Peristiwa hujan batu di Tanah Merah, Kelantan

11:09

Assalamualaikum. Hari ini Fiza kembali bekerja setelah 6 hari berada di Tanah Merah, Kelantan menyambut Hari Raya Haji. Mujur perjalanan kami pulang ke kampung lancar dan tidak tersekat dalam trafik jam yang panjang. 
Kami juga mengadakan majlis aqiqah buat Thaqif pada hari raya kedua. Sempurna sudah ibadah aqiqah dan ianya berjalan lancar. Alhamdulillah.
Cerita pasal majlis dan ibadah aqiqah Fiza akan update nanti. Peristiwa lain yang berlaku pada petang hari raya di mana kampung Mr. Hubby di Kg. Bendang Nyior, Tanah Merah, Kelantan dilanda hujan batu.
Pertama kali dalam hidup Fiza melihat sendiri fenomena hujan batu. Pada 12 September 2016 hari Isnin, jam 7.15 petang, hujan turun dengan lebat disertai dengan kilat, guruh dan ribut yang sangat kuat sehinggakan bumbung zink tempat letak tercabut terbang entah ke mana. Thaqif menangis bila tengok zink rumah hampit terangkat sebab kampung tak guna siling. 
Hampir 15 minit hujan ribut, tiba-tiba bunyi titik-titik hujan yang kuat atas bumbung. Bila tengok rupanya hujan batu turun. Bertaburan hujan sebesar manik di tempat letak kereta dan depan rumah dan kami ahli keluarga masing-masing kutip dan makan. Orang kata kalau makan hujan batu, otak akan menjadi geliga. Wallahualam.
Hujan batu sebesar 20 sen 
Fiza pun ambil dan makan
Suasana selepas hujan reda 
Malam itu, Fiza keluar ke bandar Tanah Merah. Bergelimpangan khemah-khemah kecil dan gerai-gerai burger. Sign board kedai patah, banner-banner serta banting koyak rabak. Memang dasyat juga ribut tadi. Masya Allah, kuasa Allah.
Gambar ini adik Fiza hantar kesan ribut yang kuat.
Pembentukan Hujan Batu
Hujan batu atau hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas tahap pembekuan. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara subtropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa. Sumber
Peristiwa yang memang Fiza tidak akan lupakan. Hujan dan ribut yang kuat rupanya membawa hujan batu. Mujur ia tidak membawa kerosakan yang besar kepada kami sekeluarga. Syukur pada Allah dan kami menyedari betapa besar dan hebatnya kuasa Mu. Allahu Akbar.
Wassalam.

You Might Also Like

3 kitty baik hati komen

  1. ya Allah.. kat umah cik nor xhjan rasanya.. ribut sj jer.. xde no. contact fiza..klu xblh jumpa..:)

    ReplyDelete
  2. masa hari raya haji tu mmg sume tmpt hujan kan.. e'in blk kg asben kat pontian pun hujan lebat sgt..

    tp sblm nie kat jb pun dh penah kena hujan air batu nie..

    ReplyDelete
  3. jarang merasa hujan batu dkt mesia..besar jugakk saiz diaa

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah