Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 1 Mei 2017.

Gaya Hijab Terkini 2016

12:44

Pasti terasa bosan apabila mengenakan Hijab yang sama apabila hendak keluar dari rumah atau ke pejabat. Dengan corak dan rekaan Hijab masa kini, sudah pasti wanita yang berhijab mahukan rekaan Hijab yang menarik untuk digayakan sebagai "Outfit of the Day".
Langkah bijak adalah dengan membuat pembelian atas talian disamping dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Trend fesyen tudung terkini juga telah memperlihatkan pelbagai gaya hijab terkini dengan stail yang moden. Populariti trend fesyen Muslimah telah naik secara mendadak selepas menjadi gaya pilihan bagi fashionista Muslimah moden. Golongan ini semakin dikenali sebagai hijabista di mana mereka agak menonjol di pentas fesyen Malaysia buat masa ini. Kebanyakan mereka terdiri daripada ramai blogger Malaysia terkenal yang menggayakan style fesyen Muslimah moden. Stail yang digayakan oleh mereka mendapat perhatian pembaca dan peminat fesyen di seluruh Malaysia lantas mencipta fenomena hijab moden terbaru. 
Tudung kini juga antara aksesori fesyen yang semakin popular di Malaysia. Wanita Muslim mengenakannya bukan sekadar untuk bergaya namun kerana menuntut perintah agama agar menutup aurat.
Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini nilai pasaran tudung melonjak tinggi selepas mendapat sentuhan rekaan dan stail yang lebih segar dan moden daripada pereka-pereka fesyen terkenal Malaysia seperti Hatta Dolmat, Jovian Mandagie dan Rizman Ruzaini. Koleksi fesyen hijab terkini yang ditawarkan oleh mereka boleh didapati dengan harga mampu milik bersama kualiti yang cukup menakjubkan! 
Antara variasi jenis tudung yang boleh didapati di Malaysia ialah tudung bawal, tudung satin, tudung Syria, selendang dan macam-macam lagi.

Tudung adalah satu item yang sangat penting buat wanita Islam. Ini kerana menutup aurat adalah wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi mereka untuk menerapkan ajaran agama yang dipraktikkan. Namun bagi wanita di Malaysia pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan mereka untuk bergaya. Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai ianya dapat menambahkan keserian kepada si pemakai.
Mendapatkan tudung murah kini lebih mudah dengan pembelian atas talian. Untuk pengetahuan anda di luar sana banyak website online shopping Malaysia yang menawarkan pelbagai koleksi tudung terkini untuk wanita online. Pilih butik tudung online yang terbaik demi kepuasan anda sendiri!



You Might Also Like

2 kitty baik hati komen

  1. sy sekarang makin tertarik dengan koleksi bawal AJ hehehe

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan

Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah