke sini  
Kakitangan yang hadir
Semoga dengan sedikit sumbangan dapat menggembirakan anak-anak yatim yang ada. Sesiapa yang ingin membuat sumbangan, boleh berbuat demikian dan alamat seperti di bawah:
Rumah Amal Siraman Kasih,
No. 2, Bandar Country Homes, 
Jalan Desa 13/5, Rawang, Selangor.
Puan Fauziah bt. Che Hashim (016-3313513)
Wassalam.

Friday, 18 December 2015

Gelato Fruity buat Mama

Assalamualaikum.. Mggu lepas birthday Fiza, Mr. hubby bawa jalan dan belikan ais krim di Gelato Fruity Aeon Anggun Rawang. First time makan ais krim jenis nie.
Yang best nye penjual siap bagi rasa semua ais krim yang ada..
 Kalau jenis nak mengena, lepas rasa pastu tu blah.. amacam.. haha.. 
Tapi kami memang niat nak beli. Sebab berkenan dengan flavor mangga, so beli la..
Lebih kurang 24 perisa ais krim dijual.
Ais krim mangga.
Harga ikut timbangan gram. 
Thaqif pun pandai makan ais krim sekarang. Pantang nampak dia akan sebut "klim"
Mungkin masa pregnant dia Fiza suka makan ais krim.. dia pun dah terikut. 
Sampai meleleh air mata sebab sejuk.. 
Thaqif yang manja dengan Dedi. 
Perkataan yang dia suke sebut pun dedi..
Terima kasih Mr. Hubby kerana sudi berwefie..
kemain susah nak bergambar.. 
hehe.
Kek mana abang??? hehe.. Fiza tak nak lagi.. tunggu rasa nak makan baru beli..
Wassalam.

Thursday, 17 December 2015

Header Baru Ourmemoria

Assalamualaikum.. siap jugak header baru.. siapa yang perasan?
header lama 
header baru
hampir setahun baru nak tukar header. 
Layout je still lama sebab tak da masa nak edit lagi.. 
agak-agak bila la blog Fiza nie nak berubah yer..
hurrrmmm.. entah lar...

Wednesday, 16 December 2015

Pemenang Bayi Bulan Oktober 2015 Majalah Pa&Ma

Assalamualaikum.. seronok sangat bila dapat tahu Thaqif jadi pemenang untuk peraduan bayi bulan Oktober 2015. Bulan oktober lepas Fiza ada hantar penyertaan dan pernah update penyertaan Thaqif di blog nie.. baca sini. Alhamdulillah rezeki Thaqif. 
Website Pa&Ma
Hanya seorang pemenang sahaja akan menerima hadiah cenderahati dari Pa&Ma. Alamat pun dah submit kat pihak Pama, tak sabar nak dapatkan hadiah.
Cepat2.. Peluang terbuka untuk mama yang ada baby bawah 2 tahun. Jangan lupa ikut syarat-syarat yang diberikan. Mana tahu rezeki anak kan..
Wassalam.

Birthday Suprise

Assalamualaikum.. 11 Disember 2015 lepas genaplah umur Fiza 30 tahun..
OMG.. dah masuk 3 series nie.. tapi kene maintain cute... hehe..
Terima kasih kepada Pengurus Besar Mej. Helmy dan rakan-rakan sepejabat.
Suprise dengan ice cream chocolate cake yang sangat sedap dan tak disangka-sangka.
Alhamdulillah dan bersyukur kerana Allah telah panjangkan umur sehingga hari ini. Fiza mohon agar diberi kesihatan yang baik, rezeki yang berkat dan keluarga yang bahagia.. Amin.
Wassalam.

Friday, 11 December 2015

Tutorial

Thursday, 3 December 2015

Okonomiyaki Japanese Snack

Assalamualaikum.. Hari nie Fiza tak berapa sihat, batuk elok lepas tu batuk semula.. mungkin faktor cuaca kot. Korang pun Fiza nak pesan jaga kesihatan, kalau sakit memang rasa tak bersemangat.
Minggu lepas Fiza sekeluarga ke Aeon Jusco Rawang untuk beli barang keperluan rumah. Fiza dah berpindah ke M Residence Rawang pada 11 November 2015. Kebetulan memang dekat dengan Aeon Rawang. Nie jela tempat nak dituju kalau bosan-bosan duk rumah.
Makanan wajib bawa balik ke rumah, Takoyaki !! Tapi.... dah ada okonomiyaki pulak.. beli terus tak pikir panjang dah.. hehe..
Harga yang berpatutan RM 7.50 dengan pilihan udang, sotong atau ayam..
Fiza pilih baby octopus. 
Takoyaki RM 5.60.. 3 biji 
Nampak je 3 biji, kalau kene memang kenyang 
Tada.. get ready untuk dibawa pulang
Okonomiyaki.. isi baby octopus.. 
Fiza makan sorang.. Mr. Hubby tak berani nak mintak.. hehe..Memang confirm akan repeat beli lagi..
Terbaik..
Wassalam.


Bacaan Tambahan