Tuesday, 19 July 2016

Rumah Terbuka Raya 2016

Assalamualaikum.. Alhamdulillah tahun nie Fiza dan suami dapat buat rumah terbuka raya khas buat kenalan terdekat, anak buah dan kakitangan yang banyak membantu En. suami. Majlis berlangsung selepas Maghrib pada hari sabtu yang lepas. Nak jemput ramai tak termampu sebab makanan Fiza masak dan sediakan sendiri. 
Menu spesial Soto Nasi Impit 
Jelly Fruit Cocktail
Satay kami order mentah.  
Thaqif penat melayan tetamu 
Majlis berlangsung dengan sangat meriah dan paling puas hati bila makanan yang kami sediakan habis semuanya. Terkilan juga tak dapat nak jemput ramai sebab bimbang tak terlayan nanti.
Antara gambar tetamu yang sempat Fiza ambil.
Terima kasih tak terhingga pada tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis dan kalau ada rezeki lagi insyaallah boleh jemput ramai. 
Wassalam.

Monday, 11 July 2016

Salam Lebaran 2016

Assalamualaikum.. hari ini dah masuk raya ke-6. Mesti ramai yang dah mula bekerja walaupun mood raya masih on.. sama la macam Fiza.. Tahun nie juga Fiza dapat makan dan rasa semua jenis juadah raya.. hehe.. berat badan pun naik sama.. huhu.. sapa suruh makan tak ingat dunia kan..
Di kesempatan ini, Fiza ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua sahabat blogger yang sudi singgah ke blog Fiza nie. Gunalah peluang beraya ini untuk saling kunjung-mengunjung dan bermaaf-maafan sesama sanak-saudara dan rakan-rakan.
Famili Faizul
Salam Lebaran daripada kami sekeluarga.
Wassalam.

Monday, 4 July 2016

Hadiah Penebusan Astro Circle

Assalamualaikum.. Hari nie dah 29 Ramadhan maka lagi satu hari je lagi kita akan menyambut Hari Raya Puasa. Macam mana dengan persiapan raya korang. 
Fiza tahun nie pulang ke rumah mak abah di Bentong. Sedih pulak tak balik ke Kelantan tapi takpe la, raya haji nanti memang wajib balik Kelantan.
Korang pernah dengar pasal point yang pihak astro berikan bila kita bayar bil astro setiap bulan?
Fiza nak kongsikan hadiah yang Fiza dapat sejak menggunakan astro.
Barang yang berjaya ditebus. Semua nie Fiza kumpul.
Banyak kali redeem.
T-shirt  
Set cutlery 
3 IN 1 bekas kedap udara
Peluang untuk menebus mata ganjaran nie kene cepat, kalau lambat barang out of stock.
Bagi yang baru teringat, cepat ke Astro Circle, semak point korang. Mana tahu dapat redeem barang kesukaan korang.
Wassalam.

Bacaan Tambahan