Wednesday, 20 January 2016

Resipi ringkas untuk bayi 6 bulan dan ke atas

Assalamualaikum.. Bagi mama-mama yang mencari resipi yang sesuai untuk baby bermula 6 bulan dan ke atas, Fiza akan kongsikan 5 resipi masakan ringkas untuk rujukan. Sebab masak Fiza masak ikut hati nak letak banyak mana. kuantiti kene agak-agak sendiri..  Yang penting sedap dan berkhasiat untuk baby.
google image
1. Resipi masakan kentang
Kentang
Keju cedar
Brokoli
2-3 sudu air suam @ susu
Cara - cara : Rebus kentang dan brokoli, campur dan kemudian kisar semua bahan.

2. Bubur Oat bersama Ikan
Oat / beras
Ikan / ikan bilis
Air
Cara -cara : Sama macam buat bubur nasi. Masuk semua bahan.

google image
3. Bubur Nasi dan Kurma
Nasi yang telah dimasak
air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
Cara - cara : Kisar semua bahan

4. Pasta Baby
Spaggeti (dipatah-patahkan)
Kentang*
Lobak merah*
Isi ayam (hiris nipis)*
Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris kasar)
Air
Cara-cara ; Rebus spegeti berasingan. Rebus bahan bertanda* bersama. Last blend semua bahan.

5. Cheesy rice dengan ikan bilis & carrot
Beras
Cheedar cheese
Puri Lobak
Stok ikan bilis
Cara-cara: Masak beras, puri dan stok. Last letakkan cheese.

Nanti Fiza akan kongsikan lagi menu resipi yang Fiza dah try. Mudah dan senang. Sediakan makanan untuk baby memang best. Paling best dapat tengok dia makan kenyang. Wassalam.

Wednesday, 13 January 2016

Cash Out 8Share untuk kali keempat

Assalamualaikum.. Nak kongsikan kegembiraan hasil dengan 8Share. Alhamdulillah, 8Share baru je masukkan RM 49.00 dah masuk akaun. Lepas la nak beli tudung Anaqeen pulak.. hehe..

Kalau korang nak tahu, 8Share boleh di cash out apabila amaun mencecah RM50. 
Korang yang nak join, boleh daftarkan diri di sini.
Mudah dan senang. Hanya kongsikan iklan di laman sosial, korang dah boleh buat duit.

Wassalam.


Lindungi bucu tajam dengan corner protector

Assalamualaikum.. Setelah seminggu, hari nie berkesempatan untuk update blog. Tahun baru nie, kerja di pejabat perlu diutamakan dahulu. 
Entry kali nie Fiza nak kongsikan cara Fiza lindungi bucu-bucu tajam daripada terkena kita dan paling penting untuk lindungi anak daripada terluka.
Fiza memang risau sangat dengan bucu-bucu yang ada terutamanya pada tangga dan kabinet. Tambahan pula Thaqif dah laju merangkak.. tahu je dah ada dekat bucu tangga. Memang risau sangat. 
Minggu lepas Fiza ke DIY Tesco Rawang untuk cari corner protector. Harga pun tak mahal, ikut pada saiz. Paling murah RM2.80.
Corner Protector 
DIY dengan menampal double tape yang telah disediakan 
Sesuai di bucu kabinet dapur
Melindungi bucu tangga 
Bucu kabinet TV
Bucu meja makan Fiza beli jenis span.
Bila dah pasang kat semua bucu, terasa lega sebab selama nie risau je kalau Thaqif kalau Thaqif terhantuk. Sekarang nie baru la tenang nak lepaskan Thaqif merangkak ke mana-mana dalam rumah. Sebab orang mencegah lebih baik daripada mengubati. Wassalam.

Wednesday, 6 January 2016

Wordless Wednesday - Brand new start

Assalamualaikum..
Start from now and still don't late
Wassalam

Tuesday, 5 January 2016

Thaqif dalam Majalah Pa&Ma

Assalamualaikum.. Hari nie berpeluang sikit untuk update kedua dalam tahun baru 2016 nie.. Ingat berazam untuk cuba aktif semula dalam menulis blog nie.. In Syaa Allah..
Sejak pregnant dulu sampai la sekarang, umur Thaqif pun dan 10 bulan, sikit nya Fiza update blog..
Memang merudum betul jumlah pengunjung blog Fiza nie.. Nie semua sebab penyakit 'M'..
Haha.. korang teka la penyakit ape tu.. jawapannya MALAS..
hehe..
Bulan Oktober 2015, Fiza telah hantar penyertaan bayi bulan ini untuk bulan Oktober 2015 di website Pa&Ma.. Rezeki Thaqif, pengumaman keluar pada bulan Disember 2015.. baca sini..
Bulan Januari 2016, gambar Thaqif ada dalam Majalah Pa&Ma. 
Glamour kejap anak mama dan dedi nie.
Thaqif tak tahu apa pun.. semua nie keje mama dia la.. Dia tengok majalah, bukan kenal pun muka dia ada dalam tu.. tahu nak dikoyaknye..
Pemenang Bayi Bulan Oktober 2015 
Keputusan Peraduan 
Majalah Pa&Ma Januari 2016
Seronok bila gambar Thaqif keluar kat majalah.  Bukan apa, ini semua untuk kenangan Thaqif dan Mama. Thaqif pun cepat membesar. Kejap je umur Thaqif dah 10 bulan. 
Thaqif pun tak nak dah dipeluk macam baby.. Baru pegang dah mintak nak dilepaskan sebab nak berdiri, nak bermain.
Letak dalam baby walker, abis satu rumah ditawaf.. Belum dapat kaki lagi tu.. Dah dapat berjalan nanti tak tahu la macam mana.
Gigi je tak tumbuh lagi tapi mulut bising.. Orang cakap gigi lambat tumbuh sebab nak bercakap dulu..
Tak pe Mama tak kisah sebab Thaqif comel je takde gigi.. hehe..
Thaqif 10 bulan
Wassalam

Friday, 1 January 2016

Kenali Si Empunya Ourmemoria

Assalamualaikum. 
Terpanggil untuk memperkenalkan diri secara rasmi memandangkan Fiza hanya kategori blogger suam-suam kuku. Pada mulanya hanya dengan menulis untuk suka-suka dan akhirnya menjadi sebahagian dalam kehidupan lebih-lebih lagi apabila mempunyai masa lapang.
Fiza dilahirkan di Pulau Pinang dan dibesarkan di Pahang. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 1 Mac 2015 setelah 3 tahun berumah tangga dengan suami yang berasal dari Negeri Kelantan.
Menamatkan pelajaran di Tingkatan 5 di SMK Bentong, Pahang dan melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Kedah dalam bidang Sains Fizikal. Fiza berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang Teknologi Maklumat (Multimedia) dan menjadi graduan pada tahun 2009. 
Bersyukur kerana diterima bekerja dan berkhidmat setelah mendapat segulung ijazah dan masih meneruskan kerjaya sehingga kini dalam bidang pentadbiran (2016).
Fiza amat meminati K-POP dan juga K-Drama. Selain itu juga, Fiza adalah peminat dan pengumpul barangan bertemakan Hello Kitty mengikut kemampuan. 
Blog Ourmemoria banyak memberi pengalaman kepada Fiza untuk menulis dengan lebih baik dan merasakan betapa seronoknya dapat menulis pengalaman sendiri disamping dapat memberi info kepada pembaca. 
Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang memberi sokongan dan komen yang membina. Di harap blog Ourmemoria dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.
Terima Kasih.
Hafiza Hadzir @ Fiza Aizzawa
Jika anda ingin berurusan tentang Produk review/servis/pengiklanan dan sebarang soalan boleh emelkan di alamat emel di bawah:
Emel : fizaizawa@gmail.com
FB: Ourmemoria BLOG
IG: fiza_aizzawa
Whatsapp : 0179488034

Bacaan Tambahan