Wednesday, 18 May 2016

Wordless Wednesday : Ramadhan hampir tiba

Assalamualaikum..
Google image
Wassalam.

Monday, 16 May 2016

Cenderahati dari Beijing, China

Assalamualaikum.. 
Fiza hari nie tak berapa sihat kene batuk dan selsema. 
Semalam satu hari tumbang sebab demam.
Thaqif tumbuh gigi mama yang demam.
Entry ringkas je hari nie. Dah lama nak tulis cume gambar FM baru sempat nak ambil.
Member opis pergi Beijing. Sebagai cenderahati di belikan untuk semua kakitangan opis.
FM Great Wall of China
Okay lah, nak sambung batuk dengan bersin dulu, hidung pun tersumbat.. alahai.
Wassalam.



Wednesday, 11 May 2016

Wordless Wednesday : Bersyukur

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..

Monday, 9 May 2016

Pagar keselamatan bayi

Assalamualaikum dan selamat pagi. Perancangan untuk memasang pagar di tangga rumah berjaya selepas dapat gaji.. Survey, tengok harga,, tengok bentuk, maka beli la terus. Order jumaat sampai di pejabat hari Selasa sebab Isnin cuti Hari Buruh.
Memang cepat dan pantas.. Tulah kelebihan membeli kat Lazada nie..
Kotak dia memang besar.. terkejut bila sampai 
Pemasangan juga mudah.. 
ketatkan di tepi dinding dan pagar tanpa perlu menebuk lubang 
Kuat dan kukuh 
Fiza beli pagar beserta dua extention.
Rupanya perlu satu extension je.. satu lagi simpan dan pasang kat tangga atas pula
Merenung di luar tangga jela Thaqif..
tulah suka sangat memanjat 
Website Lazada..
 tawaran dengan harga yang sangat berpatutan
Semua nie untuk keselamatan anak mama si Thaqif tu.. memang tak boleh nampak tangga.. nak memanjat jer.. Kita risaukan dia jatuh.. Untuk langkah keselamatan, terpaksalah untuk beli safety gate. Baru la lega.
Wassalam.

Friday, 6 May 2016

Cenderahati dari Pulau Langkawi

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.. sunyi dah rasanya blog Fiza nie sebab Fiza pun dah jarang BW macam dulu.. malas ada.. pastu masa pun tak de.. Jadi bila ada cerita baru la update..
Dulu bila dapat FM ke.. keychain ke.. mesti update.. sekarang nie bila dapat letak kat peti lepas tu malas dah nak update.. Kali nie nak rajin sikit sebab dapat cenderahati daripada dua orang yang pergi langkawi bulan lepas.. Member opis dan adik Fiza.
Cenderahati dari member opis
 
 
 
Cenderahati dari Adik Fiza 
 
Walaupun tak banyak sekurang-kurangnya dorang ingat kat kite.. hehe..
Bila lagi la Fiza nak pergi langkawi.. 
rindu jugak nak shopping coklat banyak-banyak.
Last pegi seingat Fiza tahun 2012.. Lama dah tu.
Kene kumpul duit nie.
Ada rezeki nak bawa Thaqif pulak naik bot..
Wassalam.

Bacaan Tambahan