Tuesday, 30 August 2016

Thaqif dan kawan-kawan di nursery

Assalamualaikum. Fiza tidak pernah lagi cerita pasal Thaqif di nursery. Fiza bersyukur sangat-sangat kerana Thaqif dapat tempat penjagaan yang sangat sempurna dan cikgu nursery juga baik-baik.
Tak la risau nak tinggalkan Thaqif sementara Fiza pergi bekerja.
Gambar-gambar ini semua diambil oleh Cikgu Ayang dan ada juga Fiza ambil dari ig dia.
Tak sangka anak mama memang pandai berkawan walau masih kecil.
Thaqif dan Zariff. 
Ada bunga lepak bersama. Fiza panggil mek Sara. 
Cikgi Cikgu gosipkan Thaqif dengan Nata.. amboi.. kecil-kecil dah pandai yer.. 
Thaqif dah besar baru nak naik walker.. 
macam tu la peel dia di rumah. 
Kemain bergambar 
Thaqif dan Kak Amani 
Jelos betul mama.. hehe..
Jelas Thaqif memang suka duduk nursery. Dia ada kawan untuk bermain. Mama pun rasa lega sangat dan tak risau nak pergi kerja. 
Fiza tinggalkan Thaqif di nursery sejak umur 4 bulan. Memang berat juga hati masa tu. Tapi alhamdulillah, segalanya selamat dan Thaqif pun makin bijak berkawan.
Wassalam.

Monday, 29 August 2016

Produk mencuci dan membersih seperti baru

Assalamualaikum. Baru-baru ini Fiza ada membeli secara online di Astro Go Shop produk pembersihan iaitu Astonish Cleaner. Produk pembersihan yang betul-betul berkesan. Fiza telah gunakan pada set cutlery, botol susu dan sempat Fiza ambil gambar sandal yang Fiza segan jugak nak guna sebab kotor.  

Tak sangka, sental guna jari sahaja, segala daki-daki keluar dengan mudah dan hasilnya sandal Fiza kelihatan seperti baru beli. Lepas ini makin seronok la nak menyental selipar dan kasut-kasut yang lama tidak pakai. 
Astonish Cleaner sesuai untuk kegunaan semua peralatan rumah dan ianya selamat untuk kulit kerana berasaskan plant based materials. Wassalam.

Wednesday, 24 August 2016

Bermain air di Teluk Kemang, Port Dickson

Assalamualaikum. Buat kali kedua bawa Thaqif main air laut. Masa first time kat Teluk Cempedak. Time tu Thaqif menangis tengok air laut dan nampak takut.
Second time kami bawa dia ke Teluk Kemang pula. Kami singgah sebentar kebetulan dalam perjalanan menuju ke Rawang daripada Johor Bahru.
Tak sangka. Thaqif nampak teruja dan seronok sangat sampaikan tangan dia pun dah tak bagi pegang. Fiza kongsikan gambar Thaqif bermain di tepi pantai
Mama dan Dedi sempat wefie.
Fiza suka pergi pantai cuma tak suka sunburn. Kalau dah sunburn nak putihkan balik kulit memang ambil masa lama. Demi Thaqif tak pelah.. gelap pun mama rela.
Janji anak mama gembira.
Kami singgah dalam 1 jam sahaja dan bertolak pulang menjelang senja.
Wassalam.

Monday, 22 August 2016

Idea untuk Candy Buffet Table

Assalamualaikum. Selamat pagi Isnin untuk semua blogger dan pembaca blog Fiza. Pagi-pagi ini saja google pasal candy booth dan Fiza memang tertarik dengan pelbagai idea dan dekorasi yang banyak terdapat di google image. 
Bukan kanak-kanak sahaja yang akan tertarik dengan candy booth nie.. Mommies pun akan tertarik dengan kecerian dan ditambah pula mengikut tema dan warna.
Tema White
Tema Orange 
Tema Black and Gold 
Tema Brown 
Tema Green Apple 
Tema Blue Turquoise
Tema Pink 
Tema Colorful 
Tema Blue 
Tema Light Blue 
Tema Light Pink 
Tema Red 
Tema Purple 
Tema Yellow
Cantik dan tertarik dengan mengikut tema warna. Itu belum lagi mengikat kartun dan karaktor kartun kegemaran anak-anak. 
Tema Hello Kitty 
Tema Thomas & Friends 
Tema Upin Ipin 
Tema Frozen
Teringin pula nak buat untuk Thaqif. Thaqif suke Pororo. Kalau ikutkan nak buat yang Hello Kitty untuk diri sendiri. Boleh tak. Haha.
Tunggu Birthday Thaqif, mama fikirkan untuk buat candy booth. Wassalam.


Friday, 19 August 2016

Happy Hour di Danga Bay Theme Park

Assalamualaikum. Waktu malam di Danga Bay sangat meriah dan happening. Kebetulan kami berada pada malam minggu dan kelihatan ramai sangat orang yang turun ke Danga Bay Theme Park bersama keluarga dan rakan-rakan.  Disebabkan trend bermain Pokemon Go sekarang, makin meriah kerana masing-masing berkumpul dan sibuk untuk mencari pokeball. 
Kami bawa Thaqif menaiki train mengelilingi taman tema sambil dapat lihat banyak cahaya lampu. Budak-budak memang suka lihat lampu. 
Tiket untuk menaiki train. 
Tiket RM 2.00 bergantung kepada jenis permainan
Thaqif masih mamai sebab baru bangun tidur.
Train Ride 
 Sambil menaiki train, sempat ambil gambar permainan-permainan yang ada.
Flying Elephant
Pirates Ship
Tea cup rides
Gambar waktu malam di Danga Beach
Pintu gerbang 
Lebih kurang macam basikal elektrik 
 Danga Bistro 
Lepas penat berjalan, kami pun pergi cari kedai untuk makan malam. Lepas kenyang balik hotel semua tumbang kepenatan termasuklah Thaqif. Rancangan keesokan pagi selepas check out, kami hendak ke Hello Kitty Town. Tempat yang paling Fiza suka dan lama berangan nak ke sana. Wassalam.

Thursday, 18 August 2016

Penginapan di Zoom Inn Boutique Hotel

Assalamualaikum, untuk review penginapan semasa berada di Johor Bahru selama 2 hari 1 malam, kami mengambil hotel bajet yang sesuai untuk mereka yang inginkan percutian bajet di tengah-tengah bulan. Terletak di Danga Bay dan lokasi yang sangat strategik untuk ke Danga Bay dan Nusajaya.
Dengan kata lain, kalau korang nak pergi Legoland, boleh ambil hotel kawasan danga bay sebab di sini juga banyak hotel-hotel lain. 
Zoom Inn Boutique Hotel
Kaunter depan
Lobi dengan kemudahan sofa dan komputer 
Bilik Superior Twin dengan dekorasi yang comel
Lengkap dengan kemudahan television LCD dan satellite/cable TV 
serta internet access dan telefon
Bilik air yang kelihatan agak transparent
Cerek elektrik berserta air botol dan 3 in 1 
Bilik Air berserta kelengkapan mandi
Sinki
Tempahan hotel Fiza buat di website Agoda. Lepas baca review pengunjung, harga pun berpatutan maka itulah menjadi pilihan. Penyambut tetamu di kaunter juga sangat mesra dan ramah. Fiza memang cadangkan  mereka yang berhajatkan percutian bajet untuk memilih hotel Zoom Inn Boutique. 

Bacaan Tambahan