Monday, 27 June 2016

Mee segera Ramyeon keluaran Samyang pedas menyengat

Assalamualaikum.. maaf lah kalau post pasal makanan tengah hari macam nie..
Heboh pasal isu ramen korea tak halal, Jakim dah umumkan ramen keluaran Samyang adalah halal.
Info boleh rujuk di sini.
Sebelum nie duk usha je kat Aeon Rawang jer. Minggu lepas pergi nak beli, terkejut dengan stok dorang. Dah nak abis kat rak. Ramai juga yang berminat nak merasa ramen nie.
Samyang ada keluarkan dua jenis mee iaitu jenis stir fried noodle dan juga noodle soup.
Bagi peminat pedas berapi korang boleh try Hot chicken flavor ramen.
Satu bungkus harga lebih kurang RM 5 
Rebus dalam air mendidih selama 5 minit 
Perencah 
Gaulkan sehingga sebati 
Sedia untuk dihidang
Serius memang sedap. Sebungkus boleh makan 2 orang kalau korang tahan dengan kepedasan.
Kalau tak tahan sekali suap dah give up, boleh la makan 10 orang.
Fiza dapat makan separuh je sebab pedas sangat. 
Bagi yang teringin boleh dapatkan di AEON.
Pesanan kalau nak jadikan ramen menu berbuka puasa 
pastikan perut bersedia takut sakit perut nanti.. hehe...
Wassalam.

Thursday, 23 June 2016

Happy Birthday Mak

Assalamualaikum.. sehari sebelum puasa, Fiza sempat pulang ke Bentong untuk sambut besday Mak pada 5 Jun 2016. Kami ambil kesempatan untuk makan di Secret Recipi Bentong.
Thaqif bersama nenek dan tok abah 
Nak bagi Thaqif diam dalam baby chair, kene bagi sudu 
Favorite, Prawn Macaroni and cheese 
Gambar sekeluarga
Fiza sekeluarga doakan mak sentiasa dalam keadaan baik dan sihat selalu sebab kami semua sayang sangat pada mak.
Muahhh..
Wassalam.

Tuesday, 21 June 2016

Pengertian Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum.. Esok Fiza akan bercuti kerana sambutan Hari Nuzul Quran yang disambut pada setiap 17 Ramadhan. Tapi tidak semua negeri akan bercuti. Negeri yang dikecualikan daripada bercuti adalah Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sabah. Negeri yang tidak dinyatakan boleh la bercuti.
Sedar tak sedar juga sudah setengah bulan umat islam menjalani ibadah puasa. Sedikit perkongsian mengenai pengertian Nuzul Quran untuk pengetahuan bersama.

PENURUNAN AL-QURAN (NUZUL AL-QURAN) 
  • PENGENALAN
Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat.
Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan mengenai penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) salah satu aspek daripada pengajian ‘Ulum al-Quran’. Ilmu berkaitan Nuzul akan membicarakan mengenai cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat-tempat turunnya ayat-ayat al-Quran, masanya, awalnya dan akhirnya. Berdasarkan ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah dan Madaniyyah dan juga mengetahui asbab al-nuzul.

  • PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) dan banyak lagi ayat-ayat lain.

  • CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN
‘Aishah isteri Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.

Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Pernah bertanya kepada Baginda bagaimana Wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab,”Kadang-kadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema (desingan) loceng Dan ini amat berat bagi-Ku, Dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang IA datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-Ku merupai lelaki, bercakap dengan-Ku Dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-Ku.”

  • PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekali Gus, Dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekali Gus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz; kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; Dan kali ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. Dalam tempoh 20 malam.

Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.

1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.

Penurunan ini berlaku sekali Gus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,

بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .

“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)

2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.

Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;

Allah SWT berfirman,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185)

Firman Allah SWT,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3)

Firman Allah SWT,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1)

Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.

Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”

3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah s.a.w. (dalam masa 20 malam).

Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s.a.w. dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah.

Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.


google image
Wallahu a’lam.

Monday, 20 June 2016

Penebusan mata Drypers Baby Club

Assalamualaikum.. Khas untuk mommies yang bagi anak pakai lampin pakai buang Drypers. Setahun lepas Fiza ada keluarkan entry pasal cara untuk mengumpul drypers point. Baca sini. Lampin pakai buang drypers ada point tersembunyi dalam plastik lampin tu. Memang tak kan rugi sebab drypers point yang terkumpul kita boleh redeem barang kat Drypers point shop.
Setahun Fiza kumpul mata akhirnya mencecah 4710. Akhirnya Fiza ambil keputusan untuk redeem barang. 
Connecting Game
Umur yang disyorkan: 2 tahun & ke atas.
Connecting Game adalah satu mainan untuk membangunkan ingatan dan kemahiran kognitif semasa mempelajari bentuk, warna , objek dan konsep-konsep asas mengenai tanda-tanda, produk isi rumah, haiwan dan banyak lagi. Menggunakan bateri AA.
Alat bantuan bermain sambil mengira 
Surat penebusan 
Kad pembelajaran 
Connecting Game
Mainan nie khas untuk 2 tahun ke atas. Sesuai kot dengan Thaqif yang umur setahun tu. Thaqif pun sekarang berminat dengan ABC je. Lepas nie nak ajar dia supaya berminat dengan nombor pulak. Kumpul lagi mata untuk hadiah yang lebih menarik. Wassalam.
Website : Drypers 

K-Drama Review - Beautiful Gong Shim

Assalamualaikum.. untuk review k-drama kali nie bertajuk Beautiful Gong Shim akan buat korang tersenyum dan ketawa.
Cerita yang agak kelakar dan santai. Rugi kalau korang tak tengok.
Tajuk: Beautiful Gong Shim
Juga dikenali sebagai: Pretty Ugly, Beast's Beauty, Dear Fair Lady Kong Shim
Genre: Romantik, Komedi
Episod: 20
Rangkaian siaran: SBS
Sinopsis
Kisah cinta dua adik-beradik dan dua orang lelaki. Watak Kakak Gong Mi (Seo Hyo-rim) yang mempunyai segala-galanya termasuk penampilan yang cantik, dan adiknya Gong Shim (Bang Minah) yang hanya mempunyai hati yang baik. 
Ahn Dan-tae (Namkoong Min) penyewa bilik atas bumbung milik Gong Shim. Seorang peguam yang memiliki sebuah syarikat kecil bebas. Dia bekerja sambilan sebagai pemandu waktu malam untuk pendapatan tambahan. 
Seok Joon-soo (On Joo-wan) adalah ahli waris sementara Star Group. Walaupun dia seorang yang yang baik dan mempunya personaliti yang kacak, neneknya sering menghinanya kerana dia adalah punca anak meninggal dunia dan cucunya diculik di parti hari jadi Joon Soo, Persahabatan Joon Soo dengan Dan-tae bermula selepas Dan-tae menyelamatkan dia daripada sekumpulan samseng dan persahabatan ini juga membawa beliau menemui Gong Shim.
Pelakon Utama
Namkoong Min sebagai Ahn Dan-tae / Seok Joon-pyo
Bang Minah (Ahli kumpulan K-Pop Girl's Day) sebagai Gong Shim 
On Joo-wan sebagai Seok Joon-soo
Seo Hyo-rim sebagai Gong Mi
Bang Minah dan Namkoong Min 
 Seo Hyo-rim dan Namkoong Min
On Joo-wan dan Bang Minah 
Untuk kesudahannya, korang mesti tengok cerita nie. Jalan cerita yang agak santai dan watak gong shim memang comel walaupun hanya rambut palsu. Sebab apa dia suka pakai rambut palsu? Korang kene la tengok cerita nie.  
Wassalam.

Thursday, 9 June 2016

K-Drama Review - Jackpot

Assalamualaikum.. K-drama yang Fiza tengah layan sekarang nie bertajuk Jackpot. Cerita sejarah yang sangat menarik dan tidak bosan.
Tajuk: Jackpot
Juga dikenali sebagai: The Royal Gambler
Genre: Sejarah, Perjudian, Balas Dendam
Episod: 24
Rangkaian siaran: SBS
Sinopsis
Drama yang mengisahkan seorang putera yang terpaksa hidup sebagai rakyat biasa dan menggunakan kemahiran perjudian untuk membalas dendam terhadap Raja.
Baek Dae Gil (Jang Geun Suk) adalah penjudi yang terbaik di era Joseon. Beliau memegang watak yang kelihatan ingin membalas dendam yang sangat mendalam tetapi kelihatan tenang secara luaran. King Yeongjo (Yeo Jin Goo) adalah seorang lelaki yang tetap dengan pendiriannya. Sementara itu, Dam Seo (Im Ji Yun) wujud semata-mata untuk membalas dendam kepada raja.
Pelakon utama
Jang Geun Suk sebagai Baek Dae Gil
Yeo Jin Goo sebagai Putera Yeoning (kemudiannya Raja Yoengjo)
Jun Kwang Ryul sebagai Lee In Jwa
Choi Min Soo sebagai Raja Sookjong
Im Ji Yun sebagai Dam Seo
Yoon Jin Seo sebagai Suk Bin Choe
Yoon Ji Hye sebagai Hong Mae
Lee Moon Shik sebagai Baek Man Geum
Ahn Kil Kang sebagai Kim Che Gun
Baek Dae Gil 
Putera Yeoning 
Dam Seo 
Lee In Jwa 
Raja Sookjong 
Suk Bin Choe
Wassalam.

Tuesday, 7 June 2016

Cara Mengetahui WhatsApp Anda Diblock Rakan

Assalamualaikum.. salam 2 Ramadhan. Fiza nak kongsikan info pada korang yang tak tahu nombor korang telah diblock. Selalu jugak kene macam nie tanpa sebab. Mungkin dia marah atau meluat kat kita. Hanya Allah je yang tahu. Yang penting kita happy.
1. Tiada paparan gambar profile rakan anda dan status terakhir rakan anda

2. Tidak dapat melihat "last seen" / status online 
 
Makanya kita tahulah yang kita telah diblock. Rasanya macam kebudak-budakkan kalau buat perangai macam nie kan. Kita yang dewasa nie tengok jela. 
Wassalam.

Friday, 3 June 2016

Kebun Kecilku

Assalamualaikum dan salam jumaat.. Beberapa hari je lagi kita nak menyambut ramadhan.. seronok sebab dapat berpuasa dan balik awal..
hehe
Puasa kali nie dah tekad nak memasak waktu berbuka sebab rasa membazir pula kalau hari-hari membeli kat bazar ramadhan.
Harga makanan pun makin mahal. Tahun lepas pun dah mahal, tahun nie tak tahu la mcm mana.
Kita belanja ikut kemampuan dan kene berjimat zaman sekarang nie..
Kalau tak gaji banyak mana pun tak cukup.
Saja nak kongsi kebun kecil belakang rumah. Daripada tanah yang kecil tu dibiarkan semak..
Mak mertua mula menanam masa datang rumah..
Sekarang nie Fiza teruskan berbakti kat tanah tu bila hujung minggu.
Pokok Ubi kayu, 3 minggu sekali boleh ambil pucuk
Anak pokok betik pun ada.
Pucuk ubi.. rebus cicah sambal belacan atau budu..
Serai
Pernah cuba tanam pokok cili, dah naik anak pokok tapi tak sempat nak pindah pasu dah mati.. sayang betul.. lepas nie kene cuba lagi.
Fiza sebenarnya lebih berminat dengan tanaman yang boleh dibuat makan berbanding pokok bunga. Mungkin belum sampai minat tu lagi. Berkenan jugak nak menanam pokok bunga. Nantilah bila berhenti kerja, suatu hari nanti.
Wassalam.

Wednesday, 1 June 2016

Wordless Wednesday : Laugh Indicator

Assalamualaikum.. Suka sangat update hari Rabu sebab boleh buat entry pendek..
hehe
Yang mana selalu kita guna.. 
hahaha...
Wassalam

Bacaan Tambahan