Find us on Facebook

Tebus mata dan dapatkan Drypers baby care di Drypers Point Shop

Assalamualaikum.. Sebulan lepas Fiza teruskan lagi menebus hadiah hasil daripada pembelian lampin bayi Drypers di Drypers Point Shop. Sejak isu dan aduan mengenai Dryper Wee Wee Dry yang kerap bocor serta nipis, Fiza juga telah menukar jenama lampin yang lain untuk kelesaan Thaqif. 

Berat juga hati untuk tukar tapi disebabkan kerap bocor, kesian pada anak. Pada mulanya ingatkan Thaqif buang air besar atau air kecil terlalu banyak sehingga menyebabkan kebocoran. Sebaliknya banyak aduan telah di poskan di FB Drypers mengenai masalah ini.

Pada mulanya berat juga untuk beralih ke jenama lain sebab telah menjadi pengguna setia sejak Thaqif newborn. Fiza pun ambil keputusan untuk beralih ke jenama MamyPoko buat masa ini. Sekarang, alhamdulillah masalah kebocoran sudah selesai.

Surat barang penebusan. 

Drypers Baby Wipes, Drypers Talcum,
2 x Drypers Baby Care Travel Pack 

Fiza akan teruskan gunakan point yang ada untuk penebusan selagi stok ada. Rugi kalau dibiarkan point terkumpul tanpa penebusan. Produk barangan Drypers baby care memang terbaik. Suka bau baby talkum, wangi sangat. 
Entry berkaitan :


Wassalam.

Post a Comment

6 Comments

  1. WoW!!! Banyaknya point..
    LeYa buat masa ni belum ade rezeki anak lagi..
    Jadi hanya boleh lihat aje la ibu2 tebus mata ganjaran dgn drypers..hehe..

    ReplyDelete
  2. bukan setakat kualiti,malah harganya dah mahal..rasa memang nak tukar kepada yang lain..

    ReplyDelete
  3. Dah lama tukar ke Pet Pet sbb kualiti drypers dh tak okey

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum fiza..kita belum tebus lagi last point tu sebab da bertukar ke tesco loves baby utk adam&umar. Hehehe toys drypers pun dah tak awesome sgt mcm dulu kan...

    ReplyDelete
  5. Saya tak ada baby.
    Kalau ada memang guna produk ni.
    Dapat tebus mata. Untung.
    From:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete