Wednesday, 27 April 2016

Wordless Wednesday : Bentuk Bibir dan keperibadian.

Assalamualaikum.. Just for fun.
kredit:google image
Mesti korang cepat-cepat cari cermin kan.. hehe..
Wassalam

Tuesday, 26 April 2016

Lawatan ke Lombong Bijih Timah, Sg. Lembing

Assalamualaikum, tak habis lagi update perjalanan masa ke Kuantan hari tu, hari terakhir kami buat lawatan ke Lombong Bijih Timah Bawah Tanah Sg. Lembing (Tai Pei Tong) memandangkan tak pernah lagi menjejakkan kaki ke sini. Alang-alang dah ramai, nak jugak nengok apa yang ada.
Setibanya kami di sana, rupenye kalau nak pegi tempat melombong tu kene la gunakan keretapi yang disediakan. Setelah berbincang lagipun masa pun suntuk, kami bercadang untuk tidak masuk gua kawasan melombong. Lagipun masing-masing ada anak kecil. Nampak tak berapa elok. Kalau solo dah lama Fiza redah je.. hehe..
Kawan menunggu keretapi lombong
Pintu masuk lombong 
Kawasan persekitaran
Kami bergambar dengan Nadia, En. Samsul dan Kak Liza 
Kedai Cenderamata
Faizul's Family
Tatih.. Thaqif dah jejakkan kaki kat sini.
Lepas tu kami semua bertolak balik sebab esok masing-masing dah nak kerja. Sekian sahaja lawatan sambil belajar kami. Tiga hari di Kuantan kerana menghadiri kenduri kahwin, tinggal di homestay bersama-sama kakitangan GSC memang satu kenangan yang sangat best di samping dapat kenal famili kakitangan yang lain.
Wassalam.

Monday, 25 April 2016

Supper di Restoran Super Kitchen

Assalamualaikum.. Morning sume.. pagi nie ambil masa update blog sikit sebelum mood malas melanda. Sambungan kisah dua minggu lepas di Kuantan, lepas kenduri kami sekeluarga kecil GSC singgah untuk minum malam di Restoran Super Kitchen kebetulan berdekatan dengan homestay.
sekali pandang macam lambang Master Chef pulak kan..
Pertama kali menjejakkan kaki masuk restoran nie, Fiza terpegun dengan hiasan dan peralatan yang disediakan. Menu utama stimbot.
Hiasan dinding yang sangat kontemporari.
Meja berlaci. Siap sedia dengan mangkuk kecil pinggan, sudu, tisu.
Meja bersama dapur elektrik. Khas untuk stimbot.
Kaunter pembayaran dan dapur western food
Ruang yang luas. Sesuai kalau nak buat makan-makan besar.
Oke masa untuk order makanan. Oleh sebab kami baru sahaja makan kenduri. Kami tak ambil menu stimbot tu. Niat pun nak minum jer..
Thaqif nak order ape yer..
Kak Liza, semua menu nampak sedap.. hehe

Muka still lapar En. Samsul nie..
Kapt Salim dah macam study menu nampaknye.
Kata nak minum je tadi kan.. 
Eh.. Tuan rumah sembang ape tu.
Kredit gambar kepada Nadia tapi gambar dia pula xde..
Nie menu Kak Liza, mee udang. 
Menu nie dorang pilihkan untuk Fiza, sup ekor.
Boleh makan dengan Thaqif.
Epal jus
Niat nak minum last2 makan jugak. Memang kenyang sungguh hari tu. Kami tiba di homestay dalam pukul 12 malam. Aktiviti hari esok pun kami dah sempat bincang sebelum bertolak pulang.
Nanti update lagi. 
Wassalam.

Friday, 22 April 2016

Pelakon Descendants of the Sun

Assalamualaikum.. post nie tuk peminat kdrama yang layan Descendants of the Sun.. walaupun cerita nie dah habis dan banyak kali ulang di channel KBS, ia masih menjadi trending dan panas macam goreng pisang. Mungkin sebab jalan cerita dia, percintaan antara anggota tentera dan doktor yang hensom dan cantik. Pelakon pulak boleh dikatakan star. Kdraman nie dibintangi oleh Song Joong-ki, Song Hye-kyo, Jin GooKim dan Ji-won. 
Watak utama
Song Joong-ki, Song Hye-kyo, Jin GooKim dan Ji-won
Boleh kata tak berkelip mata tengok lakonan dorang nie. Dalam kesibukan dan keseriusan mereka dalam menjalankan tugas, mereka sempat bercinta dan banyak dugaan yang mereka hadapi.
Untuk ubat rindu korang, meh Fiza belanja gambar-gambar dorang. 
 
Gambar sedutan daripada drama Descendants of the Sun.
 
 
 
   
 
Hensom kan abg-abg askar nie.. hehe.. ingatkan nak buat sinopsis untuk cerita nie tapi rasanya malas lagi.. tunggu la bila-bila rajin. Online streaming pun banyak kat website. Selamat menonton.
Kredit gambar : KBS World, Google Image

Menghadiri perkahwinan istiadat tentera

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Pendekkan cerita, minggu lepas kami sekeluarga bersama-sama rakan sepejabat telah menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki bos di Dewan Bandar Indera Mahkota Kuantan, Pahang.
Selamat Pengantin baru buat Kapt. Mohd Khair Al- Halim dan pasangannya.
Tahniah Tuan Helmy atas kehadiran menantu baru.
Semoga kekal ke anak cucu.
Perkahwinan tentera memang penuh istiadat. Kalau dah hadir perkahwinan tentera mesti ada sword bearer. Ia adalah tradisi perkahwinan bagi pegawai pegawai tentera. Orang cakap kawen lalu bawah pedang.
Maaf la gambar tiada. Lagi pun upacara rasmi dan Fiza pun segan nak ambil gambar time dorang lalu bawah pedang tu. Biar je photographer yang jlnkan tugas dorg.
Kami dapat meja depan. 
Dapatlah tengok pengantin dengan jelas..

Thaqif pun teringin nak lalu kat red carpet
Kami satu nursery.
Thaqif dan Natasya
Keluarga Mej. Helmy dan kakitangan GSC.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Makan pun sedap walaupun tengah berpantang. 
Last sekali mestilah bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan. 
Wassalam.

Friday, 1 April 2016

Percutian keluarga di PRIMALAND Port Dickson Resort & Convention Centre

Assalamualaikum.. sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-5 pada 26 Mac 2016 yang lalu, kami sekeluarga telah ke Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bila ada anak kecil, elok cari tempat yang ada kolam renang, sebab nak mandi pantai memang tak sesuai dengan cuaca panas sekarang.
Cari punya cari kat Agoda.com, kami pilih PRIMALAND Port Dickson Resort & Convention Centre dengan harga selepas diskaun RM 229.18 bilik Studio Standard untuk satu malam tidak termasuk yuran masuk waterpark.
bertolak dari Rawang jam 10 pagi, tiba jam 1 tgh hari
pejabat untuk check in.. jam 2 baru boleh ambil kunci
kaunter check in  
PD Waterpark 
Apartment Blok A. 
Katil single.. kami cantum jadi double.. hehe 
Small pantry 
Ruang Tamu.. kalau nak bawa keluarga besar pun berbaloi 
Kemudahan meja tulis dan sejadah disediakan 
Pemandangan waterpark dari bilik kami.
Petang tu kami turun untuk mandi kat waterpark. Yuran masuk RM 80 untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas RM 20 untuk 2 hari.
Pas petang dan pagi esok 
Pengalaman pertama Thaqif bermain air kolam. 
Sebelum nie berendam kolam depan rumah jer.. 
Pemandangan 1
Pemandangan 2
Pemandangan 3
 Pemandangan 4
Pemandangan 5
Thaqif dan Dedi.. masa nie Thaqif still takut air lagi   
Bila dah tak takut air. 
Kalau boleh Thaqif nak berenang sendiri tu..  
Happy.. memang seronok dan rasa berbaloi..
Untuk korang yang masih tercari2 tempat untuk bawa anak-anak mandi kolam, Fiza cadangkan Primaland nie untuk jadi destinasi pilihan. In Syaa Allah kami bercadang untuk datang lagi dengan famili besar.
Kekurangan Primaland nie cuma sukar untuk dapatkan kedai makan dan kedai runcit. Perlu ke Teluk Kemang yang mengambil masa lebih kurang 10 minit perjalanan.
Wassalam.

Bacaan Tambahan